Sunday 6 March 2016

Buddy sebelah katil

Salam semua!!
Hai Hai Hai
Hello Hello Haiii!!

Betul ke ni? hahaha. Bedal je la labuu.

Oklah, atas permintaan beberapa pelatih, aku ambik keputusan untuk tak off blog ni. Dari aku dok membebel pasal JLKN, baik aku terus songket kenangan korang di kem PLKN. Lagi baik kan? lagipun ramai kaki report...hahahaha. Kang kena sosma pulak aku. Apa kau ingat selalu pergi gym aku takot dengan kau??? haaaaahahahahaha

Sebelum aku cerite lebih lanjut pasal tajuk di atas, aku nak ucap tahniah pada mereka yang berjaya dalam SPM 2015. Teruskan lagi usaha anda, jangan dok perasan korang dah dapat GOAL. Kena ingat la, kalau dapat result bagus or tak bagus tu bukan ukuran kita berjaya pada masa depan. SPM ni just platform untuk korang pergi ke tempat belajar yang lebih baik. So, kalau tak dapat result yg kurrenggg tu, rilek, plan bende lain. Work hard, think smart, sure berjaya insyallah

Oklah, berbalik pada tajuk ni. Selama hampir 3 bulan korang di kem. Orang yang akan mula2 akan jumpe, orang pertama yang kau akan tengok bila celik mata, orang last korang nampak bile nak tidur, surelah buddy sebelah katil korang kan? 

Dari hari pertama sampai, or bile dah buat pecahan dorm mengikut kaum, dapat nombor katil dan locker. Majoriti akan dapat buddy kiri dan kanan katilnya dari kaum yang berlainan. Tapi ramai juga yang dapat buddy same kaum. Nasiblah kan? kalau macam yang berbangsa Melayu ni, peratus mereka ramai. So tak hairanlah kalau ade yang dapat buddy sesama kaum. Cerita pasal pecahan dorm ni, kadang2 menguji kesabaran juga bila jurulatih dah siap buat pecahan mengikut susunan. Eh ada pulak yang tukar sesuka hati. Selalunya budak Melayu dan Cina. Takot bebenor hilang kawan yang sekaum dengan dia tu. Ikut je arahan, bukan susah pun. 

Kalau dapat buddy sebelah yang berlainan kaum ni, banyak yang best sebenarnya. Pertama kau dapat kenal kaum lain. Kenal budaya, adat mereka. Silap2 dapat belajar bahasa mereka. Tak rugi mana pun. Aku pernah jumpa seorang anak India boleh menulis dalam jawi dengan baik sekali. Siap buat kad ucapan terima kasih kat aku lagi. Bukan bermakna kau tulis jawi, kau masuk Islam....tidak...tak betul tu. Bible pun ada dalam tulisan Arab.

Lagi best kalau kau dapat buddy anak tokey. Haaaahahaha payung besar kau!! Tiap2 minggu balik je solat asar kat tepi katil dah ada KFC dengan air coke menunggu. Siapa bagi? buddylah...."wa ingat lu ma...."

Pernah tak dapat buddy yang rajin kejutkan kita bangun tidur waktu nak subuh? paling best kalau dia bukan Islam. Tapi dia pula kejutkan kita. Ada juga buddy yang dengan rela hati ambilkan baju kita kat dobi tanpa kita suruh. Tak lupa juga buddy kita yang temankan kau tidur kat medic bila kau sakit kena tahan di medic. 

Buddy ni, pada aku ada jenis2 jugak. Kalau dapat sekepala...memang best. Walaupun kau berlainan agama dan kaum. Boleh kaw tim punya loooo. Kena buddy yang bagus, mungkin akan beri efek pada kau untuk jadi orang yang baik. Tak timbul masalah pun sepanjang latihan sebab kau "terikut" perangai baik dia. Tapi kalau kena perangai nak harrom jaddah...chance untuk masuk bilik disiplin dengan lebih kerap tu adalah tinggi. Begitu juga chance untuk kau kena taji dengan Polis secara berjamaah berimamkan buddy kau pun tinggi. Heee Senang cerita kat sini, buddy kau tu boleh mempengaruhi kau semasa di PLKN. So, pandai2lah nak pilih. Buruk ka, baik ka, dia tetap buddy sekepala. Kan? 

