Oklah sambung balik dari episod pertama yang lepas. Jika anda semua perasan, dalam post yang lepas aku banyak ceritakan senario pelatih semasa hari mula2 di kem, atau ayat best nya AWAL MULA PERTAMA MULA. Aku faham, siapa yang seronok datang kalau " dipaksa rela " kan? So pelbagai protes dalam bentuk bahasa tubuh dan alasan secara oral akan dicipta. Tak payan nak gebang la wira n wirawati oiii...sama sahaja dari setiap intake. Itu mula2...tetapi..lama kelamaan, perasaan terkongkong, marah sebab kena masuk PLKN, perasaan tertekan, emosi tak stabil, perasaan benci terhadap j.l yang dok memekak pagi2 buta, rasa geram pada j.l sebab bagi punishment kerana berbaris lambat, rasa bengang dengan masakan yang tak sedap tu semua...akan bertukar menjadi " keseronokan ". Sebabnya? terlalu banyak faktor...
Antara faktor utama perasaan benci tu akan jadi perasaan suka..
KERJASAMA Ini adalah elimen yang penting dan boleh meng "MIX" kan korang. Macamana nak kerjasama antara satu sama lain? First sekali kenalah ada komunikasi dengan pelatih yang lain. Tak kiralah anak Melayu ka, lencai Cina ka, or Macha. Mesti nak bertegus sapa antara satu sama lain. Than kena sumbang tenaga pula. Nak2 semasa bersihkan dorm. Siapa yang pemalas, kalau i/c skot cakap kat jurulatih...fuh, air peluh tu boleh perah lap lantai sampai licin!!! APA YANG PENTING!!!!???? ( anda sambung sendiri )
KOMPENI ANDA. Mula2 sampai sahaja, anda semua akan dipecahkan mengikut kompeni samada Alpha, Bravo, Charlie ataupun Delta. Anda kena pertahankan maruah kompeni anda. Sebab tu ada pertandingan, walaupun sebenarnya pertandingan tu bukanlah atas kehendak dari JLKN, tapi aku percaya semua kem sure ada pertandingan. Maka bertungkus lumuslah korang nak membuktikan korang adalah yang terbaik antara kompeni lain. Bendera kompeni pun satu hal. Nak buat pun susah, nak jaga lagilah susah. Kalau hilang, alamatnya tak senang duduk lah. So kenalah bercampur n bagi komitmen pada rakan2 yang lain. maka akan wujudlah chemistry antara korang. Dan lahir juga rasa "proud" pada kompeni. Makin hari semakin sayang.....
RAKAN, KAWAN DAN SAHABAT. Masuk je PLKN, anda akan cari kawan kan? dah lumrah manusia memang cam tu. Hidup mesti nak berkawan. Faktor ini juga adalah sebab utama anda mula seronok dengan program. Dapat ramai kawan. Malah ada yang dapat sahabat sejati semasa di dalam kem. Dulu tak pernah ada kawan baik. Kat PLKn dapat pulak kenal sahabat or teman sejati. Makan satu pinggan..tidor satu bantal, mandi nak kena pergi sama2. Memang sahabat sejatilah. Bila sakit, dia akan temankan kita di medik, bila kantoi rokok...eh dia pun akan temankan kita kat padang kawad kena punishment walhal die tak isap rokok pun...hihihihi.
SHARE. Macam biasalah, nak sesuaikan diri hidup bersama orang tak dikenali ni bukan mudah. Semua benda nak kena share dan kena buat bersama-sama. Sebagai contoh, bilik air...kat rumah tak pernah kita kena mandi ramai2. Tapi kat PLKN nak tak nak kena lah share. kau nak guna bilik air sorang2 alamatya memang kena pulaulah dengan kawan2. Nak makan pun kena kongsi. Contoh lagi, siapa yang tak basuh tray dengan bersih nanti adelah member yang dapat tray tu tak puas hati. Nak tak nak kenalah bersihkan betul2 tray2 berkenaan. Nasib malang, silap tarikh, kau pula yang dapat tray lagi kotor. Aduss
DENDA Lepas tu pulak, kalau ada yang buat silap, dah semua kena denda walhal korang pun tak tahu hujung pangkal ceritanya. So nak taknak, kenalah pula ada sikap kerjasama dan saling "back-up" antara satu sama lain. Sebab utamanya, nak elak dari kena denda. Turun p.t labat, kena denda. Lambat pergi makan, kena denda. Lambat masuk kelas...pun kena denda. Dorm tak bersih....laaaaaaaaaaagi lah kena denda. DENDA DENDA DENDA..tapi lama kelamaan, dari nak elak kena dendalah..kamu akan rapat. Betul tak?
AKTIVITI Mula2 korang masuk sure korang ingat PLKN punye aktiviti tah hape2. Ada juga yang rasa takut, sebab dengar cerita ada yang mati kat PLKN. Senang cerita teruklah masuk PLKN. Tapi bila dah masuk, alamak....rasa macam tak nak balik la pulak!. Dari aktiviti out door, sampailah kelas. Banyak sangat input dan cabaran. Menembak, tali tinggi, main kayak, main rakit, sukan krreativiti dan bermacam2 lagi games dalam modul fizikal. Kelas pula, kelas CB, kelas KN, dan macam2 lagi yang boleh buat korang kenal diri korang, tahu potensi diri dan buka minda korang. Best kan?
XXX- Haaaa faktor ni pada aku adalah penyebab utama dari tak suka masuk PLKN leh jadi suka masuk PLKN. Masa nak datang melapor kaulah orang terakhir datang, tapi bila balik dari cuti sem kaulah orang yang paling tak sabar nak tinggalkan rumah!! hahaha sebabnya? rindu kat orang tersayang...dari main pandang2 semasa Pembinaan Pasukan ( KKJ ), than berbalas2 surat pakai buku nota PLKN. Mau tak rindu? kan? Alaaa ngaku je la....hihihihi Baik wira, mahupun wirawati...samo jo...
Itulah antara faktornya, dari perasaan tak suka dah jadi teramat-amat suka. Maka bila tiba hari penutup perbarisan. Bercucuranlah air mata di pipi. Tanda sedih kerana anda akan berpisah dengan kompeni anda, sahabat2 anda, rakan2 anda, cikgu2 anda. Tipulah kalau ada yang tak sedih semasa upacara penurunan bendera latihan, simbolik sebagai tamatnya latihan yang dijalankan. Serentak dengan itu juga, bendera kompeni akan di serahkan. Bendera yang korang pertahankan, bendera yang korang banggakan akan diberi kepada komandan...pangkat2 juga akan dilucutkan. Mana yang tak dapat tahans sebak sure akan teresak-esak.
Segala-galanya hanya tinggal memori..yang tinggal di kem hanyalah jurulatih macam aku. Bila tengok dorm2 yang kosong semasa korang balik, kadang2 sedih juga. BUT NOW ALL THE BOOTS BOYS GONE....
MAJLIS PENUTUP DAN PENYERAHAN PANGKAT KUMPULAN 1 SIRI 9 2012.
BRAVO KOMPENI
Lipat bendera
Sedih...sedih...
.Kekacakan penghulu yang menjadi buruan wirawati..ops, lari dari topik. hihi
Salam cikgu.. Maaf yer.. Tu penutupan kump 1 siri 9 tahun 2012 lahhh :D
ReplyDelete