Thursday, 31 January 2013
KURSUS T.O.T
Aku pergi kursus ni pada bulan november 2008 di Kem PLKN Indra Pahlawan di Maran, Pahang. Tujuan kursus TOT adalah sebagai pendedahan kepada bakal2 jurulatih sebelum mereka berkhidmat. Apa yang di ajar didalam kursus ni adalah meliputi segala pelajaran yang akan di ajar di kem nanti. Segala elimen2 latihan dari kawad, tali tinggi, sukan kreaviti sampailah kemuncak latihan iaitu Wirajaya turut diberi pendedahan step by step.
Dekat 3 jam baru sampai kem ni kot. Jauh....rase nak patah gak pinggang aku. Aku turun kat Raub, terus naik teksi...tu yang penat tu. Aku sampai kat kem tu dah dekat pukul 4. Masa tu peserte dah buat ice breaking dan pembahagian kompeni.
Ramai gak yang kursus dengan aku nih. Rate2 umur dekat sebaye dengan aku. Paling mude pun 21 tahun...Bekas askar ade lah dalam 5 orang. Aku disumbat ke kompeni Bravo. ( aku tak suke kompeni ni sebab bendera warne biru, warne Division Zain..musuh mase aku blajar kat KTL. Aku pulak kompeni Alpha @ Thana Div.. warne merah) Ketua Kompeni aku adalah bekas askar, kalau tak silap die ni bekas MP. Pangkat Pegawai Waran 2. Penghulu pun same gak, PW2 tapi unit Askar Melayu. Nampak garang, tapi aku suke berkawan dengan die. Aktiviti pertama kami adalah KKJ atrau Kontrak Kita Janji. Dimana kami dikehendaki membina identiti kompeni dan kene bentangkan di hadapan fasie2. Masa untuk siapkan KKJ sehari je. Hari ke-2 di kem kame dah diberi penugasan dan taklimat mengenai KKJ. Hari ke-3 dah kene persembahkan task kami ni. Mak oii sehari je nak siapkan bendera lah, folio, kertas mahjong, nak training bercakap lagi.
Nak dijadikan cerite, semase hari ke-3 tu boleh pulak i/c skot kompeni aku ni buat keputusan nak keluar baris. Alasannye die dapat kerje lain. So penghulu ni suggest name aku pada Fasie2 untuk naikkan aku sebagai i/c skot kompeni Bravo. Dalam kepale otak aku cume pikir satu bende je..budak2 lain boleh tahan ke dengan care aku sebab aku tengok ramai yang zero. Setakat kawad kaki tu adelah 4 or 5 orang yang tahu. Yang lain? Disiplin....o.klah, boleh dibentuk. Bile aku cerite je kat penghulu, die pun slow talk kat aku dan bagi motivate sikit.
" Navy...mu rileks je, lagi bagus ajar orang yang tak tahu ape2 dari orang yang dah pandai.."
Err betol gak cakap cip aku ni.
Hari2 seterusnya membawa keadaan yang lebih mencabar. Macam2 aktiviti nak dibuat. Aku respek and kagum betul dengan Fasie2 yang mengajar kami. Fasie untuk kompeni aku adalah Cikgu Mazlan. Kalau takde die ni mau menggagau aku sebab aku pun tak tahu ape nak dibuat untuk setiap task yang diberi.
Paling aku tak dapat lupe...pernah sekali tu maybe penghulu aku ni dah fade-up dengan perangai kawan2 aku yang lain agaknye. Aku pun tak salahkan dieorang sebab pada aku kebanyakan adalah pure civilian yang tak tahu adat dalam latihan ala2 tentera ni. Ade yang bangun tak lipat selimut pun ade, dah macam tempat katil kucing nak beranak aku tengok. yang bangun lambat tak usah cerite la....biase la orang bujang. Aktiviti pulak padat. Maybe dah tak tahan tengok perangai sekor2 yang melantong hangit ni..suatu pagi tu (nasib baik aku bangun awal, pukul 0530 sebelum subuh..) tanpe di duga sekali ribut tsunami datang da...depan mate aku die leh sepak satu katil ni sampai terangkat! PANGGGGG
" woi bangun lah!! berangan nak jadi jurulatih tapi perangai macam pot pet pot pet pot pet pot pet.."