Kalau wira, biasalah....mana yang nakal tu silap2 dengan buddy dia nilah dia buat empayar bisnes. Kan? Rahsia kau, rahsia ku jua. Setiap hasil, 25% untuk buddy. Hahahaha. Ingat lagi, ada seorang pelatih ni tak hisap rokok pun. Tapi entah perjanjian Bukit Golan mana tah dia baca, boleh pulak dia tolong simpankan rokok buddy sebelah katil dia ni. Ada percent tau. Hahahaha. Tengok gaya, kat FB still sampai sekarang depa ni rapat. Mau tak rapat....kena guling dengan polis pun korang berpeluk kan?...hihihihihihihi

Bagaimana kalau kena buddy melantong? Maksud aku jenis yang .....mmmm Ya Rabbi....kau duduk hujung katil dia, soh dia bukak locker terus kau pitam. Tu jauh tu!! belum lagi kau berdiri depan2 locker dia. Hahaha. Cup maggie minggu lepas, Air susu soya semalam, stokin tak basuh sebulan...memang akan menghasilkan aroma haruummmmm. Tu belum lagi baju kelas dengan baju p.t peram. Hahaha. Aku kerap jumpa pelatih macam ni. Dan aku pun tak salahkan dia 100%. Orang macam ni senang je nak dibentuk. Tapi kalau cara akulah.....buddy kiri kanan katil akan terlibat sekali. Pastikan tiap2 hari, locker dia, baju dia, malah diri dia terurus. Termasuk memastikan buddy depa ni MANDI!!! Nampak macam aku pulak tak buat kerja ye? Kalau J.L jenis manjakan pelatih boleh la nak soh salut pelatih macam ni. Dengan aku sorry. Sebab aku nak ajar erti KERJASAMA dan erti SETIAKAWAN. So apa guna kau terpekik terlolong masa pembentangan Kontrak Kita Janji betul tak? Kerjasama diatas kertas pada aku tak cukup jika tak buat dan nampak hasilnya. 

Kadang2 kalau cek bilik pagi2 pun aku suka bagi punishment sekali kat buddy kiri kanan katil. Sebab pentingkan diri. Tau kau punye katil jek layout cantik. Orang sebelah tak nak pedulik? So disini pengajaranya....jangan pentingkan diri. Kalau bekas pelatih yang duduk satu kompeni dengan aku, mereka faham dan biasa dengan situasi ini. Bukan setakat katil, kau diri dalam baris sekalipun...kalau orang sebelah kau serabai pun tiga2 kena. Sebab?? tak ingatkan orang sebelah. 

Mula2 tu, ramai juga tak faham. Bukan salah aku, tapi kenapa aku pulak yang kena? Lama2, korang akan faham....sebabnya kenapa? Ada objektif disitu, matlamatnya supaya korang lebih ambil berat antara satu sama lain dan betul2 bekerjasama. Bukan aku suka2 nak membuli ke, ragging ke....tak guna kau cop aku dengan term tu. tapi inilah pada aku resipi terbaik untuk korang bekerjasama. Benda ni, terpulang pada individu. Ada juga yang tak dapat terima cara aku ni. Manusia...masing2 mempunyai idealogi kan?

Lagi satu, sure ada antara korang yang dapat buddy jenis....alahai. Kadang2 kau pun kompius dia ni lelaki ke perempuan? hehehehehe. Ni susah sikit aku nak kupas. Hahahaha. Karang ada yang wasap aku sambil tunjuk pic penumbuk tapi ada gelang warna pink. Golongan macam ni, kalau jadi buddy koranglah. Untung2 baju bau lavender, tak pun dapat minyak wangi gucci..kau redho je la faham? Buat macam biasa jek. Tak payah buat budget hensem...kang tiap2 malam sebelum tidur dia tengok kau dulu. Heeeee....cis!! meremang bulu bulu aku.

