Wednesday 27 March 2013

MENEMBAK

Menembak dengan senjata M16A1 adalah aktiviti yang paling diminati oleh semua pelatih. Sejak dari hari latihan kering ( kelas pengendalian senjata ) di pondok skot lagi rata2 muka korang semua dah menunjukkan "excited". Kalau wira biasalah, mestilah bab ni adalah perkara yang paling ditunggu tunggu. Adat bagi seorang lelaki, pasti meminati senjata, apatah lagi kalau senjata api macam M16 ni. Maka sasaran utama diajukan soalan surelah jurulatih. Adoii pening nak layan kerenah korang tau. Kalau tanya data teknik tu kira oklah juga. Ni ada yang tanya soalan2 cepu emas, kalau zaman aku cadet dulu sure kene cepuk dengan jurulatih aku tau kalau aku tanya soalan yang macam korang tanya. Antara soalan2 yang errr..aku pun tak tau nak classified sebagai soalan apa.

1. " cikgu, senapang ni besi dia dari apa cikgu?" 
Aku bukan pakar senjata, tapi aku rasa cukuplah korang just sekadar tahu data teknik dan yg penting. Adoii....kang aku jawab dibuat dari tepung gandum cap kunci korang tak caye pulak.

2. " cikgu, peluru ni boleh memantul kene kat kite balik tak?"
Kalau dah seratus meter tembak.....takkan lah peluru tu patah balik..PANADOL SATUUU!!!

3. " cikgu, kenapa markah saya kosong, saya dah tembak tepat semua nombor atas bukit tu"
Orang tembak papan target, bukan nombor target...

4. " cikgu, kenapa bunyi M16 ni tak sama macam bunyi kat dalam game tu? "
Entah, cuba kau try rase kene tembak, same tak mcm kat dalam game..hehe.

5. " cikgu, kenapa markah saya kosong, tapi orang sebelah kiri dan kanan saya score 90 keatas?
Tahniah, anda telah membantu member anda untuk dapat gelaran jaguh menembak dan jaguh wira.

6. " cikgu, senapang ni boleh tembak tak kalau saya pasang pelurunya terbalik? "
Arghhhhhhh!!!!!!

Tulah antara soalan2 yang pernah buat aku migrain. Tapi takpalah, mana yang boleh aku jawap aku jawapkan, bak menatang minyak yang penuh...ku layan dirimu dengan penuh kasih dan sayang..&($&##&*$)*&$*@^!!!!..hehe
Wirawati pun tak kurang hebatnya. Ramai juga yang berminat, tapi takut2. Biasalah perempuan, sure takut dengar bunyi bende meletop. Tapi ada gak yang buat2 takut, alahai gediknye. . Nak2 bila abang askar yang ajar tu encem, tak pun ada la pula wira2 yang hot kat sebelah dia.

Latihan menembak dengan senjata M16 ni kalau tak silap aku dah start dari tahun 2006. Mula2 semasa diusulkan aktiviti ni, ramailah pihak yang membangkang. Betul...kita tak boleh main2 dengan senjata ni . Senjata yang kalau silap langkah, boleh membawa maut atau pun kecederaan yang serius. Tapi kalau dipikirkan balik, ada banyak kebaikan dari keburukan. Aku pun tak nampak apa yang boleh membuatkan nyawa pelatih melayang semasa aktiviti ni. Bukan peluru tu patah balik kebelakang pun!!!

Lagipun kita menembak senjata ringan, bukan guna HMG, LMG, meriam Bofors 50MM ke...M16 je Mak Jah oiiii. Biasalah orang Malaysia, kalau bab komplen juri Malaysian Idol pun kalah. Semua bende dia tahu. Walhal mungkin mereka lupa, antara salah satu faktor PLKN ditubuhkan adalah untuk menyahut seruan HANRUH atau pertahanan menyeluruh. Andai kata lapisan pertahan pertama kita iaitu askar dah kalah, maka pertahan kedua pula akan take over untuk mempertahankan negara kita. PLKN ni bolehlah diletakkan sebagai lapisan ke 3. Atau sekurang-kurangnya, kita boleh beri senjata pada bekas2 pelatih PLKN dan mereka boleh mempertahankan diri serta keluarga andai kata terjadi peperangan. Ada pikir ka? Ayoyo..

Tujuan asalnya adalah sebagai latihan keyakinan diri pada pelatih. Barulah remaja2 Malaysia ni berani. Ni baru pegang senjata takde peluru pun habis bergegar satu badan 6.5 skala ritcher. Tu belum tembak lagi tu. Nak kena target lagi la, tah kene entah kan tidak. Bak kata jurulatih Wataniah aku dulu...
" Kalau ada monyet kat papan target tu die boleh joget2 sebab hangpa semua tembak tah hapa2"
Hehehehe ada logik kan? So thats y korang akan akan diberi pendedahan asas dahulu. Belajar kenal senjata. Sifat2 dia, data teknik, cara2 nak menenang...semua tu akan di ajar terlebih dahulu oleh pakar dari ATM. Lepas tu di beri pula peluang untuk tembak menggunakan peluru kapur @ blank dahulu. Than barulah boleh menembak dengan peluru hidup di lapang sasar.

