Sunday, 17 March 2013

AKROFOBIA

Hai semua, well hari ini adalah hari terakhir pelatih kumpulan 1 siri 10/2013 meninggalkan kem. Pada jam 0900H, kem mula lenggang. Sunyi la pulak, macam terngiang-ngiang suara i/c skot memanggil budak kompeni mereka untuk berbaris di depan dorm. Macam terperasan je muke2 pelatih yang tengah cover member isap rokok kat tepi bilik air..hehehehe. Setiap intake macam tulah. Anda datang, dan anda pergi, tapi kami tetap di sini.

Wokey!! kali ni nak ungkit memori silam korang sepanjang latihan dijalankan. Pernah tak dengar perkataan AKROFOBIA? maknenya takut pada tempat tinggi atau orang kampung aku kat St. Marie, (alaa kampung aku kat France tu. dekat dengan area Normandy, pantai barat France.or orang malaysia panggil Perancis) panggil gayat, bukan gayah tau!

Apa aktiviti yang berkaitan dengan GAYAT dan PLKN? Mestilah aktiviti tali tinggi kan? Ingat tak tali tinggi? Alaa aktiviti yang kena panjat menara 4 tingkat tu. Than kena turun pakai flaying fox, abseiling dan  repelling. kat luar kalau nak main game ni, mahal tau nak bayar. Tapi kat PLKN free saja, cuma kena ikut rule dan dengar arahan jurulatih. Kalau tak semua jadi susah.

Aku suka involved dalam aktiviti ni. Sebabnya masa nilah aku boleh kenal pelatih2 aku yang ada masalah dengan tempat tinggi. Jika anda mengalami Akrofobia yang serius, bermakna anda kurang keyakinan diri  pada diri anda sendiri. Tetapi tidak bermakna anda gagal untuk manage diri anda. Ada banyak lain jenis2 fobia yang akan muncul sewaktu anda di dalam latihan PLKN dan anda kena hadapinya. So, proses ini secara automatik membolehkan anda mengenali diri anda sendiri. Di dalam elimen ini, sebenarnya terpulang pada pelatih samada ingin melakukan aktiviti tali tinggi atau tidak. Tiada paksaan untuk korang pun.....

Mula2 sekali, sebelum aktiviti tali tinggi bermula. Ada kelas pengenalan pada tali tinggi. Jurulatih akan memperkenalkan jenis2 alatan yang akan digunakan untuk anda semasa aktiviti tersebut. Dari helmet, body harness, tali, carabanner, pulley dan pelbagai lagi alatan. Lepas tu ada pula demo dari jurulatih, demo macamana cara2 nak turun, dah turun, demo jika berlaku any emergency dan pelbagai lagi. Wah masa tu semua dah excited. Mana2 wira yang kununnya machuurrr cehh..cover je muka. Selalunya mamat2 macam ni mereka buat2 tak dengar dan ada juga yang tidor semasa kelas pengenalan nih. Ok...takpe..

Kemudiannya,  Anda akan melakukan sesi " hight confident " pula. Sesi ni penting untuk jurulatih menyakinkan diri anda dan sekaligus dapat mengenal pasti mana2 pelatih yang ada Akrofobia. Kalau sintom yang sikit2 tu...ok lagilah. Insyallah boleh di setelkan time tu juga. So, bila dah tiba di menara nanti kami dah boleh agak dan beri tumpuan pada pelatih yang ada problem semasa sesi hight confident. Ingat tak sesi hight confident? alaa yang korang kena cari buddy sama saiz badan,  dia akan support dari belakang sementara kamu pula kena pejamkan mata. Than kena rebahkan diri ke belakang dengan kedudukan kaki merapat. Percayalah, sesi macam tu pun ada yang dah pucat muka...hehehehe.


