Tuesday 31 December 2013

WELCOME 2014!!!!!

Alhamdulillah, akhirnya kita dapat bersua dengan 2014. Selamat tinggal 2013, rasanya kalau nak dikaitkan dengan 2013 dengan PLKN. Oklah kot. Antara suka duka sepanjang 2013 yang aku ingat...

1) Kumpulan 1/10/2013 Pening dengan wira charlie....adoiii..tapi best gak layan kepale dieorang.

2) Krisis dalaman...pergh..makan dalam...takpe sabor...

3) Hatrik!! duduk kompeni charlie dengan Cikgu Kamarudin dari kumpulan 1 sampai kumpulan 3.

4) Persembahan TTS dan malam pelita hati yang pada aku sangat memuaskan semasa kumpulan 3.

5) Buat pertama kali aktiviti air di kolam renang..tapi boringlah...

6) Cikgu Nad dan Cikgu Paan join the club. ( Best buli dieorang ni hehe )

7) Cikgu Dinah keluar baris.....seorang sahabat dan antara 2 orang yang aku panggil "sis" dalam kem.               ( Gelaran tu kalau semasa aku dalam Navy, kami guna untuk panggil ladies @ kadet wanita yg 1 skot )

8) Cikgu Jalilah berpindah ke Kem Alor Gajah..alamak sedihnya sebab best berkawan dengan dia ni.

9) Sifu aku Cikgu Din Glamour pun keluar baris.

9) Tapi yang paling best sepanjang 2013......DAPAT KENAL KORANG SEMUA!!!!

Kalau diikutkan hati, banyak sebenarnya tapi takpelah untuk menjaga hati orang lain baik tak payah tulis.
Anyway aku memang suka dapat kenal dengan korang semua. Tak kiralah dari side jurulatih Sri Ledang or sahabat2 jurulatih dari kem lain dan juga dari kalangan pelatih sendiri. Termasuk sekali dengan bekas2 pelatih yang selalu view blog dan ada yang jadi follower blog suam2 ketiak kucing aku ni.

Baca ni betul2...maybe 2013 kita banyak menghadapi kegagalan. Mungkin juga disebabkan kita gagal merancang kegagalan. Kalau apa yang korang target tu gagal, takpe. Jangan giveup dan jangan mudah cepat putus asa. Ada 2 pilihan untuk korang, lupakan or buat lagi sekali!

Aku cerita sikitlah, aku rasa sepanjang dalam kehidupan aku ni dah berapa puluh kali aku gagal dalam cita2 dan target aku. Rasa kecewa, bengang, marah dengan diri sendiri, marah dengan orang lain semua tu aku dah rasa. Dari rasa menyalahkan orang lain sampailah menyalahkan diri sendiri disebabkan kegagalan. Aku dulu pun pernah hampir2 nak telan pil panadol banyak2 sebab aku rasa aki ni memang failed!!!

Selama hampir 10 tahun..yaaa saploh tahun der!!! aku boleh dikatakan LOST!! LOOSER!!

Tapi...bila dipikirkan balik, aku rasa aku dah banyak buang masa aku. Terlalu banyak. Aku try pikir balik, aku renung balik dari start aku gagal dalam cita2 aku...sebenarnya akulah orang yang paling bertuah sebab diberi banyak kegagalan. Sebabnya? setiap kali aku gagal lagi, memang la aku bengang or frust  dan segalanya. Tapi aku akan try kali kedua dan seterusnya sampai aku puas hati. Berjaya or tidak itu belakang cerita, yang penting aku puas dan aku buat dari aku tak buat langsung.

Bayangkan, kalau dari dulu semua perkara yang aku target aku dapat. Sekali Allah beri kegagalan, agaknya mau down habis aku. Senang cerita, memang terlalu banyak hikmah disebalik banyaknya jumlah kegagalan tu. Sekurang kurangnya, aku rasa aku lebih kuat dari dulu.

Saudaraku sekalian, tahun 2014 ni disebalik anda memasang cita2 dan angan2 yang menggunung tinggi, ingat2 jika anda terjelepok ke tanah. Apa yang anda akan buat? Jangan takut dengan kegagalan kerana kegagalan itu akan membuatkan anda lebih berani dan kuat. 1000 kali gagal tapi ada 1 kejayaan, adalah lebih baik dari 1000 kejayaan dari tiada kegagalan, kerana bila datang 1 kegagalan tu takut anda gagal selama lamanya.

LEARN FROM MISTAKE!!! N NEVER SAY I'M GIVEUP!!!









Saturday 21 December 2013

THE BRAVORIAN

Salam semua, pejam celik pejam celik dahh nak habis tahun 2013. Kejap saja masa berlalu. Kadang2 aku rasa macam baru semalam je kerja dengan PLKN ni. Dari tahun 2009, sampailah tahun 2014.

28 Dis ni genaplah 4 tahun aku berkhidmat dalam PLKN. Sebelum ni dalam post terawal aku, kalau korang perasan la aku pernah tulis aku dah malas nak cari kerja lain. Rasa dah sayang pula dengan kerja ni. Bukan takda offer kerja yang lain, tapi aku rasa dengan umur aku yang dah mencecah 31, better aku teruskan saja dengan kerjaya ni.

Walaupun aku dah berkecimpung ( wah ayat..poyos..) selama 4 tahun sebagai jurulatih, aku tak anggap diri aku sebagai senior lagi. Pada aku biarlah aku ikut macam resam PASKAL, anda hanya dikira senior bila anda dah mencecah 6 tahun perkhidmatan. Haaa baru gempak. Ni baru setahun jadi J.L mak oii dah macam 10 tahun lagaknya.

Selama 4 tahun ni juga, ada banyak juga kompeni2 yang aku rasa memang faveret kompeni aku. Haa tajuk kali ni korang jangan nak memanipulasikan pulak dan cakap aku ni taksub dengan kompeni. So far, aku memang serasi dengan Bravo. Banyak kenangan dengan pelatih2 kompeni Bravo ni. Samada wira mahupun wirawati.

Setakat ni dah 5 kali aku duduk dalam kompeni Bravo. 4 kali jadi kompeni terbaik, dan dalam banyak2 group Bravo ni aku paling suka dengan Bravo kumpulan 2 siri 6 dan siri 8.

BRAVO KUMPULAN 2 SIRI 6/2009 KEM PLKN TELOK SARI, ENDAU MERSING.
Masa ni, aku masih baru lagi dengan title sebagai jurulatih dan ini adalah kumpulan kedua untuk aku. Ketua Jurulatih Kompeni masa tu adalah cikgu Tobani, ex PW2 komando..haa hambik kau!! dah la dapat aku dengan Cikgu Ali Madah, dapat pulak Cikgu Tobani untuk incharge kompeni korang. Mau tak demam.

Konsep aku masa tu memang hardcore lagi train pelatih (ikut standard korang la...). NO PAIN NO GAIN!!!! Kalau P.T pagi tu kompeni lain lari keliling padang kawad, paling jauh pun sampai simpang 3 je, aku dengan Ali Madah bawa lari sampai jambatan, adelah dalam 2KM, pergi balik dah 4KM. Kalau tak berlari, aku buat static p.t terbaik punya.

Dari mereka celik mata, sampailah nak pejam mata, Aku dengan member baik aku Ali Madah akan pantau mereka. Bunyi macam kurang menyenangkan kan? Yup aku akui ramai tak suka dengan cara kami train Bravo. Tak bagi can kalau ada silap. Paling teruk kena dengan aku surelah O.C dan KSM kompeni. Tak kurang juga 2O.C wirawati. Nasiblah siapa yang pemegang pangkat akan kena lebih punya kalau kompeni buat silap.

Dalam pertengahan latihan, ada berlaku sedikit perselisihan antara wira Bravo. Aku dan Ali dah lama tau, cuma kami masih mengharapkan kepada pemegang pangkat untuk menyelesaikan masalah ini. Puncanya adalah dari sikap cemburu dengan O.C. Ada pula yang mengaku seolah olah dia lebih bagus dari O.C kompeni. Bila dah makin parah, dengan persetujuan dari Cikgu Tobani aku dan Cikgu Ali terpaksa bertindak. Kami kumpulkan mereka di gelanggang bola tampar dan sejarah malam tu hampir2 semua dari wira makan penampar. Bermula dari krisis dalaman, sampailah masalah menjadi tokan rokok semua aku sungkit. Maklumat dari perisik (spy) aku tu memang terbaiklah. Hehehehe

Dari sebuah Kompeni yang LOOSER. Sedikit demi sedikit peningkatan dalam kompeni Bravo ni. Kerjasama, disiplin dan komitmen mula nampak. Tapi boleh dikatakan hampir setiap malam juga aku dan Ali brainwash O.C dan KSM kompeni. Pernah sekali tu, sampai pontianak mula mengilai baru aku lepaskan mereka berdua (sorry tak leh cerita dengan lebih detail mengenai bab ni hahahahahaha)

Pada aku, ada seseorang yag menjadi nadi dalam kompeni Bravo. Seorang pelatih wira berbangsa cina, badan gempal, boleh dikatakan dalam golongan berada dan tak pernah hidup berpisah dengan parents dia. Tapi pada aku dialah orang yang banyak menaikkan semangat dalam kompeni. Dia tidak kisah bergaul dengan Melayu dan India, dia tidak kisah bergaul dengan Muslim dan Hindu mahupun agama lain. Polo Lee...tulah nama pelatih berkenaan. Kalau tak silap aku dia ni pelatih contoh untuk kumpulan 2 siri 6.


Wira Polo

Polo ni, aku jadikan dia sebagai seorang " ketua pasukan sorak " untuk Bravo. Memang terbaiklah dia laksanakan tugas. Aku tak pernah jumpa lagi cheer leader macam dia lagi setakat ni. Pernah sekali aku saja nak tengok kemampuan dia, so aku cabar dia. Betul2 dia buat sampaikan kompeni lain boleh down. Dia punya sorak n saiko kompeni lain memang terbaik. Tiada BOOO or ayat2 menganjing keluar dari Polo kalau die lead untuk cheer party ni, tapi sorakan dari tim dia tak pernah putus. Paling aku respek, bila habis sahaja game dia akan bersalaman dengan kompeni lain. Kadang2 pelatih kompeni lain pula turut ikut team cheer party Bravo ni. Polo ni walaupun berbadan besar, hampir kesemua aktiviti dia masuk. Bukan senang beb, sebab baju dan seluar pun takde saiz untuk mamat ni. Kalau berlari tu, dia akan follow juga walaupun member2 lain terpaksa seret dia. Biasalah, aku punya kehendak kalau pergi 20, balik pun 20. Nak tak nak kenelah wira Bravo push dia kalau berlari.

Bila diumukan Bravo sebagai kompeni terbaik keseluruhan, pada aku memang mereka berhak menjadi kompeni terbaik. Jika dibuat graft peningkatan, memang tiada penurunan. latihan yang aku beri terutama kepada wira memang solid. Sorry lah hard to say, pada aku untuk menghasilkan yang terbaik, kena lakukan yang terbaik. Bukan aku yang menyebabkan mereka jadi best company, tapi disebabkan atas usaha mereka sendiri.

BRAVO KUMPULAN 2 SIRI 8/2011 KEM PLKN SRI LEDANG, TANGKAK, JOHOR






Tengok hadiah mereka..bersusun beb..hehe

Bravo yang ni berbeza pula dari Bravo yang lepas. Mungkin nasib aku baik agaknya mereka ni ramai yang bagus2 dan ada potensi. Tak dinafikan ada juga yang mantol, tapi rata2 dari mereka memang ada sikap kerjasama yang amat baik dan attitude yang bagus.

Untuk kali ni, aku pula dapat peluang untuk incharge Kompeni Bravo ni. Dengan slogan Bravo tak gentar, memang mereka ni tak gentar langsung. Dan walaupun bendera mereka macam logo ayam KFC, mereka juga adalah yang terbaik. Setakat logo cantik...tapi ke laut tak guna juga kan?


Wirawati Bravo dan bendera cap ayamas mereka...hehe

Apa yang buat aku kembang idung sampai kembang adalah mereka ni memang dari awal menunjukkan prestasi yang bagus. Dari KKJ ( kontrak kita janji) sampailah ke pertandingan kawad, sukan, kembara halangan dan sebagainya semua juara. Kalau tak silap aku, bola sepak je kalah. Tapi juara keseluruhan sukan bravo juga. hihihihihihi

Cume kesian jugalah, ada pulak yang jaki dengan Bravo ni. pada aku mereka menang semua pertandingan adalah disebabkan usaha mereka sendiri. Kalau nak join Bravo ni, dipersilakan...aku terima...tapi berani ke? hehe

Dari awal, macam biasa aku tabur mereka ni dengan resipi aku. Diadun dengan sebaik yang mungkin, digilap dengan licin berkilat, alhamdulillah..mereka faham dengan konsep aku. So kerjasama antara aku dengan mereka pun tiada masalah. Malah hubungan mereka dengan J.L lain pun bagus. Aku ingat lagi, wirawati bravo ni selalu jadikan Cikgu Mahani sebagai bahan rujukan mereka. Orang lain kecut perut dengan Cikgu Mahani ni, tapi mereka lain pulak...hehe pandai korang saiko ye?