Tu dia...Ape lagi bingkas bangun la semua..termasuk dengan aku sekali terus keluar dorm pergi ke surau. Hahahaha...Tapi Alhamdulillah..member aku yang katil terangkat kene terajang dengan penghulu aku ni sekarang dah jadi antara jurulatih yang terbaik di kem beliau..tahniah den ucapkan kek ekau jang..haha. Aku tengok, 5 hari tu agak susah gak untuk member2 aku ni nak ikut jadual. bangun awal pagi, kene berbaris dulu, nyanyi lagu, naik bendera, than buat p.t pulak..Ade juga yang keluar baris kalau tak silap. Pada aku latihan fizikal tu biase2 je...taklah teruk mane pun. Cume aku kena fokus pada elimen2 yang di ajar. Untungnye...fasie2 semua cool je. Takde nak marah sampai maki hamun pun. Segale masalah di setel dengan care yang aku pun takleh nak buat. Iaitu dengan care diplomasi. Betol2 pro lah, kalau lah aku jadi dieorang ni dah lame aku gulingkan budak2 yang lambat masuk baris pagi.
Paling aku suke mase latihan air dan tali tinggi. Navy...kalau dah jumpe air ni macam itik jumpe air gak lah. Ade pulak main kayak dan rakit. Memang best. Kayak tu aku dah biase dah buat. Cume berakit dan latihan membina rakit adalah pengalaman pertame. Dalam navy dulu mane lah ade naik rakit, kalau berkayak, main laser, dengan main bot nage tu ade lah.
Ni aku nak cerite sedikit mengenai seorang ahli kompeni aku name die cukuplah aku pgl R..bukan Razman tau sebab Razman ni aku. Si R ni, adelah pelik sikit perangai die, bukan setakat sedikit sebenarnye...baaaaaanyak pelik die. Sampaikan penghulu aku pun risau kalau die masuk toilet lame2. Die ni semua bende tak leh buat. So memang die ni dikire dah macam JONAH la dalam bahase navy. Senang cerite BUEK SUSAH KAN OGHANG JO AND BAWAK SUWEI!. Tapi aku tetap respek die sebab nye??? sebab die berjaye menghabiskan kursus TOT ni. Orang lain yang dikatekan waras pun balik. Malam last kami di kem tersebut, ade satu aktiviti ni namenye PELITA HATIKU.. Dimane setiap peserte akan diberi sebatang lilin, lepas tu Fasie akan menyalakan seorang sahaja individu, Die ni pulak kene la luahkan segala isi hati yang dipendam, samada baik atau buruk mengenai perangai kawan2 yang satu kompeni dengan die ni. Bile dah abis je die meluahkan perasaan die, die kene lah nyalakan pulak lilin orang yang die rase layak untuk dinyalakan lilinnye. First sekali penghulu aku, than die nyalakan lilin aku pulak. Peluang untuk aku "fire" member2 yang masih mantol..hehehehe. Muke masing2 tunduk je, paling best untuk sesi ni adalah debaran mase kite nak tunggu samada kawan kite yang dah nyala lilin tu nak idupkan api lilin kite ke tak. Fasie aku pernah cerite, ade orang yang tak nyalakan lilin kawan baik die..paling best die cerite bile boss besor satu syarikat ni adalah orang terakhir yang dinyalakan lilinnye. Mau pecah ego bos tu. Teros mintak ampun kat staf2 die.
Aku lupe mase tu siape yang idupkan lilin R ni. Mule2 die diam je...bile die bukak mulut n luahkan ape perasaan die selame ni..hambik kau menangis semua. Dengan aku2 sekali meleleh air mate. Aku pernah gelakkan die sebab ade ke die ikut cakap aku pergi kire papan mase turun repalling kat menare tali tinggi. hadoiii pecah perot ketawe. Si R ni cakaplah, die tahu die ni bodoh, lembap..tapi takde sorang pun yang nak jage die macamlah kami ni dah bagus sangat..berbise gak ayat die. Bile sesi ni habis je, aku terus pelok si R dan aku mintak maaf banyak2. Member2 aku yang lain pun macam tu gak. Malam tu ego kami berjaye di togelkan oleh fasie2..
