1. " cikgu, senapang ni besi dia dari apa cikgu?"
Aku bukan pakar senjata, tapi aku rasa cukuplah korang just sekadar tahu data teknik dan yg penting. Adoii....kang aku jawab dibuat dari tepung gandum cap kunci korang tak caye pulak.
2. " cikgu, peluru ni boleh memantul kene kat kite balik tak?"
Kalau dah seratus meter tembak.....takkan lah peluru tu patah balik..PANADOL SATUUU!!!
3. " cikgu, kenapa markah saya kosong, saya dah tembak tepat semua nombor atas bukit tu"
Orang tembak papan target, bukan nombor target...
4. " cikgu, kenapa bunyi M16 ni tak sama macam bunyi kat dalam game tu? "
Entah, cuba kau try rase kene tembak, same tak mcm kat dalam game..hehe.
5. " cikgu, kenapa markah saya kosong, tapi orang sebelah kiri dan kanan saya score 90 keatas?
Tahniah, anda telah membantu member anda untuk dapat gelaran jaguh menembak dan jaguh wira.
6. " cikgu, senapang ni boleh tembak tak kalau saya pasang pelurunya terbalik? "
Arghhhhhhh!!!!!!
Tulah antara soalan2 yang pernah buat aku migrain. Tapi takpalah, mana yang boleh aku jawap aku jawapkan, bak menatang minyak yang penuh...ku layan dirimu dengan penuh kasih dan sayang..&($&##&*$)*&$*@^!!!!..hehe
Wirawati pun tak kurang hebatnya. Ramai juga yang berminat, tapi takut2. Biasalah perempuan, sure takut dengar bunyi bende meletop. Tapi ada gak yang buat2 takut, alahai gediknye. . Nak2 bila abang askar yang ajar tu encem, tak pun ada la pula wira2 yang hot kat sebelah dia.
Latihan menembak dengan senjata M16 ni kalau tak silap aku dah start dari tahun 2006. Mula2 semasa diusulkan aktiviti ni, ramailah pihak yang membangkang. Betul...kita tak boleh main2 dengan senjata ni . Senjata yang kalau silap langkah, boleh membawa maut atau pun kecederaan yang serius. Tapi kalau dipikirkan balik, ada banyak kebaikan dari keburukan. Aku pun tak nampak apa yang boleh membuatkan nyawa pelatih melayang semasa aktiviti ni. Bukan peluru tu patah balik kebelakang pun!!!
Lagipun kita menembak senjata ringan, bukan guna HMG, LMG, meriam Bofors 50MM ke...M16 je Mak Jah oiiii. Biasalah orang Malaysia, kalau bab komplen juri Malaysian Idol pun kalah. Semua bende dia tahu. Walhal mungkin mereka lupa, antara salah satu faktor PLKN ditubuhkan adalah untuk menyahut seruan HANRUH atau pertahanan menyeluruh. Andai kata lapisan pertahan pertama kita iaitu askar dah kalah, maka pertahan kedua pula akan take over untuk mempertahankan negara kita. PLKN ni bolehlah diletakkan sebagai lapisan ke 3. Atau sekurang-kurangnya, kita boleh beri senjata pada bekas2 pelatih PLKN dan mereka boleh mempertahankan diri serta keluarga andai kata terjadi peperangan. Ada pikir ka? Ayoyo..
Tujuan asalnya adalah sebagai latihan keyakinan diri pada pelatih. Barulah remaja2 Malaysia ni berani. Ni baru pegang senjata takde peluru pun habis bergegar satu badan 6.5 skala ritcher. Tu belum tembak lagi tu. Nak kena target lagi la, tah kene entah kan tidak. Bak kata jurulatih Wataniah aku dulu...