Senang cerita, pada aku Bravo siri ni adalah produk terbaik pernah aku jumpa. Bukan kerana semua pertandingan mereka menang, tapi disebabkan sikap mereka tu yang buat aku bangga. Pemegang pangkat juga mantap, dari i/c skot wira dan wirawati, sarjan dan kopral semuanya pada aku amat memuaskan.

Post kali ni juga bukanlah niat aku nak membezakan dengan kompeni yang lain. Masing2 ada keistimewaan tersendiri. Cuma 2 kompni yang aku ceritkan ni pada aku memang sangat2 bermakna dan lagend pada diri aku sepanjang karier aku nih. Mereka pun ada kelemahan mereka juga, tapi ikhtibar yang kita dapat dari mereka adalah sikap mereka dan semangat mereka untuk terus maju dari hari ke hari. Semangat untuk melakukan yang terbaik, semangat setia kawan dan semangat untuk menjulang nama baik kompeni.

Sehingga bertemu lagi....







Thursday 7 November 2013

WATCHA!!!! T.T.S!!

Chumbi!!! Shoo!!! Paro..
Salam semua. Pejam celik pejam celik dah habis kumpulan 3 siri 10/2013. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Masalah tu normallah, sure ada punya. Tapi kira oklah performance untuk intake kali ni. Aku puji la kumpulan kali ni, walaupun nakal tapi boleh dengar cakap dan ada respon, respek and paling best kurang buat cikgu sakit hati...hahahahaha
Untuk kumpulan kali ni juga, lagi sekali aku dapat conduct persembahan T.T.S bagi upacara penutup. Kali ni best sikit sebab ada Cikgu yatim sebagai pembantu. Credit juga untuk pelatih kumpulan ni yang menjayakan persembahan TTS dengan baik sekali. Terima kasih aku ucapkan.
Pasti korang ingat lagi kan kalau aku ungkit pasal TTS. Takkan lupa kot? TTS atau singkatannya Tempur Tanpa Senjata adalah salah satu elimen dalam fizikal. Senang cerita korang akan belajar seni mempertahankan diri. Asalnya TTS ni digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia sebagai teras untuk self defence. Dalam tentera, 80% dicedok dari pelajaran Taekwondo iaitu seni mempertahankan diri dari Korea.







Oklah aku cerita sedikit sejarah TTS dengan ATM dan PLKN. Ada kaitan tau. Kalau salah sorry
la ye. Dalam tahun 70-an, pihak ATM telah menghantar beberapa anggota tentera ke Korea Selatan untuk mempelajari Taekwondo dalam versi kombat. Sebabnya? bukanlah disebabkan seni mempertahankan diri di Malaysia ni tak boleh pakai langsung. Tetapi TKD (singkatan untuk Taekwondo) lebih praktikal dalam pertempuran rapat. Ini telah terbukti semasa peperangan antara Korea Selatan dan Korea Utara. Dalam satu pertempuran tu, setelah bertempur hingga kehabisan peluru kedua-dua pihak telah bertempur pula dengan tangan kosong dan bayonet. Disebabkan tentera Korea Selatan mempelajari TKD dengan baik, mereka telah berjaya mengalahkan tentera Korea Utara.

Mengambil iktibar dari peristiwa tersebut, maka ATM telah menghantar beberapa anggota perintis untuk mempelajari TKD dengan tentera Korea Selatan. Dengar cerita, latihan tu memang brutal. Dalam masa beberapa bulan pihak atasan nak askar kita ni khatam sampai level black belt dan ada tauliah untuk mengajar bila balik ke Malaysia pula. Mau tak haru dibuatnya. Dipendekkan cerita, meraka pun berjaya menamatkan latihan dengan keputusan yang amat membanggakan. Bila tiba di Malaysia pula, anggota perintis ni telah mengajar pula semua anggota tentera di Malaysia sampailah ke hari ni. Kursus dalam TTS adalah wajib kalau tak silap aku untuk anggota tentera.




LAMBANG/LOGO TEMPUR TANPA SENJATA ATM



SELALUNYA AKSI NI DITAYANGKAN SEMASA UPACARA TAMAT LATIHAN



GELUNG TU KENE LOMPAT, SALAH LOMPAT PEROT TERSANGKOT...HEHE


Tahun 2004, first batch untuk PLKN. Elimen TTS telah diserapkan didalam modul fizikal. Tapi TTS untuk PLKN taklah seteruk TTS macam dalam tentera. Jangan risau...tak mati punya. Penat je. Mula2 memanglah pelajaran ni nampak macam tak penting sehinggalah terjadi satu insiden dimana seorang bekas pelatih wirawati telah berjaya menumpaskan peragut dengan menggunakan kemahiran TTS yang dipelajarinya. Terus elimen ni diberi perhatian oleh pihak atasan.


LATIHAN TTS UNTUK PLKN

Aku memang suka kalau pelajaran TTS ni. Kebetulan pada tahun 2007 aku dapat ikut kursus asas TTS anjuran PSTD @ WATANIAH. Tak teruk sangatlah, cuma tertanggal kulit sikit je. So pada aku TTS memang enjoy. Tujuan di ajar kepada pelatih PLKN adalah untuk memberi keyakinan diri dan meningkatkan tahap kecergasan. TTS juga adalah pendedahan kepada pelatih cara2 untuk protect diri jika terancam.


CARI AKU...HEHE

Tetapi......apa yang terjadi lain pula. Memanglah korang belajar dengan bersunguh sungguh. Balik je dorm habis pintu dorm kene side kick, pintu toilet kene turning kick, pintu stor kena back thrust, gayong toilet kene chopping kick. Bancau semua. Tak cukup dengan tu, habis locker kemek sebab nak test power. aiyoyo tambi....rilek...cool...takkan la baru belajar sikit dah isim kot...
Tak cukup lagi, di ajak pula member sebelah katil sparring. Ni lagi bahaya. Silap gaya patah idung anak orang wira oiii. Masuk surat khabar dah kene posting komandan kau nanti.


Satu2nye peserta pertunjukan TTS yang muka tak pecah, yang lain aku saja pilih muka pecah rumah untuk menimbulkan unsur2 "ganas". Hehehe - gurau ma.......


Jika anda ingat lagilah, semasa kelas TTS mula diperkenalkan...aku berani jamin tetibe je ada yang mengaku pernah belajar sampai ada black belt! Hehe ade kan? Paling famous aku kerap jumpa ada pelatih yang mengaku mereka pernah belajar Tomoi. Mak oii takut aku!! Tapi bila suruh buat kick, allamak....kantoiii. Kat dalam dorm, dia pula yang sibuk nak ajar kawan2 dia yang lain. Mana yang berisi tu, tengok je.....hehe.

Ada juga semasa latihan TTS dia pula nak ajar jurulatih. Maybe di luar sana anda adalah seorang guru ataupun mahaguru. Maybe juga anda adalah seorang master dalam lain2 martial art, tapi...kalau dah masuk tempat orang tu tak perlulah nak menunjuk. Berkongsi boleh, tapi bukan menunjuk. Alhamdulillah, sepanjang aku conduct latihan TTS dan buat persembahan penutup semua yang terlibat ok. Takde pula nak lebih2. Banyak juga yang aku belajar dari pelatih2. Ada ilmu, sama2lah kita kongsi.

Oklah, just nak update tu je. Takde mood sangat nak menulis. Bizi dengan plastik model. Insyallah lain masa aku update lagi. Thanks pada yang sudi membaca...AMF




Monday 30 September 2013

AIYA LOKOK LAGI LO!!!

Salam semua, meh kite sambung ungkit memori mase korang latihan. Kali ni masih lagi dalam tajuk yang sama dengan post yang lepas.
Ok kita sambung pula bila dah lepas bawa masuk rokok. Maka akan banggelah pelatih itu sebab sudah berjaya melepasi halangan. So bila dah ada stock rokok yang mencukupi, secara automatik pelatih tersebut akan menjadi "very-very important person". Mana tak nya jadi VVIP kalau tak ada rokok sebab bende tu akan menjadi keperluan untuk perokok perokok tegar. Boleh sasau katenye kalau tak isap rokok ni. Tapi percayalah, tu semua hanya ego korang je. Boleh hidup ape kalau takde rokok sebab rokok bukan lah satu keperluan asas dalam hidup. So bagi mereka ni kalau dapat tayang mereka isap rokok nanti pelatih lain akan pandang "up" la sikit. " pergh...hisap rokok la brader ni.." Ceh!!
Maka secara automatik juga sistem herarki mereka akan berada di tangga teratas. Taraf sosio juga akan meningkat seiring dengan keglamoran tokan2 tersebut.
Aku nak cerita sikit pasal seorang tokan ni. Pada aku ia ni kalau masuk rancangan The Apprantice sure die berjaya la dapat nombor satu sampaikan Donald Trump pun leh buat dia jadi menantu. Mulanya dia adalah antara penyumbang maklumat aku yang paling banyak berjasa. Atas jasa2 beliau jugalah ramai tokan2 terhebat tumpas dan menjalani hukuman oleh pihak disiplin. Nasib baik tak boleh bagi pingat, kalau ada pingat penuh dah kat dada dia ni. Jadi bila semua tokan2 dah kantoi, tiadalah lagi rokok. Kalau adapun hanyalah rokok2 balut yang dikutip di tepi jalan. Gilalah nak survive punye pasal!!
Jurulatih pun happy, sebab pelatih pun dah mula macam tumpu pada latihan. Takda lagi kes nak merayau malam2, or pecah locker orang sebab nak rembat duit untuk beli rokok. Tetapi tak berapa lama kemudian, aku dapat tangkap lagi beberapa pelatih isap rokok di tandas. Begitu juga dari member2 j.l yang lain. Mula2 memang kami syak "orang dalam" samada jurulatih sendiri or pekerje operator kem. Siasat punya siasat sekali dapat tangkap siapa dalangnya. Rupanya pelatih wira yang selalu bagi maklumat kat aku sebelum ni. Pergh menyirap je tengok. Nasib baik la PLKN. Sebatang harga rokok tu dia jual sampai RM5. Kadang2 dia siap main harga lagi untuk mengkompiuskan kami kalau kantoi. Paling mahal sebatang RM10!! gilo apo!!
Dia ni memang pandai......hasil dari soal siasat, dia mengaku memang dia dah plan nak buat macam tu. So master plan dia memang berjalan iaitu pertama sekali dia mesti hapuskan rakan niaga yang lain. Bila tokan2 rokok yang lain dah kantoi, dia akan bawa masuk rokok semula. Kemudian, dia akan naikkan harga bergantung pada jenis rokok tersebut. Dia juga sengaja menaikkan harga rokok pada masa2 tertentu untuk mengaut keuntungan lebih, alasannya rokok dah habis stock.
Memang aku bengang, tapi semuanya diambil alih oleh unit disiplin. Sepatutnya dia ni dah layak untuk penangguhan, tetapi atas dasar simpati Komandan dan disiplin dia dapat meneruskan latihan sampai habis.
Ada lagi satu cerita best mengenai tokan ni. Selalunya semasa latihan, poket mereka akan penuh sentiasa. Banyak duit....tu belum termasuk lagi penghutang. Tapi mungkin dia tak sedar dia sebenarnya mudah menjadi sasaran. Biasanya kalau hari2 last or 2 minggu nak tamat latihan loker mereka lah sasaran untuk kena pecah. Kalau duit dah sampai beribu dalam locker tu siapa tak nak beb.
Nak kantoikan tokan ni pun bukanlah susah sangat, tapi sorrylah aku takleh nak nyatakan dengan lebih detail camne kami buat. Lain jurulatih lain caranya. 60% maklumat kami dapat dari pelatih yang kantoi semasa menghisap rokok. Bukan susah pun nak korek rahsia...hehehehe.
Selebihnya adalah maklumat dari rakan2 yang lain atau maklumat dari jurulatih sendiri. Stock selalunya mereka akan bawa masuk semasa hari lawatan keluarga, semasa pergi sembahyang, semasa Khidmat Komuniti atau semasa dapat kelepasan keluar kem untuk sesuatu urusan. Cuma agak mengecewakan juga bila ada segelintir keluarga yang bawa masuk rokok untuk anak mereka. Aku pernah jumpa satu kes seorang wira ni marah mak dia kerana mak dia tak bawa rokok. Adus..sedih la, kerana rokok cam tu pun dah jadi derhaka kat mak bapak. Apa punya anak da...
Benda macam tu selalu terjadi. Aku memang tak hairan. Ada juga mereka dapat sumber dari kalangan jurulatih, staff ataupun dari pekerja operator kem sendiri. Aku tau apa yang aku tulis ni mungkin membuatkan sesetengah pihak tak puas hati tetapi inilah hakikatnya. Kalau dah sekotak kira harga langsam pun dah RM20 siapa tak nak kan??? Pakcik Kayo!!!!
Aku pernah jumpa kes macam ni, tapi aku pun tak berniat sampai member aku kena buang dari perkhidmatan. Tapi pada aku silap dari dia juga. Takpelah, cerita lama. Orang luar mungkin akan cakap yang bukan2 or tuduh yang bukan2 pasal kami ni, tapi ingatlah kami pun manusia. Tak semua manusia boleh di setkan atau diprogramkan untuk menurut 100% arahan. Sure ada yang melencong punya. Aku kadang2 panas gak telinga bila ada orang luar pun macam menyindir kami seolah olah semua jurulatih ni ramai yang "makan dalam" tak kiralah kes supply rokok or kes berkaitan dengan wirawati. Sedih tau...
Oklah berbalik cerita pasal rokok. Kali ni port nak siap rokok pula...hah ni lagi best. Macam biasalah port paling best sekali kat toilet sambil menghidu aroma toilet tu. Kadang2 dari jauh bilik air tu dah macam kene fogging untuk halau nyamuk pun ade. Berkepul asap putih..hehehe. Lepas tu aktiviti kat bilik air tu
pun tiba2 macam berubah. Mana aku tak pelik kalau masuk bilik air kering, keluar bilik air pun kering, lepas tu semua berduyun masuk bilik air...ish lagi mendatangkan pelik. Haha sure ada yang sengih kalau baca part ni. Aku tak leh lupa satu kejadian ni. Aku pun tak taulah mana datang idea genius ni. Satu hari tu aku perasan ramai wira keluar dan masuk bilik air beramai2. Yang peliknya bilik air Delta, tapi sampai ke Alpha pun ada masuk. Mau aku tak sangsi. So aku pun buka baju, lilit towel kat kepala, pakai seluar pendek. Than aku masuk sekali kat dalam toilet. Memang meriah....memang meriah...hehehe. Yang bestnya ada yang nak hulur kat aku tu. Haha..lawaklah. Masa dia nak hulur kat aku tu, boleh pula wira ni terperasan jam yang aku pakai. Mula2 muka dia berkerut juga, tapi lepas tu terpacul juga perkataan "EH CIKGU...BILA SAMPAI?" aduss kalau korang ade lah masa tu memang kelakar la. Yang lain pula apa lagi berterabur la lari menyelamatkan diri. Cuma aku terlewat sikit je sebab ramai yang dah keluar. Kalau tak dengan 1/c skot dan ketua wira kena kopek pangkat. Hehe intake berapalah tu kan? sure ketua wira die tengah tersengih baca ni.
Selain dari toilet, ada juga beberapa port yang lain menjadi port utama untuk perokok tegar ni. Antaranya bilik rehat, atau kat luar pagar waktu malam. Kami pernah tangkap pelatih isap rokok di atas menara tali tinggi. Kes ni memang top la, nasib baik tak jatuh. Kalau jatuh alahai matilah kami nak jawap oiii. Buat nakal tak nak pikir apa impaknya. Sudahnya bila kantoi korang rasalah padahnya sendiri. Aku memang tak sutujulah. Kalau setakat isap rokok di toilet, kat bilik rehat ka..mungkin munasabah lagi. Ni kat atas menara tali tinggi?? Kalau jatuh idup lagi takpe, kalau cacat pun mak babak dia la susah sebab nak jaga anak dia. Tapi kalau mati? Jenoh oo nak jawab kat menteri.
Ada banyak lagi kan memori dengan rokok ni. Aku pun malas nak ulas lanjut. Hehe. Tapi kalau sebut cerita rokok ni dan berkaitan dengan aku tu paham2 jelah. Kalau kat kem lain pun aku dengar sama ja ceritanya. Cuma bergantung pada jurulatih tersebut. Kadang2 aku pun tak carry foward kalau kantoi rokok ni. Aku dulu masa cadet cam tu gak.....hehe
Oklah, sampai disini sahaja buat masa ni. Take care and enjoy your day!!