Cuma aku tak setuju satu je, kenapa tak dilatih pelatih2 PLKN ni cara2 untuk mengendalikan senjata ni secara total? Seperti contoh cara2 nak cuci senjata, tindakan serta merta dan macam2 lagi.
Melatih pelatih menggunakan M16 juga bukan bermakna melatih mereka menjadi perompak ok, kemungkinan untuk terjadi ada, tapi siapa2 pun boleh jadi pengganas atau penjenayah. Senjata ni amat mudah untuk dikendalikan. Di negara2 yang berkonflik seperti Somali, budak umur 6 tahun pun pandai kopek senjata M16 ni. So tak logik kalau ada pihak yang mengatakan kalau ajar pelatih menembak akan menggalakkan jenayah dan elimen pengganas.

Oklah, kita cerita semasa menembak. Sure korang ingat kan, punyalah berdebar nak tunggu giliran menembak. Jurulatih pula ada yang memberi bermacam2 petua pada pelatih kompeni mereka. kalau diminta penggeras pulut kuning dengan telor rebus boleh buat stok sebulan. Ada sesetengah kem yang menganjurkan pertandingan menembak antara kompeni. So habislah segala ilmu2 sniper dicurahkan untuk mencapai gelaran marksman. Aku pun masa dalam cadet mahupun dalam Wataniah tak berpeluang nak tau ilmu2 tu. Untunglah korang....tapi bile tengok result.." kosong..kosong..oohhh" kata Najwa Latiff...hehe

Bila tengok member sebelah, alamak dah pucat muka. Toreh pun takde darah. Tengok sebelah lain pula lagi dahshat! macam orang kene denggi dah habis menggigil. Punyalah takut kan? Bila dapat sahaja arahan...
" Detail ke tapak tembak....gerak!! " 
Fuh!!! nak tak nak kene try juga. Mula2 sekali 7 butir peluru akan diberi sebagai pelarasan untuk kita tahu mana perluru tu pergi. Lepas tu baru kita akan tembak 20 butir peluru. Mana yang bagus tu dia akan tembak pada kadar berkala or timing. Mana yang gugup sure dia akan tembak macam cerite koboi. 10 saat dah habis dah. Hehe. nak tembak kene rileks, cool...nafas kena jaga, position, aiming, semua tu kena tahu.

Jadi, rugilah kalau tak take time semasa menembak. Tak de feel. Habis je menembak...eh seronok kan? takdelah takut mane pun. Cuma bahu tu je la akan rasa lenguh2 or sengal2 sikit, terutama pada mereka yang suka membelit waktu p.t pagi..hehe

Masa ni jugalah kita akan tengok wira2 yang budget top. Huish kalau cerite dialah paling power kat J.B. paling besar kat Soromban!, paling top kat Melaka Central!! Tapi bila menembak...alamak..meng geigeil la pulak...Habis je menembak, capai cawan pun bergetar air dalam cawan. Hehe, sori taiko jangan terasa aaa...hihihihi.

Lepas tu mana2 mat kuntum akan rasa malu bile dia dapat tahu awek dia boleh score pulak jauh dari dia. Alamak..malunya, untuk cover line, habis semua disalahkan. Senjata tak baguslah, cikgu kira markah salahlah, angin tiup pelurulah...hehe. Habis tu awek kau boleh score ape cerite beb? Kalau kita tak boleh menembak, takpe...biarkan, Tapi sebelum tu takperlulah kita over confident n keluarkan fatwa2 songsang cara2 untuk menembak. Pendek kata tak perlu tunjuk pandai. Enjoy the program sudah.

Aku cerite kat korang lah. Aku dulu pun semasa belajar menembak same je macam korang. Langsung tak tau apa2. Lagilah teruk semasa nak belajar tu. Macam korang takpa, diajar dengan penuh belaian kasih sayang. Aku ingat lagi, semasa kelas senjata kecil di K.D Pelandok. Masa tu kami menembak dengan pistol Glock 17 9MM. Aku punye gabra masa tu pasang kelopak pun terbalik...Lagi bertambah gelabah bila pegawai tapak tembak jerit kat aku suruh stop! macam aku ada bawa bom. Lepas tu aku kena nuckle pushup 20 kali. Semput den! Semasa kat Wataniah, aku memang dah ada basic untuk weapon handling ni. Tapi member2 skot aku teruk kena. Meniarap salah pun kena pijak macam aksi sang kancil lompat atas sang buaya. Bila kelas ujian senjata, siapa salah buat memang berbalam lah dahi kene starlight dengan jurulatih.

So pada adik2 yang bakal menjengah ke alam PLKN  terutama pada 30 haribulan ni, tak perlulah ibu dan ayah kamu risau. Tanda tangan sahajalah borang tu. Sure seronok dan satu kepuasan tak ternilai akan anda dapat. kat luar manalah ada can nak menembak pakai M16 kan?

Sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasih pada yang sudi baca blog aku yang banyak melanggar gaya penulisan yang macam SPM tu. Terima kasih banyak2. Pada 25hb yang lepas aku tak sangka rate overview cecah 100 orang!! Tapi kenapa kurang yang komen ye? hihihi. takut ka? Aku garang kat dalam kem bersebab, tapi aku ni garang ke? Korang yang tak kenal aku ni..hehe. Oklah, kesempatan ini juga aku nak ucapkan tahniah pada bekas2 pelatih yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang untuk SPM 2012. Mana yang kurang cemerlang tu, takpe, jangan giveup. Ni bukan penamat buat korang pun. Usaha dan terus kerja keras. Tak semestinya kita failed dalam akademik kita failed dalam kehidupan k!!
Dapat markah kosong pun takpe, asalkan possing baik punye. 


