Salam sejahtera...
Apa khabar semua? tak kira bekas pelatih PLKN, member2 jurulatih, bakal2 pelatih dan pembaca blog yang dialukan membaca blog tak glamor ni.
Pada 4 januari 2014 yang lepas, pelatih kumpulan 1 siri 11 yang lahir pada tahun 1996 telah melapor diri di kem. Ramai juga kem ni, kekuatan setakat ni adalah seramai 352 pelatih lelaki dan perempuan. Ada juga pelatih ni terdiri dari pelatih yang terdiri dari pelatih penangguhan.
Mungkin di sesetengah kem PLKN yang lain, jumlah kekuatan seperti Kem Sri Ledang ni masih sikit lagi. Sebab aku ada juga dengar dari rakan2 jurulatih yang lain kem mereka pernah mencecah hampir 500 orang untuk kumpulan 1. Bayangkan nak jaga 500 orang pelatih, mak oiii. Kumpulan 1 tahun lepas kekuatan 400 orang pun aku dah sasau. Macam2 perangai.
Intake kali ni juga, Kem PLKN Sri Ledang menerima pelatih dari Shah Alam. Aku tengok muke budak2 S.A ni cool je walaupun merekalah orang yang paling jauh meninggalkan keluarga. Tapi ada juga yang jadi tissue. Alamak tetibe nangis sebab rindu kat mak dia. Alahai.....kalau wirawati tu oklah juga melihat titisan air mata mengalir membasahi pipi, ni tak. Lelaki!! Adus....hancur luluh. Muka dah setup macam pembunuh upahan dah, badan dah macam Bruce Lee sebab perot ade 6 pax, sekali haiyaaa sudah leleh. Takpalah, bagus juga sebab baru2 ni JLKN telah menempatkan seorang kaunselor di setiap kem PLKN. Tapi kan, aku rasa lah. Bukan pelatih yang jumpe kaunselor mengadu masalah. Aku rasa jurulatih yang kerap mengadu kat kaunselor ni. Hahaha parah..parah..
Nilah kaunselor baru kami, Encik Ahmad A.K.A Mat Bo
haha..kelakar baca entri cikgu ni.. bukan jurulatih je jupe kaunselor, dgn komandan sekali pegi buat luahan hati ke hati.. :D
ReplyDeletekaunselor sekarang dah biol dikejekan dek kiteorang...hahaha
ReplyDelete