* INGAT LAGI TAK RASA ROKOK SOROK DALAM SABUN FAB DENGAN RASA ROKOK SOROK CELAH KELENGKANG?
...HEHEHEHEHE"












Saturday 21 September 2013

LOKOK!!!!

Assalamualaikum...sihat? lagi sekali aku telah "melamakan" untuk tidak post kat blog serba suam kuku kaki ku ni. Walaupun ada yang pm aku kat FB suruh update lagi cerite baru, semangat yang pudar dan mood yang tak berapa elok serta keadaan masa yang lintang pukang sedikit sebanyak membataskan jari2 ni berjoget atas keyboard untuk menulis kisah2 pengalaman di PLKN.
Kalau diikutkan, setiap hari ada cerita di PLKN. Tujuan aku ni tak lain tak bukan adalah untuk mengungkit kembali memori kisah silam korang sepanjang program. Tak kiralah kalau korang under training aku atau sebaliknya. Jalan cerita sama je.
Untuk pengetahuan korang, sekarang dah masuk kumpulan 3 siri 10/2013. Sedikit pujian untuk intake kali ni mereka ni boleh lah aku kategorikan "budak baik". Senang nak jaga. Setakat nakal tu normallah.
Kali ni juga aku nak cerita balik satu topik yang memang best dan aku pun tak nafikan aku memang tertunggu tunggu untuk post topik ni. Kalau disebut nama aku, sure wira akan ingat aku sebab ramai yang cakap aku garang dan straight dengan mereka yang ada masalah disiplin. Terutama sekali mereka yang kantoi merokok.
Haha, sure dah tersenyum kan wira? Ok kita imbas balik. Semuanya bermula dari hari petama korang melapor kat kem. Boleh dikatakan ramai juga wira yang bawa stok rokok2 mereka ni. Ada yang tak tahu rokok adalah antara barangan larangan semasa latihan. Bagi mereka yang tahu pula, mereka akan menyembunyikan barangan berharga mereka ni dengan berbagai bagai cara. Dengan berbekalkan cerita dari abang2, sedare dan member2 yang dah ikut latihan sebelum ni. Aku jamin korang mendapat advice dan tunjuk ajar pakar.
Sehari sebelum melapor, aku boleh bayangkan projek black ops mengubah suai beg pakaian, tin biskut, maggie cup, maggie bungkus, beg sandang, kasut, kotak sabun dan pelbagai lagi alatan yang korang sesuai untuk menyembunyikan rokok giat dijalankan. Pergh mase tu otak akan bekerja dengan kadar logika mengalahkan i.q albert einstein.
Dan malam tu juga aku jamin perokok perokok tegar ni akan isap rokok tak hingat punye sebelum terpaksa berpuasa dalam tempoh yang agak lama. Bila tiba sahaja hari melapor, selalunya jurulatih akan suruh kamu serahkan rokok untuk dilupuskan oleh unit disiplin. Ada juga yang baik hati menyerahkan rokok kepada jurulatih. Wah, awal mula pertama mula dah cari abang angkat ye?
Kadang2 kat dalam bas lagi dah surrender dah. Tapi bagi mereka yang hati kering ni, mereka dah tekad untuk bawa masuk juga rokok ni tak kira macam mana sekalipun. Bila tiba sahaja kat tempat pemeriksaan barang, maka habislah digeledah segala isi dalam beg.
Satu persatu akan diperiksa, objektifnya adalah untuk memastikan tiada barang larangan dibawa semasa latihan. Ingat tau, bukan rokok sahaja barang larangan, ada banyak lagi.
Part ni aku suka, sebab selalunya tengok muka je dah tau memang ada yang sembunyikan sesuatu.
Muka2 cuak akan kelihatan resah, dan memang takkan duduk diam punyalah. So dari situ kita boleh tau there is something wrong with that wira. Hehehehe
Bila buka beg, memang tak de ape2. Tapi bila dah selok sana, selok sini, buka sana buka sini maka terkeluarlah rokok2. Rekod aku paling banyak pernah aku dapat adalah 2 katon rokok canyon hijau. Banyak ooo. Tapi yang buat aku merah telinga bila pelatih baru nak masuk tu cakap aku nak isap rokok dia, sebab tu aku rampas. Amboi...ikutkan hati lah, dah lama bagi chopping kick, nasib baik nama pun pelatih PLKN.
So aku pun tak nak buang masa, makin aku layan makin dia asak aku soalan provokasi. Maka tanpa banyak cakap aku bawa dia pergi tepi paip surau. Aku bocorkan rokok tu pakai pen dan aku suruh dia rendam sendiri rokok tu dalam baldi. Hahaha puas hati aku. Walaupun unit disiplin macam tak berapa berpuas hati dengan tindakan aku, aku memang puas hati. Kalau aku tak buat macam tu sure dia akan cakap aku yang sepah semua rokok2 dia tu.
Selalunya tempat feveret pelatih letak rokok selain beg pakaian adalah didalam maggie cup....siapa yang bawa maggie cup tu memang lamalah kene periksa. Maggie tu akan dibuka, isinya akan dikeluarkan dan rokok akan diisi semula. Dibawah cup tu, sisa maggie akan ditinggalkan supaya jurulatih tak nampak sangat rokok dari bahagian bawah plastik. Korang buat lah, insyallah kantoi sebab korang sure akan pakai gam gajah nak seal balik penutup maggie tu. Kadang2 jurulatih akan meramas maggie tu, kalau bunyi lain macam komperm ade...hehehe
Selain dari tu, tin biskut juga adalah tempat rahsia yang popular untuk menyimpan rokok. Senang je nak kesan, kalau dah terbuka seal tu, periksalah kat bahagian bawah....insyallah ade dunhill 20. hehe
Oklah, cara kami kesan tu aku tak boleh nak dedahkan lagi. Tak dinafikan ada juga yang terlepas. Tahniah kepada yang terlepas bawa rokok masuk, sure bangga kembang hidung. Konon2nya handal la tu dapat lepas dari pemeriksaan. Ingat....segalanya belum berakhir.
Bila dah dapat bawa masuk, kalau member nak free2 mana boleh ye tak. Kuantiti terhad, permintaan banyak. Permintaan lebih dari penawaran, pastinya barang tersebut akan naik harga mendadak. Kadang2 macam tak logik pula harganya. Aku pernah jumpa rokok sebatang berharga rm10 sebatang....mak oii!!!
Dari seorang penyeludup, dah update naik tokan pula. Pada aku nak kesan tokan2 ni pun bukan susah sangat pun. Kalau dapat kantoi sorang dan tanya "baik-baik" sure dia akan mengaku dia beli dari siapa. Korang tau tak kenapa kami beriya iya membenteras kes tokan rokok ni? sebab dari situlah akan bermulanya kes gaduh, kes pecah lokar nak duit dan bermacam-macam lagi. Mungkin ramai yang tak tahu pada tahun 2006 seorang pelatih mati gara2 menjadi tokan rokok. So nak lagi ke kejadian sama berulang? aku tak sanggup. Biarlah orang ramai benci aku asalkan korang keluar dari kem tak mati disebabkan bende2 bodoh ni. Tak berbaloi yeop!!!
Oklah, kita cerita pula pasal perokok2 ni. Selalunya waktu feveret isap rokok adalah waktu lepas sarapan, makan tengahari, makan malam dan sebelum waktu tidur. Ada juga yang sanggup buat kiamullail bangun waktu tengah2 malam untuk pergi isap rokok.
Semasa kumpulan 2 siri 6 di kem PLKN teluk sari, aku pernah tangkap 4 orang pelatih dalam bilik mandi. Semua kaum ada. Yang best nya masing2 ingat aku ni pelatih juga. So dengan selamba aku pun duduk join group dieorang sambil share isap rokok. Agaknya dalam gelap tu siapalah perasan kan? Tiba turn aku nak isap tu, barulah ada sorang pelatih ni perasan aku ada jambul kat depan...hehe.
Kalau pelatih mana ada jambul.
Banyak lagi kenangan kalau bercerita rokok dan wira ni. Di kem telok sari lah paling banyak cerita best aku nak kongsikan. Kalau nak follow lagi, tunggulah aku taip episod dua. Ingat lagi tak cara korang pasang "sentri", keyword untuk rokok, port nak sorok rokok, terlalu banyak nostalgia antara kita dan rokok semasa latihan kan?
Insyallah aku akan tulis lagi. Sehingga berjumpa lagi, jangan lupe komen ye. Salam

