Thursday 28 February 2013

SIAPA LAGI PENAT?

" Penat lah cikgu..." ayat ni dah 3 kali saya dengar untuk hari ni sahaja. Saya tak nafikan, fizikal dan mental sure penat. Dari pagi sampailah ke malam, ( 0530H - 2300H ) aktiviti macam tak pernah berhenti. Ditambah lagi kalau ada Khidmat Komuniti pada hari sabtu, hari ahad pula kena bertugas untuk lawatan keluarga. Jawabnya memang pewai. Kalau dihari-hari biasa pula, pagi2 sebelum ayam sempat berkokok dah kena buat p.t pagi. Pukul 0830H dah nak pergi kelas yang sure buat mata berat. Pukul 1230 makan dan rehat sampailah pukul 1430H, selalunya akan ada latihan yang melibatkan modul fizikal. Samada kawad kaki, tali tinggi, sukan kreativiti dan lain2 aktiviti yang menjamin kilang peluh anda bekerja pada tahap maksimum. Sampailah pukul 1630, latihan akan tamat. Adalah sedikit waktu rehat untuk anda sampai pukul 1730H. Siap ada masa lagi untuk pergi hantar baju ke dobi. Kemudian sambung lagi riadah, time riadah ni taklah teruk sangat. Nama pun riadah, duduk bersembang bawah pokok pun dikira riadah juga.  Pukul 1830, makan time...maka berduyunlah pelatih2 pergi ke dewan makan, siapa cepat dia dapat balik dulu dan mandi. Siapa yang lambat, kalau tak bernasib baik memang tak dapat mandilah jawabnya sebab air dah habis kat dalam tangki. 1730H sampailah jam 2100H waktu tu adalah masa untuk yang muslim mengisi masa di surau dengan kuliah dan tazkirah. Untuk non muslim pula ini adalah masa untuk mereka berehat di dorm masing2.
Jam 2100H - 2230H, selalunya ada tayangan c.b atau lain2 aktiviti yang dikelolakan oleh jurulatih multiskill. Bukan buat apa pun, duduk je sambil tengok kat skrin. Tak kena p.t pun. Mengantuk boleh pergi bilik air cuci muka. 2230H adalah waktu sapper ( makan ringan waktu malam ). Samada makan roti atau biskut, lepas tu jurulatih akan ambil masa sekejap untuk membacakan ringkasan aktiviti untuk hari esok. Begitulah jadual rutin harian pelatih PLKN.


Kesian...penat sampai tertido kat padang kawad

Pada pagi jumaat yang lepas, semasa saya conduct pt pagi untuk non muslim. Boleh pula saya terdengar seorang pelatih mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya dia ucapkan dan " word " itu memang ditujukan kepada saya. Kalau ikutkan hati memang nak bagi starlight je, tapi takpalah...nama pun PLKN, bukan latihan tentera. Baru kena buat light p.t macam tu dah mental down - istilah ni top masa saya cadet dulu yang merujuk kepada pelatih kalau mereka tak fit dari segi mental.
Baiklah, wahai bekas2 pelatih yang saya sayangi sekalian......Sebenarnya, apa yang anda alami pada saya tidaklah seteruk mana yang saya hadapi semasa saya menjalani latihan cadet navy dulu. Bukan saya nak samakan latihan PLKN dengan latihan ketenteraan, cuma maksud saya di sini, latihan anda yang begitu ringan dan penuh dengan pengisian...tetapi kenapa perlu dirungutkan seolah-olah setiap task yang diberi tu terlalu teruk.
Beritkut adalah jadual rutin harian saya semasa saya cadet dahulu

0500H -             BANGUN PAGI
0530H - 0630H PT PAGI -
0630H - 0645H BERBARIS UNTUK CEK PAKAIAN / SARAPAN PAGI
0700H - 0800H BARIS PAGI.
0800H - 1030H MASUK KELAS
1030H - 1100H STAND EASY
1100H - 1400H SAMBUNG KELAS
1400H - 1445H LUNCH HOUR
1500H - 1530H MUSTER (BERBARIS) UNTUK CEK PAKAIAN PT
1530H - 1800H PT PETANG
1800H - 1830H PERSEDIAAN UNTUK MAKAN MALAM
1830H - 1900H MUSTER DAN CEK PAKAIAN
1900H - 2000H DINNER
2000H - 2030H KEMAS BILIK / ARAS
2030H - 2230H ROUND BILIK / ARAS
2230H - 2300H SUPPER
2300H - XXXX BERGANTUNG PADA NASIB..HAHA, JANGAN HARAP NAK TIDO