Pakai herness ke, mengadu kat awek ni? hmmm

Dah setel semua mengikut prosedur. Maka latihan hakiki pun bermula. Selalunya Flying fox dan abseiling/ repelling akan dibuat secara serentak untuk menjimatkan masa. Yaaa...masa nilah kita akan lihat wajah2 yang bertukat kaler. Kalau sesumpah boleh bertukar kaler dari warna hijau ke warne coklet, korang pun mase tu ape kurangnye. Dari kulit warne coklet boleh tukar jadi warne putih. Wah macam clear edition la pulak. Haha. Tau kenape kaler korang bertukar? sebab tu lah tandanya dah jadi takut. Perasaan mula jadi gugup.

Bila selesai sahaja pakai body harness....kaki mula melangkah ke tangga menara. Satu demi satu anak tangga anda naiki. Kaki mula rasa berat. Pasni anda akan rasa alahai...banyaknya tangga aku nak naik wei!! Yang rasa menyesal pun ada sebab masuk PLKN. Tak pasal2 kena terjun dari menara. Tapi kalau turun kang...kena gelak la pulak. Mau jadi bahan lawak kat dorm. So, no choice. Kena naik juga. Duduk sahaja di tempat penunggu, bila tiba turn anda. Pasti ada yang suruh member kat belakang turun dulu. Kadang2 boleh jadi gaduh pun ada. hehehe..kan? kan?

Kemudian jurulatih akan memanggil..

 " OK NEXT!!!!" 

 Alamak...kecut perut!! Habis segala air dalam badan keluar. Peluh tak usah cakaplah memang dah bergenang kelopak ketiak. Pundi kencing pun tiba2 macam dah penuh. Berdiri sahaja di tepi platform...Tuuuu dia!! Mak aih luasnya dunia!! Pandang bawah pula..Fuyooo..kecik je kepala K.J dari atas. Masa tulah rasa fobia akan muncul. Mana yang kronik tu habis jurulatih dipeluknya. Tak cukup dengan jurulatih habis tiang2 kat tepi tu dipeluk sekuat hati. Ya Allah...kalah orang kena histeria!!

Ingat tak, semasa hendak turun tu anda kena lapor kepada pegawai yang berada di bawah. Selalunya ayatnya macam nilah lebih kurang...

" SAYA!! WIRAWATI JEMAH NOMBOR BADAN C017 MINTA KEBENARAN UNTUK TURUN TUAN!!!! " 

Tu ayat yang keluar dari orang yang berani. Aku pernah dengar orang cakap macam ni

" SAYA...WIRA XXXXXXX MINTA KEBENARAN UNTUK MENURUN TUAN!!!

Ambik kau..dia minta kebenaran untuk turun nombor ekor kat atas menara. Hehehehe. Takpun ada yang lagi best pernah aku jumpa.

JURULATIH : HAH, WIRA APA LAGI LAPOR LA.
WIRA           : OK CIKGU!! EH CIKGU NAMA SAYA SIAPA YE??

Hahaha..betol..itulah yang terjadi dan antara dialog2 yang aku pernah dengar keluar dari mulut pelatih. Kelakar kan? Masa tu dah tak kira dah...taiko Seremban ke, budak sekolah juvana ke, budak gangster pegang Kulai ke..mengigil lutut kat atas tu. Silap2 hari bulan, mat2 skema yang steady. Rilek je turun.

Kalau Flying fox tu maybe tak takut sangat la. Tapi kalau buat Abseiling or Repelling tu memang susah sikit sebab anda yang kena control tali. Tapi sebenarnya anda selamat sebab ada anchorman (b-layer) kat atas menara tu. Kalau anda lost control mereka boleh break. So korang akan tergantung la. Safety baik beb. Tapi bila dah dalam situasi macam tu, siapa yang tak cuak kan? nak2 pada mereka yang first time buat. Terkemut kemut nak turun sampaikan k.j pun dah tegang urat leher memekik dari bawah. Ada juga yang turun tapi matanya dipejamkan. Kaki dah jejak kat tanah pun mata pejam lagi. Keras terus. Kena tepuk bahu 2 3 kali baru nak bukak mata.

" EH CIKGU...SUDAH SAMPAI KA? "

 Selalunya, bila dah sampai je kat bawah or selamat turun. Kebanyakan pelatih akan cakap macam ni.