Bercerita pasal buddy sebelah ni, aku berani jamin lah korang takkan dapat lupa cara dia tidur. Kan? nak2 buddy jenis kuat berdengkor. Wirawati pun same gak! kalah anak gajah. Bayangkan sepanjang latihan kau terpaksa menahan memendam rasa sampai telinga kau pun kebal sebab dah biasa dengar bunyi buddy sebelah berdengkur. Hehehe. Tu belum lagi cerita bau katil dia lagi tu. Hahahahaha. Bau badan tak usah ceritalah. Ditambah lagi peta Atlas atas bantal dan tompok2 curiga kat tengah2 katil..hehehehehe.

Ada juga dapat buddy anak emak. Adeh....jenis ni letih sikit nak melayan. 24 jam kaulah tempat dia mengadu nasib rindu kat mak dia masa bulan pertama kat kem. Takpa, orang jenis macam ni ada bagusnya. Tak caya tunggu nanti masa lawatan keluarga. Sure dia ajak kau makan sekali dengan family dia. Mana tau kot2 ada abang dia hensem ke, adik perempuan cun ke sampai bervibrate tulang rusuk kiri ye tak? 

Kalau dapat buddy mat kuntum..... sometimes rasa rimas jugak ye tak. Nak tidor pun dia cerita wirawati ni lah, cerita awek dia kat luarlah. layankan saja beb, untung2 kau boleh tengok drama sinetron sebab buddy kau kantoi main kau tiga. Heeeeeeeeeee

Paling best, bila tak dapat tidur malam, buddy sebelah katillah teman melayan kita berborak sampai kantoi dengan JL waktu malam. Orang lain dah membongkang dah tidur. Eh kau boleh pulak buat port kedai kopi dengan milo packet kau. Tak pasal2 kena tiup lampu ye tak? hehehehe. Kenangan tuh.

Oklah, nanti aku tulis2 lagi cerita. Nak buat kerja ni. C ya

Wednesday 11 February 2015

FULL LORENG LA PULAK!!


Hari ni antara hari yang gempak jugaklah. Tak pernah selama 6 tahun aku jadi jurulatih ni aku kena pakai full loreng. Hahahaha. Macam pelatih ada juga bila lengan tangan yang aku lipat dengan susah payah malam tadi kene lepaskan. Memang sejibik dah macam pelatih dah ni. 

Aku memang suka pakai uniform, tak taulah dari sekolah lagi aku memang suka uniform. Sebab nampak lebih kemas, nak2 kalau uniform tu dipakai dengan betul ( proper ) siap dengan di iron sampai ade side tajam. Cicak kene pun boleh putus....hehehe
Dulu masa kat Sri Ledang ada juga jurulatih kena pakai Full Loreng ni atas arahan Komandan, kalau tak silap time tu pertandingan kawad kaki antara kompeni. Tapi disebabkan waktu tu aku ada kes so aku tak terlibat langsung dengan aktiviti tersebut.

Hari ni kami dikehendaki memakai Full Loreng atas arahan komandan untuk raptai penuh. Esok dah hari jadi bagi majlis penutup latihan Kump.1 Siri 12/2015. Kalut jugaklah aku semalam iron baju pelbagai. Lama aku tak melipat lengan baju. Terkial kial aku lipat. Nasib baik aku dah tak incharge untuk Tarian Perang lagi, so adalah rilex sikit. Untuk hari jadi esok rasanya takde masalah kot. Semua dah setel.

Sebenarnya aku bukan tak setuju dengan pemakaian untuk jurulatih ni. Tapi kalau boleh biarlah nampak perbezaan antara J.L dan Pelatih. Ni cuma dibezakan kami mempunyai nama dan title di baju. Maksud aku buatlah kemas sikit, ade larnyard ke, belt lain ke, ade hackle ke dan semua J.L seluruh Malaysia ni pakai sama je. Barulah nampak smart sikit. Bukan nak mereka, tapi ni just pendapat aku. Sebab aku memang suke dengan uniform dan nampak kemas.

Lawak juga tengok member2 pakai Full Loreng ni. Macam2 hal pagi tadi, hahaha. Anyway, maybe ni last kot aku pakai Full Loreng PLKN....