4 bulan pertama di panggil square bashing atau Alpha Routine. Nampak langit nampak tanah, kena berlari. PT pagi kena pakai spike boot. Selalunya ada 3 jenis routine yang kami kena pilih untuk pt pagi ni.
LOG PT - Yang ni perit sikit sebab kena pikul balak yang panjangnya 6 kaki dan kena pikul 2 orang.
BASE RUN - Kena berlari sejauh 7KM dalam kumpulan. Step tak sama kena taji.
STATIK PT - Pun perit juga sebab pt ni akan dibuat di padang kawad. PTI selalunya akan buat pergerakan
                       seperti pushup, seatup dan lain2. Tapi selalunya kami kena pt yang lebih berbentuk torture
                       macam kena nuckle, sideroll, fowardroll, jalan itik, kuku kambing, london bridge dll.
                       Selalunya kami kena paling sikit pun kiraan 20. Kalau jurulatih kata 1 set, maknanya                                    
                       kami kena 20 x pushup nuckle, 20 x pt 10 dan 20 x starjump. Tak main lah kiraan 5 beb..hihi
Nak makan pun kena berpakaian kemas. Mesti iron sampai nampak side. Kolar baju senior akan cek samada kotor atau tak. Kalau pakai baju Delta ( baju biru ) takpa lagi, tapi kalau pakai baju bravo ( putih ) alamatnya memang leceh la. Cerita pasal cek baju ni, baju p.t pun jurulatih dan senior akan cek. Korang bayangkan kalau baju p.t nak kena iron juga. Jika didapati ada black spot ( taik lalat @ kotoran ) dan iriesh pendant ( benang terkeluar ), nasib tak baik kena ambik 1 set iaitu 20 starjump, 20 push up dan 20 jumping jet. Kasut p.t kalau pakai kasut pallas jaz, kena kapur sampai tali kasut dan lidah kasut pun putih. Gila kan?  Tu baru nak pergi p.t petang, pukul 1830 pula kena berbaris untuk makan malam. Apa lagi, cek pakaian la. Kali ni kami akan pakai baju planters warna putih, bertali leher, seluar slack dan kasut hitam. Masing2 juga akan membawa sapu tangan yang bersih berwarna putih dan ada cara untuk lipat sapu tangan ni. Kasut tak kilat je, kena denda. baju tak iron proper je sampai ada 2 atau 3 side, kena juga. Seluar crumple pun kena juga. Tak shave misai dan janggut...hah lagi la kena. Azab betul nak makan. Tapi azab tu belum berakhir disitu.
Nak masuk dewan makan, kena request dulu
" assalamualaikum sir, excuse my rig sir, request permission to enter the mess sir!" kalau dapat permission baru boleh masuk. lepas masuk je, masing2 kena berdiri di belakang kerusi. Kemudian DCOD ( Duty Cadet Of the Day ) akan pergi ke hadapan dan request untuk makan.
" assalamualaikum sir, on behalf of our cadet intake 51 and ladies intake 9, request permission to have our seat sir! " kalau pegawai bertugas kata "ok, carry on.." barulah kami dapat duduk. Nak tarik kerusi kena senyap2. Lepas duduk kena request lagi
" request permission to say a prayer and have our dinner sir "
" yes please "
 fuhhh...baru dapat makan lepas selesai baca doa. Tu kalau kena dengan pegawai yang baik hati. Selalunya tu semua mimpi2 indah je. Kalau DCOD kena tanya soalan2 lazim dan wajib macam kiraan air pasang surut  ( high tide n low tide ), nama pegawai bertugas, nombor badan dia gagal nak jawab. Memang lambatlah kami makan. Kadang2 mereka saja dengki suruh DCOD nyanyi dulu, tak pun dia akan tanya soalan2 tak masuk akal macam nombor plat kereta dia, jenis tayar dia pakai, saiz kasut dia...adoiiii jenoh la.
