Sunday, 1 February 2015

PLKN DITUTUP???

PERGI KE KEDAI BELI ROKOK....
PLKN TUTUP!!!!!
HUUUUU UUUUUUU UUUUU UUUUU

Akhirnya, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa PLKN berakhir di sini sahaja. Habis kumpulan 1 siri 12 ni jurulatih boleh kemas beg balik rumah. Lepas tu cari kerja lain. Pengurusan pula akan balik ke jabatan masing2. Komandan and the gang akan masuk unit balik. Medik balik ke sepital. Operator kem akan jual kem, makcik dewan makan pulak balik meniaga kat sekolah. Oh sedihnye...tapi siapa peduli kan?

Sebab apa ditutup? Sebab koranglah!! Ya...sebab koranglah bekas2 pelatih yang kuat komplen pasal Jurulatih dan staff, komplen cikgu garang sampai gigit korang, komplen disiplin bagi korang guling sampai i.c.u, komplen ustaz bagi tazkirah lama2, komplen dobi cuci baju tak bersih, komplen nasi tak dapat tak banyak, komplen asik dapat kepala ikan, komplen tidor tak cukup, komplen nurse cucuk jarum sakit, komplen tak dapat menembak guna senapang sniper, komplen dapat henpon hujung minggu je, komplen tak dapat tengok WWE smackdown malam khamis, korang komplen lagi pasal matahari panas waktu tengahari. Komplen seluar dalam hilang, komplen bilik takde aircond, komplen asik jumpe hantu, komplen wirawati tak balas surat cinte, komplen wira bau busuk, komplen i/c skot gile kuasa, komplen penghulu control macho, komplen pagi2 tak boleh buat p.t sebab oksigen takde time pagi kerana tumbuhan masih tidak melakukan proses fotosintesis maka tumbuhan tidak dapat proses oksigen keluar....Lepas tu korang komplen cakap Cikgu Razman hensem sampai ramai wirawati histeria nampak dia!! Cis!! kerana koranglah yang kuat makan!! kuat tido!! kuat mandi sampai habis air kolah aku tadah dari pagi nak siram pokok lada kering korang kerjekan!! kuat pergi medik habiskan panadol walhal tak demam!!kerana koranglah!!

Heeee...taklah... PLKN tak tutup pun, hanya ditangguhkan buat sementara waktu. Jadi untuk kumpulan 2 yang dijangkakan start bulan 3 ni akan ditangguhkan ke tahun depan. Kami jurulatih pula akan dihantar berkursus dan melakukan pelbagai kerja lain seperti membuat kapal selam, misi ke bulan dan ujikaji senjata M-16 bila ditembak peluru akan berpatah balik kebelakang dan terkene pelatih...hehehehe...Kami adelah kerja kami nanti. Kami tak makan gaji buta seperti mana yang dipersoalkan oleh beberapa pihak. Amboi Y.B...laser mulut ye. Saya ni Islam Y.B, saya tau halal dan haram. Apa kata Y.B turun padang jadi jurulatih untuk dua minggu. Tapi sila datang semasa kumpulan 3 sedang menjalani latihan. Baru Y.B paham apa tugas kami.

Mula2 tu aku terkezut juga bila khabar angin mula tersebar PLKN akan ditutup. Kerajaan terpaksa batalkan peruntukan RM400 juta ke JLKN untuk disalurkan ke bantuan dan pembangunan semula negeri2 pantai timur yang dilanda banjir besar pada awal tahun hari tu. Selepas PM umumkan dalam berita, sedih....bertambah sedih. Malas aku nak taip kat dalam ni kenapa kami sedih. Hanya J.L je yang paham. Yelah, kerja dah bertahun, gi kerje pukul 5 pagi, masuk kerje pukul 0630 pagi, siap kejutkan ayam suruh berkokok lagi tau. Balik kerja dah nak malam, tu belum kene duty lagi dah tak boleh balik rumah. Dengan bekerja sebagai jurulatih nilah ada yang bertemu jodoh, sara keluarga, bayar duit kereta, loan, bayar hutang mak andam, buat main kutu, bayar insuran, duit anak sekolah....senang cerita pendapatan utama. Bayangkan jika sumber rezeki tu ditutup. Mengelupur la ye tak?

Tapi bila diumumkan akan berlaku transformasi, akan ada dibuka "lab" untuk penambahbaikan. Dan akan ada program PLKN 2.0 pada tahun hadapan. Lapang dada kami sikit. Terima kasih kami ucapkan kepada P.M, Menteri pertahanan dan Dato' K.P serta pegawai2 di JLKN yang fight untuk nasib kami.

Jika PLKN ditutup terus pun........................................aku rasa aku boleh terima kot. Dengan keadaan ekonomi negara sekarang yang tak berapa elok, dan pelbagai lagi isu keselamatan yang melibatkan perbelanjaan yang besar. Aku boleh faham dengan semua situasi ni. Cuma kesian kat sahabat2 lain. Insyallah, rezeki ni..jika kita usaha dan tak malas ada untuk kita. Malah mungkin kita dapat lebih lagi. Perancangan dari Allah tu lagi baik untuk kita dan Allah pun tak zalim. Rilek sahabat sahabat jurulatih. Jika sebelum ni kita ajar pelatih untuk berjiwa kental, nilah masanya untuk kita survive dan berjiwe kental pula. Tu kalau setakat sampai disini sahaja rezeki kita dalam PLKN. Aku harap sahabat2 semua buat masa ni bertenang...rilek...cool. Kerja macam biasa dengan penuh semangat dan ceria okeh!!

P/S- alang2 nak abis PLKN ni....boleh tak esok pagi aku gulingkan pelatih dari atas bukit turun ke bawah bukit? hihihihihihi - gurau....jangan komplen pulak

2 comments:

  1. InsyaaAllah jika ada rezeki, akan dipanjangkan lg PLKN.. sebab banyak baiknya pelaksanaan. tp mungkin kite tak dapat melihat pada peringkat dasar dan perancangan pihak atasan dan pihak bertanggungjawab :)
    insyaaAllah.. doakan ug terbaik

    ReplyDelete
  2. saye takde rezki dalam PLKN lagi dah

    ReplyDelete