Monday 3 November 2014

HELLOOO A'FAMOSA!!!!

Salam semua...makin lama semakin terlopong blog suam2 kuku katak ni. Dah masuk lavel blog sejuk. Untuk kumpulan 3 ni memang aku xde minat langsong nak tulis blog ni. Sebab utama aku hilang mood, haiiii...sedih aku nak cerite. Tapi senang cerite aku memang terkilan la dengan j.l sendiri n few pelatih wirawati yang kekwat. Nasib baiklah kau pelatih PLKN, kalau kau junior cadet aku...haaa 7 petala langit 7 petala bumi aku kerjekankau.
Takpelah, maybe ade hikmahnya dari kejadian macam ni. Yang pasti, aku dapat kebal siapa yang boleh aku buat kawan. Nak balas dendam....takdelah sampai macam tu. Biarlah...cume aku terkilan sangat, member aku sabo aku sampai macam ni
Oh lupe nak info, aku akan berhijrah ke kem baru. Iaitu kem PLKN A'Famosa di Melaka. Yahooooooo!!! Bagus....lagipun aku duduk sini bukan semua orang pun suke aku. Walhal ade yg baru kerje pun dh mula jadi kadok naik junjung.
Tahun depan...buka buku baru, n harap takdelah radio karat menyampai berite ke kem baru tu. Aku beri amaran, aku akan ambil tindakan mahkamah. Hehe.
Oklah..skang dah bersemangat balik menulis. Insyallah, aku akan tulos lagi cerite yang best.

Saturday 30 August 2014

Merdeka dan PLKN

Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 57. Alhamdulillah, bumi Malaysia ni memang bertuah coz kita masih hidup dalam suasana aman dan damai. Walaupun kita di Malaysia mempunyai pelbagai etnik dan pelbagai fahaman agama , so far semua masih o.k dan tahu hormat menghormati. 

Bila tengok berita dunia, sedih bila tengok ramai saudara kita di luar sana hidup susah samada disebabkan peperangan, atau masalah ekonomi negara yang teruk. 

Tapi, kita juga perlu beringat. Langit tak sentiasa cerah. Setakat ni kita diuji dengan kehilangan pesawat MAS MH370 dan sebuah lagi pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh. Ujian macam tu pun aku tengok ramai antara kita yang berpecah belah dengan pelbagai pandangan idealogi masing2. Tu belum masuk lagi idealogi yang mengarut dari tukang karut...malas aku nak komen bab tu, buat sakit hati je.

Cuma Merdeka kali ni, kat kem PLKN Sri Ledang sambutan takde lagi. Maybe sebab komandan aku cuti, wife dia tak sihat so program untuk malam kemerdekaan peringkat kem takde. Apa boleh buat....Bila tengok muka pelatih terpaksa pulangkan handphone malam tadi, kesian juga aku sebabnya hari ni masih lagi cuti. Cuma yang bagusnya malam tadi senang sikit kerja aku, 3 kali ronda semua nyenyak tido. Pukul 12 dah senyap...haha. Kalau ada handphone sure mesej wirawati je la wira2 ni, lepas tu penuh la dinding bilik dengan semua tersandar kat situ. Yelah, caj handphone beramai ramai.

Aku nak tanya korang lah...merdeka ni apa pengertian pada korang? Enjoy? pergi dataran tengok bunga api? tak salah rasanya nak sambut macam tu. Cuma bersalah malam merdeka ni bile overdose pi sambut merdeka. Clubbing, rempit, cek in hotel...
duduk, renung sejenak. Terutama bekas pelatih. Kita dah tau dah, orang dulu dok perjuangkan kemerdekaan, kita generasi yang baru ni...siap diberi macam2 termasuk la PLKN. Tapi apa kita buat? Aku tak kisah kalau ada yang tak pandai belajar kat sekolah...tapi kehidupan kau..apa yang kau dah buat untuk menyambung " merdeka " negara kita. Setakat belajar pandai2, ada ijazah pelbagai, pangkat kat bahu, tapi makan rasuah buat apa...tu baru tempat kerja, esok lusa kalau ada musuh nak serang negara, habis maklumat negara pun dia jual. 

