Assalamualaikum semuaaaaaa!!!! Yaa aku kembali lagi membahan korang...hehehehe
Buat masa ni kami di Kem PLKN Jaya Gemilang ( Jaya Gemilang, bukan Janda Gemilang...memang nak kene siku siapa yng tulis alamat tu kat aku ari tu ) tengah bizi dengan raptai untuk Upacara Penutup Kumpulan 1 siri 12/2015. Maklumlah, Menteri Pertahanan pun nak datang. Aku pula ditugaskan membantu K.J Fizikal Cikgu Yunus untuk perembahan Tarian Perang. HUJAN PANAS RIBUT PETIR RIBUT PETIR!!!
Aku tau korang tensen, penat dan lapor. Buktinya, hari tu masa aku bertugas aku tengok ikan semua tinggal kepale je kene mamah, habis licin daging korang makan. Selaluya ada je sisa nasi, sisa ayam sisa ikan tertinggal. Kali ni licin! takde kesan! tahniah......
So, apa kata kali ni kita kupas satu situasi yang kerap korang jumpa dalam rutin harian. Aku pasti, setiap kem PLKN akan ada rutin ni, iaitu baris pagi pada pukul 0630H untuk hari Isnin hingga Jumaat dan pada jam 0800H pada hari Sabtu dan Ahad. Yang paling korang tak suka surelah baris pagi untuk P.T pagi kan? Dah la kena berbaris pagi buta, ayam pun tak punch card lagi korang dah berbaris kira anggota cukup ke tidak. Tu belum masuk lagi kalau ade kawan yang tak hadir baris. Boleh pulak dia lelap kat dorm dengan dibaluti selimut. Alasan...." mak saya kata sejuk2 acam ni tidak baik utuk jantung.." hehehe
Bila waktu baris pagi ni, korang perasan tak pelbagai kerenah dan perangai akan korang nampak. Tidak kurang juga pelbagai situasi akan bertukar dari pagi yang mendamaikan menjadi huru hara disebabkan perangai korang sendiri. Situasi yang kerap kita jumpa, bila ada kawan2 kita yang hilang semsa baris pagi ni. Maka menggelasar lah para pemegang pangkat dalam kompeni ni dan beberapa jurulatih mencari pelatih tersebut. Cari kat bilik takde, cari kat surau takde...sekali kat bilik rehat, tertido sebab curi2 tengok bola malam tadi. Ada juga yang tengah sedap tidor dalam dorm, siap ada bantal tambahan lagi tu...hihihihihi. Maka habislah kompeni tersebut. Gelaplah hari berkenaan. Silap2 kena lari keliling padang kawad. Paling teruk semasa i/c skot dan sarjan pergi cari, yang lain kena buat kedudukan half stand atau front support. Pergh!!! rasa macam nak starlight bertubi tubi je dahi buddy kite tu kan bila dia masuk baris dengan senyum kerang busuk dia tu!!! Hehehehe
Senario lain yang kerap kita jumpa bila masa baris pagi nilah ada ramai yang mengaku demamlah, sakit perot, sakit gigi, sakit kaki, sakit peha, sakit lutut, sakit jari kaki, sakit tumit dan bermacam macam lagi penyakit yang secara misteri muncul kapada rakan anda. Maka dengan senang santainya mereka ni akan diberi kebenaran untuk duduk di baris belakang. Dahlah excuse dari baris pagi, dapat pula excuse p.t pagi. Yang peliknya, malam tadi baru saja kamu nampak dia tu main lompat2 dari katil ke katil dengan sihatnya. Pelikkan?
Tapi ada juga yng betul2 sakit. Kadang2 dalam baris pagi ni adalah yang pengsan, pitam dalam baris. Plepuk! begitulah bunyi pelatih jatuh. Selalunya wirawatilah yang jadi macam ni. Time tu jenoh juga J.L perempuan nak mengangkat pelatih berkenaan. Kalau badan kelas sederhana atau kecil gagah jugalah kami nak usung. Kalau yang badan sihat........hehehe. Kesimpulannya, kalau dah sakit tu cakap je. Alangkah yang menipu pun boleh dapat excuse. Inikan pula yng betul2 sakit.
Perasan tak, time baris pagi juga ada kawan2 korang kalau berdiri dia just bergoyang mengikut tiupan angin pagi yang sepoi2 bahasa tu. Dah la sejuk, mata pulak mengantok. Ditambah dengan alunan lagu...hehe. Cuba korang tengok kawan sebelah tu, komperm tengah tido. Mata terpejam rapat tapi boleh berdiri. Pergh terer weh boleh tido sambil berdiri. Kadang2 ada yang lagi pelik, mata pejam tapi mulut boleh nyanyi lagu Khidmat Negara dengan lancarnya. Adakan? hehe. Isnin ni boleh try tengok. Takpe, aku paham....aku dulu pun ade gak tertidor dalam baris time jadi Kadet TLDM dulu. ( Sorry eh aku bukan PKBM Laut tau ) Sedar2 PTI dah ade depan mata. PIAP!!!!! bunyi strlight kt dahi.
Waktu P.T pagi juga selalunya kita akan dengar suara Cikgu2 memekak dengan high volume. Kalau memekak nyanyi lagu macam Kaliph Buskers tu takpe gak. Maka berteraborlah pelatih berlari masuk ikut kompeni masing2 kerana lambat berbaris. I/c skot pula akan sibok mengira untuk kali ke 100 untuk memastikan pelatih cukup. Tu belum kira lagi bab i/c skot tersalah kira sebab ada member tak masuk baris betul2. Paling terkulat kulat time macam ni tentulah Penghulu. Dalam otak dok ligat apa alasan nak bagi kat K.J nanti. J.L2 lain pun jadi nasi tambah. Jam dah pukul 0631 dah, tapi pelatih dalam baris tak cukup lagi ni.
Kadang2 kelakar gak tengok korang kena kejut pakai wisel oleh jurulatih bertugas. Tengok2 jam dah pukul 6, mana nak mandi, nak pakai baju, nak pi surau lagi, pergh macam nak kiamat dunia. Hehehe
Cerita pasal Baris Pagi pun dah ade mcam2 cerita kan? Ada yang best, ada yang tak best. Mungkin masa kena denda tu, rasa tak best langsung. Geram pun ada menyampah pun ada kat Jurulatih. Tapi percayalah, lepas je program ni korang akan teringat ingat punye suara K.J, suara penghulu, bunyi moto cikgu pun macam terngiang ngiang je kedengaran. Untuk berapa lama? bergantunglah pada memori kamu untuk mengingati kami.