" Kalau ada monyet kat papan target tu die boleh joget2 sebab hangpa semua tembak tah hapa2"
Hehehehe ada logik kan? So thats y korang akan akan diberi pendedahan asas dahulu. Belajar kenal senjata. Sifat2 dia, data teknik, cara2 nak menenang...semua tu akan di ajar terlebih dahulu oleh pakar dari ATM. Lepas tu di beri pula peluang untuk tembak menggunakan peluru kapur @ blank dahulu. Than barulah boleh menembak dengan peluru hidup di lapang sasar.
Cuma aku tak setuju satu je, kenapa tak dilatih pelatih2 PLKN ni cara2 untuk mengendalikan senjata ni secara total? Seperti contoh cara2 nak cuci senjata, tindakan serta merta dan macam2 lagi.
Melatih pelatih menggunakan M16 juga bukan bermakna melatih mereka menjadi perompak ok, kemungkinan untuk terjadi ada, tapi siapa2 pun boleh jadi pengganas atau penjenayah. Senjata ni amat mudah untuk dikendalikan. Di negara2 yang berkonflik seperti Somali, budak umur 6 tahun pun pandai kopek senjata M16 ni. So tak logik kalau ada pihak yang mengatakan kalau ajar pelatih menembak akan menggalakkan jenayah dan elimen pengganas.
Oklah, kita cerita semasa menembak. Sure korang ingat kan, punyalah berdebar nak tunggu giliran menembak. Jurulatih pula ada yang memberi bermacam2 petua pada pelatih kompeni mereka. kalau diminta penggeras pulut kuning dengan telor rebus boleh buat stok sebulan. Ada sesetengah kem yang menganjurkan pertandingan menembak antara kompeni. So habislah segala ilmu2 sniper dicurahkan untuk mencapai gelaran marksman. Aku pun masa dalam cadet mahupun dalam Wataniah tak berpeluang nak tau ilmu2 tu. Untunglah korang....tapi bile tengok result.." kosong..kosong..oohhh" kata Najwa Latiff...hehe
Bila tengok member sebelah, alamak dah pucat muka. Toreh pun takde darah. Tengok sebelah lain pula lagi dahshat! macam orang kene denggi dah habis menggigil. Punyalah takut kan? Bila dapat sahaja arahan...
" Detail ke tapak tembak....gerak!! "
Fuh!!! nak tak nak kene try juga. Mula2 sekali 7 butir peluru akan diberi sebagai pelarasan untuk kita tahu mana perluru tu pergi. Lepas tu baru kita akan tembak 20 butir peluru. Mana yang bagus tu dia akan tembak pada kadar berkala or timing. Mana yang gugup sure dia akan tembak macam cerite koboi. 10 saat dah habis dah. Hehe. nak tembak kene rileks, cool...nafas kena jaga, position, aiming, semua tu kena tahu.
Jadi, rugilah kalau tak take time semasa menembak. Tak de feel. Habis je menembak...eh seronok kan? takdelah takut mane pun. Cuma bahu tu je la akan rasa lenguh2 or sengal2 sikit, terutama pada mereka yang suka membelit waktu p.t pagi..hehe
Masa ni jugalah kita akan tengok wira2 yang budget top. Huish kalau cerite dialah paling power kat J.B. paling besar kat Soromban!, paling top kat Melaka Central!! Tapi bila menembak...alamak..meng geigeil la pulak...Habis je menembak, capai cawan pun bergetar air dalam cawan. Hehe, sori taiko jangan terasa aaa...hihihihi.
Lepas tu mana2 mat kuntum akan rasa malu bile dia dapat tahu awek dia boleh score pulak jauh dari dia. Alamak..malunya, untuk cover line, habis semua disalahkan. Senjata tak baguslah, cikgu kira markah salahlah, angin tiup pelurulah...hehe. Habis tu awek kau boleh score ape cerite beb? Kalau kita tak boleh menembak, takpe...biarkan, Tapi sebelum tu takperlulah kita over confident n keluarkan fatwa2 songsang cara2 untuk menembak. Pendek kata tak perlu tunjuk pandai. Enjoy the program sudah.