Kat bawah ni aku bg can korang tengok pic kami "beraya"...hihi



SANJI SULONG, EX KSM BANTUAN 23 RAMD. FASIE UNTUK KAWAD DAN IHP, 
SELAKU O/C BRAVO, BEST KERJA DENGAN DIA NI




CIKGU RODIE, CIKGU RAMLAN, CIKGU Z, CIKGU SANJI, AKU




 SEPARUH DARI J.L M/S DAN FIZIKAL















Friday 6 February 2015

BARIS PAGI


Assalamualaikum semuaaaaaa!!!! Yaa aku kembali lagi membahan korang...hehehehe

Buat masa ni kami di Kem PLKN Jaya Gemilang ( Jaya Gemilang, bukan Janda Gemilang...memang nak kene siku siapa yng tulis alamat tu kat aku ari tu ) tengah bizi dengan raptai untuk Upacara Penutup Kumpulan 1 siri 12/2015. Maklumlah, Menteri Pertahanan pun nak datang. Aku pula ditugaskan  membantu K.J Fizikal Cikgu Yunus untuk perembahan Tarian Perang. HUJAN PANAS RIBUT PETIR RIBUT PETIR!!!

Aku tau korang tensen, penat dan lapor. Buktinya, hari tu masa aku bertugas aku tengok ikan semua tinggal kepale je kene mamah, habis licin daging korang makan. Selaluya ada je sisa nasi, sisa ayam sisa ikan tertinggal. Kali ni licin! takde kesan! tahniah......

So, apa kata kali ni kita kupas satu situasi yang kerap korang jumpa dalam rutin harian. Aku pasti, setiap kem PLKN akan ada rutin ni, iaitu baris pagi pada pukul 0630H untuk hari Isnin hingga Jumaat dan pada jam 0800H pada hari Sabtu dan Ahad. Yang paling korang tak suka surelah baris pagi untuk P.T pagi kan? Dah la kena berbaris pagi buta, ayam pun tak punch card lagi korang dah berbaris kira anggota cukup ke tidak. Tu belum masuk lagi kalau ade kawan yang tak hadir baris. Boleh pulak dia lelap kat dorm dengan dibaluti selimut. Alasan...." mak saya kata sejuk2 acam ni tidak baik utuk jantung.." hehehe

Bila waktu baris pagi ni, korang perasan tak pelbagai kerenah dan perangai akan korang nampak. Tidak kurang juga pelbagai situasi akan bertukar dari pagi yang mendamaikan menjadi huru hara disebabkan perangai korang sendiri. Situasi yang kerap kita jumpa, bila ada kawan2 kita yang hilang semsa baris pagi ni. Maka menggelasar lah para pemegang pangkat dalam kompeni ni dan beberapa jurulatih mencari pelatih tersebut. Cari kat bilik takde, cari kat surau takde...sekali kat  bilik rehat, tertido sebab curi2 tengok bola malam tadi. Ada juga yang tengah sedap tidor dalam dorm, siap ada bantal tambahan lagi tu...hihihihihi. Maka habislah kompeni tersebut. Gelaplah hari berkenaan. Silap2 kena lari keliling padang kawad. Paling teruk semasa i/c skot dan sarjan pergi cari, yang lain kena buat kedudukan half stand atau front support. Pergh!!! rasa macam nak starlight bertubi tubi je dahi buddy kite tu kan bila dia masuk baris dengan senyum kerang busuk dia tu!!! Hehehehe

Senario lain yang kerap kita jumpa bila masa baris pagi nilah ada ramai yang mengaku demamlah, sakit perot, sakit gigi, sakit kaki, sakit peha, sakit lutut, sakit jari kaki, sakit tumit dan bermacam macam lagi penyakit yang secara misteri muncul kapada rakan anda. Maka dengan senang santainya mereka ni akan diberi kebenaran untuk duduk di baris belakang. Dahlah excuse dari baris pagi, dapat pula excuse p.t pagi. Yang peliknya, malam tadi baru saja kamu nampak dia tu main lompat2 dari katil ke katil dengan sihatnya. Pelikkan?

Tapi ada juga yng betul2 sakit. Kadang2 dalam baris pagi ni adalah yang pengsan, pitam dalam baris. Plepuk! begitulah bunyi pelatih jatuh. Selalunya wirawatilah yang jadi macam ni. Time tu jenoh juga J.L perempuan nak mengangkat pelatih berkenaan. Kalau badan kelas sederhana atau kecil gagah jugalah kami nak usung. Kalau yang badan sihat........hehehe. Kesimpulannya, kalau dah sakit tu cakap je. Alangkah yang menipu pun boleh dapat excuse. Inikan pula yng betul2 sakit.

