Thursday, 31 January 2013

CERITA AKU MULA-MULA JADI J.L

   Sejarah aku menjadi jurulatih bermula pada awal tahun 2008. Masa tu aku bekerja sebagai salesman di Alamanda Putrajaya..jawatan sebagai pencacai kepada pencacai yang lain. Mungkin sebab aku dah fade-up dengan kerje "skema"  dan kerje yang asik berebut pelanggan, dan terus terang aku cakap aku memang tak berape pandai nak belok kiri dan belok kanan bila berurusan dengan pelanggan.
   So, kebetulan  jiwa "military" masih menebal lagi dalam diri agaknya. Aku pun buat keputusan untuk memohon jawatan sebagai jurulatih PLKN. Masa aku tanya pendapat member2 aku yang lain, macam2 pendapat, idea, pandangan, makrifat, isi tersurat dan tersirat yang aku dapat. Tapi memang banyak yang negatif la dari positif...biaselah orang melayu, mane ade yang betul. Semua bende silap dan ade cacat celanya. Paling best dan buat aku hampir nak tumbok muke member aku sorang ni bila dia leh tanye aku balik satu soalan bodoh tahap cipan. " boleh ke kau jadi jurulatih ni? kau boleh kawad ke? aku dulu jadi pelatih pun susah tau." Pergh sentap beb aku dengar. Untuk pengetahuan dia ni memang bekas pelatih PLKN di Terengganu nun. Lepas tu dia pun tunjuk kat aku kompani die buat kawad kaki semasa pertandingan kawad. Nak tergelak pun ade aku tengok, macam hampeh je kawad. Kebelakang pusing pun berterabur. Lepas tu die cerite lagi die kena punishment dari jurulatih. Wah menarik ni, masa aku dalam navy dulu bende ni kami panggil "taji" atau "hell". Memang perit la. Bile die cerite je macamane punishment yang die kene...alamak...kalau aku kene pun aku boleh tido. Paling teruk die kene static pushup, starjump tak lebih 10 kali, dan lain2 p.t yang pada aku biase2 saje kalau nak dibandingkan dengan ape yang aku hadap dulu. Macam ni kate dah hebat? Maybe die pun tak tahu aku bekas cadet navy, ditambah lagi fizikal aku yang agak comel agaknye. Mana mungkin orang nak percaye aku bekas pegawai cadet navy. Takpelah..
   Pada akhir tahun 2008, Aku menerima panggilan dari Jabatan Latihan Khidmat Negara.
" Encik Razman boleh datang tak ke Menara Sellbourne untuk temuduga esok?".
Ah sudah, notis takde, surat takde alih2 datang pi temuduga je? Tapi aku memang happy sebab dapat juga kerje yang aku rasa memang sesuai dengan jiwa aku. YAHOOOOO!!!.
Masa tu kalau tak silap akulah, dah dekat 8 bulan aku submit borang jurulatih tu. Aku pun dah lupe aku pernah apply job ni. Ingatkan awek mane call, haha. Jadi aku pun ambil cuti sehari dan pergi ke H.Q. Nasib baik waktu tu aku kerje Putrajaya, jadi takde masalah untuk aku menghadiri temuduga.
   Semasa menghadiri temuduga, mak oi ramainye umat yang nak apply. macam2 gelagat  aku tengok. Ade yang excited, ade yang muke selambe, ade yang muke macam salah datang temuduga. Aku pulak ditakdirkan duduk di sebelah seorang bekas jurulatih perempuan. Cerita dia lah..dia sekarang nak mintak jawatan kontrak sebab sekarang dia ni sambilan lagi. Aku yang ramah ni terus lah layan cerite die, lagipun boring nak tunggu giliran. Sijil die tak usah cakap, 2 fail kau die bawak. Aku bawa satu fail je, sijil pun tak sampai 10 keping. Than she ask about my outdoor certificate..wow...hebat..haha. lebih kurang cam ni lah dialognye.....
" Awak ni tak banyak ke sijil2 outdoor?" 
" Err ade la 2 keping, sijil kursus urus jenazah dengan sijil jadi fasilitator jemputan."
" Tak cukup tu, saya dulu dah banyak pergi kursus pun kene tanye macam2...bla bla bla.." 
Hehe aku diam je la....
Dalam banyak2 calon tu, aku tengok calon dari pencen askar yang cool dan rilek je. Buat hal sendiri dan pasang telinge dengar cerita orang sekeliling. Tengah aku selak2 sijil aku depan budak perempuan ni, terjatuh lah kad ujian TTS aku. ( untuk makluman, aku adalah anggota wataniah dan aku pernah ikut kursus asas TTS atau Tempur Tanpa Senjata ). Askar pencen ni tolong lah ambikkan kad yang jatuh tu. Lepas tu dia pandang aku dan start tanye soalan...