Makan memang first class....macam hotel 5 bintang. Tapi mental dan fizikal dah penat siapa yang selera nak makan kan? Kami makan menggunakan sudu dan garfu. Siapa yang terlaga sahaja sudunya dan pinggan, kena declair awal2. Kalau ada yang tak mengaku komperm lepas je habis makan semua kena " hell " kat luar. Tak pun satu tabble ( 6 orang ) akan makan bawah meja. Hehehehe. Saya pernah terpelanting daging ayam semasa waktu makan. Apalagi, makan bawah meja la. Ialah, budak kampung...manalah terer makan macam orang putih ni.
Selesai sahaja makan, pun kena request juga. Seksa...seksa..
PT petang semasa first sem, selalunya kami akan berlari sejauh 10KM, buat beach run atau pergi swimming. Setakat lari 10KM lari individu tu memang semua suka sebab nanti boleh skip pergi ke kedai beli aiskrim..hahaha. Tapi bila kena sahaja beach run, iaitu berlari di tepi gigi pantai. Paling azab bila time tu kena pula pakai spike boot. Rasa macam ada besi 3 kilo kat kaki. Saya memang tak berapa minat aktiviti ni. Ingat lagi, pernah sekali tu sewaktu kami pergi beach run boleh pula jumpa balak hanyut. Pikul bawa balik beb!! Pergi swimming aku suka, tapi tengoklah siapa jurulatihnya. Swimming tu memang penat. Dengar macam best kan dapat pergi swimming pool. Tiba sahaja di kompleks, kena buat p.t dahulu untuk pemanasan badan. Bukan p.t ala2 plkn tau. Yang pasti memang akan berpeluh sampai berliter-liter. Than barulah boleh terjun ke kolam renang. Untuk navy, kalau anda tidak lulus ujian renang anda tidak boleh keluar dari base. Orang lain weekend kat luar, anda pula tercanggok kat dalam kem. Siapa nak kan? Alhamdulillah, saya batch ke dua yang lulus ujian renang. Semasa kami di semester ke dua barulah kami boleh memilih untuk sukan kegemaran masing2. Saya pernah try main rugby, tapi bila kena campak kat luar macam tu saja terus taubat taknak main. Kemudain saya main hoki pula. Oklah, setakat nak habiskan waktu p.t petang. Tapi takdalah sampai mewakili kolej. Ada juga saya terlibat dengan kayak dan sukan laser ( perahu layar kecil ) tapi main laser lah paling lawak. Pernah sekali tu saya secara tak sengaja tersilap tarik boom dan layar, orang lain meluncur ke hadapan, saya pla meluncur ke belakang. Pergh birat dahi kena starlight dengan subby c.o ( ketua pelajar berpangkat leftenan muda laut ). Main kayak syok sikit, tapi jarang dapat turun main.
Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa navy buat round bilik @ blok kediaman pada pukul 2030H iaitu pukul 830 malam. Gila kan? Saya pun tak tahu kenapa, cuma yang pasti memang itulah rutin dalam navy. Mana2 base pun macam tu. Waktu ini adalah peak hour bagi kami. Kalau lepas awal dari makan malam adalah banyak masa kami untuk kemas bilik dan kawasan persekitaran. Bilik hendaklah di lay out dengan sama. Satu bilik ada 2 orang cadet, bangunan blok cadet ada hampir 30 bilik kot. Dari bilik 1 sampailah bilik paling atas sekali lay out nya sama saja. Kalau bilik ni susun baju delta di sebelah kiri, bilik sebelah pun sama juga. Yang membezakan bilik kami adalah gambar awek2ss kami di meja tulis dan nama kami di pintu. Bilik air pun sama juga. Hendaklah wangi, kering, kepala paip semua berkilat, toilet bowl bersih putih, lantai pun berkilat...Bayangkan dalam masa 1/2 jam kami kena siapkan semua tu. Round akan berakhir pada jam 2230H untuk supper. Tapi kadang senior round satu bilik je, lepas tu akan dengar bosun mate panggil.
 PEEEEEEWWWWWUUUUWIIIIITTTTT!!!! ALL CADET!! 2 MINUTES P.T RATES!!
Maknanya kena taji la. Paling best masuk longkang beramai-ramai. Takpun berguling panjat bukit....hahahaha.
