Tuesday, 5 March 2013

MASIHKAH ANDA INGAT PART 1

Salam semua....buat masa ini aku agak sibuk dengan aktiviti mengemas rumah. Maklumlah baru sahaja pindah rumah baru. Mau tak menang tangan. Orang rumah pula dah berbadan dua, takkan nak suruh dia panjat tangga nak gantung langsir, takpun nak suruh dia angkut tv...gila apa? So senang cerita agak sibuk lah juga kebelakangan ni.
Oklah, kali ni aku nak ungkit balik memori korang semasa di PLKN. Apa kata kali ni aku buka cerita mengenai kenangan korang semasa mula2 melapor masuk kem....hahahahaha aku jamin sure dah ada yang tersengih ni. Selama 4 tahun aku menjadi jurulatih, aku paling suka semasa hari pertama pelatih sampai kem atau lapur diri. Kalau aku ditugaskan untuk menjadi jurulatih pengiring di PUP ( pick up point ) pun laaagi aku suka sebab banyak kerenah, ragam dan bermacam2 pe'el yang akan aku tengok. Aku ni suka mengkaji orang, tu yang aku suka tengok tu. Senario yang selalu aku lihat, bila aku buka sahaja meja pendaftaran soalan yang paling banyak keluar adalah :

" NI KEM SRI LEDANG KE ? "

Walhal terpampang depan khemas tu, jelas dan nyata di tulis kem PLKN Sri Ledang...manusia oh manusia..mungkin itu adalah permulaann mukaddimah untuk berdialog. maklumlah, orang malaysia kan peramah.
Lepas tu, yang tanya pula pasti adalah mak atau bapa pelatih. Siap mak pula yang duduk kat meja pendaftaran. Ni siapa yang nak masuk kem ni? aku dah mula jadi kompius. Dengan beg, baldi, dan surat panggilan, golongan ibu ini akan sibuk duduk di meja pendaftaran. Anak dia tuu nun jauh di sana muka dah macam tempe, poyo je. Semua dia serah bulat2 kat mak dia. Kalau ada yang rajin pun dia akan follow belakang mak dia. Kena dengan aku memang aku suruh mak @ bapak dia ni duduk dahulu di kerusi belakang, sebab yang nak masuk PLKN adalah anak dia, bukan dia.
Masa ni jugalah, kita akan lihat keluarga yang hantar pelatih tu kadang2 kalah rombongan meminang. Sampai 2 buah kereta yang escort pun ada. Habis atok sebelah mak, sebelah abah, atok saudara, nenek, bapak saudara, mak saudara sebelah mak, yang sebelah abah, sepupu, 2 pupu, 3 pupu, anak saudara yang baru celik mata pun pernah aku jumpa pi hantar pak saudara dia nak masuk PLKN. Pergh...semangat kekeluargaan tol tu. Sesi temuduga ni, soalan macam biasalah...aku akan tanya ada surat dari doktor ke tak? ada masalah kesihatan ke? dan pelbagai lagi. kalau serius aku akan tanya pula kat urusetia. Kalau ada penangguhan ke, surat pengecualian dari dokter ke semuanya akan dijawab oleh pihak pengurusan. Aku memang tiada hak nak menentukan samada pelatih tu ok ke tak untuk meneruskan latihan.
Selalunya, dari hari pertama korang kat meja pendaftaran kami dah boleh teka 50% diri anda. Ada yang datang dengan muka tak ikhlas, ada yang datang tanya macam2...tanya macamana nak buat pengecualian pun ramai. Senang ceita, memang muka tak minat. Aku paham, siapa nak hidup terkongkong sebab dah merdeka beb! SPM dah habis, buat apa lagi nak duduk terperap kat kem? kan? Maka akan terciptalah alasan2 yang kadang2 tak masuk dek akal. Macam nak kena hantar berperang gayanya..Duduk rumah bangun tidur pukul 11 kan lagi best. Boleh pula surat putih corak biru2 sikit tu sampai. Lepas tu mak pula gembira bukan kepalang bila korang diterima ke PLKN. Bukan apa......lega hati dia dari sakit hati hari2 sebab tengok dan melayan kerenah korang. Bapak korang sure lagi suka..." fuh..leh aku honeymoon dengan wife aku. latihan 6 bulan pun takpa.." kata bapaknya dalam hati..haha
Ada juga yang minat dan excited. Aku pula yang tak terjawab. Tak sabar nak jalani latihan. Haa golongan ni insyallah tiada masalah dalam latihan nanti. Kesimpulannya, selalunya aku akan jumpa 3 golongan semasa sesi pendaftaran. 1- golongan yang memang nak pergi    2- golongan yang tak nak pergi   3- golongan yang ikut je la...dah nasib.
Bila bas bergerak sahaja, korang ingat tak korang akan melambai tangan pada keluarga tercinta. Maka berderailah air mata pada siapa2 yang tak pernah duduk berjauhan dari mak dia. Yang dah biasa duduk di asrama tu, perkara normal la ni. Yang jenis suka bebas pula....yahooo!! Akhirnya dapat keluar rumah. Aku  pernah juga jumpa pelatih yang nangis start dari stadium kulai tu, sampailah kat kem telok sari. Menangis sahaja. Ler...habis tisu. Turun bas rehat buakn pi makan, tapi pi beli tisu. Apolah.....
Tiba sahaja di kem, anda akan berbaris untuk pendaftaran dan diberi nombor indeks. Masa ni dah siap dah pembahagian kompeni. Ada yang dapat tag merah, biru, kuning dan hijau. Sure jadi tanda tanya kan? Masa ni anda jahil lagi....tak tahu apa2.
Selalunya, hari pertama adalah sesi pendaftaran, medical checkup dan pembahagian kompeni. Kemudaian dah boleh pergi masuk bilik penginapan. Check in senang cerita.