" CIKGU.....ERR BOLEH NAIK LAGI TAK? "

Haa..kan seronok dapat turun dari menara. Tak susah mana pun. Rasa seronok dan mencabar. Cuma ada segelintir sahaja dari pelatih yang aku jumpa, tobat...takkan naik lagi. Orang dah taknak, takkan nak pakse lagi kan? Suruh pegang pen nak sain buku pun dah tak betol. Normallah, no body perfect. Sekurang-kurangnya anda berani menyahut cabaran dan anda berjaya melakukannya.

Bila sampai je kat bawah tu, rasa macam tak percaya pun ada anda telah berjaya melakukannya. Rasa bangga pun ada. Dengan sendirinya, anda telah berjaya meningkatkan lagi keyakinan pada diri anda sendiri. Itulah objektifnya latihan macam ini diadakan.

Selain dari itu, ada juga aktiviti tali tinggi yang lebih mencabar. Kumpulan 1 yang lepas agak bertuah kerana dapat merasai pengalaman melakukan aktiviti Buma Bridge dan Postman walk. Yang ini lagi mencabar kerana anda dikehendaki menlintasi tali yang direntang. Kalau tak silap aku, sebelum ni ada juga beberapa kumpulan dari siri yang lepas telah melakukan aktiviti ini. Rezki...dapat juga merasa kan? Kat bawah ni aku sertakan beberapa pic semasa meraka melakukan aktiviti tersebut.




AYOYO....HEHE



STEADY LA BRADER!!!




YANG NI PALING LAJU JALAN.





Friday, 15 March 2013

MASIHKAH ANDA INGAT - PART 2

Assalamualaikum dan apa khabar semua. Sekali lagi faktor masa dan situasi menyebabkan aku tak dapat nak tulis post terbaru. Bizi dengan persiapan penutup kumpulan 1 siri 10. Eh kejap je dah habis kan? Kali ni kena kerja keras sikit sebab ramai sangat pelatih. Aku tak rehat sangat dari 2 hari sebelum latihan wirajaya sebab kali ni aku dilantik sebagai penyelaras modul Navigasi. Takdelah banyak sangat kerja, tapi aku letih juga dok memikir apa nak buat, kalau gagal apa tindakan, apa plan A dan B.
Oklah sambung balik dari episod pertama yang lepas. Jika anda semua perasan, dalam post yang lepas aku banyak ceritakan senario pelatih semasa hari mula2 di kem, atau ayat best nya AWAL MULA PERTAMA MULA. Aku faham, siapa yang seronok datang kalau " dipaksa rela " kan? So pelbagai protes dalam bentuk bahasa tubuh dan alasan secara oral akan dicipta. Tak payan nak gebang la wira n wirawati oiii...sama sahaja dari setiap intake. Itu mula2...tetapi..lama kelamaan, perasaan terkongkong, marah sebab kena masuk PLKN, perasaan tertekan, emosi tak stabil, perasaan benci terhadap j.l yang dok memekak pagi2 buta, rasa geram pada j.l sebab bagi punishment kerana berbaris lambat, rasa bengang dengan masakan yang tak sedap tu semua...akan bertukar menjadi " keseronokan ". Sebabnya? terlalu banyak faktor...
Antara faktor utama perasaan benci tu akan jadi perasaan suka..


KERJASAMA Ini adalah elimen yang penting dan boleh meng "MIX" kan korang. Macamana nak kerjasama antara satu sama lain? First sekali kenalah ada komunikasi dengan pelatih yang lain. Tak kiralah anak Melayu ka, lencai Cina ka, or Macha. Mesti nak bertegus sapa antara satu sama lain. Than kena sumbang tenaga pula. Nak2 semasa bersihkan dorm. Siapa yang pemalas, kalau i/c skot cakap kat jurulatih...fuh, air peluh tu boleh perah lap lantai sampai licin!!! APA YANG PENTING!!!!???? ( anda sambung sendiri )

