Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 57. Alhamdulillah, bumi Malaysia ni memang bertuah coz kita masih hidup dalam suasana aman dan damai. Walaupun kita di Malaysia mempunyai pelbagai etnik dan pelbagai fahaman agama , so far semua masih o.k dan tahu hormat menghormati.
Bila tengok berita dunia, sedih bila tengok ramai saudara kita di luar sana hidup susah samada disebabkan peperangan, atau masalah ekonomi negara yang teruk.
Tapi, kita juga perlu beringat. Langit tak sentiasa cerah. Setakat ni kita diuji dengan kehilangan pesawat MAS MH370 dan sebuah lagi pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh. Ujian macam tu pun aku tengok ramai antara kita yang berpecah belah dengan pelbagai pandangan idealogi masing2. Tu belum masuk lagi idealogi yang mengarut dari tukang karut...malas aku nak komen bab tu, buat sakit hati je.
Cuma Merdeka kali ni, kat kem PLKN Sri Ledang sambutan takde lagi. Maybe sebab komandan aku cuti, wife dia tak sihat so program untuk malam kemerdekaan peringkat kem takde. Apa boleh buat....Bila tengok muka pelatih terpaksa pulangkan handphone malam tadi, kesian juga aku sebabnya hari ni masih lagi cuti. Cuma yang bagusnya malam tadi senang sikit kerja aku, 3 kali ronda semua nyenyak tido. Pukul 12 dah senyap...haha. Kalau ada handphone sure mesej wirawati je la wira2 ni, lepas tu penuh la dinding bilik dengan semua tersandar kat situ. Yelah, caj handphone beramai ramai.
Aku nak tanya korang lah...merdeka ni apa pengertian pada korang? Enjoy? pergi dataran tengok bunga api? tak salah rasanya nak sambut macam tu. Cuma bersalah malam merdeka ni bile overdose pi sambut merdeka. Clubbing, rempit, cek in hotel...
duduk, renung sejenak. Terutama bekas pelatih. Kita dah tau dah, orang dulu dok perjuangkan kemerdekaan, kita generasi yang baru ni...siap diberi macam2 termasuk la PLKN. Tapi apa kita buat? Aku tak kisah kalau ada yang tak pandai belajar kat sekolah...tapi kehidupan kau..apa yang kau dah buat untuk menyambung " merdeka " negara kita. Setakat belajar pandai2, ada ijazah pelbagai, pangkat kat bahu, tapi makan rasuah buat apa...tu baru tempat kerja, esok lusa kalau ada musuh nak serang negara, habis maklumat negara pun dia jual.
Ingat bekas pelatih...sebagai pelapis dan sebagai ex pelatih PLKN. Korang kena dan WAJIB ada sikap untuk pertahankan negara. Bukan aku suruh kau join askar, tak pun. Tapi jiwa tu...biar penuh pengisian. Kalau tak rugilah kau pergi masuk PLKN belajar modul kenegaraan. Satu hapah pun kau tak paham.
Ada banyak lagi aku nak tulis. Tapi zaman sekarang ni better aku ambil langkah berhati hati bila menulis. Bila tengok sambutan hari kemerdekaan kat kem macam hambar ni, mood aku pun rasa macam hambar gak. Bagi mereka yang bersyukur dengan kemerdekaan kita ni, bagus...alhamdulillah. Sure ada yang pergi masjid or surau untuk buat sedikit bacaan Yaseen dan tahlil ringkas. Macam ni lah baru betul. Tak kiralah macamana sambutan korang, hope tak lari dari erti merdeka pada negara ye.
Kita dah merdeka, jangan biar kita kena berjuang kembali untuk merdeka. Kalau sebelum ni kita ambil masa 500 tahun merdeka dari penjajah, lepas ni harap jangan sehari pun kita kena berjuang untuk merdeka kembali. Sekarang, tanggungjawab tu kita yang pikul. Be prepare, kalau tak bermandi peluh...mandi darah lah kita. Aku harap, Malaysia terus aman dan negara kita semakin bertambah baik dari masa ke semasa. Tiada rasuah, tiada lagi golongan terinaya dan tamak di kalangan rakyat mahupun pemimpin. Ingat semua...jangan leka...