Aktiviti dalam kelas pula bukan macam kelas c.b atau k.n korang. Kami belajar asas taktik2 peperangan, pengetahuan mengenai kapal, etika tentera laut, ilmu pelayaran dan macam2 lagi. Bab ni rasanya saya tak boleh kupas dengan lebih lanjut. Subjek2 semua memang best, tapi mata tu....ya Rabbi, macam ada balak kat kelopak mata. Makin lama, pegawai yang mengajar tu makin mengecil...kecil...kecil...dan terus lenyap. Yang muncul adalah mak, atok, abah, kucing dan rumah..ohh indahnya.. Tiba2 je anda akan rasa sakit di ubun2. Rupa2nya jurulatih dah ketok kepala dengan pembaris atau tongkat. Adoiii!!!
" kau tidor cadet? aku penat mengajar kau tidor cadet?"
klekuk! klekuk! klekuk! bunyi kayu diketok atas kepala. Benjol kepala. Tapi rasa mengantuk tu kejap je ilang.....Penat lah. Dahlah tidur tak cukup. Kena pula kelas ada kipas dan aircond. Baru terlelap beberapa saat pun jurulatih @ lecturer akan perasan. Saya pernah kena rendam kepala kat kolam sebab tertidur. Tapi yang paling tak dapat lupa bila kena pegang shackle ( rantai kapal ) mak aih..dah lah besi padu berat nak mampos. Lepas tu kena pula position half stand dan shackle kena jinjing kat depan. Ada juga lecturer yang baik dan layan kami penuh gantleman..dia suruh pergi tandas basuh muka andai mengantuk.
Rokok? kalau kantoi memang azab. Mula2 kena taji dahulu dengan pegawai. Sukahati dialah nak bagi apa. Dari jalan itik, kena buat kerinchi dan hammer pushup ( korang silangkan jari tangan kanan dan kiri, gabungkan tangan than buat pushup.) kena sideroll dan fowardroll, jangan ceritalah. Nasib tak baik, kena hisap rokok sampai habis sekotak. Pergh hijau muka. Hahaha. Yang pasti hari esok tengahari sure ada nama terpampang untuk menjalani latihan kawad kaki sebagai hukuman. Selalunya dua hari sahaja. Tapi teruk jugalah. Kawad kaki kadang2 diselang seli dengan p.t balak. Dari jam 1430 sampailah jam 1630. Lepas tu kena pakai baju bravo sampai malam. Kadang2 pesalah kena kawad infiniti..haaaa ni lagi azab, tiada break. Kawad je sampai 2 jam lebih. Boleh dihadrasi tau.
jam 2300H selepas waktu supper, memang sengaja saya letak XXXX sebab selalunya kami kena sambung balik kena taji. Keluar masuk longkang, guling2 atas padang, pikul balak, tak pun change prade. ( tukar2 pakaian dalam masa 2 minit, mati oo sebab bilik aku aras 2 ).
So, saya rasa adalah sangat tidak " praktikal " jika ada yang berkata saya hanya pandai bagi arahan, tapi tak tahu buat. Saya rasa saya kena 50 kali ganda lebih teruk dari apa yang anda kena. Bersyukurlah corak latihan PLKN tidak seteruk apa yang saya kena atau seperti yang saudara/member2 anda di Singapura untuk program National Service mereka. Pada pendapat saya juga, tiada lagi proram khidmat negara @ national service didalam dunia ni yang " happening " seperti PLKN. Pengalaman kena denda, kena marah, kena  menghadap lembaga disiplin, kena hukuman dan pelbagai lagi tu, jadikan ianya sebagai pengajaran. Percayalah, setiap yang pahit akan menjadi kenangan manis untuk anda. Alasan tiada masa dan penat tu pada saya tak perlu dijadikan alasan yang selalu diucapkan. Ada lagi yang lebih penat.




On board kapal K.D Rahmat - Ingatkan best la dapat naik kapal name bapak..hampeh




THANA DIVISION INTAKE 51 




ON BOARD K.D GANAS




























                     



















   













3 comments:

  1. betul tu cikgu..
    kalau masa boleh diundur semula, saya nak kembali ke plkn..sgt byk menyedarkan sy yg negara kita adalah yg terbaik :)

    ReplyDelete
  2. Kadet busuk...cadet never say no

    ReplyDelete