 KOMPENI ANDA. Mula2 sampai sahaja, anda semua akan dipecahkan mengikut kompeni samada Alpha, Bravo, Charlie ataupun Delta. Anda kena pertahankan maruah kompeni anda. Sebab tu ada pertandingan, walaupun sebenarnya pertandingan tu bukanlah atas kehendak dari JLKN, tapi aku percaya semua kem sure ada pertandingan. Maka bertungkus lumuslah korang nak membuktikan korang adalah yang terbaik antara kompeni lain. Bendera kompeni pun satu hal. Nak buat pun susah, nak jaga lagilah susah. Kalau hilang, alamatnya tak senang duduk lah. So kenalah bercampur n bagi komitmen pada rakan2 yang lain. maka akan wujudlah chemistry antara korang. Dan lahir juga rasa "proud" pada kompeni. Makin hari semakin sayang.....

RAKAN, KAWAN DAN SAHABAT. Masuk je PLKN, anda akan cari kawan kan? dah lumrah manusia memang cam tu. Hidup mesti nak berkawan. Faktor ini juga adalah sebab utama anda mula seronok dengan program. Dapat ramai kawan. Malah ada yang dapat sahabat sejati semasa di dalam kem. Dulu tak pernah ada kawan baik. Kat PLKn dapat pulak kenal sahabat or teman sejati. Makan satu pinggan..tidor satu bantal, mandi nak kena pergi sama2. Memang sahabat sejatilah. Bila sakit, dia akan temankan kita di medik, bila kantoi rokok...eh dia pun akan temankan kita kat padang kawad kena punishment walhal die tak isap rokok pun...hihihihi.


SHARE.  Macam biasalah, nak sesuaikan diri hidup bersama orang tak dikenali ni bukan mudah. Semua benda nak kena share dan kena buat bersama-sama. Sebagai contoh, bilik air...kat rumah tak pernah kita kena mandi ramai2. Tapi kat PLKN nak tak nak kena lah share. kau nak guna bilik air sorang2 alamatya memang kena pulaulah dengan kawan2. Nak makan pun kena kongsi. Contoh lagi, siapa yang tak basuh tray dengan bersih nanti adelah member yang dapat tray tu tak puas hati. Nak tak nak kenalah bersihkan betul2 tray2 berkenaan. Nasib malang, silap tarikh, kau pula yang dapat tray lagi kotor. Aduss


DENDA Lepas tu pulak, kalau ada yang buat silap, dah semua kena denda walhal korang pun tak tahu hujung pangkal ceritanya. So nak taknak, kenalah pula ada sikap kerjasama dan saling "back-up" antara satu sama lain. Sebab utamanya, nak elak dari kena denda. Turun p.t labat, kena denda. Lambat pergi makan, kena denda. Lambat masuk kelas...pun kena denda. Dorm tak bersih....laaaaaaaaaaagi lah kena denda. DENDA DENDA DENDA..tapi lama kelamaan, dari nak elak kena dendalah..kamu akan rapat. Betul tak?

AKTIVITI Mula2 korang masuk sure korang ingat PLKN punye aktiviti tah hape2. Ada juga yang rasa takut, sebab dengar cerita ada yang mati kat PLKN. Senang cerita teruklah masuk PLKN. Tapi bila dah masuk, alamak....rasa macam tak nak balik la pulak!. Dari aktiviti out door, sampailah kelas. Banyak sangat input dan cabaran. Menembak, tali tinggi, main kayak, main rakit, sukan krreativiti dan bermacam2 lagi games dalam modul fizikal. Kelas pula, kelas CB, kelas KN, dan macam2 lagi yang boleh buat korang kenal diri korang, tahu potensi diri dan buka minda korang. Best kan?


XXX- Haaaa faktor ni pada aku adalah penyebab utama dari tak suka masuk PLKN leh jadi suka masuk PLKN. Masa nak datang melapor kaulah orang terakhir datang, tapi bila balik dari cuti sem kaulah orang yang paling tak sabar nak tinggalkan rumah!! hahaha sebabnya? rindu kat orang tersayang...dari main pandang2 semasa Pembinaan Pasukan ( KKJ ), than berbalas2 surat pakai buku nota PLKN. Mau tak rindu? kan? Alaaa ngaku je la....hihihihi Baik wira, mahupun wirawati...samo jo...