Friday 26 July 2013

RAMADHAN SEMASA LATIHAN

Salam semua, hari ni aku nak kongsi pengalaman berpuasa semasa latihan PLKN dijalankan. Dua kali juga aku merasa berpuasa dalam situasi cam ni. First semasa di PLKN Telok Sari dengan kumpulan 3 siri 6/2009. Seterusnya semasa Kumpulan 3 siri 7/2010 di PLKN Sri Ledang sekali lagi aku dapat can berpuasa bersama pelatih.
Untuk kumpulan lain or siri selepas siri 7/2010, mungkin kamu rugi untuk merasai pengalaman berpuasa sepanjang latihan dijalankan. Rutin ada sedikit kelainan, bagi yang non muslim tiada aktiviti p.t pagi, tetapi ada aktiviti usrah seperti kuliah subuh di surau selepas solat subuh hingga jam 0730 pagi. Kadang2 selepas pelatih selesai sahur jam 0500H pun ada tazkirah sampailah masuk waktu subuh. Ada juga kem2 lain yang buat tadarus Al-Quran.
Kalau korang perasan lah, aku akan berpuasa bersama pelatih setiap kali kumpulan 3 punya turn. Bukan nak kata apa, kumpulan 3 ni selalunya terdiri dari pelatih yang agak ligat, dan boleh dikatakan majoritinya tak bersekolah hingga habis SPM. Kena pula bulan puasa, hehe...mana yang ligat tu terpaksalah slow down. Mana yang tak dapat nak control diri tu, macam2 taktikal mereka lakukan untuk memuaskan tuntutan nafsu. Dari rokok, air sejuk, maggie, buah epal dan oren, semua ada tukang supply terutama waktu tengahari.
Banyak kali juga aku jumpa pelatih muslim makan di dalam dorm waktu tengahari. Siap ada air milo panas lagi!! hehe. Takpe, aku faham. Panas, lapar dan dahaga.
Yang bestnya, time macam nilah abang2 korang akanmendapatkan kerjasama dari kawan2 non muslim. Mula2 masuk kem, biasalah yang melayu sure nak tunjuk power. Cerita pelbagai dan kebanyakannya suka pada perkauman. Tak campur India dan Cina. Tapi bila tiba bulan puasa, khidmat bantuan dari pelatih Cina dan India sangat diperlukan. So, macamana nak buat? maka terjadilah hubungan "diplomatik" dan timbal balik antara mereka. Nak hidup beb. Haha
Kalau dia tokan rokok atau ada stok rokok, maka member yang bawa makanan dari dewan makan (tapau) untuk dia sure akan diberi ganjaran. Apalagi kalau tak rokok free sebatang dua. Bagus!! sebab ada sikap kerjasama dan toleransi. Tetapi situasi, masa dan senario yang tak kena pula. Bila kantoi dan menghadap bilik disiplin, meriah je suasana sebab melibatkan semua kaum. Hehehehe
Mungkin korang masih ingat lagi, waktu itu epal hijau dan limau adalah menjadi kegemaran sebab sejuk dan boleh buat jus. pergh kene tengahari dapat makan macam tu memang asikkkk!!. Begitu juga stock2 maggie akann cepat habis di kedai koperasi. Bukan untuk dimakan semasa waktu sahur or selepas waktu berbuka, tetapi selepas habis waktu imsyak. Aku ingat lagi aku pernah dengki budak2 non muslim yang tak berpuasa ni, aku tau waktu tengahari mereka akan curi2 pergi ambil air panas di bilik rehat, so aku akan matikan suis. Takde air panas. Tapi disebabkan panggilan perut mengatasi segalanya, dapat rendam dengan air sejuk pun oklah!!
Bila aku buat spot cek kat dalam dorm dan kantoikan maggie in mug tu. Maka dialog yang mengalahkan Aaron Aziz mahupun Aziz Satar akan keluar. Biasenya ayat orang kantoi ni macam biasalah, maggie tu dah rendam sejak sahur, saya lupa nak makan cikgu.....hmmm koman bebenor yop dialog kau
tuh. Aku dah guna sejak aku cadet dulu.
Pernah juga aku jumpa pelatih kantoi makan di atas siling kat dalam toilet. Haha nasib baik tak bolos ke bawah bila aku sergah. Yang ni lagi best. Masa tu aku baru balik dari jumpa i.c skot kompeni aku. Waktu lalu tepi tandas wira ni, entah macamana aku boleh tersampang dengan seorang pelatih Melayu bawa air panas nak masuk toilet. Aik??? kemusykilan mula timbul. hehe. Ditambah lagi muka pelatih tu yang tak leh nak control dari muka menipu. Bila aku tanya buat apa air panas tu, ada ke dia kate air dalam toilet tak cukup, dia nak buang air besar so takde air. Hahahaha aku masa tu dah ilang dah marah sebenarnya, kalau ikutkan hati kat situ gak aku nak gelak guling2. memang terer la kau bersuci dengan air panas mengelegak.
Aku geledah toilet satu persatu. Pelik takde pula orang. Bila aku ugut budak tu, baik dia cakap betul2 sebelum aku masukkan dia dalam lubang kubur tepi surau malam ni. Barulah dia tunjukkan kawan2 dia yang tengah menyorok kat atas siling. Badan dah perpeluh-peluh dah aku tengok. Untuk tak nak panjangkan cerita, kes tu kira setel selepas mereka bertiga aku serahkan pada ustaz.
Ada lagi kenangan yang aku tak leh lupa. Masa tu hari lawatan keluarga. Dorm tu taklah ramai budak non muslim. Tapi aku tengok bersepah mangkuk mee rebus, murtabak, kuih-kuih, KFC, pizza hut, nasi goreng, air katira, air oren ais dan bermacam-macam lagi yang kalau aku pun bukan jurulatih sure aku mintak sikit..hihi. Dan yang bestnya, ramai yang tengah tido mengelilingi makanan tu. Pergh tido kekenyangan macam ular sawa baru lepas telan bapak kambing. Siap ada sorang tu pegang air pepsi kat tangan sambil tido..hahahaha (sapelah tu kan?) Bila aku sergah je, semua tak mengaku. Adoiii....
Tu semua adalah selingan saja. Aku pun faham bukan mudah untuk korang meninggalkan bad habit. Aku dulupun remaja macam korang juga.
Aku cerita siktilah pengalaman masa aku cadet dulu. Time bulan puasa aktiviti harian masih seperti biasa. Pagi tetap ada p.t pagi. Kadang2 kene berlari 7km juga. Cuma waktu petang kami bebas untuk melakukan aktiviti. Kadang2 pegawai bagi kami can untuk membeli juadah di bazar ramadhan. Fuhh memang best. Lepas kenyang perut cam nak meletop, malam kene guling ramai ramai. Habis keluar semua kuih putu mayam aku. paling aku tak dapat lupa bila kantoi makan rambutan dengan pegawai. walhal yang jual aku punya jurulatih. Rupanya jurulatih aku suruh makan lepas berbuka, tapi bila aku rasa rambutan tu memanggil aku untuk cuba rasa barang sebiji dua, manalah tau rambutan tu masam ke, boleh pulangkan balik kat jurulatih. Tak salahkan? Bila rasa sebiji...hmm manis juga cuma tak pasti. Untuk kepastian aku ambil lagi sebiji. Haa memang sedap. Bila dah terbatal puasa, alang2 tu baik aku habiskan seikat terus. Time tulah kantoi. Birat dahi kene starlight.
Yan pasti, best kan berbuka ramai2. Kalau kat kem Telok Sari berbuka dalam dulang. Satu dulang 4 orang. Huish masyuk ooo. Waktu sahur pun best gak. Nak2 bila kejutkan pelatih ni. Macam2 ragam dan perangai. Siap ada yang nak kene usap dulu kat kepala baru bangun pun ada. Nak wat cam ne, anak omak.....
Oklah, nak tido awal. esok nak balik Segamat. Insyallah kalau ada idea or mood, aku post lagi tajuk2 yang best. C ya

Wednesday 5 June 2013

AL-MERAPU WAL MENGARUT TIYYAH...

Salam semua....lama gak ye aku tak update blog yang suam-suam kuku nih..haha. Bizi jugalah dengan jadual latihan, ditambah lagi dengan kerja freelance aku sebagai part time plastic model builder. Tempahan makin banyak. Kadang2 kat rumah tidur sampai pukul 2 untuk menyiapkan tempahan dari orang. Cari duit lebih kata orang.....
Aku try juga untuk update blog ni setiap minggu, tapi biasalah...macam aku cakap di atas tadi. Takde masa sangat. Kadang2 bila mood ilang, pun malas dah nak sambung tulis blog ni. Bila mood ada kat rumah, baru je nak taip dah anak2 aku panggil ajak main ultraman lawan raksaksa. So, bila dah pegang watak raksaksa lawan 2 orang ultraman ni memang susahlah nak menjiwai watak. Penat....
Tak lama lagi kumpulan 2 siri 10 akan habis. Tinggal 2 minggu je. So, macam biasa kami akan sibuk dengan persiapan penutup. Aku macam biasalah, sure kena conduct TTS dengan cikgu Ramli. Kalau dulu aku akan partner dengan cikgu Fendi. Aku ingat lagi semasa kumpulan 1 siri 8 kalau tak silap, pada aku tulah persembahan paling mantap pernah kami buat. Yang lain ok juga macam kumpulan 2 siri 8 dan kumpulan 2 siri 9 buat. Not bad lah untuk level korang tapi kumpulan 1 siri 8 paling mantap untuk persembahan TTS semasa hari penutup.
Aku sebenarnya tak tau nak tulis tajuk apa, plan nak tulis gak cerita mengenai kompeni2 yang pernah aku duduk. Alpha kompeni kumpulan 1 siri 6 aku dah pernah tulis. Ramai juga yang request aku tulis mengenai kompeni yang lain. Tapi tak bermakna aku ketepikan mereka yang duduk kompeni lain or aku ni terlalu taksub dengan kompeni aku je. Kalau korang menilai aku macam tu silap lah. Sebab pada aku, walaupun korang dari kompeni lain. aku tetap layan sama sahaja. Tiada ditulis pada baju biru jurulatih tu aku ni j.l kompeni Alpha, Bravo, Charlie, Delta, Echo, Foxtrot sampailah Zulu.
Ini adalah senarai kompeni yang pernah aku duduk dari tahun 2009 hingga hari ni.

KEM PLKN TELOK SARI, ENDAU MERSING
KUMP. 1 SIRI 6/2009 - ALPHA 
KUMP. 2 SIRI 6/2009 - BRAVO
KUMP. 3 SIRI 6/2009 - DELTA

KEM PLKN SRI LEDANG
KUMP. 1 SIRI 7/2010 - CHARLIE
KUMP. 2 SIRI 7/2010 - CHARLIE
KUMP. 3 SIRI 7/2010 - BRAVO

KUMP. 1 SIRI 8/2011 - BRAVO
KUMP. 2 SIRI 8/2011 - BRAVO
KUMP. 3 SIRI 8/2011 - CHARLIE

KUMP. 1 SIRI 9/2012 - BRAVO
KUMP. 2 SIRI 9/2012 - DELTA
KUMP. 3 SIRI 9/2012 - DELTA

KUMP. 1 SIRI 10/2013 - CHARLIE
KUMP. 2 SIRI 10/2013 - CHARLIE

Aku banyak spend masa dalam kompeni Charlie dan Bravo. 5 kali dah. Setakat ni, dalam Bravo kompeni aku dah tengok 4 kali mereka jadi best company (kompeni terbaik). So memang banyak sweet moment lah bersama Bravorian ni. Terutama sekali Bravo kumpulan 2 siri 8, masa tu aku jadi o.c kompeni. Bayangkan semua event mereka sapu. Kembang kempis idung aku. Hehehehe.
Gelaran Kompeni terbaik tu hanyalah bonus kepada mereka yang bekerja kuat pada aku. Tak bermakna kompeni yang lain tak baik. Setiap intake ada advantage dan disadvatage. Tu cuma "title" dan aku harap takdelah yang berdendam. Ni kadang kalau baca kat FB siap ada yang hentam aku sebab tak puas hati dengan kompeni aku...ape ni dey?? Rilek la, masuk PLKN bukan kita nak jadi Pelatih terbaik or kompeni terbaik pun. Kita nak timba pengalaman, sahut seruan kerajaan, latih diri kita jadi lebih berdisiplin. Bukan jadi best kompeni or jadi taksub dengan kompeni pun.
Oklah, next time insyallah....aku tulis mengenai kompeni2 yang aku duduk ni. semuanya ada sejarah yang berbeza. Tapi layanan dari aku sama saja aku beri. nak menghasilkan produk terbaik, kenalah bagi corak latihan terbaik betul tak? wassalam....













Sunday 14 April 2013

AQUAPHOBIA

Assalamualaikum dan dan ucapan sejahtera pada semua. Sori lama tak post. Minggu lepas aku memang bizi sedikit, kena pergi kursus air ( renang ) di Kuala Nerang, Kedah. Dari 8hb April, sampailah 11 April aku dok berendam kat kolam. Lapor je kat kem Dusun Minda Kuala Nerang pada pukul 1400H, pukul 1700H aku dah terjun kat dalam kolam. Wah bunyi macam best je kan? Hehehe

Untuk pengetahuan korang, adik2 korang bermula dari kumpulan 1 siri 10 yang lepas telah memecahkan tradisi untuk aktiviti air dimana mereka telah menjalankan aktiviti tersebut di kolam mandi. Bukan kolam mandi yang macam kat hotel tu tau, ni kolam mandi saiz olimpik. Bukanlah bertujuan untuk melahirkan individu yang boleh lompat dari platform tinggi2 macam Pandalela Renong ataupun Bryan Nicol Lomas. Matlamat sama sahaja seperti yang macam dulu, cuma konsep dan corak latihan sahaja yang berubah.

Dengar macam best kan? boleh berenang di kolam renang. Tapi sebenarnya disebabkan ruang masa dalam latihan yang terhad, mereka hanya boleh buat aktiviti " water confident " yang buat aku tak jadi kompident, hehe, gurau je. Bukan belajar berenang gaya bebas ke, kuak kupu2 ke dan lain2 lagi cara berenang. Hanya buat water confident diselangi dengan tips2 keselamatan seperti cara2 turun kolam, pemakaian B.A dan lain2 lagi. Ringkas je. Lepas tu, pelatih akan turun kolam yang hanya sedalam 1.2 meter sahaja. Tak dalam mana pun, paras dada itik saja.

Lepas buat water confident, pelatih akan naik dan pakai B.A pula. B.A atau boyancy aid la..yang korang panggil jaket keselamatan tu. Badan macam badak pun tak tenggelam kalau pakai BA ni. Lepas golek2, buat caterpillar, buat formasi water lily maka habislah sesi aktiviti air. Secara purata seorang pelatih hanya berada di dalam air selama 10 minit sahaja. Lagipun masa latihan untuk air hanya 2 hari je beb, mana sempat. Lainlah JLKN suruh buat 10 hari, haaa...insyallah kalah ikan lumba2 kalau di ajak berenang. Ni latihan 2 hari, tak dapat lah nak ajar kemahiran berenang. Nak lawan itik serati pun belum tentu boleh menang.