Perasan tak, time baris pagi juga ada kawan2 korang kalau berdiri dia just bergoyang mengikut tiupan angin pagi yang sepoi2 bahasa tu. Dah la sejuk, mata pulak mengantok. Ditambah dengan alunan lagu...hehe. Cuba korang tengok kawan sebelah tu, komperm tengah tido. Mata terpejam rapat tapi boleh berdiri. Pergh terer weh boleh tido sambil berdiri. Kadang2 ada yang lagi pelik, mata pejam tapi mulut boleh nyanyi lagu Khidmat Negara dengan lancarnya. Adakan? hehe. Isnin ni boleh try tengok. Takpe, aku paham....aku dulu pun ade gak tertidor dalam baris time jadi Kadet TLDM dulu. ( Sorry eh aku bukan PKBM Laut tau ) Sedar2 PTI dah ade depan mata. PIAP!!!!! bunyi strlight kt dahi.

Waktu P.T pagi juga selalunya kita akan dengar suara Cikgu2 memekak dengan high volume. Kalau memekak nyanyi lagu macam Kaliph Buskers tu takpe gak. Maka berteraborlah pelatih berlari masuk ikut kompeni masing2 kerana lambat berbaris. I/c skot pula akan sibok mengira untuk kali ke 100 untuk memastikan pelatih cukup. Tu belum kira lagi bab i/c skot tersalah kira sebab ada member tak masuk baris betul2. Paling terkulat kulat time macam ni tentulah Penghulu. Dalam otak dok ligat apa alasan nak bagi kat K.J nanti. J.L2 lain pun jadi nasi tambah. Jam dah pukul 0631 dah, tapi pelatih dalam baris tak cukup lagi ni.

Kadang2 kelakar gak tengok korang kena kejut pakai wisel oleh jurulatih bertugas. Tengok2 jam dah pukul 6, mana nak mandi, nak pakai baju, nak pi surau lagi, pergh macam nak kiamat dunia. Hehehe

Cerita pasal Baris Pagi pun dah ade mcam2 cerita kan? Ada yang best, ada yang tak best. Mungkin  masa kena denda tu, rasa tak best langsung. Geram pun ada menyampah pun ada kat Jurulatih. Tapi percayalah, lepas je program ni korang akan teringat ingat punye suara K.J, suara penghulu, bunyi moto cikgu pun macam terngiang ngiang je kedengaran. Untuk berapa lama? bergantunglah pada memori kamu untuk mengingati kami.
















Sunday 1 February 2015

PLKN DITUTUP???

PERGI KE KEDAI BELI ROKOK....
PLKN TUTUP!!!!!
HUUUUU UUUUUUU UUUUU UUUUU

Akhirnya, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa PLKN berakhir di sini sahaja. Habis kumpulan 1 siri 12 ni jurulatih boleh kemas beg balik rumah. Lepas tu cari kerja lain. Pengurusan pula akan balik ke jabatan masing2. Komandan and the gang akan masuk unit balik. Medik balik ke sepital. Operator kem akan jual kem, makcik dewan makan pulak balik meniaga kat sekolah. Oh sedihnye...tapi siapa peduli kan?

