Assalamualaikum...sihat? lagi sekali aku telah "melamakan" untuk tidak post kat blog serba suam kuku kaki ku ni. Walaupun ada yang pm aku kat FB suruh update lagi cerite baru, semangat yang pudar dan mood yang tak berapa elok serta keadaan masa yang lintang pukang sedikit sebanyak membataskan jari2 ni berjoget atas keyboard untuk menulis kisah2 pengalaman di PLKN.
Kalau diikutkan, setiap hari ada cerita di PLKN. Tujuan aku ni tak lain tak bukan adalah untuk mengungkit kembali memori kisah silam korang sepanjang program. Tak kiralah kalau korang under training aku atau sebaliknya. Jalan cerita sama je.
Untuk pengetahuan korang, sekarang dah masuk kumpulan 3 siri 10/2013. Sedikit pujian untuk intake kali ni mereka ni boleh lah aku kategorikan "budak baik". Senang nak jaga. Setakat nakal tu normallah.
Kali ni juga aku nak cerita balik satu topik yang memang best dan aku pun tak nafikan aku memang tertunggu tunggu untuk post topik ni. Kalau disebut nama aku, sure wira akan ingat aku sebab ramai yang cakap aku garang dan straight dengan mereka yang ada masalah disiplin. Terutama sekali mereka yang kantoi merokok.
Haha, sure dah tersenyum kan wira? Ok kita imbas balik. Semuanya bermula dari hari petama korang melapor kat kem. Boleh dikatakan ramai juga wira yang bawa stok rokok2 mereka ni. Ada yang tak tahu rokok adalah antara barangan larangan semasa latihan. Bagi mereka yang tahu pula, mereka akan menyembunyikan barangan berharga mereka ni dengan berbagai bagai cara. Dengan berbekalkan cerita dari abang2, sedare dan member2 yang dah ikut latihan sebelum ni. Aku jamin korang mendapat advice dan tunjuk ajar pakar.
Sehari sebelum melapor, aku boleh bayangkan projek black ops mengubah suai beg pakaian, tin biskut, maggie cup, maggie bungkus, beg sandang, kasut, kotak sabun dan pelbagai lagi alatan yang korang sesuai untuk menyembunyikan rokok giat dijalankan. Pergh mase tu otak akan bekerja dengan kadar logika mengalahkan i.q albert einstein.
Dan malam tu juga aku jamin perokok perokok tegar ni akan isap rokok tak hingat punye sebelum terpaksa berpuasa dalam tempoh yang agak lama. Bila tiba sahaja hari melapor, selalunya jurulatih akan suruh kamu serahkan rokok untuk dilupuskan oleh unit disiplin. Ada juga yang baik hati menyerahkan rokok kepada jurulatih. Wah, awal mula pertama mula dah cari abang angkat ye?
Kadang2 kat dalam bas lagi dah surrender dah. Tapi bagi mereka yang hati kering ni, mereka dah tekad untuk bawa masuk juga rokok ni tak kira macam mana sekalipun. Bila tiba sahaja kat tempat pemeriksaan barang, maka habislah digeledah segala isi dalam beg.
Satu persatu akan diperiksa, objektifnya adalah untuk memastikan tiada barang larangan dibawa semasa latihan. Ingat tau, bukan rokok sahaja barang larangan, ada banyak lagi.
Part ni aku suka, sebab selalunya tengok muka je dah tau memang ada yang sembunyikan sesuatu.
Muka2 cuak akan kelihatan resah, dan memang takkan duduk diam punyalah. So dari situ kita boleh tau there is something wrong with that wira. Hehehehe
Bila buka beg, memang tak de ape2. Tapi bila dah selok sana, selok sini, buka sana buka sini maka terkeluarlah rokok2. Rekod aku paling banyak pernah aku dapat adalah 2 katon rokok canyon hijau. Banyak ooo. Tapi yang buat aku merah telinga bila pelatih baru nak masuk tu cakap aku nak isap rokok dia, sebab tu aku rampas. Amboi...ikutkan hati lah, dah lama bagi chopping kick, nasib baik nama pun pelatih PLKN.