Tentu kamu semua masih ingat lagi kan sewaktu pemeriksaan beg. Habislah semua beg2 digeledah. Aku memang suka time2 macam ni. Macam2 barang pelik akan dijumpa. Rokok tu tak usah cerita lah. Tapi korang sorokkan macamana sekalipun, kemungkinan untuk kantoi tu adalah besar. Port2 paling feymes disorokkan rokok adalah dalam kotak sabun basuh, dalam tin biskut, dalam maggie cup, pringles, lipatan baju, dalam beg2 ( tebuk dan jahit ), celah stokin, dalam kasut dan paling best dalam seluar spender..hehehehe. Aku hairan kenapa bila dah kantoi sebatang tu, masih lagi nak sorokkan rokok2 tu. Mengaku sahajalah, takde guna pun bawa rokok tu. Nak tunjuk macho ke? Pergi bilik air malam2 pun nak berteman...hahaha
Tapi bukan rokok sahaja yang menjadi barang larangan sebenarnya. Bahan pornografi, barang elektrik, barang2 yang tajam, risalah politik dan risalah2 ajaran sesat adalah dilarang sama sekali. Pernah sekali tu aku jumpa kondom dalam beg dompet pelatih. Adoiii...tah hape2 la wira tu.
Ada lagi barang rampasan yang pelik2 aku jumpa. Antaranya adalah bunga api. Kebetulan masa tu baru habis musim raya, entah macamana dalam beg wira ni ada pula bunga api yang masih elok lagi. Terkebil kebil wira tu  bila aku tanya bunga api tu untuk apa dibawa ke kem? dia kata adik dia yang punya. So untuk puaskan hati wira tu, aku suruh dia main bunga api tu sampai habis kat tepi padang...hihihihi.
Ada juga aku jumpa teddy bear. Ni bukan wirawati yang bawa, tapi wira. Buat malu je. Muka ada parut, dah ganas dah macam pejuang taliban, sukan main rugby, sekolah wakil silat, tapi bawak teddy bear warne pink da...aduss..tak pun ada juga wira yang bawa bantal busuk, bila nak dirampas dia boleh merayu beriya iya dengan alasan dia tak boleh tidur tanpa bantal busuk tu. Apa punya gaya hidup korang nih...
Untuk bekas wira pasti anda masih ingat lagi buat pertama kalinya rambut anda  digondolkan. Lapang je rasakan? Kalau dari bangsa Cina, selalu jugalah aku jumpa yang minta rambut mereka tak dipotong. Maklumlah, majoriti dari mereka memang menjaga rambut. Pergi salon pun sanggup berhabis berpuluh ringgit untuk rambut mereka sahaja. Belum lagi yang rambut berwarna warni macam ais krim paddle pop tu, lagilah rasa nak menangis bila lihat rambut2 itu gugur ke lantai....kuang kuang kuang..