Sebab apa ditutup? Sebab koranglah!! Ya...sebab koranglah bekas2 pelatih yang kuat komplen pasal Jurulatih dan staff, komplen cikgu garang sampai gigit korang, komplen disiplin bagi korang guling sampai i.c.u, komplen ustaz bagi tazkirah lama2, komplen dobi cuci baju tak bersih, komplen nasi tak dapat tak banyak, komplen asik dapat kepala ikan, komplen tidor tak cukup, komplen nurse cucuk jarum sakit, komplen tak dapat menembak guna senapang sniper, komplen dapat henpon hujung minggu je, komplen tak dapat tengok WWE smackdown malam khamis, korang komplen lagi pasal matahari panas waktu tengahari. Komplen seluar dalam hilang, komplen bilik takde aircond, komplen asik jumpe hantu, komplen wirawati tak balas surat cinte, komplen wira bau busuk, komplen i/c skot gile kuasa, komplen penghulu control macho, komplen pagi2 tak boleh buat p.t sebab oksigen takde time pagi kerana tumbuhan masih tidak melakukan proses fotosintesis maka tumbuhan tidak dapat proses oksigen keluar....Lepas tu korang komplen cakap Cikgu Razman hensem sampai ramai wirawati histeria nampak dia!! Cis!! kerana koranglah yang kuat makan!! kuat tido!! kuat mandi sampai habis air kolah aku tadah dari pagi nak siram pokok lada kering korang kerjekan!! kuat pergi medik habiskan panadol walhal tak demam!!kerana koranglah!!

Heeee...taklah... PLKN tak tutup pun, hanya ditangguhkan buat sementara waktu. Jadi untuk kumpulan 2 yang dijangkakan start bulan 3 ni akan ditangguhkan ke tahun depan. Kami jurulatih pula akan dihantar berkursus dan melakukan pelbagai kerja lain seperti membuat kapal selam, misi ke bulan dan ujikaji senjata M-16 bila ditembak peluru akan berpatah balik kebelakang dan terkene pelatih...hehehehe...Kami adelah kerja kami nanti. Kami tak makan gaji buta seperti mana yang dipersoalkan oleh beberapa pihak. Amboi Y.B...laser mulut ye. Saya ni Islam Y.B, saya tau halal dan haram. Apa kata Y.B turun padang jadi jurulatih untuk dua minggu. Tapi sila datang semasa kumpulan 3 sedang menjalani latihan. Baru Y.B paham apa tugas kami.

Mula2 tu aku terkezut juga bila khabar angin mula tersebar PLKN akan ditutup. Kerajaan terpaksa batalkan peruntukan RM400 juta ke JLKN untuk disalurkan ke bantuan dan pembangunan semula negeri2 pantai timur yang dilanda banjir besar pada awal tahun hari tu. Selepas PM umumkan dalam berita, sedih....bertambah sedih. Malas aku nak taip kat dalam ni kenapa kami sedih. Hanya J.L je yang paham. Yelah, kerja dah bertahun, gi kerje pukul 5 pagi, masuk kerje pukul 0630 pagi, siap kejutkan ayam suruh berkokok lagi tau. Balik kerja dah nak malam, tu belum kene duty lagi dah tak boleh balik rumah. Dengan bekerja sebagai jurulatih nilah ada yang bertemu jodoh, sara keluarga, bayar duit kereta, loan, bayar hutang mak andam, buat main kutu, bayar insuran, duit anak sekolah....senang cerita pendapatan utama. Bayangkan jika sumber rezeki tu ditutup. Mengelupur la ye tak?

Tapi bila diumumkan akan berlaku transformasi, akan ada dibuka "lab" untuk penambahbaikan. Dan akan ada program PLKN 2.0 pada tahun hadapan. Lapang dada kami sikit. Terima kasih kami ucapkan kepada P.M, Menteri pertahanan dan Dato' K.P serta pegawai2 di JLKN yang fight untuk nasib kami.

Jika PLKN ditutup terus pun........................................aku rasa aku boleh terima kot. Dengan keadaan ekonomi negara sekarang yang tak berapa elok, dan pelbagai lagi isu keselamatan yang melibatkan perbelanjaan yang besar. Aku boleh faham dengan semua situasi ni. Cuma kesian kat sahabat2 lain. Insyallah, rezeki ni..jika kita usaha dan tak malas ada untuk kita. Malah mungkin kita dapat lebih lagi. Perancangan dari Allah tu lagi baik untuk kita dan Allah pun tak zalim. Rilek sahabat sahabat jurulatih. Jika sebelum ni kita ajar pelatih untuk berjiwa kental, nilah masanya untuk kita survive dan berjiwe kental pula. Tu kalau setakat sampai disini sahaja rezeki kita dalam PLKN. Aku harap sahabat2 semua buat masa ni bertenang...rilek...cool. Kerja macam biasa dengan penuh semangat dan ceria okeh!!