So aku pun tak nak buang masa, makin aku layan makin dia asak aku soalan provokasi. Maka tanpa banyak cakap aku bawa dia pergi tepi paip surau. Aku bocorkan rokok tu pakai pen dan aku suruh dia rendam sendiri rokok tu dalam baldi. Hahaha puas hati aku. Walaupun unit disiplin macam tak berapa berpuas hati dengan tindakan aku, aku memang puas hati. Kalau aku tak buat macam tu sure dia akan cakap aku yang sepah semua rokok2 dia tu.
Selalunya tempat feveret pelatih letak rokok selain beg pakaian adalah didalam maggie cup....siapa yang bawa maggie cup tu memang lamalah kene periksa. Maggie tu akan dibuka, isinya akan dikeluarkan dan rokok akan diisi semula. Dibawah cup tu, sisa maggie akan ditinggalkan supaya jurulatih tak nampak sangat rokok dari bahagian bawah plastik. Korang buat lah, insyallah kantoi sebab korang sure akan pakai gam gajah nak seal balik penutup maggie tu. Kadang2 jurulatih akan meramas maggie tu, kalau bunyi lain macam komperm ade...hehehe
Selain dari tu, tin biskut juga adalah tempat rahsia yang popular untuk menyimpan rokok. Senang je nak kesan, kalau dah terbuka seal tu, periksalah kat bahagian bawah....insyallah ade dunhill 20. hehe
Oklah, cara kami kesan tu aku tak boleh nak dedahkan lagi. Tak dinafikan ada juga yang terlepas. Tahniah kepada yang terlepas bawa rokok masuk, sure bangga kembang hidung. Konon2nya handal la tu dapat lepas dari pemeriksaan. Ingat....segalanya belum berakhir.
Bila dah dapat bawa masuk, kalau member nak free2 mana boleh ye tak. Kuantiti terhad, permintaan banyak. Permintaan lebih dari penawaran, pastinya barang tersebut akan naik harga mendadak. Kadang2 macam tak logik pula harganya. Aku pernah jumpa rokok sebatang berharga rm10 sebatang....mak oii!!!
Dari seorang penyeludup, dah update naik tokan pula. Pada aku nak kesan tokan2 ni pun bukan susah sangat pun. Kalau dapat kantoi sorang dan tanya "baik-baik" sure dia akan mengaku dia beli dari siapa. Korang tau tak kenapa kami beriya iya membenteras kes tokan rokok ni? sebab dari situlah akan bermulanya kes gaduh, kes pecah lokar nak duit dan bermacam-macam lagi. Mungkin ramai yang tak tahu pada tahun 2006 seorang pelatih mati gara2 menjadi tokan rokok. So nak lagi ke kejadian sama berulang? aku tak sanggup. Biarlah orang ramai benci aku asalkan korang keluar dari kem tak mati disebabkan bende2 bodoh ni. Tak berbaloi yeop!!!
Oklah, kita cerita pula pasal perokok2 ni. Selalunya waktu feveret isap rokok adalah waktu lepas sarapan, makan tengahari, makan malam dan sebelum waktu tidur. Ada juga yang sanggup buat kiamullail bangun waktu tengah2 malam untuk pergi isap rokok.
Semasa kumpulan 2 siri 6 di kem PLKN teluk sari, aku pernah tangkap 4 orang pelatih dalam bilik mandi. Semua kaum ada. Yang best nya masing2 ingat aku ni pelatih juga. So dengan selamba aku pun duduk join group dieorang sambil share isap rokok. Agaknya dalam gelap tu siapalah perasan kan? Tiba turn aku nak isap tu, barulah ada sorang pelatih ni perasan aku ada jambul kat depan...hehe.
Kalau pelatih mana ada jambul.
Banyak lagi kenangan kalau bercerita rokok dan wira ni. Di kem telok sari lah paling banyak cerita best aku nak kongsikan. Kalau nak follow lagi, tunggulah aku taip episod dua. Ingat lagi tak cara korang pasang "sentri", keyword untuk rokok, port nak sorok rokok, terlalu banyak nostalgia antara kita dan rokok semasa latihan kan?
Insyallah aku akan tulis lagi. Sehingga berjumpa lagi, jangan lupe komen ye. Salam
biasa la bdk zaman skrg..byk btol akalnye..bile jd dpn mata, berasap hati nak handle..tp skg bile pk balik, lawak pn ade..hee..
ReplyDeletetakpelah, nanti jadi la kenangan....
ReplyDelete