Korang ingat tak masa korang buat aktiviti air? kalau dulu, aktiviti ni memang best. Aku pun memang hantu air. Nak2 kalau ada kayak, lagilah aku suka. Rakit pun aku suka juga kalau ada pertandingan. Sebelum kumpulan 1 siri 9, mereka berpeluang main kayak dan rakit di tasik2, kolam2 atau pantai yang berhampiran dengan kem. Tetapi disebabkan kes seorang pelatih yang terkena jangkitan akibat kencing tikus, maka semua aktiviti kayak dan rakit di stop kan terus sebagai langkah berjaga-jaga. Aku pn pelik juga, pelatih tu sorang je yang kena. Kenapa yang lain tak kena. Itu aku tak nak ulas lebih lanjut lah. Sebab berkaitan dengan dalaman.

Mula2 sekali, macam biasa korang akan diperkenalkan dengan kelas teori dulu. Belajar apa itu BA, kayak, rakit, cara2 nak buat rakit dan sebagainya. Buat rakit ni, siapa yang tak pandai ikat alamatnya karam lah rakit kau. Sebijik macam kapal titanic nanti. Itu baru kelas teori.

Habis je teori, tibalah masa yang di nanti2kan. Iaitu turun dalam air. Sebagai keselamatan, setiap pelatih akan memakai BA dulu. Baru boleh turun air. Haa...masa nilah kami akan mengenal pasti siapa antara korang yang ada sindrom Aquaphobia. Apa itu Aquaphobia? baca nih! jangan malas korek ilmu!

http://en.wikipedia.org/wiki/Aquaphobia

Bila tengok je air tasik or laut, sure ramai yang excited nak main air. Aktiviti dimulakan dengan water confident dahulu. Tapi bila cecah je dalam air..aik? muka ada sikit tukar kaler. Mula2 turun ok, tapi bila pergi ketengahtasik or laut haaaaa ambik kau. Habis member kat sebelah dipautnya sampai tenggelam member tu. Kena air tasik ok lagi, kalau air laut tak pasal2 terminum air masin..yuck!!! Sebabnya, kerana time tu kaki dah tak jejak kat tanah lagi. Korang takut korang akan karam dan jadi batu ladung kat dasar. Badan kita lebih berat dari air, so maksudnya kita akan tenggelam bila masuk ke dalam air. Itulah mind set yang akan buat korang takut. Walhal dah pakai BA dah. Sure akan terapung punya melainkan BA tu dah takde foam or expired.

Bukan setakat wirawati, wira pun sama. Kat dorm dialah hero segala hero. Kat bilik air dialah raja air, main simbah2 sampai aku masuk bilik air nak cek pun turut jadi mangsa simbahan. Ceh!!
Tapi bila masuk je kolam, tuu dia. Tak cukup dengan member, dengan aku2 sekali di pautnya. Siapalah orang tu kan? hihihihihihi

Dari aktiviti water confident je dah nampak segalanya. Dari situlah tindakan akan diambil untuk menyakinkan korang yg ade sindrom ni supaya jangan takut lagi. Secara slowly rasa takut tu akan berkurangan. Bila suruh balik ke jeti, eh timbul lagi problem....tak boleh nak berenang pula. Walhal orang lain dah siap gantung BA dah. Dia kayuh2 kat situ juga dia stay. Ni apa kes ni? Yang ni....aku tak nak classifiedkan sebagai ape. Heeeee

Habis je buat water confident, kita akan main kayak pula. Memang best la. Pada yang first time main kayak ni, sure akan ada masalah nak mengendalikan haluan untuk kayak ni. Rilek, aku dulu pun cam tu juga. Sebab tu kita kena belajar. Nak pi ke kanan, tapi pi ke kiri. nak pi ke kiri tapi pi ke kanan. Aik? tak ke pelik tu? Last2 langgar tebing. Buat penat je kayuh bagai nak rak, last2 j.l juga yang tarik ke tengah semula. Tak pun jadi tambah teruk, bergaduh pula dengan buddy..hahaha

Kalau dapat kayak double, susah sikit nak cari buddy yang ada kesefahaman dan ada sikit skill. Kena kerjasama juga. Orang belakang kena lah ikut orang hadapan semasa kayuh paddle tu. Kalau tak sama sure kepala orang depan makan paddle. Hambik kau!!

Yang menjerit atas kayak pun ada juga. kayak yang korang pakai tu bawah dia mendatar la. Susah nak terbalik. Kena ombak sikit dia punya jerit mak oiii....macam kena tsunami. Lepas tu tak bergerak dah kayak. Statik kat situ je la. Lama2 korang akan pandai handle kayak tu walaupun tak lah sampai status macam olimpian

Aku tak dapat lupa semasa pertandingan kayak dan rakit untuk kumpulan 1 siri 9/2012. Bravo champion masa tu. Paling kelakar semasa acara kayak solo kategori wirawati. Kesian bila lihat seorang peserta ni tak tahu nak reverse @ orang kampung aku panggil back paddling. Orang dah lama habis pertandingan, tapi dia masih dengan kayaknya lagi. Bukan aku nak gelakkan dia, tapi apa yang aku tengok, walaupun dia tahu pertandingan tu dah habis, dia tetap nak bawa kayak tu ke garisan penamat gak. Takpelah wirawati, masuk U nanti join persatuan kayak. Best ooooo.

Habis main kayak, kita main rakit pula. Hah ni aku memang minat. Sebab melibatkan kerjasama. Macam2 kerenah kita dapat lihat semasa atas kayak. Kalau wira biasalah, semua nak jadi ketua dan ramai tunjuk pandai, kalau wirawati sawan tak habis2. Asik menjerit je atas rakit. Mula2 masing2 kayuh bagai nak rak, tiba sahaja kat tengah tasik, aik pancit dah? silap2 ari bulan tinggal ketua je yang kayuh. Hehehehe. Sebenarnya, ada rahsia besar untuk handle rakit. Kalau nak turn ke kiri or kanan, tak perlu buat sebelah port kayuh dan sebelah stbd bak paddle pun. Just kayuh je, yang control untuk rakit kita pergi ke kiri or kanan adalah orang yang duduk di belakang sekali. Hehe, tulah rahsia kenapa tim aku selalu menang.

Semuanya dah tinggal kenangan. Mungkin korang pun dah lupa cara macamana nak naik kayak, nak ikat rakit. Mungkin jika elimen air dapat diberatkan lagi, acara kayak dan rakit boleh on balik untuk modul fizikal ni. Kalau nak buat aktiviti renang di kolam renang, pun aku suka juga. banyak manfaatnya. Jika anda perasan, sebenarnya setiap bulan ada sahaja kes mati lemas. Penting bagi kita untuk belajar renang. Lagipn latihan renang juga tidak melibatkan kecederaan pada mana2 anggota badan. Lebih selamat dari berlari tau.

Oklah, insyallah lagi jika ada masa aku akan menulis dan terus menulis. Jika ada tersilap bahasa sepanjang latihan dulu, aku minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki korang yang selalu masuk medik sebab kene cagu tuh...hihihihihi.













Saturday 6 April 2013

SELAMAT DATANG KUMPULAN 2 SIRI 10/2013

Bermula dari 30 Mac tempoh hari, pelatih kumpulan 2 siri 10 telah mula melapor diri di kem masing2 seluruh Malaysia secara berperingkat. Dijangkakan pelatih akan terus melapor diri hingga 8 April. Pada kali ini, jumlah kehadiran agak meningkat. Kalau nak dibezakan dengan intake ke-2 tahun lepas, intake kali ni lebih ramai ( di kem Sri Ledang la..kem lain pun aku rasa sama ja. )

Sehingga post ini ditaip, pelatih sudah genap seminggu berada di kem. Macam biasa, sindrom mula2 masuk kem akan muncul. Sebagai jurulatih, kami memang sudah biasa dengan kerenah seperti ini. Ramai yang nak minta excuse dan mencari alasan untuk balik ke rumah dan minta penangguhan. Habis semua penyakit diungkit sampaikan sejarah pernah patah semasa sekolah rendah pun diceritakan balik. Walhal dokter kate Wira ni Fit (sihat) tubuh badan dan mampu menjalani latihan seperti biasa. Alamak....KEMON la....18 tahun duduk di bumi Malaysia dengan aman, takkanlah kerajaan minta sumbangkan tenaga untuk tempoh tak sampai 80 hari pun tak boleh kot? tak MALAYSIAN la beb....hehe

Tapi aku percaya, tempoh ni hanya sementara. Masuk pertengahan bulan nanti insyallah sure yang nak balik tu akan enjoy duduk kem. Dengan aktiviti siang malam, jumpa rakan2 dan chance untuk menekel wirawati. Banyak choice pulak tu, haha. Gurau je, matlamat masuk PLKN bukan nak menggatal tau!!

Macam2 kerenah yang aku jumpa. Sama ja macam korang semasa mula2 masuk kem dulu. Rokok tu jangan cerita la..tapi korang sorokkan macamana pun, 80% chance untuk kantoi tu tetap ada. Aku tak nafikan ada yang bolos. Nasib lah. Untuk kumpulan kali ni, boleh tahan juga kadar rampasan. Berkotak kotak rokok kami dapat semasa pemeriksaan barang pelatih. Ada yang simpan dalam tin, dalam lipatan beg, even dalam seluar dalam dan celah kelengkang pun ada!!! Tapi sayang, kantoi juga.

Sebenarnya bukan setakat rokok sahaja yang diistihar sebagai barang larangan. Ada macam2 lagi yang termasuk dalam senarai. Antaranya adalah benda2 tajam, cerek elektrik dan barangan elektrik, ubat-ubatan, minuman yang memabukkan, makanan tidak halal, kepala tali pinggang yg besar, hanger baju besi, bahan2 pornografi, risalah politik, bantal busuk, teddy bear...semua tu memang tak boleh dibawa dan kalau ada akan di ambil. Unit disiplin akan menyimpan barang2 rampasan berkenaan.

Selepas ni, jika ada di kalangan adik beradik, sepupu sepapat, jiran atau member2 dapat masuk ke kem PLKN Sri Ledang, maklumkan kepada mereka tak perlu bawa baju banyak sangat. Buat penat je mengendong beg2 besar macam peserta AF kena riject. Kem sini pakai uniform, baju civilian tu hanya untuk dalam dorm sahaja.

Selamat datang kepada pelatih kumpulan 2 siri 10/2013 dan selamat bertugas kepada rakan2 jurulatih. Sori post kali ni short sahaja, bizi sikit. Lagipun aku kena siap2 untuk pergi kursus air di Kuala Nerang, Kedah.

Wednesday 27 March 2013

MENEMBAK

Menembak dengan senjata M16A1 adalah aktiviti yang paling diminati oleh semua pelatih. Sejak dari hari latihan kering ( kelas pengendalian senjata ) di pondok skot lagi rata2 muka korang semua dah menunjukkan "excited". Kalau wira biasalah, mestilah bab ni adalah perkara yang paling ditunggu tunggu. Adat bagi seorang lelaki, pasti meminati senjata, apatah lagi kalau senjata api macam M16 ni. Maka sasaran utama diajukan soalan surelah jurulatih. Adoii pening nak layan kerenah korang tau. Kalau tanya data teknik tu kira oklah juga. Ni ada yang tanya soalan2 cepu emas, kalau zaman aku cadet dulu sure kene cepuk dengan jurulatih aku tau kalau aku tanya soalan yang macam korang tanya. Antara soalan2 yang errr..aku pun tak tau nak classified sebagai soalan apa.

1. " cikgu, senapang ni besi dia dari apa cikgu?" 
Aku bukan pakar senjata, tapi aku rasa cukuplah korang just sekadar tahu data teknik dan yg penting. Adoii....kang aku jawab dibuat dari tepung gandum cap kunci korang tak caye pulak.

2. " cikgu, peluru ni boleh memantul kene kat kite balik tak?"
Kalau dah seratus meter tembak.....takkan lah peluru tu patah balik..PANADOL SATUUU!!!

3. " cikgu, kenapa markah saya kosong, saya dah tembak tepat semua nombor atas bukit tu"
Orang tembak papan target, bukan nombor target...

4. " cikgu, kenapa bunyi M16 ni tak sama macam bunyi kat dalam game tu? "
Entah, cuba kau try rase kene tembak, same tak mcm kat dalam game..hehe.

5. " cikgu, kenapa markah saya kosong, tapi orang sebelah kiri dan kanan saya score 90 keatas?
Tahniah, anda telah membantu member anda untuk dapat gelaran jaguh menembak dan jaguh wira.

6. " cikgu, senapang ni boleh tembak tak kalau saya pasang pelurunya terbalik? "
Arghhhhhhh!!!!!!

Tulah antara soalan2 yang pernah buat aku migrain. Tapi takpalah, mana yang boleh aku jawap aku jawapkan, bak menatang minyak yang penuh...ku layan dirimu dengan penuh kasih dan sayang..&($&##&*$)*&$*@^!!!!..hehe
Wirawati pun tak kurang hebatnya. Ramai juga yang berminat, tapi takut2. Biasalah perempuan, sure takut dengar bunyi bende meletop. Tapi ada gak yang buat2 takut, alahai gediknye. . Nak2 bila abang askar yang ajar tu encem, tak pun ada la pula wira2 yang hot kat sebelah dia.