Itulah antara faktornya, dari perasaan tak suka dah jadi teramat-amat suka. Maka bila tiba hari penutup perbarisan. Bercucuranlah air mata di pipi. Tanda sedih kerana anda akan berpisah dengan kompeni anda, sahabat2 anda, rakan2 anda, cikgu2 anda. Tipulah kalau ada yang tak sedih semasa upacara penurunan bendera latihan, simbolik sebagai tamatnya latihan yang dijalankan. Serentak dengan itu juga, bendera kompeni akan di serahkan. Bendera yang korang pertahankan, bendera yang korang banggakan akan diberi kepada komandan...pangkat2 juga akan dilucutkan. Mana yang tak dapat tahans sebak sure akan teresak-esak.

Segala-galanya hanya tinggal memori..yang tinggal di kem hanyalah jurulatih macam aku. Bila tengok dorm2 yang kosong semasa korang balik, kadang2 sedih juga. BUT NOW ALL THE BOOTS BOYS GONE....






MAJLIS PENUTUP DAN PENYERAHAN PANGKAT KUMPULAN 1 SIRI 9 2012.
BRAVO KOMPENI



Lipat bendera









Sedih...sedih...





.Kekacakan penghulu yang menjadi buruan wirawati..ops, lari dari topik. hihi











Tuesday, 5 March 2013

MASIHKAH ANDA INGAT PART 1

Salam semua....buat masa ini aku agak sibuk dengan aktiviti mengemas rumah. Maklumlah baru sahaja pindah rumah baru. Mau tak menang tangan. Orang rumah pula dah berbadan dua, takkan nak suruh dia panjat tangga nak gantung langsir, takpun nak suruh dia angkut tv...gila apa? So senang cerita agak sibuk lah juga kebelakangan ni.
Oklah, kali ni aku nak ungkit balik memori korang semasa di PLKN. Apa kata kali ni aku buka cerita mengenai kenangan korang semasa mula2 melapor masuk kem....hahahahaha aku jamin sure dah ada yang tersengih ni. Selama 4 tahun aku menjadi jurulatih, aku paling suka semasa hari pertama pelatih sampai kem atau lapur diri. Kalau aku ditugaskan untuk menjadi jurulatih pengiring di PUP ( pick up point ) pun laaagi aku suka sebab banyak kerenah, ragam dan bermacam2 pe'el yang akan aku tengok. Aku ni suka mengkaji orang, tu yang aku suka tengok tu. Senario yang selalu aku lihat, bila aku buka sahaja meja pendaftaran soalan yang paling banyak keluar adalah :

" NI KEM SRI LEDANG KE ? "