P/S- alang2 nak abis PLKN ni....boleh tak esok pagi aku gulingkan pelatih dari atas bukit turun ke bawah bukit? hihihihihihi - gurau....jangan komplen pulak

Tuesday 13 January 2015

Pejam celik pejam celik dah dua bulan juga aku berkhidmat di kem PLKN Jaya Gemilang A'Famosa. Rindu tu memang rindu pada Sri Ledang. Sape tak rindu wei....tempat jatuh lagikan ku kenang, inikan tempat kene sabo...hehe. Aku rindu dengan Cikgu Din, Cikgu Jabar, Cikgu Jalal, Shafir, Nora, Nud dan Paan. Tapi bak kata Bob Marley..." good friend we lost, Good friend we have, along the way "
So far duduk di kem baru memang seronok. Bagusnya kem baru macam ni kebanyakan jurulatih rata2 aku percayg  nak perbetulkan diri or nak pertingkatkan lagi mutu n tahap kerja. Macam aku..ceh!! haha. Tapi memang aku tak nafikan memang tulah semangat aku datanng sini. Kem baru, harapan baru. Aku dah malas nak pikir apa orang lain nak cakap pasal aku. Sebab pada aku mereka hanya bazir mase je pikir aku dan aku pun bazir masa dok pikir pasal dieorang.

Kat sini, alhamdulillah. walaupun ramai otai termasuk dua orang dari Fasie. Tapi i, mereka betul2 open. Boleh terima idea dari jurulatih muda macam aku ni. ( so far akulah paling muda selain dari Cikgu Yeop yang baru masuk jadi J.L )
O...lupe nak cerite, sape sangke kat sini aku ade peminat. Tak aku sangke pulak ade pembaca blog aku kat kem ni. Sorrylah ye cikgu tak sempat nak bergambor dengan korang. Ko send jelah pic kau nanti aku copy paste..haha.

Tapi ade gak bahane aku duduk sini. Ni pun baru elok dari demam Denggi. Apolah A'famosa tak manage rumah banglo kat tepi kem. Banyak yang terbiar aku tengok. Dari terbiar baik jual kat aku murah2 kan? kan? Lama gak aku admit ward, seminggu. Bapak boring duduk ward. Aku siap boleh hapal jadual doktor yang duty. Tapi memang pewai jugalah aku kene denggi. Ni pun belum elok sepenuhnya. Badan masih rasa senganl2 lagi. Nak angkat kotak pun aku rasa sakit2 lagi badan ni.

Banyak yang aku nak tulis sebenarnya. Overall kem ni memang best. Harap semakin hari semakin best.


Monday 3 November 2014

HELLOOO A'FAMOSA!!!!

Salam semua...makin lama semakin terlopong blog suam2 kuku katak ni. Dah masuk lavel blog sejuk. Untuk kumpulan 3 ni memang aku xde minat langsong nak tulis blog ni. Sebab utama aku hilang mood, haiiii...sedih aku nak cerite. Tapi senang cerite aku memang terkilan la dengan j.l sendiri n few pelatih wirawati yang kekwat. Nasib baiklah kau pelatih PLKN, kalau kau junior cadet aku...haaa 7 petala langit 7 petala bumi aku kerjekankau.
Takpelah, maybe ade hikmahnya dari kejadian macam ni. Yang pasti, aku dapat kebal siapa yang boleh aku buat kawan. Nak balas dendam....takdelah sampai macam tu. Biarlah...cume aku terkilan sangat, member aku sabo aku sampai macam ni
Oh lupe nak info, aku akan berhijrah ke kem baru. Iaitu kem PLKN A'Famosa di Melaka. Yahooooooo!!! Bagus....lagipun aku duduk sini bukan semua orang pun suke aku. Walhal ade yg baru kerje pun dh mula jadi kadok naik junjung.
Tahun depan...buka buku baru, n harap takdelah radio karat menyampai berite ke kem baru tu. Aku beri amaran, aku akan ambil tindakan mahkamah. Hehe.
Oklah..skang dah bersemangat balik menulis. Insyallah, aku akan tulos lagi cerite yang best.