WIRA 1 : SKOT!!! TAK KENE PUN ANAK BEROK TU KITE TEMBAK?
WIRA 2 : SIOT!! DIA BOLEH BUAT PT 10 LAGI TUH!!!
WIRA 3 : PATUT LA...KO KIDAL. TANGAN TAIK!!
( hanya sekadar gurauan, tak ceria hidup kalau tak bergurau..hihihi )

Menembak yang lepas..saje nak bagi tim komandan menang. Kang tak pasal2 extra duty..hihi jangan marah tuan...

Sunday 17 March 2013

AKROFOBIA

Hai semua, well hari ini adalah hari terakhir pelatih kumpulan 1 siri 10/2013 meninggalkan kem. Pada jam 0900H, kem mula lenggang. Sunyi la pulak, macam terngiang-ngiang suara i/c skot memanggil budak kompeni mereka untuk berbaris di depan dorm. Macam terperasan je muke2 pelatih yang tengah cover member isap rokok kat tepi bilik air..hehehehe. Setiap intake macam tulah. Anda datang, dan anda pergi, tapi kami tetap di sini.

Wokey!! kali ni nak ungkit memori silam korang sepanjang latihan dijalankan. Pernah tak dengar perkataan AKROFOBIA? maknenya takut pada tempat tinggi atau orang kampung aku kat St. Marie, (alaa kampung aku kat France tu. dekat dengan area Normandy, pantai barat France.or orang malaysia panggil Perancis) panggil gayat, bukan gayah tau!

Apa aktiviti yang berkaitan dengan GAYAT dan PLKN? Mestilah aktiviti tali tinggi kan? Ingat tak tali tinggi? Alaa aktiviti yang kena panjat menara 4 tingkat tu. Than kena turun pakai flaying fox, abseiling dan  repelling. kat luar kalau nak main game ni, mahal tau nak bayar. Tapi kat PLKN free saja, cuma kena ikut rule dan dengar arahan jurulatih. Kalau tak semua jadi susah.

Aku suka involved dalam aktiviti ni. Sebabnya masa nilah aku boleh kenal pelatih2 aku yang ada masalah dengan tempat tinggi. Jika anda mengalami Akrofobia yang serius, bermakna anda kurang keyakinan diri  pada diri anda sendiri. Tetapi tidak bermakna anda gagal untuk manage diri anda. Ada banyak lain jenis2 fobia yang akan muncul sewaktu anda di dalam latihan PLKN dan anda kena hadapinya. So, proses ini secara automatik membolehkan anda mengenali diri anda sendiri. Di dalam elimen ini, sebenarnya terpulang pada pelatih samada ingin melakukan aktiviti tali tinggi atau tidak. Tiada paksaan untuk korang pun.....

Mula2 sekali, sebelum aktiviti tali tinggi bermula. Ada kelas pengenalan pada tali tinggi. Jurulatih akan memperkenalkan jenis2 alatan yang akan digunakan untuk anda semasa aktiviti tersebut. Dari helmet, body harness, tali, carabanner, pulley dan pelbagai lagi alatan. Lepas tu ada pula demo dari jurulatih, demo macamana cara2 nak turun, dah turun, demo jika berlaku any emergency dan pelbagai lagi. Wah masa tu semua dah excited. Mana2 wira yang kununnya machuurrr cehh..cover je muka. Selalunya mamat2 macam ni mereka buat2 tak dengar dan ada juga yang tidor semasa kelas pengenalan nih. Ok...takpe..

Kemudiannya,  Anda akan melakukan sesi " hight confident " pula. Sesi ni penting untuk jurulatih menyakinkan diri anda dan sekaligus dapat mengenal pasti mana2 pelatih yang ada Akrofobia. Kalau sintom yang sikit2 tu...ok lagilah. Insyallah boleh di setelkan time tu juga. So, bila dah tiba di menara nanti kami dah boleh agak dan beri tumpuan pada pelatih yang ada problem semasa sesi hight confident. Ingat tak sesi hight confident? alaa yang korang kena cari buddy sama saiz badan,  dia akan support dari belakang sementara kamu pula kena pejamkan mata. Than kena rebahkan diri ke belakang dengan kedudukan kaki merapat. Percayalah, sesi macam tu pun ada yang dah pucat muka...hehehehe.


Pakai herness ke, mengadu kat awek ni? hmmm

Dah setel semua mengikut prosedur. Maka latihan hakiki pun bermula. Selalunya Flying fox dan abseiling/ repelling akan dibuat secara serentak untuk menjimatkan masa. Yaaa...masa nilah kita akan lihat wajah2 yang bertukat kaler. Kalau sesumpah boleh bertukar kaler dari warna hijau ke warne coklet, korang pun mase tu ape kurangnye. Dari kulit warne coklet boleh tukar jadi warne putih. Wah macam clear edition la pulak. Haha. Tau kenape kaler korang bertukar? sebab tu lah tandanya dah jadi takut. Perasaan mula jadi gugup.

Bila selesai sahaja pakai body harness....kaki mula melangkah ke tangga menara. Satu demi satu anak tangga anda naiki. Kaki mula rasa berat. Pasni anda akan rasa alahai...banyaknya tangga aku nak naik wei!! Yang rasa menyesal pun ada sebab masuk PLKN. Tak pasal2 kena terjun dari menara. Tapi kalau turun kang...kena gelak la pulak. Mau jadi bahan lawak kat dorm. So, no choice. Kena naik juga. Duduk sahaja di tempat penunggu, bila tiba turn anda. Pasti ada yang suruh member kat belakang turun dulu. Kadang2 boleh jadi gaduh pun ada. hehehe..kan? kan?