Walhal terpampang depan khemas tu, jelas dan nyata di tulis kem PLKN Sri Ledang...manusia oh manusia..mungkin itu adalah permulaann mukaddimah untuk berdialog. maklumlah, orang malaysia kan peramah.
Lepas tu, yang tanya pula pasti adalah mak atau bapa pelatih. Siap mak pula yang duduk kat meja pendaftaran. Ni siapa yang nak masuk kem ni? aku dah mula jadi kompius. Dengan beg, baldi, dan surat panggilan, golongan ibu ini akan sibuk duduk di meja pendaftaran. Anak dia tuu nun jauh di sana muka dah macam tempe, poyo je. Semua dia serah bulat2 kat mak dia. Kalau ada yang rajin pun dia akan follow belakang mak dia. Kena dengan aku memang aku suruh mak @ bapak dia ni duduk dahulu di kerusi belakang, sebab yang nak masuk PLKN adalah anak dia, bukan dia.
Masa ni jugalah, kita akan lihat keluarga yang hantar pelatih tu kadang2 kalah rombongan meminang. Sampai 2 buah kereta yang escort pun ada. Habis atok sebelah mak, sebelah abah, atok saudara, nenek, bapak saudara, mak saudara sebelah mak, yang sebelah abah, sepupu, 2 pupu, 3 pupu, anak saudara yang baru celik mata pun pernah aku jumpa pi hantar pak saudara dia nak masuk PLKN. Pergh...semangat kekeluargaan tol tu. Sesi temuduga ni, soalan macam biasalah...aku akan tanya ada surat dari doktor ke tak? ada masalah kesihatan ke? dan pelbagai lagi. kalau serius aku akan tanya pula kat urusetia. Kalau ada penangguhan ke, surat pengecualian dari dokter ke semuanya akan dijawab oleh pihak pengurusan. Aku memang tiada hak nak menentukan samada pelatih tu ok ke tak untuk meneruskan latihan.
Selalunya, dari hari pertama korang kat meja pendaftaran kami dah boleh teka 50% diri anda. Ada yang datang dengan muka tak ikhlas, ada yang datang tanya macam2...tanya macamana nak buat pengecualian pun ramai. Senang ceita, memang muka tak minat. Aku paham, siapa nak hidup terkongkong sebab dah merdeka beb! SPM dah habis, buat apa lagi nak duduk terperap kat kem? kan? Maka akan terciptalah alasan2 yang kadang2 tak masuk dek akal. Macam nak kena hantar berperang gayanya..Duduk rumah bangun tidur pukul 11 kan lagi best. Boleh pula surat putih corak biru2 sikit tu sampai. Lepas tu mak pula gembira bukan kepalang bila korang diterima ke PLKN. Bukan apa......lega hati dia dari sakit hati hari2 sebab tengok dan melayan kerenah korang. Bapak korang sure lagi suka..." fuh..leh aku honeymoon dengan wife aku. latihan 6 bulan pun takpa.." kata bapaknya dalam hati..haha
Ada juga yang minat dan excited. Aku pula yang tak terjawab. Tak sabar nak jalani latihan. Haa golongan ni insyallah tiada masalah dalam latihan nanti. Kesimpulannya, selalunya aku akan jumpa 3 golongan semasa sesi pendaftaran. 1- golongan yang memang nak pergi    2- golongan yang tak nak pergi   3- golongan yang ikut je la...dah nasib.
Bila bas bergerak sahaja, korang ingat tak korang akan melambai tangan pada keluarga tercinta. Maka berderailah air mata pada siapa2 yang tak pernah duduk berjauhan dari mak dia. Yang dah biasa duduk di asrama tu, perkara normal la ni. Yang jenis suka bebas pula....yahooo!! Akhirnya dapat keluar rumah. Aku  pernah juga jumpa pelatih yang nangis start dari stadium kulai tu, sampailah kat kem telok sari. Menangis sahaja. Ler...habis tisu. Turun bas rehat buakn pi makan, tapi pi beli tisu. Apolah.....
Tiba sahaja di kem, anda akan berbaris untuk pendaftaran dan diberi nombor indeks. Masa ni dah siap dah pembahagian kompeni. Ada yang dapat tag merah, biru, kuning dan hijau. Sure jadi tanda tanya kan? Masa ni anda jahil lagi....tak tahu apa2.
Selalunya, hari pertama adalah sesi pendaftaran, medical checkup dan pembahagian kompeni. Kemudaian dah boleh pergi masuk bilik penginapan. Check in senang cerita.

