Salam semua pembaca...
Mula2 aku ni dah takde mood lagi dah nak tulis blog ni. Bukan disebabkan faktor ketidakglamoriannafobia ( istilah blog tak glamor dalam kamus razmanian muka surat 100 page 6 ) tetapi disebabkan atas dasar penat dan lelah melayan kerenah pelatih2 PLKN ni or adik2 korang la!!
Tapi penat2 pun, aku rasa ni lah kerja paling enjoy pernah aku buat sepanjang hidup walaupun ramai yang cakap job ni takde masa depan yang cerah, nak jadi orang kaya tu jauh sekali la.
Kali ni aku decide nak tulis cerita pasal hilang bendera. Idea ni timbul sebab minggu ni buat pertama kalinya aku tengok 3 kompeni hilang bendera kompeni sekaligus!! Dahsyat...dah macam kucing hilang anak pun ade gak aku tengok muka2 pelatih. Tapi tak kurang juga yang buat muka tak bersalah. macam takde apa2 yang terjadi.
Kenapa nak kalut bendera hilang? Apa itu bendera kompeni? Apa kena mengena dengan PLKN? Jika anda bukan bekas pelatih, mungkin anda tidak faham kenapa bendera kompeni ni penting.
Semuanya bermula dari task Pembinaan Pasukan or dulu2 dipanggil Kontrak Kita Janji ( KKJ ). Salah satunya pelatih dikehendaki menyediakan bendera untuk kompeni masing2 dan bendera tersebut merupakan amanat yang perlu dijaga oleh setiap ahli kompeni dari hilang ataupun rosak.
Bendera kompeni
Jika didapati mereka meninggalkan bendera kompeni tersebut secara tidak sengaja @ cuai, jurulatih dan staff boleh mengambil bendera tersebut. Bila nak dapat balik bendera tu bukan senang. Mau mandi peluh dibuatnya. Silap2 hari bulan boleh bergaduh pula antara ahli dalam kompeni. Aku percaya rata2 pelatih pernah hilang bendera kompeni kan? Best tak? hehe.....
Bendera untuk kompeni ni bolehlah diibaratkan umpama panji2 perang dalam tentera. Kalau hilang dan dirampas musuh bendera ni macam dah hilanglah martabat, maruah meraka atau umpama mereka dah dikalahkan dalam medan pertempuran. So bendera untuk kompeni ni memang penting pada semua pelatih. Pergilah ke mana-mana kem PLKN, cube try sambar bendera kompeni mereka tanpa sebab. Komperm makan penampor free dengan budak2 ni. Haha.
Pada minggu ni di Kem Sri Ledang, mula2 sekali yang hilang bendera adalah Kompeni Charlie dan Kompeni bravo serentak. Aku turun makan tengahari di dewan makan aku tengok tinggal kayu bendera je, benderanya dah hilang dah. Tengok2 pulak Cikgu Yatim dengan Cikgu Ramli tengah dok tersengeh...haha aku dah boleh agak sure mereka ni yang dapat ambil bendera. Cikgu Yatim cakap mereka tertingggal bendera. Nasiblah labu...
Than pada hari khamis yang lepas semasa aktiviti sukan kreativiti, Kompeni Delta pula hilang bendera. Mulanya Delta macam tak puas hati sebab menurut mereka sewaktu bendera tu hilang, mereka ada berdekatan dengan kawasan berkenaan. Tapi menurut komandan pula, mereka tiada di kawasan tu sebabnya KOMANDAN YANG NAMPAK TIADA SIAPA DI SITU. Haa hambeekkk kau!! Hehe
Walaubagaimanapun aku respek la dengan Delta, mereka dapat terima kesilapan mereka. Rilek je. Semua nampak la ada inisiatif berpakat macamana nak ambil balik bendera mereka secepat mungkin dari Komandan. Nanti tak memasal jadi macam Bravo dan Charlie dah berhari-hari tak dapat bendera. Cume aku tengok O.C pula yang kalut tengok bendera dah hilang..haha rilek la O.C...
Semasa aku ikut kursus Training Of Trainer ( Kursus Asas Jurulatih ) aku pun pernah kehilangan bendera kompeni. Masa tu aku selaku Ketua Kompeni Bravo. mau tak kalut juga aku dibuatnya. Petang hilang, malam tu hebat juga kami di kerjekan dek fasie. Bukanlah kena front support or starjump ke ape ke, tapi memang meriah la...kami kena buat upacara meminanng untuk dapatkan kembali bendera kompeni kami. Lepas tu fasie demand nak air asam jawa. Ambik kau satu kerek kami beli sebagai hantaran. Siap ada acara berbalas pantun dan sebagainya. Berpeluh juga aku dibuatnya nak menyusun pantun.
Berbalik pada kejadian kehilangan bendera di kem. Komandan ambil keputusan untuk bagi ubat sedikit kepada kompeni Bravo, Charlie dan Delta. Ala kuar la sikit peluh dari ketiak masam mereka. Mungkin kalau ikut istilah pelatih PLKN terok gak kot mereka kena. Cube tengok pic...teruk tuh!! .Hihihihihihihi
Mula2 kena push-up
Than PT-10
PT-10 Lagi..hehe
Pastu main tukar2 kasut....alahai, PLKN...
Bila dah hilang bendera tu mulah lah nak cari silap orang lain. Pada akulah, yang gagal dalam bab ni adalah mereka yang berpangkat sebab failed memastikan bendera sentiasa berada didalam tangan anak buah meraka. kan?? Ya betul bendera adalah tanggungjawab semua, tapi pangkat di bahu tu untuk apa? so mereka yang berpangkat ni memang patut kena jawab dahulu dengan jurulatih kompeni. Dan kalau diberi punishment memang mereka patut diberi lebih. Remember son, with a great power...comes great responsibility.
Kadang2 ada juga ahli dari kompeni lain yang SABO bendera kompeni lain. Contohnya bendera Charlie tertinggal di dewan makan, boleh pula pelatih kompeni Alpha pergi report kat jurulatih mengenai kecuaian Charlie. Betul ke sikap macam ni? Memang seronok tengok kompeni orang lain kena denda sebab hilang bendera...tapi rasanya patut ke kita nak sabotaj mereka yang satu intake dengan kita. Cuma bezanya mereka ditempatkan dalam kompeni lain. Pikir2kanlah....
Oklah sampai disini sahaja. Untuk pengetahuan semua kesemua bendera sudah dikembalikan pagi tadi. Berseri balik muka i/c skot aku dapat bendera balik. So 2o.c ( Cikgu Maryam ) pun beri first and last warning supaya jangan hilang bendera lagi, kalau tak nanti die buka silat cakar harimau aum aum die..haha