Kemudian jurulatih akan memanggil..

 " OK NEXT!!!!" 

 Alamak...kecut perut!! Habis segala air dalam badan keluar. Peluh tak usah cakaplah memang dah bergenang kelopak ketiak. Pundi kencing pun tiba2 macam dah penuh. Berdiri sahaja di tepi platform...Tuuuu dia!! Mak aih luasnya dunia!! Pandang bawah pula..Fuyooo..kecik je kepala K.J dari atas. Masa tulah rasa fobia akan muncul. Mana yang kronik tu habis jurulatih dipeluknya. Tak cukup dengan jurulatih habis tiang2 kat tepi tu dipeluk sekuat hati. Ya Allah...kalah orang kena histeria!!

Ingat tak, semasa hendak turun tu anda kena lapor kepada pegawai yang berada di bawah. Selalunya ayatnya macam nilah lebih kurang...

" SAYA!! WIRAWATI JEMAH NOMBOR BADAN C017 MINTA KEBENARAN UNTUK TURUN TUAN!!!! " 

Tu ayat yang keluar dari orang yang berani. Aku pernah dengar orang cakap macam ni

" SAYA...WIRA XXXXXXX MINTA KEBENARAN UNTUK MENURUN TUAN!!!

Ambik kau..dia minta kebenaran untuk turun nombor ekor kat atas menara. Hehehehe. Takpun ada yang lagi best pernah aku jumpa.

JURULATIH : HAH, WIRA APA LAGI LAPOR LA.
WIRA           : OK CIKGU!! EH CIKGU NAMA SAYA SIAPA YE??

Hahaha..betol..itulah yang terjadi dan antara dialog2 yang aku pernah dengar keluar dari mulut pelatih. Kelakar kan? Masa tu dah tak kira dah...taiko Seremban ke, budak sekolah juvana ke, budak gangster pegang Kulai ke..mengigil lutut kat atas tu. Silap2 hari bulan, mat2 skema yang steady. Rilek je turun.

Kalau Flying fox tu maybe tak takut sangat la. Tapi kalau buat Abseiling or Repelling tu memang susah sikit sebab anda yang kena control tali. Tapi sebenarnya anda selamat sebab ada anchorman (b-layer) kat atas menara tu. Kalau anda lost control mereka boleh break. So korang akan tergantung la. Safety baik beb. Tapi bila dah dalam situasi macam tu, siapa yang tak cuak kan? nak2 pada mereka yang first time buat. Terkemut kemut nak turun sampaikan k.j pun dah tegang urat leher memekik dari bawah. Ada juga yang turun tapi matanya dipejamkan. Kaki dah jejak kat tanah pun mata pejam lagi. Keras terus. Kena tepuk bahu 2 3 kali baru nak bukak mata.

" EH CIKGU...SUDAH SAMPAI KA? "

 Selalunya, bila dah sampai je kat bawah or selamat turun. Kebanyakan pelatih akan cakap macam ni.

" CIKGU.....ERR BOLEH NAIK LAGI TAK? "

Haa..kan seronok dapat turun dari menara. Tak susah mana pun. Rasa seronok dan mencabar. Cuma ada segelintir sahaja dari pelatih yang aku jumpa, tobat...takkan naik lagi. Orang dah taknak, takkan nak pakse lagi kan? Suruh pegang pen nak sain buku pun dah tak betol. Normallah, no body perfect. Sekurang-kurangnya anda berani menyahut cabaran dan anda berjaya melakukannya.

Bila sampai je kat bawah tu, rasa macam tak percaya pun ada anda telah berjaya melakukannya. Rasa bangga pun ada. Dengan sendirinya, anda telah berjaya meningkatkan lagi keyakinan pada diri anda sendiri. Itulah objektifnya latihan macam ini diadakan.

Selain dari itu, ada juga aktiviti tali tinggi yang lebih mencabar. Kumpulan 1 yang lepas agak bertuah kerana dapat merasai pengalaman melakukan aktiviti Buma Bridge dan Postman walk. Yang ini lagi mencabar kerana anda dikehendaki menlintasi tali yang direntang. Kalau tak silap aku, sebelum ni ada juga beberapa kumpulan dari siri yang lepas telah melakukan aktiviti ini. Rezki...dapat juga merasa kan? Kat bawah ni aku sertakan beberapa pic semasa meraka melakukan aktiviti tersebut.




AYOYO....HEHE



STEADY LA BRADER!!!




YANG NI PALING LAJU JALAN.