Habis je kursus, aku pun balik k.l. Lepas tu aku pun balik kampung sebab aku dah resign dari kerje di Alamanda. Malas nak mengadap muke POYOS2. Baik aku balik kampung tengok nenek aku lagi best. Sedih gak nak balik sebab tunang aku (sekarang dah wife la) pun duduk di Putrajaya. Tak sampai seminggu aku balik kampung, sekeping surat dai JLKN pun sampai..di dalam tu di nyatakan nama kem untuk aku lapor dan memulakan tugas sebagai jurulatih PLKN. Sebuah kem yang terletak di Endau Mersing, name kame tu Kem PLKN Telok Sari. Untuk kepastian aku pun call pejabat JLKN. Lagipun aku kompius name tempat ni sebab aku tak pernah dengar pun name tempat ni di Mersing.
Dikesempatan ni, aku nak ucapkan jutaan terime kasih pada Fasie2 aku yang banyak membimbing dan memberikan tunjuk ajar, terutama sekali kepada Pak Din Glamor, Cikgu Mezlan Othman @ Cikgu Mazlan, Cikgu Abu Hassan dan paling special..... Haji Mus TERIMA KASIH CIKGU!!!
CERITA AKU MULA-MULA JADI J.L
Sejarah aku menjadi jurulatih bermula pada awal tahun 2008. Masa tu aku bekerja sebagai salesman di Alamanda Putrajaya..jawatan sebagai pencacai kepada pencacai yang lain. Mungkin sebab aku dah fade-up dengan kerje "skema" dan kerje yang asik berebut pelanggan, dan terus terang aku cakap aku memang tak berape pandai nak belok kiri dan belok kanan bila berurusan dengan pelanggan.
So, kebetulan jiwa "military" masih menebal lagi dalam diri agaknya. Aku pun buat keputusan untuk memohon jawatan sebagai jurulatih PLKN. Masa aku tanya pendapat member2 aku yang lain, macam2 pendapat, idea, pandangan, makrifat, isi tersurat dan tersirat yang aku dapat. Tapi memang banyak yang negatif la dari positif...biaselah orang melayu, mane ade yang betul. Semua bende silap dan ade cacat celanya. Paling best dan buat aku hampir nak tumbok muke member aku sorang ni bila dia leh tanye aku balik satu soalan bodoh tahap cipan. " boleh ke kau jadi jurulatih ni? kau boleh kawad ke? aku dulu jadi pelatih pun susah tau." Pergh sentap beb aku dengar. Untuk pengetahuan dia ni memang bekas pelatih PLKN di Terengganu nun. Lepas tu dia pun tunjuk kat aku kompani die buat kawad kaki semasa pertandingan kawad. Nak tergelak pun ade aku tengok, macam hampeh je kawad. Kebelakang pusing pun berterabur. Lepas tu die cerite lagi die kena punishment dari jurulatih. Wah menarik ni, masa aku dalam navy dulu bende ni kami panggil "taji" atau "hell". Memang perit la. Bile die cerite je macamane punishment yang die kene...alamak...kalau aku kene pun aku boleh tido. Paling teruk die kene static pushup, starjump tak lebih 10 kali, dan lain2 p.t yang pada aku biase2 saje kalau nak dibandingkan dengan ape yang aku hadap dulu. Macam ni kate dah hebat? Maybe die pun tak tahu aku bekas cadet navy, ditambah lagi fizikal aku yang agak comel agaknye. Mana mungkin orang nak percaye aku bekas pegawai cadet navy. Takpelah..
Pada akhir tahun 2008, Aku menerima panggilan dari Jabatan Latihan Khidmat Negara.
" Encik Razman boleh datang tak ke Menara Sellbourne untuk temuduga esok?".