Latihan menembak dengan senjata M16 ni kalau tak silap aku dah start dari tahun 2006. Mula2 semasa diusulkan aktiviti ni, ramailah pihak yang membangkang. Betul...kita tak boleh main2 dengan senjata ni . Senjata yang kalau silap langkah, boleh membawa maut atau pun kecederaan yang serius. Tapi kalau dipikirkan balik, ada banyak kebaikan dari keburukan. Aku pun tak nampak apa yang boleh membuatkan nyawa pelatih melayang semasa aktiviti ni. Bukan peluru tu patah balik kebelakang pun!!!

Lagipun kita menembak senjata ringan, bukan guna HMG, LMG, meriam Bofors 50MM ke...M16 je Mak Jah oiiii. Biasalah orang Malaysia, kalau bab komplen juri Malaysian Idol pun kalah. Semua bende dia tahu. Walhal mungkin mereka lupa, antara salah satu faktor PLKN ditubuhkan adalah untuk menyahut seruan HANRUH atau pertahanan menyeluruh. Andai kata lapisan pertahan pertama kita iaitu askar dah kalah, maka pertahan kedua pula akan take over untuk mempertahankan negara kita. PLKN ni bolehlah diletakkan sebagai lapisan ke 3. Atau sekurang-kurangnya, kita boleh beri senjata pada bekas2 pelatih PLKN dan mereka boleh mempertahankan diri serta keluarga andai kata terjadi peperangan. Ada pikir ka? Ayoyo..

Tujuan asalnya adalah sebagai latihan keyakinan diri pada pelatih. Barulah remaja2 Malaysia ni berani. Ni baru pegang senjata takde peluru pun habis bergegar satu badan 6.5 skala ritcher. Tu belum tembak lagi tu. Nak kena target lagi la, tah kene entah kan tidak. Bak kata jurulatih Wataniah aku dulu...
" Kalau ada monyet kat papan target tu die boleh joget2 sebab hangpa semua tembak tah hapa2"
Hehehehe ada logik kan? So thats y korang akan akan diberi pendedahan asas dahulu. Belajar kenal senjata. Sifat2 dia, data teknik, cara2 nak menenang...semua tu akan di ajar terlebih dahulu oleh pakar dari ATM. Lepas tu di beri pula peluang untuk tembak menggunakan peluru kapur @ blank dahulu. Than barulah boleh menembak dengan peluru hidup di lapang sasar.

Cuma aku tak setuju satu je, kenapa tak dilatih pelatih2 PLKN ni cara2 untuk mengendalikan senjata ni secara total? Seperti contoh cara2 nak cuci senjata, tindakan serta merta dan macam2 lagi.
Melatih pelatih menggunakan M16 juga bukan bermakna melatih mereka menjadi perompak ok, kemungkinan untuk terjadi ada, tapi siapa2 pun boleh jadi pengganas atau penjenayah. Senjata ni amat mudah untuk dikendalikan. Di negara2 yang berkonflik seperti Somali, budak umur 6 tahun pun pandai kopek senjata M16 ni. So tak logik kalau ada pihak yang mengatakan kalau ajar pelatih menembak akan menggalakkan jenayah dan elimen pengganas.

Oklah, kita cerita semasa menembak. Sure korang ingat kan, punyalah berdebar nak tunggu giliran menembak. Jurulatih pula ada yang memberi bermacam2 petua pada pelatih kompeni mereka. kalau diminta penggeras pulut kuning dengan telor rebus boleh buat stok sebulan. Ada sesetengah kem yang menganjurkan pertandingan menembak antara kompeni. So habislah segala ilmu2 sniper dicurahkan untuk mencapai gelaran marksman. Aku pun masa dalam cadet mahupun dalam Wataniah tak berpeluang nak tau ilmu2 tu. Untunglah korang....tapi bile tengok result.." kosong..kosong..oohhh" kata Najwa Latiff...hehe

Bila tengok member sebelah, alamak dah pucat muka. Toreh pun takde darah. Tengok sebelah lain pula lagi dahshat! macam orang kene denggi dah habis menggigil. Punyalah takut kan? Bila dapat sahaja arahan...
" Detail ke tapak tembak....gerak!! " 
Fuh!!! nak tak nak kene try juga. Mula2 sekali 7 butir peluru akan diberi sebagai pelarasan untuk kita tahu mana perluru tu pergi. Lepas tu baru kita akan tembak 20 butir peluru. Mana yang bagus tu dia akan tembak pada kadar berkala or timing. Mana yang gugup sure dia akan tembak macam cerite koboi. 10 saat dah habis dah. Hehe. nak tembak kene rileks, cool...nafas kena jaga, position, aiming, semua tu kena tahu.

Jadi, rugilah kalau tak take time semasa menembak. Tak de feel. Habis je menembak...eh seronok kan? takdelah takut mane pun. Cuma bahu tu je la akan rasa lenguh2 or sengal2 sikit, terutama pada mereka yang suka membelit waktu p.t pagi..hehe

Masa ni jugalah kita akan tengok wira2 yang budget top. Huish kalau cerite dialah paling power kat J.B. paling besar kat Soromban!, paling top kat Melaka Central!! Tapi bila menembak...alamak..meng geigeil la pulak...Habis je menembak, capai cawan pun bergetar air dalam cawan. Hehe, sori taiko jangan terasa aaa...hihihihi.

Lepas tu mana2 mat kuntum akan rasa malu bile dia dapat tahu awek dia boleh score pulak jauh dari dia. Alamak..malunya, untuk cover line, habis semua disalahkan. Senjata tak baguslah, cikgu kira markah salahlah, angin tiup pelurulah...hehe. Habis tu awek kau boleh score ape cerite beb? Kalau kita tak boleh menembak, takpe...biarkan, Tapi sebelum tu takperlulah kita over confident n keluarkan fatwa2 songsang cara2 untuk menembak. Pendek kata tak perlu tunjuk pandai. Enjoy the program sudah.

Aku cerite kat korang lah. Aku dulu pun semasa belajar menembak same je macam korang. Langsung tak tau apa2. Lagilah teruk semasa nak belajar tu. Macam korang takpa, diajar dengan penuh belaian kasih sayang. Aku ingat lagi, semasa kelas senjata kecil di K.D Pelandok. Masa tu kami menembak dengan pistol Glock 17 9MM. Aku punye gabra masa tu pasang kelopak pun terbalik...Lagi bertambah gelabah bila pegawai tapak tembak jerit kat aku suruh stop! macam aku ada bawa bom. Lepas tu aku kena nuckle pushup 20 kali. Semput den! Semasa kat Wataniah, aku memang dah ada basic untuk weapon handling ni. Tapi member2 skot aku teruk kena. Meniarap salah pun kena pijak macam aksi sang kancil lompat atas sang buaya. Bila kelas ujian senjata, siapa salah buat memang berbalam lah dahi kene starlight dengan jurulatih.

So pada adik2 yang bakal menjengah ke alam PLKN  terutama pada 30 haribulan ni, tak perlulah ibu dan ayah kamu risau. Tanda tangan sahajalah borang tu. Sure seronok dan satu kepuasan tak ternilai akan anda dapat. kat luar manalah ada can nak menembak pakai M16 kan?

Sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasih pada yang sudi baca blog aku yang banyak melanggar gaya penulisan yang macam SPM tu. Terima kasih banyak2. Pada 25hb yang lepas aku tak sangka rate overview cecah 100 orang!! Tapi kenapa kurang yang komen ye? hihihi. takut ka? Aku garang kat dalam kem bersebab, tapi aku ni garang ke? Korang yang tak kenal aku ni..hehe. Oklah, kesempatan ini juga aku nak ucapkan tahniah pada bekas2 pelatih yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang untuk SPM 2012. Mana yang kurang cemerlang tu, takpe, jangan giveup. Ni bukan penamat buat korang pun. Usaha dan terus kerja keras. Tak semestinya kita failed dalam akademik kita failed dalam kehidupan k!!
Dapat markah kosong pun takpe, asalkan possing baik punye. 


WIRA 1 : SKOT!!! TAK KENE PUN ANAK BEROK TU KITE TEMBAK?
WIRA 2 : SIOT!! DIA BOLEH BUAT PT 10 LAGI TUH!!!
WIRA 3 : PATUT LA...KO KIDAL. TANGAN TAIK!!
( hanya sekadar gurauan, tak ceria hidup kalau tak bergurau..hihihi )

Menembak yang lepas..saje nak bagi tim komandan menang. Kang tak pasal2 extra duty..hihi jangan marah tuan...

Sunday 17 March 2013

AKROFOBIA

Hai semua, well hari ini adalah hari terakhir pelatih kumpulan 1 siri 10/2013 meninggalkan kem. Pada jam 0900H, kem mula lenggang. Sunyi la pulak, macam terngiang-ngiang suara i/c skot memanggil budak kompeni mereka untuk berbaris di depan dorm. Macam terperasan je muke2 pelatih yang tengah cover member isap rokok kat tepi bilik air..hehehehe. Setiap intake macam tulah. Anda datang, dan anda pergi, tapi kami tetap di sini.

Wokey!! kali ni nak ungkit memori silam korang sepanjang latihan dijalankan. Pernah tak dengar perkataan AKROFOBIA? maknenya takut pada tempat tinggi atau orang kampung aku kat St. Marie, (alaa kampung aku kat France tu. dekat dengan area Normandy, pantai barat France.or orang malaysia panggil Perancis) panggil gayat, bukan gayah tau!

Apa aktiviti yang berkaitan dengan GAYAT dan PLKN? Mestilah aktiviti tali tinggi kan? Ingat tak tali tinggi? Alaa aktiviti yang kena panjat menara 4 tingkat tu. Than kena turun pakai flaying fox, abseiling dan  repelling. kat luar kalau nak main game ni, mahal tau nak bayar. Tapi kat PLKN free saja, cuma kena ikut rule dan dengar arahan jurulatih. Kalau tak semua jadi susah.

Aku suka involved dalam aktiviti ni. Sebabnya masa nilah aku boleh kenal pelatih2 aku yang ada masalah dengan tempat tinggi. Jika anda mengalami Akrofobia yang serius, bermakna anda kurang keyakinan diri  pada diri anda sendiri. Tetapi tidak bermakna anda gagal untuk manage diri anda. Ada banyak lain jenis2 fobia yang akan muncul sewaktu anda di dalam latihan PLKN dan anda kena hadapinya. So, proses ini secara automatik membolehkan anda mengenali diri anda sendiri. Di dalam elimen ini, sebenarnya terpulang pada pelatih samada ingin melakukan aktiviti tali tinggi atau tidak. Tiada paksaan untuk korang pun.....

Mula2 sekali, sebelum aktiviti tali tinggi bermula. Ada kelas pengenalan pada tali tinggi. Jurulatih akan memperkenalkan jenis2 alatan yang akan digunakan untuk anda semasa aktiviti tersebut. Dari helmet, body harness, tali, carabanner, pulley dan pelbagai lagi alatan. Lepas tu ada pula demo dari jurulatih, demo macamana cara2 nak turun, dah turun, demo jika berlaku any emergency dan pelbagai lagi. Wah masa tu semua dah excited. Mana2 wira yang kununnya machuurrr cehh..cover je muka. Selalunya mamat2 macam ni mereka buat2 tak dengar dan ada juga yang tidor semasa kelas pengenalan nih. Ok...takpe..

Kemudiannya,  Anda akan melakukan sesi " hight confident " pula. Sesi ni penting untuk jurulatih menyakinkan diri anda dan sekaligus dapat mengenal pasti mana2 pelatih yang ada Akrofobia. Kalau sintom yang sikit2 tu...ok lagilah. Insyallah boleh di setelkan time tu juga. So, bila dah tiba di menara nanti kami dah boleh agak dan beri tumpuan pada pelatih yang ada problem semasa sesi hight confident. Ingat tak sesi hight confident? alaa yang korang kena cari buddy sama saiz badan,  dia akan support dari belakang sementara kamu pula kena pejamkan mata. Than kena rebahkan diri ke belakang dengan kedudukan kaki merapat. Percayalah, sesi macam tu pun ada yang dah pucat muka...hehehehe.


Pakai herness ke, mengadu kat awek ni? hmmm

Dah setel semua mengikut prosedur. Maka latihan hakiki pun bermula. Selalunya Flying fox dan abseiling/ repelling akan dibuat secara serentak untuk menjimatkan masa. Yaaa...masa nilah kita akan lihat wajah2 yang bertukat kaler. Kalau sesumpah boleh bertukar kaler dari warna hijau ke warne coklet, korang pun mase tu ape kurangnye. Dari kulit warne coklet boleh tukar jadi warne putih. Wah macam clear edition la pulak. Haha. Tau kenape kaler korang bertukar? sebab tu lah tandanya dah jadi takut. Perasaan mula jadi gugup.

Bila selesai sahaja pakai body harness....kaki mula melangkah ke tangga menara. Satu demi satu anak tangga anda naiki. Kaki mula rasa berat. Pasni anda akan rasa alahai...banyaknya tangga aku nak naik wei!! Yang rasa menyesal pun ada sebab masuk PLKN. Tak pasal2 kena terjun dari menara. Tapi kalau turun kang...kena gelak la pulak. Mau jadi bahan lawak kat dorm. So, no choice. Kena naik juga. Duduk sahaja di tempat penunggu, bila tiba turn anda. Pasti ada yang suruh member kat belakang turun dulu. Kadang2 boleh jadi gaduh pun ada. hehehe..kan? kan?