Friday 15 March 2013

MASIHKAH ANDA INGAT - PART 2

Assalamualaikum dan apa khabar semua. Sekali lagi faktor masa dan situasi menyebabkan aku tak dapat nak tulis post terbaru. Bizi dengan persiapan penutup kumpulan 1 siri 10. Eh kejap je dah habis kan? Kali ni kena kerja keras sikit sebab ramai sangat pelatih. Aku tak rehat sangat dari 2 hari sebelum latihan wirajaya sebab kali ni aku dilantik sebagai penyelaras modul Navigasi. Takdelah banyak sangat kerja, tapi aku letih juga dok memikir apa nak buat, kalau gagal apa tindakan, apa plan A dan B.
Oklah sambung balik dari episod pertama yang lepas. Jika anda semua perasan, dalam post yang lepas aku banyak ceritakan senario pelatih semasa hari mula2 di kem, atau ayat best nya AWAL MULA PERTAMA MULA. Aku faham, siapa yang seronok datang kalau " dipaksa rela " kan? So pelbagai protes dalam bentuk bahasa tubuh dan alasan secara oral akan dicipta. Tak payan nak gebang la wira n wirawati oiii...sama sahaja dari setiap intake. Itu mula2...tetapi..lama kelamaan, perasaan terkongkong, marah sebab kena masuk PLKN, perasaan tertekan, emosi tak stabil, perasaan benci terhadap j.l yang dok memekak pagi2 buta, rasa geram pada j.l sebab bagi punishment kerana berbaris lambat, rasa bengang dengan masakan yang tak sedap tu semua...akan bertukar menjadi " keseronokan ". Sebabnya? terlalu banyak faktor...
Antara faktor utama perasaan benci tu akan jadi perasaan suka..


KERJASAMA Ini adalah elimen yang penting dan boleh meng "MIX" kan korang. Macamana nak kerjasama antara satu sama lain? First sekali kenalah ada komunikasi dengan pelatih yang lain. Tak kiralah anak Melayu ka, lencai Cina ka, or Macha. Mesti nak bertegus sapa antara satu sama lain. Than kena sumbang tenaga pula. Nak2 semasa bersihkan dorm. Siapa yang pemalas, kalau i/c skot cakap kat jurulatih...fuh, air peluh tu boleh perah lap lantai sampai licin!!! APA YANG PENTING!!!!???? ( anda sambung sendiri )

 KOMPENI ANDA. Mula2 sampai sahaja, anda semua akan dipecahkan mengikut kompeni samada Alpha, Bravo, Charlie ataupun Delta. Anda kena pertahankan maruah kompeni anda. Sebab tu ada pertandingan, walaupun sebenarnya pertandingan tu bukanlah atas kehendak dari JLKN, tapi aku percaya semua kem sure ada pertandingan. Maka bertungkus lumuslah korang nak membuktikan korang adalah yang terbaik antara kompeni lain. Bendera kompeni pun satu hal. Nak buat pun susah, nak jaga lagilah susah. Kalau hilang, alamatnya tak senang duduk lah. So kenalah bercampur n bagi komitmen pada rakan2 yang lain. maka akan wujudlah chemistry antara korang. Dan lahir juga rasa "proud" pada kompeni. Makin hari semakin sayang.....

RAKAN, KAWAN DAN SAHABAT. Masuk je PLKN, anda akan cari kawan kan? dah lumrah manusia memang cam tu. Hidup mesti nak berkawan. Faktor ini juga adalah sebab utama anda mula seronok dengan program. Dapat ramai kawan. Malah ada yang dapat sahabat sejati semasa di dalam kem. Dulu tak pernah ada kawan baik. Kat PLKn dapat pulak kenal sahabat or teman sejati. Makan satu pinggan..tidor satu bantal, mandi nak kena pergi sama2. Memang sahabat sejatilah. Bila sakit, dia akan temankan kita di medik, bila kantoi rokok...eh dia pun akan temankan kita kat padang kawad kena punishment walhal die tak isap rokok pun...hihihihi.


SHARE.  Macam biasalah, nak sesuaikan diri hidup bersama orang tak dikenali ni bukan mudah. Semua benda nak kena share dan kena buat bersama-sama. Sebagai contoh, bilik air...kat rumah tak pernah kita kena mandi ramai2. Tapi kat PLKN nak tak nak kena lah share. kau nak guna bilik air sorang2 alamatya memang kena pulaulah dengan kawan2. Nak makan pun kena kongsi. Contoh lagi, siapa yang tak basuh tray dengan bersih nanti adelah member yang dapat tray tu tak puas hati. Nak tak nak kenalah bersihkan betul2 tray2 berkenaan. Nasib malang, silap tarikh, kau pula yang dapat tray lagi kotor. Aduss


DENDA Lepas tu pulak, kalau ada yang buat silap, dah semua kena denda walhal korang pun tak tahu hujung pangkal ceritanya. So nak taknak, kenalah pula ada sikap kerjasama dan saling "back-up" antara satu sama lain. Sebab utamanya, nak elak dari kena denda. Turun p.t labat, kena denda. Lambat pergi makan, kena denda. Lambat masuk kelas...pun kena denda. Dorm tak bersih....laaaaaaaaaaagi lah kena denda. DENDA DENDA DENDA..tapi lama kelamaan, dari nak elak kena dendalah..kamu akan rapat. Betul tak?

AKTIVITI Mula2 korang masuk sure korang ingat PLKN punye aktiviti tah hape2. Ada juga yang rasa takut, sebab dengar cerita ada yang mati kat PLKN. Senang cerita teruklah masuk PLKN. Tapi bila dah masuk, alamak....rasa macam tak nak balik la pulak!. Dari aktiviti out door, sampailah kelas. Banyak sangat input dan cabaran. Menembak, tali tinggi, main kayak, main rakit, sukan krreativiti dan bermacam2 lagi games dalam modul fizikal. Kelas pula, kelas CB, kelas KN, dan macam2 lagi yang boleh buat korang kenal diri korang, tahu potensi diri dan buka minda korang. Best kan?