Ingat bekas pelatih...sebagai pelapis dan sebagai ex pelatih PLKN. Korang kena dan WAJIB ada sikap untuk pertahankan negara. Bukan aku suruh kau join askar, tak pun. Tapi jiwa tu...biar penuh pengisian. Kalau tak rugilah kau pergi masuk PLKN belajar modul kenegaraan. Satu hapah pun kau tak paham.

Ada banyak lagi aku nak tulis. Tapi zaman sekarang ni better aku ambil langkah berhati hati bila menulis. Bila tengok sambutan hari kemerdekaan kat kem macam hambar ni, mood aku pun rasa macam hambar gak. Bagi mereka yang bersyukur dengan kemerdekaan kita ni, bagus...alhamdulillah. Sure ada yang pergi masjid or surau untuk buat sedikit bacaan Yaseen dan tahlil ringkas. Macam ni lah baru betul. Tak kiralah macamana sambutan korang, hope tak lari dari erti merdeka pada negara ye. 

Kita dah merdeka, jangan biar kita kena berjuang kembali untuk merdeka. Kalau sebelum ni kita ambil masa 500 tahun merdeka dari penjajah, lepas ni harap jangan sehari pun kita kena berjuang untuk merdeka kembali. Sekarang, tanggungjawab tu kita yang pikul. Be prepare, kalau tak bermandi peluh...mandi darah lah kita. Aku harap, Malaysia terus aman dan negara kita semakin bertambah baik dari masa ke semasa. Tiada rasuah, tiada lagi golongan terinaya dan tamak di kalangan rakyat mahupun pemimpin. Ingat semua...jangan leka...




Monday 14 July 2014

BILA J.L BERTUGAS


Assalamualaikum semua...Malam ni ditakdirkan aku duty ( bertugas ) sebagai Jurulatih pengawal malam wira. Maksudnya, dari jam 2300H sampailah ke jam 0630H keesokan harinya kenelah aku bersengkang mata menjaga pelatih yang buat taik mata lena diulit mimpi indah, sambil aku ditemani laptop sambil mengunyah apa yang patut. Setiap satu or setengah jam, ronda dari bilik ke bilik...sorang-sorang...Dongak atas, nampak bintang, toleh ke hutan..eh ape tu? putih je? hehehe..
Pasti di setiap kem korang, setiap hari akan ada jurulatih yang bertugas mengikut giliran. Sebenarnya penugasan untuk jurulatih ni berbeza di setiap kem, bergantung pada komandan kem tersebut. 
Macam kem aku sekarang ni, dari jam 1830 hingga 0630 pagi keesokan harinya ada 5 kali jurulatih yang akan bertugas. 2 darinya akan mula bertugas dari jam 2300 hingga jam 0630. Macam yang aku kene sekarang lah. Kerja tak la teruk...ok ja bah..
Aku jaminlah...korang ni kalau jurulatih tu jenis baik, sure korang suke. Yelah, selalunya cikgu yang baik ni tak kacau time tido korang or nak "pick-up" benda2 remeh. Contohnya kalau cikgu yang straight sikit ni kadang2 ade saje masalah timbul time die duty. Pergh menyirap je tak pasal2 boleh tido pukul 2315, dah jadi pagi sampai embon jantan pun turun. Yang kantoi rokoklah, kantoi merayap pergi dorm orang lain dan paling parah ade pulak member kantoi nak fly keluar malam...haaa mendapat kau. Tapi kalau cikgu yang baik maka dapatlah korang tido dengan aman damai. Dapat lah mimpi jumpa wirawati idaman..hehe
Tau kenapa pentingnya jurulatih bertugas? sebabnya satu je nak oii..untuk memastikan keselamatan korang terjamin walapun aku pasti sangat lah pasti dan pasti setiap kem ada pak guard. So kenapa nak ade lagi cikgu yang bertugas? 
Andai kata jika terjadi sesuatu pada korang time malam2 bute tu. Tambah pulak time tu warden dorm korang takde..J.L bertugaslah korang cari. Lagi satu..kawan2 korang yang notty tu terkawallah sikit kenakalan mereka. Maybe ada aktiviti nak menyakat orang dalam dorm macam sapu colgate dalam seluar dapat dikesan awal oleh jurulatih. Begitu juga dengan aktiviti2 lain macam buka kasino haram, aktiviti rewang rokok dan lebih merbahaya lagi pergaduhan ala2 royal rumble dapat dikesan lebih awal. Selain tujuan untuk memastikan semua pelatih masuk ke bilik untuk mengorok.
Aku kalau time duty suke gak merayap masuk dorm ke dorm. Tapi dorm wira lah...takkan dorm wirawati, bengong ke ape nak gi sane. Tak pasal muke aku masuk paper Harian Metro. Macam2 gelagat aku boleh tengok korang tido. Ada yang tido meniarap..ade yang tertonggeng macam mat rempit masuk longkang..ade yang duduk macam orang bertapa pun aku pernah jumpe.