Kemudian jurulatih akan memanggil..

 " OK NEXT!!!!" 

 Alamak...kecut perut!! Habis segala air dalam badan keluar. Peluh tak usah cakaplah memang dah bergenang kelopak ketiak. Pundi kencing pun tiba2 macam dah penuh. Berdiri sahaja di tepi platform...Tuuuu dia!! Mak aih luasnya dunia!! Pandang bawah pula..Fuyooo..kecik je kepala K.J dari atas. Masa tulah rasa fobia akan muncul. Mana yang kronik tu habis jurulatih dipeluknya. Tak cukup dengan jurulatih habis tiang2 kat tepi tu dipeluk sekuat hati. Ya Allah...kalah orang kena histeria!!

Ingat tak, semasa hendak turun tu anda kena lapor kepada pegawai yang berada di bawah. Selalunya ayatnya macam nilah lebih kurang...

" SAYA!! WIRAWATI JEMAH NOMBOR BADAN C017 MINTA KEBENARAN UNTUK TURUN TUAN!!!! " 

Tu ayat yang keluar dari orang yang berani. Aku pernah dengar orang cakap macam ni

" SAYA...WIRA XXXXXXX MINTA KEBENARAN UNTUK MENURUN TUAN!!!

Ambik kau..dia minta kebenaran untuk turun nombor ekor kat atas menara. Hehehehe. Takpun ada yang lagi best pernah aku jumpa.

JURULATIH : HAH, WIRA APA LAGI LAPOR LA.
WIRA           : OK CIKGU!! EH CIKGU NAMA SAYA SIAPA YE??

Hahaha..betol..itulah yang terjadi dan antara dialog2 yang aku pernah dengar keluar dari mulut pelatih. Kelakar kan? Masa tu dah tak kira dah...taiko Seremban ke, budak sekolah juvana ke, budak gangster pegang Kulai ke..mengigil lutut kat atas tu. Silap2 hari bulan, mat2 skema yang steady. Rilek je turun.

Kalau Flying fox tu maybe tak takut sangat la. Tapi kalau buat Abseiling or Repelling tu memang susah sikit sebab anda yang kena control tali. Tapi sebenarnya anda selamat sebab ada anchorman (b-layer) kat atas menara tu. Kalau anda lost control mereka boleh break. So korang akan tergantung la. Safety baik beb. Tapi bila dah dalam situasi macam tu, siapa yang tak cuak kan? nak2 pada mereka yang first time buat. Terkemut kemut nak turun sampaikan k.j pun dah tegang urat leher memekik dari bawah. Ada juga yang turun tapi matanya dipejamkan. Kaki dah jejak kat tanah pun mata pejam lagi. Keras terus. Kena tepuk bahu 2 3 kali baru nak bukak mata.

" EH CIKGU...SUDAH SAMPAI KA? "

 Selalunya, bila dah sampai je kat bawah or selamat turun. Kebanyakan pelatih akan cakap macam ni.

" CIKGU.....ERR BOLEH NAIK LAGI TAK? "

Haa..kan seronok dapat turun dari menara. Tak susah mana pun. Rasa seronok dan mencabar. Cuma ada segelintir sahaja dari pelatih yang aku jumpa, tobat...takkan naik lagi. Orang dah taknak, takkan nak pakse lagi kan? Suruh pegang pen nak sain buku pun dah tak betol. Normallah, no body perfect. Sekurang-kurangnya anda berani menyahut cabaran dan anda berjaya melakukannya.

Bila sampai je kat bawah tu, rasa macam tak percaya pun ada anda telah berjaya melakukannya. Rasa bangga pun ada. Dengan sendirinya, anda telah berjaya meningkatkan lagi keyakinan pada diri anda sendiri. Itulah objektifnya latihan macam ini diadakan.

Selain dari itu, ada juga aktiviti tali tinggi yang lebih mencabar. Kumpulan 1 yang lepas agak bertuah kerana dapat merasai pengalaman melakukan aktiviti Buma Bridge dan Postman walk. Yang ini lagi mencabar kerana anda dikehendaki menlintasi tali yang direntang. Kalau tak silap aku, sebelum ni ada juga beberapa kumpulan dari siri yang lepas telah melakukan aktiviti ini. Rezki...dapat juga merasa kan? Kat bawah ni aku sertakan beberapa pic semasa meraka melakukan aktiviti tersebut.




AYOYO....HEHE



STEADY LA BRADER!!!




YANG NI PALING LAJU JALAN.





Friday 15 March 2013

MASIHKAH ANDA INGAT - PART 2

Assalamualaikum dan apa khabar semua. Sekali lagi faktor masa dan situasi menyebabkan aku tak dapat nak tulis post terbaru. Bizi dengan persiapan penutup kumpulan 1 siri 10. Eh kejap je dah habis kan? Kali ni kena kerja keras sikit sebab ramai sangat pelatih. Aku tak rehat sangat dari 2 hari sebelum latihan wirajaya sebab kali ni aku dilantik sebagai penyelaras modul Navigasi. Takdelah banyak sangat kerja, tapi aku letih juga dok memikir apa nak buat, kalau gagal apa tindakan, apa plan A dan B.
Oklah sambung balik dari episod pertama yang lepas. Jika anda semua perasan, dalam post yang lepas aku banyak ceritakan senario pelatih semasa hari mula2 di kem, atau ayat best nya AWAL MULA PERTAMA MULA. Aku faham, siapa yang seronok datang kalau " dipaksa rela " kan? So pelbagai protes dalam bentuk bahasa tubuh dan alasan secara oral akan dicipta. Tak payan nak gebang la wira n wirawati oiii...sama sahaja dari setiap intake. Itu mula2...tetapi..lama kelamaan, perasaan terkongkong, marah sebab kena masuk PLKN, perasaan tertekan, emosi tak stabil, perasaan benci terhadap j.l yang dok memekak pagi2 buta, rasa geram pada j.l sebab bagi punishment kerana berbaris lambat, rasa bengang dengan masakan yang tak sedap tu semua...akan bertukar menjadi " keseronokan ". Sebabnya? terlalu banyak faktor...
Antara faktor utama perasaan benci tu akan jadi perasaan suka..


KERJASAMA Ini adalah elimen yang penting dan boleh meng "MIX" kan korang. Macamana nak kerjasama antara satu sama lain? First sekali kenalah ada komunikasi dengan pelatih yang lain. Tak kiralah anak Melayu ka, lencai Cina ka, or Macha. Mesti nak bertegus sapa antara satu sama lain. Than kena sumbang tenaga pula. Nak2 semasa bersihkan dorm. Siapa yang pemalas, kalau i/c skot cakap kat jurulatih...fuh, air peluh tu boleh perah lap lantai sampai licin!!! APA YANG PENTING!!!!???? ( anda sambung sendiri )

 KOMPENI ANDA. Mula2 sampai sahaja, anda semua akan dipecahkan mengikut kompeni samada Alpha, Bravo, Charlie ataupun Delta. Anda kena pertahankan maruah kompeni anda. Sebab tu ada pertandingan, walaupun sebenarnya pertandingan tu bukanlah atas kehendak dari JLKN, tapi aku percaya semua kem sure ada pertandingan. Maka bertungkus lumuslah korang nak membuktikan korang adalah yang terbaik antara kompeni lain. Bendera kompeni pun satu hal. Nak buat pun susah, nak jaga lagilah susah. Kalau hilang, alamatnya tak senang duduk lah. So kenalah bercampur n bagi komitmen pada rakan2 yang lain. maka akan wujudlah chemistry antara korang. Dan lahir juga rasa "proud" pada kompeni. Makin hari semakin sayang.....

RAKAN, KAWAN DAN SAHABAT. Masuk je PLKN, anda akan cari kawan kan? dah lumrah manusia memang cam tu. Hidup mesti nak berkawan. Faktor ini juga adalah sebab utama anda mula seronok dengan program. Dapat ramai kawan. Malah ada yang dapat sahabat sejati semasa di dalam kem. Dulu tak pernah ada kawan baik. Kat PLKn dapat pulak kenal sahabat or teman sejati. Makan satu pinggan..tidor satu bantal, mandi nak kena pergi sama2. Memang sahabat sejatilah. Bila sakit, dia akan temankan kita di medik, bila kantoi rokok...eh dia pun akan temankan kita kat padang kawad kena punishment walhal die tak isap rokok pun...hihihihi.


SHARE.  Macam biasalah, nak sesuaikan diri hidup bersama orang tak dikenali ni bukan mudah. Semua benda nak kena share dan kena buat bersama-sama. Sebagai contoh, bilik air...kat rumah tak pernah kita kena mandi ramai2. Tapi kat PLKN nak tak nak kena lah share. kau nak guna bilik air sorang2 alamatya memang kena pulaulah dengan kawan2. Nak makan pun kena kongsi. Contoh lagi, siapa yang tak basuh tray dengan bersih nanti adelah member yang dapat tray tu tak puas hati. Nak tak nak kenalah bersihkan betul2 tray2 berkenaan. Nasib malang, silap tarikh, kau pula yang dapat tray lagi kotor. Aduss


DENDA Lepas tu pulak, kalau ada yang buat silap, dah semua kena denda walhal korang pun tak tahu hujung pangkal ceritanya. So nak taknak, kenalah pula ada sikap kerjasama dan saling "back-up" antara satu sama lain. Sebab utamanya, nak elak dari kena denda. Turun p.t labat, kena denda. Lambat pergi makan, kena denda. Lambat masuk kelas...pun kena denda. Dorm tak bersih....laaaaaaaaaaagi lah kena denda. DENDA DENDA DENDA..tapi lama kelamaan, dari nak elak kena dendalah..kamu akan rapat. Betul tak?

AKTIVITI Mula2 korang masuk sure korang ingat PLKN punye aktiviti tah hape2. Ada juga yang rasa takut, sebab dengar cerita ada yang mati kat PLKN. Senang cerita teruklah masuk PLKN. Tapi bila dah masuk, alamak....rasa macam tak nak balik la pulak!. Dari aktiviti out door, sampailah kelas. Banyak sangat input dan cabaran. Menembak, tali tinggi, main kayak, main rakit, sukan krreativiti dan bermacam2 lagi games dalam modul fizikal. Kelas pula, kelas CB, kelas KN, dan macam2 lagi yang boleh buat korang kenal diri korang, tahu potensi diri dan buka minda korang. Best kan?


XXX- Haaaa faktor ni pada aku adalah penyebab utama dari tak suka masuk PLKN leh jadi suka masuk PLKN. Masa nak datang melapor kaulah orang terakhir datang, tapi bila balik dari cuti sem kaulah orang yang paling tak sabar nak tinggalkan rumah!! hahaha sebabnya? rindu kat orang tersayang...dari main pandang2 semasa Pembinaan Pasukan ( KKJ ), than berbalas2 surat pakai buku nota PLKN. Mau tak rindu? kan? Alaaa ngaku je la....hihihihi Baik wira, mahupun wirawati...samo jo...

Itulah antara faktornya, dari perasaan tak suka dah jadi teramat-amat suka. Maka bila tiba hari penutup perbarisan. Bercucuranlah air mata di pipi. Tanda sedih kerana anda akan berpisah dengan kompeni anda, sahabat2 anda, rakan2 anda, cikgu2 anda. Tipulah kalau ada yang tak sedih semasa upacara penurunan bendera latihan, simbolik sebagai tamatnya latihan yang dijalankan. Serentak dengan itu juga, bendera kompeni akan di serahkan. Bendera yang korang pertahankan, bendera yang korang banggakan akan diberi kepada komandan...pangkat2 juga akan dilucutkan. Mana yang tak dapat tahans sebak sure akan teresak-esak.

Segala-galanya hanya tinggal memori..yang tinggal di kem hanyalah jurulatih macam aku. Bila tengok dorm2 yang kosong semasa korang balik, kadang2 sedih juga. BUT NOW ALL THE BOOTS BOYS GONE....






MAJLIS PENUTUP DAN PENYERAHAN PANGKAT KUMPULAN 1 SIRI 9 2012.
BRAVO KOMPENI



Lipat bendera









Sedih...sedih...