Tentu kamu semua masih ingat lagi kan sewaktu pemeriksaan beg. Habislah semua beg2 digeledah. Aku memang suka time2 macam ni. Macam2 barang pelik akan dijumpa. Rokok tu tak usah cerita lah. Tapi korang sorokkan macamana sekalipun, kemungkinan untuk kantoi tu adalah besar. Port2 paling feymes disorokkan rokok adalah dalam kotak sabun basuh, dalam tin biskut, dalam maggie cup, pringles, lipatan baju, dalam beg2 ( tebuk dan jahit ), celah stokin, dalam kasut dan paling best dalam seluar spender..hehehehe. Aku hairan kenapa bila dah kantoi sebatang tu, masih lagi nak sorokkan rokok2 tu. Mengaku sahajalah, takde guna pun bawa rokok tu. Nak tunjuk macho ke? Pergi bilik air malam2 pun nak berteman...hahaha
Tapi bukan rokok sahaja yang menjadi barang larangan sebenarnya. Bahan pornografi, barang elektrik, barang2 yang tajam, risalah politik dan risalah2 ajaran sesat adalah dilarang sama sekali. Pernah sekali tu aku jumpa kondom dalam beg dompet pelatih. Adoiii...tah hape2 la wira tu.
Ada lagi barang rampasan yang pelik2 aku jumpa. Antaranya adalah bunga api. Kebetulan masa tu baru habis musim raya, entah macamana dalam beg wira ni ada pula bunga api yang masih elok lagi. Terkebil kebil wira tu  bila aku tanya bunga api tu untuk apa dibawa ke kem? dia kata adik dia yang punya. So untuk puaskan hati wira tu, aku suruh dia main bunga api tu sampai habis kat tepi padang...hihihihi.
Ada juga aku jumpa teddy bear. Ni bukan wirawati yang bawa, tapi wira. Buat malu je. Muka ada parut, dah ganas dah macam pejuang taliban, sukan main rugby, sekolah wakil silat, tapi bawak teddy bear warne pink da...aduss..tak pun ada juga wira yang bawa bantal busuk, bila nak dirampas dia boleh merayu beriya iya dengan alasan dia tak boleh tidur tanpa bantal busuk tu. Apa punya gaya hidup korang nih...
Untuk bekas wira pasti anda masih ingat lagi buat pertama kalinya rambut anda  digondolkan. Lapang je rasakan? Kalau dari bangsa Cina, selalu jugalah aku jumpa yang minta rambut mereka tak dipotong. Maklumlah, majoriti dari mereka memang menjaga rambut. Pergi salon pun sanggup berhabis berpuluh ringgit untuk rambut mereka sahaja. Belum lagi yang rambut berwarna warni macam ais krim paddle pop tu, lagilah rasa nak menangis bila lihat rambut2 itu gugur ke lantai....kuang kuang kuang..