XXX- Haaaa faktor ni pada aku adalah penyebab utama dari tak suka masuk PLKN leh jadi suka masuk PLKN. Masa nak datang melapor kaulah orang terakhir datang, tapi bila balik dari cuti sem kaulah orang yang paling tak sabar nak tinggalkan rumah!! hahaha sebabnya? rindu kat orang tersayang...dari main pandang2 semasa Pembinaan Pasukan ( KKJ ), than berbalas2 surat pakai buku nota PLKN. Mau tak rindu? kan? Alaaa ngaku je la....hihihihi Baik wira, mahupun wirawati...samo jo...

Itulah antara faktornya, dari perasaan tak suka dah jadi teramat-amat suka. Maka bila tiba hari penutup perbarisan. Bercucuranlah air mata di pipi. Tanda sedih kerana anda akan berpisah dengan kompeni anda, sahabat2 anda, rakan2 anda, cikgu2 anda. Tipulah kalau ada yang tak sedih semasa upacara penurunan bendera latihan, simbolik sebagai tamatnya latihan yang dijalankan. Serentak dengan itu juga, bendera kompeni akan di serahkan. Bendera yang korang pertahankan, bendera yang korang banggakan akan diberi kepada komandan...pangkat2 juga akan dilucutkan. Mana yang tak dapat tahans sebak sure akan teresak-esak.

Segala-galanya hanya tinggal memori..yang tinggal di kem hanyalah jurulatih macam aku. Bila tengok dorm2 yang kosong semasa korang balik, kadang2 sedih juga. BUT NOW ALL THE BOOTS BOYS GONE....






MAJLIS PENUTUP DAN PENYERAHAN PANGKAT KUMPULAN 1 SIRI 9 2012.
BRAVO KOMPENI



Lipat bendera









Sedih...sedih...





.Kekacakan penghulu yang menjadi buruan wirawati..ops, lari dari topik. hihi











Tuesday 5 March 2013

MASIHKAH ANDA INGAT PART 1

Salam semua....buat masa ini aku agak sibuk dengan aktiviti mengemas rumah. Maklumlah baru sahaja pindah rumah baru. Mau tak menang tangan. Orang rumah pula dah berbadan dua, takkan nak suruh dia panjat tangga nak gantung langsir, takpun nak suruh dia angkut tv...gila apa? So senang cerita agak sibuk lah juga kebelakangan ni.
Oklah, kali ni aku nak ungkit balik memori korang semasa di PLKN. Apa kata kali ni aku buka cerita mengenai kenangan korang semasa mula2 melapor masuk kem....hahahahaha aku jamin sure dah ada yang tersengih ni. Selama 4 tahun aku menjadi jurulatih, aku paling suka semasa hari pertama pelatih sampai kem atau lapur diri. Kalau aku ditugaskan untuk menjadi jurulatih pengiring di PUP ( pick up point ) pun laaagi aku suka sebab banyak kerenah, ragam dan bermacam2 pe'el yang akan aku tengok. Aku ni suka mengkaji orang, tu yang aku suka tengok tu. Senario yang selalu aku lihat, bila aku buka sahaja meja pendaftaran soalan yang paling banyak keluar adalah :

" NI KEM SRI LEDANG KE ? "

Walhal terpampang depan khemas tu, jelas dan nyata di tulis kem PLKN Sri Ledang...manusia oh manusia..mungkin itu adalah permulaann mukaddimah untuk berdialog. maklumlah, orang malaysia kan peramah.
Lepas tu, yang tanya pula pasti adalah mak atau bapa pelatih. Siap mak pula yang duduk kat meja pendaftaran. Ni siapa yang nak masuk kem ni? aku dah mula jadi kompius. Dengan beg, baldi, dan surat panggilan, golongan ibu ini akan sibuk duduk di meja pendaftaran. Anak dia tuu nun jauh di sana muka dah macam tempe, poyo je. Semua dia serah bulat2 kat mak dia. Kalau ada yang rajin pun dia akan follow belakang mak dia. Kena dengan aku memang aku suruh mak @ bapak dia ni duduk dahulu di kerusi belakang, sebab yang nak masuk PLKN adalah anak dia, bukan dia.
Masa ni jugalah, kita akan lihat keluarga yang hantar pelatih tu kadang2 kalah rombongan meminang. Sampai 2 buah kereta yang escort pun ada. Habis atok sebelah mak, sebelah abah, atok saudara, nenek, bapak saudara, mak saudara sebelah mak, yang sebelah abah, sepupu, 2 pupu, 3 pupu, anak saudara yang baru celik mata pun pernah aku jumpa pi hantar pak saudara dia nak masuk PLKN. Pergh...semangat kekeluargaan tol tu. Sesi temuduga ni, soalan macam biasalah...aku akan tanya ada surat dari doktor ke tak? ada masalah kesihatan ke? dan pelbagai lagi. kalau serius aku akan tanya pula kat urusetia. Kalau ada penangguhan ke, surat pengecualian dari dokter ke semuanya akan dijawab oleh pihak pengurusan. Aku memang tiada hak nak menentukan samada pelatih tu ok ke tak untuk meneruskan latihan.
Selalunya, dari hari pertama korang kat meja pendaftaran kami dah boleh teka 50% diri anda. Ada yang datang dengan muka tak ikhlas, ada yang datang tanya macam2...tanya macamana nak buat pengecualian pun ramai. Senang ceita, memang muka tak minat. Aku paham, siapa nak hidup terkongkong sebab dah merdeka beb! SPM dah habis, buat apa lagi nak duduk terperap kat kem? kan? Maka akan terciptalah alasan2 yang kadang2 tak masuk dek akal. Macam nak kena hantar berperang gayanya..Duduk rumah bangun tidur pukul 11 kan lagi best. Boleh pula surat putih corak biru2 sikit tu sampai. Lepas tu mak pula gembira bukan kepalang bila korang diterima ke PLKN. Bukan apa......lega hati dia dari sakit hati hari2 sebab tengok dan melayan kerenah korang. Bapak korang sure lagi suka..." fuh..leh aku honeymoon dengan wife aku. latihan 6 bulan pun takpa.." kata bapaknya dalam hati..haha
Ada juga yang minat dan excited. Aku pula yang tak terjawab. Tak sabar nak jalani latihan. Haa golongan ni insyallah tiada masalah dalam latihan nanti. Kesimpulannya, selalunya aku akan jumpa 3 golongan semasa sesi pendaftaran. 1- golongan yang memang nak pergi    2- golongan yang tak nak pergi   3- golongan yang ikut je la...dah nasib.
Bila bas bergerak sahaja, korang ingat tak korang akan melambai tangan pada keluarga tercinta. Maka berderailah air mata pada siapa2 yang tak pernah duduk berjauhan dari mak dia. Yang dah biasa duduk di asrama tu, perkara normal la ni. Yang jenis suka bebas pula....yahooo!! Akhirnya dapat keluar rumah. Aku  pernah juga jumpa pelatih yang nangis start dari stadium kulai tu, sampailah kat kem telok sari. Menangis sahaja. Ler...habis tisu. Turun bas rehat buakn pi makan, tapi pi beli tisu. Apolah.....
Tiba sahaja di kem, anda akan berbaris untuk pendaftaran dan diberi nombor indeks. Masa ni dah siap dah pembahagian kompeni. Ada yang dapat tag merah, biru, kuning dan hijau. Sure jadi tanda tanya kan? Masa ni anda jahil lagi....tak tahu apa2.
Selalunya, hari pertama adalah sesi pendaftaran, medical checkup dan pembahagian kompeni. Kemudaian dah boleh pergi masuk bilik penginapan. Check in senang cerita.