.Kekacakan penghulu yang menjadi buruan wirawati..ops, lari dari topik. hihi











Tuesday 5 March 2013

MASIHKAH ANDA INGAT PART 1

Salam semua....buat masa ini aku agak sibuk dengan aktiviti mengemas rumah. Maklumlah baru sahaja pindah rumah baru. Mau tak menang tangan. Orang rumah pula dah berbadan dua, takkan nak suruh dia panjat tangga nak gantung langsir, takpun nak suruh dia angkut tv...gila apa? So senang cerita agak sibuk lah juga kebelakangan ni.
Oklah, kali ni aku nak ungkit balik memori korang semasa di PLKN. Apa kata kali ni aku buka cerita mengenai kenangan korang semasa mula2 melapor masuk kem....hahahahaha aku jamin sure dah ada yang tersengih ni. Selama 4 tahun aku menjadi jurulatih, aku paling suka semasa hari pertama pelatih sampai kem atau lapur diri. Kalau aku ditugaskan untuk menjadi jurulatih pengiring di PUP ( pick up point ) pun laaagi aku suka sebab banyak kerenah, ragam dan bermacam2 pe'el yang akan aku tengok. Aku ni suka mengkaji orang, tu yang aku suka tengok tu. Senario yang selalu aku lihat, bila aku buka sahaja meja pendaftaran soalan yang paling banyak keluar adalah :

" NI KEM SRI LEDANG KE ? "

Walhal terpampang depan khemas tu, jelas dan nyata di tulis kem PLKN Sri Ledang...manusia oh manusia..mungkin itu adalah permulaann mukaddimah untuk berdialog. maklumlah, orang malaysia kan peramah.
Lepas tu, yang tanya pula pasti adalah mak atau bapa pelatih. Siap mak pula yang duduk kat meja pendaftaran. Ni siapa yang nak masuk kem ni? aku dah mula jadi kompius. Dengan beg, baldi, dan surat panggilan, golongan ibu ini akan sibuk duduk di meja pendaftaran. Anak dia tuu nun jauh di sana muka dah macam tempe, poyo je. Semua dia serah bulat2 kat mak dia. Kalau ada yang rajin pun dia akan follow belakang mak dia. Kena dengan aku memang aku suruh mak @ bapak dia ni duduk dahulu di kerusi belakang, sebab yang nak masuk PLKN adalah anak dia, bukan dia.
Masa ni jugalah, kita akan lihat keluarga yang hantar pelatih tu kadang2 kalah rombongan meminang. Sampai 2 buah kereta yang escort pun ada. Habis atok sebelah mak, sebelah abah, atok saudara, nenek, bapak saudara, mak saudara sebelah mak, yang sebelah abah, sepupu, 2 pupu, 3 pupu, anak saudara yang baru celik mata pun pernah aku jumpa pi hantar pak saudara dia nak masuk PLKN. Pergh...semangat kekeluargaan tol tu. Sesi temuduga ni, soalan macam biasalah...aku akan tanya ada surat dari doktor ke tak? ada masalah kesihatan ke? dan pelbagai lagi. kalau serius aku akan tanya pula kat urusetia. Kalau ada penangguhan ke, surat pengecualian dari dokter ke semuanya akan dijawab oleh pihak pengurusan. Aku memang tiada hak nak menentukan samada pelatih tu ok ke tak untuk meneruskan latihan.
Selalunya, dari hari pertama korang kat meja pendaftaran kami dah boleh teka 50% diri anda. Ada yang datang dengan muka tak ikhlas, ada yang datang tanya macam2...tanya macamana nak buat pengecualian pun ramai. Senang ceita, memang muka tak minat. Aku paham, siapa nak hidup terkongkong sebab dah merdeka beb! SPM dah habis, buat apa lagi nak duduk terperap kat kem? kan? Maka akan terciptalah alasan2 yang kadang2 tak masuk dek akal. Macam nak kena hantar berperang gayanya..Duduk rumah bangun tidur pukul 11 kan lagi best. Boleh pula surat putih corak biru2 sikit tu sampai. Lepas tu mak pula gembira bukan kepalang bila korang diterima ke PLKN. Bukan apa......lega hati dia dari sakit hati hari2 sebab tengok dan melayan kerenah korang. Bapak korang sure lagi suka..." fuh..leh aku honeymoon dengan wife aku. latihan 6 bulan pun takpa.." kata bapaknya dalam hati..haha
Ada juga yang minat dan excited. Aku pula yang tak terjawab. Tak sabar nak jalani latihan. Haa golongan ni insyallah tiada masalah dalam latihan nanti. Kesimpulannya, selalunya aku akan jumpa 3 golongan semasa sesi pendaftaran. 1- golongan yang memang nak pergi    2- golongan yang tak nak pergi   3- golongan yang ikut je la...dah nasib.
Bila bas bergerak sahaja, korang ingat tak korang akan melambai tangan pada keluarga tercinta. Maka berderailah air mata pada siapa2 yang tak pernah duduk berjauhan dari mak dia. Yang dah biasa duduk di asrama tu, perkara normal la ni. Yang jenis suka bebas pula....yahooo!! Akhirnya dapat keluar rumah. Aku  pernah juga jumpa pelatih yang nangis start dari stadium kulai tu, sampailah kat kem telok sari. Menangis sahaja. Ler...habis tisu. Turun bas rehat buakn pi makan, tapi pi beli tisu. Apolah.....
Tiba sahaja di kem, anda akan berbaris untuk pendaftaran dan diberi nombor indeks. Masa ni dah siap dah pembahagian kompeni. Ada yang dapat tag merah, biru, kuning dan hijau. Sure jadi tanda tanya kan? Masa ni anda jahil lagi....tak tahu apa2.
Selalunya, hari pertama adalah sesi pendaftaran, medical checkup dan pembahagian kompeni. Kemudaian dah boleh pergi masuk bilik penginapan. Check in senang cerita.

Tentu kamu semua masih ingat lagi kan sewaktu pemeriksaan beg. Habislah semua beg2 digeledah. Aku memang suka time2 macam ni. Macam2 barang pelik akan dijumpa. Rokok tu tak usah cerita lah. Tapi korang sorokkan macamana sekalipun, kemungkinan untuk kantoi tu adalah besar. Port2 paling feymes disorokkan rokok adalah dalam kotak sabun basuh, dalam tin biskut, dalam maggie cup, pringles, lipatan baju, dalam beg2 ( tebuk dan jahit ), celah stokin, dalam kasut dan paling best dalam seluar spender..hehehehe. Aku hairan kenapa bila dah kantoi sebatang tu, masih lagi nak sorokkan rokok2 tu. Mengaku sahajalah, takde guna pun bawa rokok tu. Nak tunjuk macho ke? Pergi bilik air malam2 pun nak berteman...hahaha
Tapi bukan rokok sahaja yang menjadi barang larangan sebenarnya. Bahan pornografi, barang elektrik, barang2 yang tajam, risalah politik dan risalah2 ajaran sesat adalah dilarang sama sekali. Pernah sekali tu aku jumpa kondom dalam beg dompet pelatih. Adoiii...tah hape2 la wira tu.
Ada lagi barang rampasan yang pelik2 aku jumpa. Antaranya adalah bunga api. Kebetulan masa tu baru habis musim raya, entah macamana dalam beg wira ni ada pula bunga api yang masih elok lagi. Terkebil kebil wira tu  bila aku tanya bunga api tu untuk apa dibawa ke kem? dia kata adik dia yang punya. So untuk puaskan hati wira tu, aku suruh dia main bunga api tu sampai habis kat tepi padang...hihihihi.
Ada juga aku jumpa teddy bear. Ni bukan wirawati yang bawa, tapi wira. Buat malu je. Muka ada parut, dah ganas dah macam pejuang taliban, sukan main rugby, sekolah wakil silat, tapi bawak teddy bear warne pink da...aduss..tak pun ada juga wira yang bawa bantal busuk, bila nak dirampas dia boleh merayu beriya iya dengan alasan dia tak boleh tidur tanpa bantal busuk tu. Apa punya gaya hidup korang nih...
Untuk bekas wira pasti anda masih ingat lagi buat pertama kalinya rambut anda  digondolkan. Lapang je rasakan? Kalau dari bangsa Cina, selalu jugalah aku jumpa yang minta rambut mereka tak dipotong. Maklumlah, majoriti dari mereka memang menjaga rambut. Pergi salon pun sanggup berhabis berpuluh ringgit untuk rambut mereka sahaja. Belum lagi yang rambut berwarna warni macam ais krim paddle pop tu, lagilah rasa nak menangis bila lihat rambut2 itu gugur ke lantai....kuang kuang kuang..

Kenapa perlu di potong rambut? pasti ramai yang tertanya2 kan? sebabnya? sebabnya adalah kerana dari rambut yang berada di atas kepala itulah yang melambangkan keegoan seseorang individu. Ada yang megah dengan rambut pacak, yang rambut panjang, rambut kerinting dan pelagai lagi jenis rambut dan fesyen2 @ trend terkini. Bila digondolkan, semua jadi sama rata sahaja. Kalau dari jauh nampak macam telor bergerak pun ada juga kan? hihi.......Ianya juga sebagai satu simbol " akur pada arahan ". Rileks la beb...aku dulu setahun tau rambut tapak satu. Anggaplah ianya sebagai satu cabaran dan dugaan, barulah hidup ada adventure. Korang baru 3 bulan kena macam tu dah kecoh...hehe.
Than bila semua dah selesai, sesi pergi shopping di logistik. Berbondong bondonglah beg2 plastik hitam dipunggah oleh pelatih. Spike boot, celoreng, baju sukan, baju kelas, kasut potong dan lain2 barang issue akan dipunggah dari logistik ke bilik penginapan. Aku time2 macam ni suka memerhatikan tingkahlaku pelatih. Biasalah, ego dan sikap pentingkan diri masih menebal. Bila dah siap tu dan tersampang dengan member yang merengkek bawa beban ni bukan dia nak tolong, selambe deeek je dia jalan. Langsung tiada sikap nak tolong. Tapi bukan semua bersikap macam ni. Cuma segelintir sahaja.
Ada juga semasa hari pertama yang menangis bila keluarga mereka beredar dari kem. Macam2 alasan mereka buat untuk balik dan dapat pengecualian atau penangguhan. Kadang2 rasa macam berada di sekolah rendah semasa hari pendaftaran budak darjah satu. Terutama sekali wirawatilah, siap ada dayang2 tukang pujuk. Ada juga pelatih yang saya jumpa tiba2 mengadu mereka ada penyakit kronik yang dihidapi sejak dari kecl lagi. Ada juga yang claim mereka pernah patah tulang, bila ditanya bila jawapannya semasa dia berumur 3 tahun. Pergh habis diungkit sejarah silam. Ada yang pergi medik sehari 5 kali semata mata nak balik pun ada. Tak perlu nak tipulah, kami ada rekod perubatan kamu semua. Doktor2 yang check kamu punbukan orang bodoh2, dah namapun dokter, mestilah dia pandai. kalau tak macamana dia boleh jadi dokter. Maklumlah, selama 17 tahun tak pernah berpisah dari keluarga. Tiba2 kena tinggal sorang2 kat tempat yang tiada saudara mara. Kami mengerti semua itu. Tambah teriak tangisan bila dapat tahu handphone akan disimpan oleh pihak pengurusan dan ada juga yang memberontak dengan jadual rutin harian. Itu perkara normal, setiap kali kumpulan baru masuk, nilah sindromenya.
Start dari hari pertama juga kebanyakan dari kamu mula membuat spekulasi sendiri mengenaii jurulatih. yang ni garanglah, yang ni baiklah, yang ni boleh layan, yang ni cool...setiap jurulatih ada perangai dan sikap yang berbeza, tapi objektif kami sama sahaja. Tiada siapa2 yang ada motif mereka tersendiri. Kalau ada motif tersendiri baik aku suruh korang masuk MLM jadi downline aku je. Setahun ada 3 kumpulan, satu kumpulan aku cari 10 orang jadi downline, setahun aku dah ada 30 orang downline...wow!!! kaya aku! Tapi tak pernah pun aku nak buat macam tu. hehehehehe
Ingat lagi tak pertama kali memakai pakaian loreng? Husih macam2 mazhab aku jumpa. Paling tak dapat dilupakan bila ada pula wira ni yang ajar aku balik tatacara pemakaian loreng. Ada ka baju loreng di masukkan ke dalam. Aku pun iyakan sahaja lah. Malas nak layan. Lama2 bila dia tengok orang lain semua tak masukkan baju dalam seluar, barulah dia tersengih sengih. Malu sendiri lah tu. Dari riak muka kalian, kami jurulatih tahu ramai yang bangga dapat pakai baju tu. Rasa macam askar sikit walaupun aku sendiri tak pernah jumpa askar pakai loreng warna biru. Takpalah, PLKN...Itulah asal untuk meningkatkan rasa patriotik dan rasa cintakan negara..
Masuk sahaja hari ke-2 atau ke 3 selalunya aktiviti dah berjalan. Start pukul 0630H anda semua dikehendaki terpacak di padang kawad. Masa nilah kita akan lihat mereka yang tak biasa duduk jauh dengan keluarga atau asrama kebanyakan dari mereka akan menghadapi sedikit masalah. Bila orang kata pukul 0630 berbaris, dia pula 0630 baru nak bangun tidur. 15 minit sebelum tu dah berada di padang kawad dah oiiii...Mula2 memang rasa perit kan? tapi lama2 ianya akan menjadi kebiasaan.
Pagi2 buta dah berembun berbaris dengan kapala botak dan berbaju p.t. Masa nak nyanyilagu Negaraku pun boleh terlelap. Bila ditegur muka mula macam tak puas hati je. Amboi...dia buat salah kita tegur kita pula dimarahnya. Takpalah, awal mula petama mula memang macam tu
Itulah imbasan pada awal latihan korang kan? takkan dah lupa kot....hihihihi. Tunggu next post, aku akan comparekan perbezaan minggu pertama kamu semua melapor dan minggu terakhir sebelum tamat latihan. Perbezaan dua sifat dalam satu individu yang sama. TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!

P/S KITA DOAKAN SEMOGA TENTERA DAN POLIS KITA SERTA PENDUDUK SABAH SELAMAT. JANGAN KITA BERBALAH KERANA ISU2 KECIL. MASA INILAH KITA KENA BERSATU!!