Aku cerite kat korang lah. Aku dulu pun semasa belajar menembak same je macam korang. Langsung tak tau apa2. Lagilah teruk semasa nak belajar tu. Macam korang takpa, diajar dengan penuh belaian kasih sayang. Aku ingat lagi, semasa kelas senjata kecil di K.D Pelandok. Masa tu kami menembak dengan pistol Glock 17 9MM. Aku punye gabra masa tu pasang kelopak pun terbalik...Lagi bertambah gelabah bila pegawai tapak tembak jerit kat aku suruh stop! macam aku ada bawa bom. Lepas tu aku kena nuckle pushup 20 kali. Semput den! Semasa kat Wataniah, aku memang dah ada basic untuk weapon handling ni. Tapi member2 skot aku teruk kena. Meniarap salah pun kena pijak macam aksi sang kancil lompat atas sang buaya. Bila kelas ujian senjata, siapa salah buat memang berbalam lah dahi kene starlight dengan jurulatih.
So pada adik2 yang bakal menjengah ke alam PLKN terutama pada 30 haribulan ni, tak perlulah ibu dan ayah kamu risau. Tanda tangan sahajalah borang tu. Sure seronok dan satu kepuasan tak ternilai akan anda dapat. kat luar manalah ada can nak menembak pakai M16 kan?
Sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasih pada yang sudi baca blog aku yang banyak melanggar gaya penulisan yang macam SPM tu. Terima kasih banyak2. Pada 25hb yang lepas aku tak sangka rate overview cecah 100 orang!! Tapi kenapa kurang yang komen ye? hihihi. takut ka? Aku garang kat dalam kem bersebab, tapi aku ni garang ke? Korang yang tak kenal aku ni..hehe. Oklah, kesempatan ini juga aku nak ucapkan tahniah pada bekas2 pelatih yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang untuk SPM 2012. Mana yang kurang cemerlang tu, takpe, jangan giveup. Ni bukan penamat buat korang pun. Usaha dan terus kerja keras. Tak semestinya kita failed dalam akademik kita failed dalam kehidupan k!!
Dapat markah kosong pun takpe, asalkan possing baik punye. |
WIRA 1 : SKOT!!! TAK KENE PUN ANAK BEROK TU KITE TEMBAK?
WIRA 2 : SIOT!! DIA BOLEH BUAT PT 10 LAGI TUH!!!
WIRA 3 : PATUT LA...KO KIDAL. TANGAN TAIK!!
( hanya sekadar gurauan, tak ceria hidup kalau tak bergurau..hihihi )
Menembak yang lepas..saje nak bagi tim komandan menang. Kang tak pasal2 extra duty..hihi jangan marah tuan...
wahhh.... xde kutok2 saya ke?? hehehhe
ReplyDeletecerita cikgu santai dan seronok...
enjoy bace
cikgu nk tnya skit la...
M16 ni kalau rosak .... kita nk anta kat kedai ke balai polis???
huhuhuh
jngn marah ....ni satu soalan lgi yg cikgu tertiggal kot hahahaa
kau bukan geng budak sauk...ko geng orang2 beriman..haha. err ko ade simpan M16 ke? kalau ade, bukan setakat balai polis, tu ha kat bilik akhir ke tali gantong. mana2 individu yg menyimpan senjata api tanpa lesen akan dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati. aduiiii....ado laie ...
ReplyDeletesaya ari tu .. dia kate x bole bawak balik kelongsong je... so saya ambik la M16 je ... tu yg ade tu hahahaha
Deletebest menembak ni walaupun tuan TKL dgn komandan duk mengacau saya sblom menembak..yela, saya kan mata empat..hehehehe
ReplyDeletealhamdulillah...banyak nye mate...err planet mane awak datang? haha
ReplyDeleteAssalam en razman...adakah benar hubungan kelamin yang dilakukan sebelum menembak bole menjejaskan performance penembak itu
ReplyDeleteMane kitab kau belajar ni shoitooonnnnn..hahahahaha
Delete