Saturday 30 August 2014

Merdeka dan PLKN

Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 57. Alhamdulillah, bumi Malaysia ni memang bertuah coz kita masih hidup dalam suasana aman dan damai. Walaupun kita di Malaysia mempunyai pelbagai etnik dan pelbagai fahaman agama , so far semua masih o.k dan tahu hormat menghormati. 

Bila tengok berita dunia, sedih bila tengok ramai saudara kita di luar sana hidup susah samada disebabkan peperangan, atau masalah ekonomi negara yang teruk. 

Tapi, kita juga perlu beringat. Langit tak sentiasa cerah. Setakat ni kita diuji dengan kehilangan pesawat MAS MH370 dan sebuah lagi pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh. Ujian macam tu pun aku tengok ramai antara kita yang berpecah belah dengan pelbagai pandangan idealogi masing2. Tu belum masuk lagi idealogi yang mengarut dari tukang karut...malas aku nak komen bab tu, buat sakit hati je.

Cuma Merdeka kali ni, kat kem PLKN Sri Ledang sambutan takde lagi. Maybe sebab komandan aku cuti, wife dia tak sihat so program untuk malam kemerdekaan peringkat kem takde. Apa boleh buat....Bila tengok muka pelatih terpaksa pulangkan handphone malam tadi, kesian juga aku sebabnya hari ni masih lagi cuti. Cuma yang bagusnya malam tadi senang sikit kerja aku, 3 kali ronda semua nyenyak tido. Pukul 12 dah senyap...haha. Kalau ada handphone sure mesej wirawati je la wira2 ni, lepas tu penuh la dinding bilik dengan semua tersandar kat situ. Yelah, caj handphone beramai ramai.

Aku nak tanya korang lah...merdeka ni apa pengertian pada korang? Enjoy? pergi dataran tengok bunga api? tak salah rasanya nak sambut macam tu. Cuma bersalah malam merdeka ni bile overdose pi sambut merdeka. Clubbing, rempit, cek in hotel...
duduk, renung sejenak. Terutama bekas pelatih. Kita dah tau dah, orang dulu dok perjuangkan kemerdekaan, kita generasi yang baru ni...siap diberi macam2 termasuk la PLKN. Tapi apa kita buat? Aku tak kisah kalau ada yang tak pandai belajar kat sekolah...tapi kehidupan kau..apa yang kau dah buat untuk menyambung " merdeka " negara kita. Setakat belajar pandai2, ada ijazah pelbagai, pangkat kat bahu, tapi makan rasuah buat apa...tu baru tempat kerja, esok lusa kalau ada musuh nak serang negara, habis maklumat negara pun dia jual. 

Ingat bekas pelatih...sebagai pelapis dan sebagai ex pelatih PLKN. Korang kena dan WAJIB ada sikap untuk pertahankan negara. Bukan aku suruh kau join askar, tak pun. Tapi jiwa tu...biar penuh pengisian. Kalau tak rugilah kau pergi masuk PLKN belajar modul kenegaraan. Satu hapah pun kau tak paham.

Ada banyak lagi aku nak tulis. Tapi zaman sekarang ni better aku ambil langkah berhati hati bila menulis. Bila tengok sambutan hari kemerdekaan kat kem macam hambar ni, mood aku pun rasa macam hambar gak. Bagi mereka yang bersyukur dengan kemerdekaan kita ni, bagus...alhamdulillah. Sure ada yang pergi masjid or surau untuk buat sedikit bacaan Yaseen dan tahlil ringkas. Macam ni lah baru betul. Tak kiralah macamana sambutan korang, hope tak lari dari erti merdeka pada negara ye. 

Kita dah merdeka, jangan biar kita kena berjuang kembali untuk merdeka. Kalau sebelum ni kita ambil masa 500 tahun merdeka dari penjajah, lepas ni harap jangan sehari pun kita kena berjuang untuk merdeka kembali. Sekarang, tanggungjawab tu kita yang pikul. Be prepare, kalau tak bermandi peluh...mandi darah lah kita. Aku harap, Malaysia terus aman dan negara kita semakin bertambah baik dari masa ke semasa. Tiada rasuah, tiada lagi golongan terinaya dan tamak di kalangan rakyat mahupun pemimpin. Ingat semua...jangan leka...