Tido di lantai...sejuk..

 Paling aku suke tengok kalau pelatih tido meracau. Ni aku ajarlah..kalau korang jumpe orang meracau time tido. Cube pegang ibu jari die, than tekan. Selalunya masa die tengah dok meracau tu korang boleh berborak dengan die.
Haha part nilah paling lawak. 

Ade juga pelatih yang ambil kesempatan, kalau jurulatih tu macam tak round maka bermulalah aktiviti harraaammm mereka. Paling ekstrim pergi panjat pagar keluar kem. Kalau balik tu hidup takpe, ni kalau terjadi ape-ape kat korang kan menyusahkan kami. Ada juga yang pergi hisap rokok kat area2 tertentu. 

Sebab tulah, sebelum terjadi apa2...ada jurulatih yang mungkin kamu lihat agak straight dalam hal ni. Tujuannya supaya keadaan terkawal sebab kamu semua dalam latihan. nasihat saya kepada mereka yang bakal mengikuti program ni...hope kamu tak lah buat bende2 yang tak sepatutnya terutama sekali waktu malam. Walaupun nak pergi ambik rokok kat agen tepi pagar kem!! Buatnya kalau dipatuk ular ke...adoiii pening la kepale komandan kau nak jawab.

Apa yang saya tulis ni...ada kaitan dengan apa yang terjadi dalam satu insiden melibatkan kematian pelatih pada tahun lepas. Korang carilah sendiri info. Malas aku nak taip lebih2. Aku pun tak salahkan j.l bertugas. Dan aku pun tak setuju jika disalahkan j.l tu 100%. Walaubagaimanapun....ingat bakal pelatih..hidup jangan menyusahkan orang.

Sunday 25 May 2014

Apa khabar semua?

Assalamualaikum...
Apa khabar? sihat? alhamdulillah...tak sihat pergi medik, jalan sendiri..haha
Alhamdulillah...segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Saya diberi kesempatan menulis lagi di ruangan ni. lame betol tak update gara2 sibok dengan plastik model. Gilo kau ade 4 bijik tempahan nak disiapkan? PLKN lagi? haaaa...sempot kau!! anyway tu semua rezki. Sebenarnya, saya ada juga terpikir untuk berhenti dari PLKN. Tapi bila terkenangkan memori bersama pelatih...dan pengalaman saya bergaul dengan remaja2 sekarang. Hati ni kembali berat untuk berhenti dari PLKN. Sayang pula rasanya.
Sedar tak sedar, dari tahun 2009 hingga sekarang...lama juga saya bekerja dengan JLKN.
Buat masa sekarang...kumpulan 2 masih lagi on program. Cume yang buat aku hilang semangat sikit kalau cerite bab kumpulan 2 ni....ramai dari pelatih akan balik untuk sambung belajar. Kadang2 pelik gak..kenapa nak kacau program? tak pasal2 dah kene balik. Nasib tak baiak dah kene penangguhan. Umur 24 masuk balik PLKN...hehe campor budak2.
Pada akulah, JLKN kene ada link yang baik dengan kementerian pendidikan. Betul tak? Bukan niat aku nak tunjuk pandai...tapi just sekadar memberi pendapat. Apa kata semua IPTA dan IPTS mula sesi pengambilan pada awal julai. Secara tak langsung...matlamat kami ni mungkinlah tercapai sikit. Setakat ikut latihan sekerat sekerat ape yang dapat?
Kejap lagi aku nak kena pergi masuk kelas PPSB...alahai lomah lutut den nak borsyair la apo la laie...Den mintak diri dulu la iyo...
Kepada pelatih yang dapat tawaran Form 6 n Matrik tu...balik lah...PLKN blh repeat. Pendidikan adalah lagi penting dari PLKN ni. Bila dah abis belajar, boleh tunggu balik panggilan ke PLKN. Mana tau boleh jadi penghulu or penghuluwati. Nasib baik..mane tau jumpe jodoh dengan jurulatih...( aku jamin ade yng gelak ni hihihihihihihihihihihi )