Kenapa perlu di potong rambut? pasti ramai yang tertanya2 kan? sebabnya? sebabnya adalah kerana dari rambut yang berada di atas kepala itulah yang melambangkan keegoan seseorang individu. Ada yang megah dengan rambut pacak, yang rambut panjang, rambut kerinting dan pelagai lagi jenis rambut dan fesyen2 @ trend terkini. Bila digondolkan, semua jadi sama rata sahaja. Kalau dari jauh nampak macam telor bergerak pun ada juga kan? hihi.......Ianya juga sebagai satu simbol " akur pada arahan ". Rileks la beb...aku dulu setahun tau rambut tapak satu. Anggaplah ianya sebagai satu cabaran dan dugaan, barulah hidup ada adventure. Korang baru 3 bulan kena macam tu dah kecoh...hehe.
Than bila semua dah selesai, sesi pergi shopping di logistik. Berbondong bondonglah beg2 plastik hitam dipunggah oleh pelatih. Spike boot, celoreng, baju sukan, baju kelas, kasut potong dan lain2 barang issue akan dipunggah dari logistik ke bilik penginapan. Aku time2 macam ni suka memerhatikan tingkahlaku pelatih. Biasalah, ego dan sikap pentingkan diri masih menebal. Bila dah siap tu dan tersampang dengan member yang merengkek bawa beban ni bukan dia nak tolong, selambe deeek je dia jalan. Langsung tiada sikap nak tolong. Tapi bukan semua bersikap macam ni. Cuma segelintir sahaja.
Ada juga semasa hari pertama yang menangis bila keluarga mereka beredar dari kem. Macam2 alasan mereka buat untuk balik dan dapat pengecualian atau penangguhan. Kadang2 rasa macam berada di sekolah rendah semasa hari pendaftaran budak darjah satu. Terutama sekali wirawatilah, siap ada dayang2 tukang pujuk. Ada juga pelatih yang saya jumpa tiba2 mengadu mereka ada penyakit kronik yang dihidapi sejak dari kecl lagi. Ada juga yang claim mereka pernah patah tulang, bila ditanya bila jawapannya semasa dia berumur 3 tahun. Pergh habis diungkit sejarah silam. Ada yang pergi medik sehari 5 kali semata mata nak balik pun ada. Tak perlu nak tipulah, kami ada rekod perubatan kamu semua. Doktor2 yang check kamu punbukan orang bodoh2, dah namapun dokter, mestilah dia pandai. kalau tak macamana dia boleh jadi dokter. Maklumlah, selama 17 tahun tak pernah berpisah dari keluarga. Tiba2 kena tinggal sorang2 kat tempat yang tiada saudara mara. Kami mengerti semua itu. Tambah teriak tangisan bila dapat tahu handphone akan disimpan oleh pihak pengurusan dan ada juga yang memberontak dengan jadual rutin harian. Itu perkara normal, setiap kali kumpulan baru masuk, nilah sindromenya.
Start dari hari pertama juga kebanyakan dari kamu mula membuat spekulasi sendiri mengenaii jurulatih. yang ni garanglah, yang ni baiklah, yang ni boleh layan, yang ni cool...setiap jurulatih ada perangai dan sikap yang berbeza, tapi objektif kami sama sahaja. Tiada siapa2 yang ada motif mereka tersendiri. Kalau ada motif tersendiri baik aku suruh korang masuk MLM jadi downline aku je. Setahun ada 3 kumpulan, satu kumpulan aku cari 10 orang jadi downline, setahun aku dah ada 30 orang downline...wow!!! kaya aku! Tapi tak pernah pun aku nak buat macam tu. hehehehehe
Ingat lagi tak pertama kali memakai pakaian loreng? Husih macam2 mazhab aku jumpa. Paling tak dapat dilupakan bila ada pula wira ni yang ajar aku balik tatacara pemakaian loreng. Ada ka baju loreng di masukkan ke dalam. Aku pun iyakan sahaja lah. Malas nak layan. Lama2 bila dia tengok orang lain semua tak masukkan baju dalam seluar, barulah dia tersengih sengih. Malu sendiri lah tu. Dari riak muka kalian, kami jurulatih tahu ramai yang bangga dapat pakai baju tu. Rasa macam askar sikit walaupun aku sendiri tak pernah jumpa askar pakai loreng warna biru. Takpalah, PLKN...Itulah asal untuk meningkatkan rasa patriotik dan rasa cintakan negara..
Masuk sahaja hari ke-2 atau ke 3 selalunya aktiviti dah berjalan. Start pukul 0630H anda semua dikehendaki terpacak di padang kawad. Masa nilah kita akan lihat mereka yang tak biasa duduk jauh dengan keluarga atau asrama kebanyakan dari mereka akan menghadapi sedikit masalah. Bila orang kata pukul 0630 berbaris, dia pula 0630 baru nak bangun tidur. 15 minit sebelum tu dah berada di padang kawad dah oiiii...Mula2 memang rasa perit kan? tapi lama2 ianya akan menjadi kebiasaan.
Pagi2 buta dah berembun berbaris dengan kapala botak dan berbaju p.t. Masa nak nyanyilagu Negaraku pun boleh terlelap. Bila ditegur muka mula macam tak puas hati je. Amboi...dia buat salah kita tegur kita pula dimarahnya. Takpalah, awal mula petama mula memang macam tu
Itulah imbasan pada awal latihan korang kan? takkan dah lupa kot....hihihihi. Tunggu next post, aku akan comparekan perbezaan minggu pertama kamu semua melapor dan minggu terakhir sebelum tamat latihan. Perbezaan dua sifat dalam satu individu yang sama. TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!

P/S KITA DOAKAN SEMOGA TENTERA DAN POLIS KITA SERTA PENDUDUK SABAH SELAMAT. JANGAN KITA BERBALAH KERANA ISU2 KECIL. MASA INILAH KITA KENA BERSATU!!


















































No comments:

Post a Comment