" Ex service ke?"

" Ya encik, saya ex cadet navy...tapi melantong and kantoi encik."

" tapi sini tulis unit awak Rej. XXX,"

" Tu saye dapat mase saya pergi kursus wataniah, sekarang ni saye anggota wataniah encik. Tapi anggota biase je."

" Orang yang sain kad awak ni kawan baik saya masa saya servis tau.."

Lepas tu aku terus berborak dengan encik ni, pencen PWii. Macam2 kami cerite. Nak2 bile die ni kenal pulak jurulatih2 aku yang kat REJ XXX. Pergh lagi melalut cerite keluar. Sembang macam dah kenal lama. Budak perempuan tu diam je la dengar cerite kami...simpan je la sijil kau tu kalau nak menunjuk..haha.
   Nak dijadikan cerite lagi, mase aku pergi toilet dan lalu depan lif..tibe2 ade orang panggil nickname aku time aku cadet dulu.

" Oi Abang Pendek!! hang tak kenai aku ka?"

Laa sekali ex j.l kawad aku kat KTL dulu. Aku panggil die G.I Burn. Name betul die Abu Bakar. Baru je pencen Pegawai Waran 2. Bertambah la sembang panjang. Turun pergi lunch aku siap belanje die minum lagi. Kalau dah jumpe geng lame ni, ape lagi mestilah ungkit cerite lame. Aku pun sambil tu try la masuk jarum, mane la tau die ni boleh tolong aku. Mati2 aku ingat die ni panel penemuduga. Lepas lunch, kami naik semula ke tingkat sepuluh dan terus duduk di ruang menunggu. G.I Burn pula minta cakap die nak minta diri dulu sebab die nak masuk bilik. Aku pun angguk je la. Alih2 die leh landing duduk di kerusi tempat menunggu giliran. Aik? die ni datang nak menemuduga orang ke atau nak ditemuduga. gaye cerite macam die yang jadi panel. Kompius aku time cadet dulu datang balik. Than die masuk bilik, tak sampai 10 mint lepas tu die keluar balik dan tunjuk isyarat bagus kat aku.

"Abang pendek...aku dah setel temuduga so aku balik dulu lah. Ni nombor aku. Kalau kau nak datang Lumut contact aku tau."

Hampeh, mati2  aku ingat G.I aku ni panel...Tapi takpe, aku happy sebab dapat jumpe bapak tiri aku tu..haha.

   Korang tau pukul berape aku masuk bilik penemuduga? hambik kau pukul 7 petang. aku orang nombor 2 last. Penemuduga pun tak banyak tanye sangat bab2 general knowledge ni. Buat penat aku je hapal malam tadi. Cuma panel temuduga tu ade bagi nasihat kat aku, jangan train bebudak ni macam aku kene train dalam Navy. Sepanjang temuduga tu, aku rase aku memang dah berjaye menyakinkan panel2 tu, or maybe dieorang pun dah malas nak layan aku sangat agaknye. Tak sampai 10 minit aku dah keluar. Kalau dah rezki tu dapat pada kite, memang akan jadi milik kite lah. Alhamdulillah aku diterime. Selepas 2 minggu, JLKN call aku lagi untuk aku hadir kursus asas untuk menjadi seorang jurulatih fizikal atau dipanggil TOT - Training of Trainer...kite sambung lain kali ek?













   
 

4 comments:

  1. Assalamualaikum .. Ouhh begini k caranya nk jd jurulatih .. Nk mintak pendapat sikit boleh tak pasal nk jd jl utk jl pembinaan diri .. Actually sy ex pelatih kump 1 siri 11/2014 tp penangguhan lah.. Sy dah baca syarat2 nk jd jl n saya baru je hbs stpm , boleh k sy mohon jd jurulatih tu ? Mohon pendapat & cara nk jd jl.. Tq

    ReplyDelete
  2. Ouhh begini k caranye nk jd jurulatih.. Actually sy ex pelatih kump 1 siri 11/2014 itupun penangguhan . Boleh tak nk mohon jd jl pembinaan diri memandangkan sy baru je hbs stpm.. Mohon beri pendapat & cara nk jd jl .. Tq

    ReplyDelete
  3. terangkan macam mane nak jadi jurulatih .. tolong bagimana caranya ..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cik izfa..sorry lambat reply. laptop saye tertinggal kat rumah mak mertua. ok macam ni...zaman saya dulu lain. saya just isi bornag di laman web jabatan latihan khidmat negara. tapi kalau ikut sistem sekarang...awak kene mohon di SPA. ambik jawatan penolong kesatria S27. Insyallah..klw rezeki tak kemana...

    ReplyDelete