Saturday 5 April 2014

WELCOME KUMPULAN 2 SIRI 11/2014..

Salam semua...alamak..lame betol tak update blog ni. macam biasa...bizi dengan projek mega aku. Semalam..dengan rasminya pelatih kumpulan 2 siri 11/2014 telah melaporkan diri.

Untuk Sri Ledang, semalam sahaja kami menerima seramai 160 orang pelatih. hari ni mungkin cecah lagi dalam 150 orang. Ramai juga tu. Well, aku nak ucapkan selamat datang ke kem PLKN Sri Ledang. Hope intake kali ni tak bawa banyak masalah macam intake yang lepas. ( Credit to first intake/11/2014).

Semalam, semasa cek barang alhamdulillah..kuranglah barang2 seludup ni. Tak taulah kalau ada yang lepas masuk. Lepas masuk je...kantoi tak kantoi belum lagi. Hahahaha...
Yang loyar buruk pun ada...ok..takpe..fine nanti kita tengok sape lagi loyar buruk. Dan yang pasti aku haraaaaaaapppp sangat perangai nak pegang pangkat or gila nak pegang pangkat..tak kiralah pangkat penghulu ka, ketua wira ka, IMAM ka...jangan lah ada kali ni. Kalau tak....


Aku dah banyak siapkan post untuk tajuk2 tertentu macam kembara halangan, aktiviti wirajaya dan pelbagai lagi aktiviti di PLKN. Cuma aku ambil keputusan untuk tidak tayangkan lagi semua. Sabar ye. Ada masa nanti aku bagi lah korang baca.

C ya next time

Sunday 26 January 2014

BILA HILANG BENDERA


Salam semua pembaca...
Mula2 aku ni dah takde mood lagi dah nak tulis blog ni. Bukan disebabkan faktor ketidakglamoriannafobia ( istilah blog tak glamor dalam kamus razmanian muka surat 100 page 6 ) tetapi disebabkan atas dasar penat dan lelah melayan kerenah pelatih2 PLKN ni or adik2 korang la!!

Tapi penat2 pun, aku rasa ni lah kerja paling enjoy pernah aku buat sepanjang hidup walaupun ramai yang cakap job ni takde masa depan yang cerah, nak jadi orang kaya tu jauh sekali la.

Kali ni aku decide nak tulis cerita pasal hilang bendera. Idea ni timbul sebab minggu ni buat pertama kalinya aku tengok 3 kompeni hilang bendera kompeni sekaligus!! Dahsyat...dah macam kucing hilang anak pun ade gak aku tengok muka2 pelatih. Tapi tak kurang juga yang buat muka tak bersalah. macam takde apa2 yang terjadi.

Kenapa nak kalut bendera hilang? Apa itu bendera kompeni? Apa kena mengena dengan PLKN? Jika anda bukan bekas pelatih, mungkin anda tidak faham kenapa bendera kompeni ni penting.

Semuanya bermula dari task Pembinaan Pasukan or dulu2 dipanggil Kontrak Kita Janji ( KKJ ). Salah satunya pelatih dikehendaki menyediakan bendera untuk kompeni masing2 dan bendera tersebut merupakan amanat yang perlu dijaga oleh setiap ahli kompeni dari hilang ataupun rosak.