Ah sudah, notis takde, surat takde alih2 datang pi temuduga je? Tapi aku memang happy sebab dapat juga kerje yang aku rasa memang sesuai dengan jiwa aku. YAHOOOOO!!!.
Masa tu kalau tak silap akulah, dah dekat 8 bulan aku submit borang jurulatih tu. Aku pun dah lupe aku pernah apply job ni. Ingatkan awek mane call, haha. Jadi aku pun ambil cuti sehari dan pergi ke H.Q. Nasib baik waktu tu aku kerje Putrajaya, jadi takde masalah untuk aku menghadiri temuduga.
Semasa menghadiri temuduga, mak oi ramainye umat yang nak apply. macam2 gelagat aku tengok. Ade yang excited, ade yang muke selambe, ade yang muke macam salah datang temuduga. Aku pulak ditakdirkan duduk di sebelah seorang bekas jurulatih perempuan. Cerita dia lah..dia sekarang nak mintak jawatan kontrak sebab sekarang dia ni sambilan lagi. Aku yang ramah ni terus lah layan cerite die, lagipun boring nak tunggu giliran. Sijil die tak usah cakap, 2 fail kau die bawak. Aku bawa satu fail je, sijil pun tak sampai 10 keping. Than she ask about my outdoor certificate..wow...hebat..haha. lebih kurang cam ni lah dialognye.....
" Awak ni tak banyak ke sijil2 outdoor?"
" Err ade la 2 keping, sijil kursus urus jenazah dengan sijil jadi fasilitator jemputan."
" Tak cukup tu, saya dulu dah banyak pergi kursus pun kene tanye macam2...bla bla bla.."
Hehe aku diam je la....
Dalam banyak2 calon tu, aku tengok calon dari pencen askar yang cool dan rilek je. Buat hal sendiri dan pasang telinge dengar cerita orang sekeliling. Tengah aku selak2 sijil aku depan budak perempuan ni, terjatuh lah kad ujian TTS aku. ( untuk makluman, aku adalah anggota wataniah dan aku pernah ikut kursus asas TTS atau Tempur Tanpa Senjata ). Askar pencen ni tolong lah ambikkan kad yang jatuh tu. Lepas tu dia pandang aku dan start tanye soalan...
" Ex service ke?"
" Ya encik, saya ex cadet navy...tapi melantong and kantoi encik."
" tapi sini tulis unit awak Rej. XXX,"
" Tu saye dapat mase saya pergi kursus wataniah, sekarang ni saye anggota wataniah encik. Tapi anggota biase je."
" Orang yang sain kad awak ni kawan baik saya masa saya servis tau.."
Lepas tu aku terus berborak dengan encik ni, pencen PWii. Macam2 kami cerite. Nak2 bile die ni kenal pulak jurulatih2 aku yang kat REJ XXX. Pergh lagi melalut cerite keluar. Sembang macam dah kenal lama. Budak perempuan tu diam je la dengar cerite kami...simpan je la sijil kau tu kalau nak menunjuk..haha.
Nak dijadikan cerite lagi, mase aku pergi toilet dan lalu depan lif..tibe2 ade orang panggil nickname aku time aku cadet dulu.
" Oi Abang Pendek!! hang tak kenai aku ka?"
Laa sekali ex j.l kawad aku kat KTL dulu. Aku panggil die G.I Burn. Name betul die Abu Bakar. Baru je pencen Pegawai Waran 2. Bertambah la sembang panjang. Turun pergi lunch aku siap belanje die minum lagi. Kalau dah jumpe geng lame ni, ape lagi mestilah ungkit cerite lame. Aku pun sambil tu try la masuk jarum, mane la tau die ni boleh tolong aku. Mati2 aku ingat die ni panel penemuduga. Lepas lunch, kami naik semula ke tingkat sepuluh dan terus duduk di ruang menunggu. G.I Burn pula minta cakap die nak minta diri dulu sebab die nak masuk bilik. Aku pun angguk je la. Alih2 die leh landing duduk di kerusi tempat menunggu giliran. Aik? die ni datang nak menemuduga orang ke atau nak ditemuduga. gaye cerite macam die yang jadi panel. Kompius aku time cadet dulu datang balik. Than die masuk bilik, tak sampai 10 mint lepas tu die keluar balik dan tunjuk isyarat bagus kat aku.
