Assalamualaikum dan salam perkenalan semua. Blog ni saja je aku buat untuk isi mase lapang yang boleh dikatekan banyak lapangnye. Perlu diingatkan juga, blog aku ni bukan lah blog rasmi jabatan tempat aku bekerja, or ape2 jabatan kerajaan. Juga tiada kaitan dengan politik, isu artis, mahupun berkaitan dengan MLM. haha...
Oklah, nama aku Razman Bin Rahmad, orang Redong atau lebih dikenali sebagai Kampung Tenang, Labis. Segamat...Johor. Lahir pada Mac 1982. Dari aku kecik, sampailah aku besar memang aku duduk dengan atok aku je sampailah aku panggil die "mak"...Aku bersekolah di kampung aku, sekolah menengah pun aku tak pergi belajar jauh2 macam kawan2 aku yang lain. Aku just sekolah di SMK munshi Ibrahim, labis. Adelah dalam 9KM dari rumah atok aku. Pernah menuntut di Kolej Tentera Laut, Fakulti Pegawai, K.D Pelandok mengikuti Kursus Asas Pegawai Muda TLDM. Tapi rezki aku takde dalam Navy.
Sekali kene kick da... Than aku sambung belajar di MIAT- Malaysian Institute Aviation Tech, pun same gak...kantoi ditengah jalan. Maybe kerana aku masih belum pulih dari "TRAUMA" semasa menjadi cadet dulu. Lepas tu aku mula bekerja, macam2 jenis kerje aku buat, dari angkat batu bate, pasang piping, salesman kereta, macam2 lah....paling lame pun aku bekerje adelah dalam 6 bulan, lepas tu sure aku berhenti Sebabnye, pada aku bukan salah majikan, tapi mungkin sebab perangai aku yang tak berape empuk ni. Sehinggalah pada tahun 2008 aku dikehendaki menghadiri temuduga untuk menjadi jurulatih PLKN.
Pejam celik pejam celik dah 4 tahun aku berkhidmat. Banyak kenangan pahit manis, senyum dan tangis. Walaupun usia aku berkhidmat ni tak lah lama mana. Tetapi pada aku setiap minit aku bertugas, ade bermacam-macam cerita yang aku boleh ceritakan. Mana yang baik jadikan tauladan, mane yang buruk jadikan sempadan.
Aku harapkan blog ni juga menjadi "bahan" untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara bekas pelatih dan jurulatih2 PLKN. Bagi bekas2 pelatih, kenangan sepanjang latihan adalah kenangan terindah, (mungkin juga kenangan yg tak best hahaha).
No comments:
Post a Comment