Bendera kompeni

Jika didapati mereka meninggalkan bendera kompeni tersebut secara tidak sengaja @ cuai, jurulatih dan staff boleh mengambil bendera tersebut. Bila nak dapat balik bendera tu bukan senang. Mau mandi peluh dibuatnya. Silap2 hari bulan boleh bergaduh pula antara ahli dalam kompeni. Aku percaya rata2 pelatih pernah hilang bendera kompeni kan? Best tak? hehe.....

Bendera untuk kompeni ni bolehlah diibaratkan umpama panji2 perang dalam tentera. Kalau hilang dan dirampas musuh bendera ni macam dah hilanglah martabat, maruah meraka atau umpama mereka dah dikalahkan dalam medan pertempuran. So bendera untuk kompeni ni memang penting pada semua pelatih. Pergilah ke mana-mana kem PLKN, cube try sambar bendera kompeni mereka tanpa sebab. Komperm makan penampor free dengan budak2 ni. Haha.

Pada minggu ni di Kem Sri Ledang, mula2 sekali yang hilang bendera adalah Kompeni Charlie dan Kompeni bravo serentak. Aku turun makan tengahari di dewan makan aku tengok tinggal kayu bendera je, benderanya dah hilang dah. Tengok2 pulak Cikgu Yatim dengan Cikgu Ramli tengah dok tersengeh...haha aku dah boleh agak sure mereka ni yang dapat ambil bendera. Cikgu Yatim cakap mereka tertingggal bendera. Nasiblah labu...

Than pada hari khamis yang lepas semasa aktiviti sukan kreativiti,    Kompeni Delta pula hilang bendera. Mulanya Delta macam tak puas hati sebab menurut mereka sewaktu bendera tu hilang, mereka ada berdekatan dengan kawasan berkenaan. Tapi menurut komandan pula, mereka tiada di kawasan tu sebabnya KOMANDAN YANG NAMPAK TIADA SIAPA DI SITU. Haa hambeekkk kau!! Hehe

Walaubagaimanapun aku respek la dengan Delta, mereka dapat terima kesilapan mereka. Rilek je. Semua nampak la ada inisiatif berpakat macamana nak ambil balik bendera mereka secepat mungkin dari Komandan. Nanti tak memasal jadi macam Bravo dan Charlie dah berhari-hari tak dapat bendera. Cume aku tengok O.C pula yang kalut tengok bendera dah hilang..haha rilek la O.C...

Semasa aku ikut kursus Training Of Trainer ( Kursus Asas Jurulatih ) aku pun pernah kehilangan bendera kompeni. Masa tu aku selaku Ketua Kompeni Bravo. mau tak kalut juga aku dibuatnya. Petang hilang, malam tu hebat juga kami di kerjekan dek fasie. Bukanlah kena front support or starjump ke ape ke, tapi memang meriah la...kami kena buat upacara meminanng untuk dapatkan kembali bendera kompeni kami. Lepas tu fasie demand nak air asam jawa. Ambik kau satu kerek kami beli sebagai hantaran. Siap ada acara berbalas pantun dan sebagainya. Berpeluh juga aku dibuatnya nak menyusun pantun.

Berbalik pada kejadian kehilangan bendera di kem. Komandan ambil keputusan untuk bagi ubat sedikit kepada kompeni Bravo, Charlie dan Delta. Ala kuar la sikit peluh dari ketiak masam mereka. Mungkin kalau ikut istilah pelatih PLKN terok gak kot mereka kena. Cube tengok pic...teruk tuh!! .Hihihihihihihi



Mula2 kena push-up


Than PT-10


PT-10 Lagi..hehe


Pastu main tukar2 kasut....alahai, PLKN...