Tentu kamu semua masih ingat lagi kan sewaktu pemeriksaan beg. Habislah semua beg2 digeledah. Aku memang suka time2 macam ni. Macam2 barang pelik akan dijumpa. Rokok tu tak usah cerita lah. Tapi korang sorokkan macamana sekalipun, kemungkinan untuk kantoi tu adalah besar. Port2 paling feymes disorokkan rokok adalah dalam kotak sabun basuh, dalam tin biskut, dalam maggie cup, pringles, lipatan baju, dalam beg2 ( tebuk dan jahit ), celah stokin, dalam kasut dan paling best dalam seluar spender..hehehehe. Aku hairan kenapa bila dah kantoi sebatang tu, masih lagi nak sorokkan rokok2 tu. Mengaku sahajalah, takde guna pun bawa rokok tu. Nak tunjuk macho ke? Pergi bilik air malam2 pun nak berteman...hahaha
Tapi bukan rokok sahaja yang menjadi barang larangan sebenarnya. Bahan pornografi, barang elektrik, barang2 yang tajam, risalah politik dan risalah2 ajaran sesat adalah dilarang sama sekali. Pernah sekali tu aku jumpa kondom dalam beg dompet pelatih. Adoiii...tah hape2 la wira tu.
Ada lagi barang rampasan yang pelik2 aku jumpa. Antaranya adalah bunga api. Kebetulan masa tu baru habis musim raya, entah macamana dalam beg wira ni ada pula bunga api yang masih elok lagi. Terkebil kebil wira tu  bila aku tanya bunga api tu untuk apa dibawa ke kem? dia kata adik dia yang punya. So untuk puaskan hati wira tu, aku suruh dia main bunga api tu sampai habis kat tepi padang...hihihihi.
Ada juga aku jumpa teddy bear. Ni bukan wirawati yang bawa, tapi wira. Buat malu je. Muka ada parut, dah ganas dah macam pejuang taliban, sukan main rugby, sekolah wakil silat, tapi bawak teddy bear warne pink da...aduss..tak pun ada juga wira yang bawa bantal busuk, bila nak dirampas dia boleh merayu beriya iya dengan alasan dia tak boleh tidur tanpa bantal busuk tu. Apa punya gaya hidup korang nih...
Untuk bekas wira pasti anda masih ingat lagi buat pertama kalinya rambut anda  digondolkan. Lapang je rasakan? Kalau dari bangsa Cina, selalu jugalah aku jumpa yang minta rambut mereka tak dipotong. Maklumlah, majoriti dari mereka memang menjaga rambut. Pergi salon pun sanggup berhabis berpuluh ringgit untuk rambut mereka sahaja. Belum lagi yang rambut berwarna warni macam ais krim paddle pop tu, lagilah rasa nak menangis bila lihat rambut2 itu gugur ke lantai....kuang kuang kuang..