"Abang pendek...aku dah setel temuduga so aku balik dulu lah. Ni nombor aku. Kalau kau nak datang Lumut contact aku tau."
Hampeh, mati2 aku ingat G.I aku ni panel...Tapi takpe, aku happy sebab dapat jumpe bapak tiri aku tu..haha.
Korang tau pukul berape aku masuk bilik penemuduga? hambik kau pukul 7 petang. aku orang nombor 2 last. Penemuduga pun tak banyak tanye sangat bab2 general knowledge ni. Buat penat aku je hapal malam tadi. Cuma panel temuduga tu ade bagi nasihat kat aku, jangan train bebudak ni macam aku kene train dalam Navy. Sepanjang temuduga tu, aku rase aku memang dah berjaye menyakinkan panel2 tu, or maybe dieorang pun dah malas nak layan aku sangat agaknye. Tak sampai 10 minit aku dah keluar. Kalau dah rezki tu dapat pada kite, memang akan jadi milik kite lah. Alhamdulillah aku diterime. Selepas 2 minggu, JLKN call aku lagi untuk aku hadir kursus asas untuk menjadi seorang jurulatih fizikal atau dipanggil TOT - Training of Trainer...kite sambung lain kali ek?

SAPO DEN
Assalamualaikum dan salam perkenalan semua. Blog ni saja je aku buat untuk isi mase lapang yang boleh dikatekan banyak lapangnye. Perlu diingatkan juga, blog aku ni bukan lah blog rasmi jabatan tempat aku bekerja, or ape2 jabatan kerajaan. Juga tiada kaitan dengan politik, isu artis, mahupun berkaitan dengan MLM. haha...
Oklah, nama aku Razman Bin Rahmad, orang Redong atau lebih dikenali sebagai Kampung Tenang, Labis. Segamat...Johor. Lahir pada Mac 1982. Dari aku kecik, sampailah aku besar memang aku duduk dengan atok aku je sampailah aku panggil die "mak"...Aku bersekolah di kampung aku, sekolah menengah pun aku tak pergi belajar jauh2 macam kawan2 aku yang lain. Aku just sekolah di SMK munshi Ibrahim, labis. Adelah dalam 9KM dari rumah atok aku. Pernah menuntut di Kolej Tentera Laut, Fakulti Pegawai, K.D Pelandok mengikuti Kursus Asas Pegawai Muda TLDM. Tapi rezki aku takde dalam Navy.
Sekali kene kick da... Than aku sambung belajar di MIAT- Malaysian Institute Aviation Tech, pun same gak...kantoi ditengah jalan. Maybe kerana aku masih belum pulih dari "TRAUMA" semasa menjadi cadet dulu. Lepas tu aku mula bekerja, macam2 jenis kerje aku buat, dari angkat batu bate, pasang piping, salesman kereta, macam2 lah....paling lame pun aku bekerje adelah dalam 6 bulan, lepas tu sure aku berhenti Sebabnye, pada aku bukan salah majikan, tapi mungkin sebab perangai aku yang tak berape empuk ni. Sehinggalah pada tahun 2008 aku dikehendaki menghadiri temuduga untuk menjadi jurulatih PLKN.
Pejam celik pejam celik dah 4 tahun aku berkhidmat. Banyak kenangan pahit manis, senyum dan tangis. Walaupun usia aku berkhidmat ni tak lah lama mana. Tetapi pada aku setiap minit aku bertugas, ade bermacam-macam cerita yang aku boleh ceritakan. Mana yang baik jadikan tauladan, mane yang buruk jadikan sempadan.
Aku harapkan blog ni juga menjadi "bahan" untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara bekas pelatih dan jurulatih2 PLKN. Bagi bekas2 pelatih, kenangan sepanjang latihan adalah kenangan terindah, (mungkin juga kenangan yg tak best hahaha).

Subscribe to:
Posts (Atom)