Bila dikenang balik semasa hilang bendera, masa tu sure korang rasa bengang kan? kompeni lain ade bendera. Tiba kompeni korang pula usung tiang je. Kadang2 ada jurulatih yang suruh pasang towel PLKN yang warna biru untuk Bravo, Blanket hijau untuk Delta, kain langsir untuk Alpha, tiba Charlie haa kena kreatif sikit...kadang2 dapat T-shirt bola warna kuning pun jadilah asalkan ada benda tergantung untuk bendera. Haha. Cube tengok pic di bawah.




Bila dah hilang bendera tu mulah lah nak cari silap orang lain. Pada akulah, yang gagal dalam bab ni adalah mereka yang berpangkat sebab failed memastikan bendera sentiasa berada didalam tangan anak buah meraka. kan?? Ya betul bendera adalah tanggungjawab semua, tapi pangkat di bahu tu untuk apa? so mereka yang berpangkat ni memang patut kena jawab dahulu dengan jurulatih kompeni. Dan kalau diberi punishment memang mereka patut diberi lebih. Remember son, with a great power...comes great responsibility.

Kadang2 ada juga ahli dari kompeni lain yang SABO bendera kompeni lain. Contohnya bendera Charlie tertinggal di dewan makan, boleh pula pelatih kompeni Alpha pergi report kat jurulatih mengenai kecuaian Charlie. Betul ke sikap macam ni? Memang seronok tengok kompeni orang lain kena denda sebab hilang bendera...tapi rasanya patut ke kita nak sabotaj mereka yang satu intake dengan kita. Cuma bezanya mereka ditempatkan dalam kompeni lain. Pikir2kanlah....

Oklah sampai disini sahaja. Untuk pengetahuan semua kesemua bendera sudah dikembalikan pagi tadi. Berseri balik muka i/c skot aku dapat bendera balik. So 2o.c ( Cikgu Maryam ) pun beri first and last warning supaya jangan hilang bendera lagi, kalau tak nanti die buka silat cakar harimau aum aum die..haha

Tuesday 7 January 2014

SELAMAT DATANG KUMPULAN 1 SIRI 11/2014


Salam sejahtera...

Apa khabar semua? tak kira bekas pelatih PLKN, member2 jurulatih, bakal2 pelatih dan pembaca blog yang dialukan membaca blog tak glamor ni.


Pada 4 januari 2014 yang lepas, pelatih kumpulan 1 siri 11 yang lahir pada tahun 1996 telah melapor diri di kem. Ramai juga kem ni, kekuatan setakat ni adalah seramai 352 pelatih lelaki dan perempuan. Ada juga pelatih ni terdiri dari pelatih yang terdiri dari pelatih penangguhan.

Mungkin di sesetengah kem PLKN yang lain, jumlah kekuatan seperti Kem Sri Ledang ni masih sikit lagi. Sebab aku ada juga dengar dari rakan2 jurulatih yang lain kem mereka pernah mencecah hampir 500 orang untuk kumpulan 1. Bayangkan nak jaga 500 orang pelatih, mak oiii. Kumpulan 1 tahun lepas kekuatan 400 orang pun aku dah sasau. Macam2 perangai.


Intake kali ni juga, Kem PLKN Sri Ledang menerima pelatih dari Shah Alam. Aku tengok muke budak2 S.A ni cool je walaupun merekalah orang yang paling jauh meninggalkan keluarga. Tapi ada juga yang jadi tissue. Alamak tetibe nangis sebab rindu kat mak dia. Alahai.....kalau wirawati tu oklah juga melihat titisan air mata mengalir membasahi pipi, ni tak. Lelaki!! Adus....hancur luluh. Muka dah setup macam pembunuh upahan dah, badan dah macam Bruce Lee sebab perot ade 6 pax, sekali haiyaaa sudah leleh. Takpalah, bagus juga sebab baru2 ni JLKN telah menempatkan seorang kaunselor di setiap kem PLKN. Tapi kan, aku rasa lah. Bukan pelatih yang jumpe kaunselor mengadu masalah. Aku rasa jurulatih yang kerap mengadu kat kaunselor ni. Hahaha parah..parah..



Nilah kaunselor baru kami, Encik Ahmad A.K.A Mat Bo


Oklah, c u next time...ada cer aku cer lagi. Challo betthe!!