Kenapa perlu di potong rambut? pasti ramai yang tertanya2 kan? sebabnya? sebabnya adalah kerana dari rambut yang berada di atas kepala itulah yang melambangkan keegoan seseorang individu. Ada yang megah dengan rambut pacak, yang rambut panjang, rambut kerinting dan pelagai lagi jenis rambut dan fesyen2 @ trend terkini. Bila digondolkan, semua jadi sama rata sahaja. Kalau dari jauh nampak macam telor bergerak pun ada juga kan? hihi.......Ianya juga sebagai satu simbol " akur pada arahan ". Rileks la beb...aku dulu setahun tau rambut tapak satu. Anggaplah ianya sebagai satu cabaran dan dugaan, barulah hidup ada adventure. Korang baru 3 bulan kena macam tu dah kecoh...hehe.
Than bila semua dah selesai, sesi pergi shopping di logistik. Berbondong bondonglah beg2 plastik hitam dipunggah oleh pelatih. Spike boot, celoreng, baju sukan, baju kelas, kasut potong dan lain2 barang issue akan dipunggah dari logistik ke bilik penginapan. Aku time2 macam ni suka memerhatikan tingkahlaku pelatih. Biasalah, ego dan sikap pentingkan diri masih menebal. Bila dah siap tu dan tersampang dengan member yang merengkek bawa beban ni bukan dia nak tolong, selambe deeek je dia jalan. Langsung tiada sikap nak tolong. Tapi bukan semua bersikap macam ni. Cuma segelintir sahaja.
Ada juga semasa hari pertama yang menangis bila keluarga mereka beredar dari kem. Macam2 alasan mereka buat untuk balik dan dapat pengecualian atau penangguhan. Kadang2 rasa macam berada di sekolah rendah semasa hari pendaftaran budak darjah satu. Terutama sekali wirawatilah, siap ada dayang2 tukang pujuk. Ada juga pelatih yang saya jumpa tiba2 mengadu mereka ada penyakit kronik yang dihidapi sejak dari kecl lagi. Ada juga yang claim mereka pernah patah tulang, bila ditanya bila jawapannya semasa dia berumur 3 tahun. Pergh habis diungkit sejarah silam. Ada yang pergi medik sehari 5 kali semata mata nak balik pun ada. Tak perlu nak tipulah, kami ada rekod perubatan kamu semua. Doktor2 yang check kamu punbukan orang bodoh2, dah namapun dokter, mestilah dia pandai. kalau tak macamana dia boleh jadi dokter. Maklumlah, selama 17 tahun tak pernah berpisah dari keluarga. Tiba2 kena tinggal sorang2 kat tempat yang tiada saudara mara. Kami mengerti semua itu. Tambah teriak tangisan bila dapat tahu handphone akan disimpan oleh pihak pengurusan dan ada juga yang memberontak dengan jadual rutin harian. Itu perkara normal, setiap kali kumpulan baru masuk, nilah sindromenya.
Start dari hari pertama juga kebanyakan dari kamu mula membuat spekulasi sendiri mengenaii jurulatih. yang ni garanglah, yang ni baiklah, yang ni boleh layan, yang ni cool...setiap jurulatih ada perangai dan sikap yang berbeza, tapi objektif kami sama sahaja. Tiada siapa2 yang ada motif mereka tersendiri. Kalau ada motif tersendiri baik aku suruh korang masuk MLM jadi downline aku je. Setahun ada 3 kumpulan, satu kumpulan aku cari 10 orang jadi downline, setahun aku dah ada 30 orang downline...wow!!! kaya aku! Tapi tak pernah pun aku nak buat macam tu. hehehehehe
Ingat lagi tak pertama kali memakai pakaian loreng? Husih macam2 mazhab aku jumpa. Paling tak dapat dilupakan bila ada pula wira ni yang ajar aku balik tatacara pemakaian loreng. Ada ka baju loreng di masukkan ke dalam. Aku pun iyakan sahaja lah. Malas nak layan. Lama2 bila dia tengok orang lain semua tak masukkan baju dalam seluar, barulah dia tersengih sengih. Malu sendiri lah tu. Dari riak muka kalian, kami jurulatih tahu ramai yang bangga dapat pakai baju tu. Rasa macam askar sikit walaupun aku sendiri tak pernah jumpa askar pakai loreng warna biru. Takpalah, PLKN...Itulah asal untuk meningkatkan rasa patriotik dan rasa cintakan negara..
Masuk sahaja hari ke-2 atau ke 3 selalunya aktiviti dah berjalan. Start pukul 0630H anda semua dikehendaki terpacak di padang kawad. Masa nilah kita akan lihat mereka yang tak biasa duduk jauh dengan keluarga atau asrama kebanyakan dari mereka akan menghadapi sedikit masalah. Bila orang kata pukul 0630 berbaris, dia pula 0630 baru nak bangun tidur. 15 minit sebelum tu dah berada di padang kawad dah oiiii...Mula2 memang rasa perit kan? tapi lama2 ianya akan menjadi kebiasaan.
Pagi2 buta dah berembun berbaris dengan kapala botak dan berbaju p.t. Masa nak nyanyilagu Negaraku pun boleh terlelap. Bila ditegur muka mula macam tak puas hati je. Amboi...dia buat salah kita tegur kita pula dimarahnya. Takpalah, awal mula petama mula memang macam tu
Itulah imbasan pada awal latihan korang kan? takkan dah lupa kot....hihihihi. Tunggu next post, aku akan comparekan perbezaan minggu pertama kamu semua melapor dan minggu terakhir sebelum tamat latihan. Perbezaan dua sifat dalam satu individu yang sama. TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!

P/S KITA DOAKAN SEMOGA TENTERA DAN POLIS KITA SERTA PENDUDUK SABAH SELAMAT. JANGAN KITA BERBALAH KERANA ISU2 KECIL. MASA INILAH KITA KENA BERSATU!!