Kenapa perlu di potong rambut? pasti ramai yang tertanya2 kan? sebabnya? sebabnya adalah kerana dari rambut yang berada di atas kepala itulah yang melambangkan keegoan seseorang individu. Ada yang megah dengan rambut pacak, yang rambut panjang, rambut kerinting dan pelagai lagi jenis rambut dan fesyen2 @ trend terkini. Bila digondolkan, semua jadi sama rata sahaja. Kalau dari jauh nampak macam telor bergerak pun ada juga kan? hihi.......Ianya juga sebagai satu simbol " akur pada arahan ". Rileks la beb...aku dulu setahun tau rambut tapak satu. Anggaplah ianya sebagai satu cabaran dan dugaan, barulah hidup ada adventure. Korang baru 3 bulan kena macam tu dah kecoh...hehe.
Than bila semua dah selesai, sesi pergi shopping di logistik. Berbondong bondonglah beg2 plastik hitam dipunggah oleh pelatih. Spike boot, celoreng, baju sukan, baju kelas, kasut potong dan lain2 barang issue akan dipunggah dari logistik ke bilik penginapan. Aku time2 macam ni suka memerhatikan tingkahlaku pelatih. Biasalah, ego dan sikap pentingkan diri masih menebal. Bila dah siap tu dan tersampang dengan member yang merengkek bawa beban ni bukan dia nak tolong, selambe deeek je dia jalan. Langsung tiada sikap nak tolong. Tapi bukan semua bersikap macam ni. Cuma segelintir sahaja.
Ada juga semasa hari pertama yang menangis bila keluarga mereka beredar dari kem. Macam2 alasan mereka buat untuk balik dan dapat pengecualian atau penangguhan. Kadang2 rasa macam berada di sekolah rendah semasa hari pendaftaran budak darjah satu. Terutama sekali wirawatilah, siap ada dayang2 tukang pujuk. Ada juga pelatih yang saya jumpa tiba2 mengadu mereka ada penyakit kronik yang dihidapi sejak dari kecl lagi. Ada juga yang claim mereka pernah patah tulang, bila ditanya bila jawapannya semasa dia berumur 3 tahun. Pergh habis diungkit sejarah silam. Ada yang pergi medik sehari 5 kali semata mata nak balik pun ada. Tak perlu nak tipulah, kami ada rekod perubatan kamu semua. Doktor2 yang check kamu punbukan orang bodoh2, dah namapun dokter, mestilah dia pandai. kalau tak macamana dia boleh jadi dokter. Maklumlah, selama 17 tahun tak pernah berpisah dari keluarga. Tiba2 kena tinggal sorang2 kat tempat yang tiada saudara mara. Kami mengerti semua itu. Tambah teriak tangisan bila dapat tahu handphone akan disimpan oleh pihak pengurusan dan ada juga yang memberontak dengan jadual rutin harian. Itu perkara normal, setiap kali kumpulan baru masuk, nilah sindromenya.
Start dari hari pertama juga kebanyakan dari kamu mula membuat spekulasi sendiri mengenaii jurulatih. yang ni garanglah, yang ni baiklah, yang ni boleh layan, yang ni cool...setiap jurulatih ada perangai dan sikap yang berbeza, tapi objektif kami sama sahaja. Tiada siapa2 yang ada motif mereka tersendiri. Kalau ada motif tersendiri baik aku suruh korang masuk MLM jadi downline aku je. Setahun ada 3 kumpulan, satu kumpulan aku cari 10 orang jadi downline, setahun aku dah ada 30 orang downline...wow!!! kaya aku! Tapi tak pernah pun aku nak buat macam tu. hehehehehe
Ingat lagi tak pertama kali memakai pakaian loreng? Husih macam2 mazhab aku jumpa. Paling tak dapat dilupakan bila ada pula wira ni yang ajar aku balik tatacara pemakaian loreng. Ada ka baju loreng di masukkan ke dalam. Aku pun iyakan sahaja lah. Malas nak layan. Lama2 bila dia tengok orang lain semua tak masukkan baju dalam seluar, barulah dia tersengih sengih. Malu sendiri lah tu. Dari riak muka kalian, kami jurulatih tahu ramai yang bangga dapat pakai baju tu. Rasa macam askar sikit walaupun aku sendiri tak pernah jumpa askar pakai loreng warna biru. Takpalah, PLKN...Itulah asal untuk meningkatkan rasa patriotik dan rasa cintakan negara..
Masuk sahaja hari ke-2 atau ke 3 selalunya aktiviti dah berjalan. Start pukul 0630H anda semua dikehendaki terpacak di padang kawad. Masa nilah kita akan lihat mereka yang tak biasa duduk jauh dengan keluarga atau asrama kebanyakan dari mereka akan menghadapi sedikit masalah. Bila orang kata pukul 0630 berbaris, dia pula 0630 baru nak bangun tidur. 15 minit sebelum tu dah berada di padang kawad dah oiiii...Mula2 memang rasa perit kan? tapi lama2 ianya akan menjadi kebiasaan.
Pagi2 buta dah berembun berbaris dengan kapala botak dan berbaju p.t. Masa nak nyanyilagu Negaraku pun boleh terlelap. Bila ditegur muka mula macam tak puas hati je. Amboi...dia buat salah kita tegur kita pula dimarahnya. Takpalah, awal mula petama mula memang macam tu
Itulah imbasan pada awal latihan korang kan? takkan dah lupa kot....hihihihi. Tunggu next post, aku akan comparekan perbezaan minggu pertama kamu semua melapor dan minggu terakhir sebelum tamat latihan. Perbezaan dua sifat dalam satu individu yang sama. TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!

P/S KITA DOAKAN SEMOGA TENTERA DAN POLIS KITA SERTA PENDUDUK SABAH SELAMAT. JANGAN KITA BERBALAH KERANA ISU2 KECIL. MASA INILAH KITA KENA BERSATU!!


















































Thursday, 28 February 2013

SIAPA LAGI PENAT?

" Penat lah cikgu..." ayat ni dah 3 kali saya dengar untuk hari ni sahaja. Saya tak nafikan, fizikal dan mental sure penat. Dari pagi sampailah ke malam, ( 0530H - 2300H ) aktiviti macam tak pernah berhenti. Ditambah lagi kalau ada Khidmat Komuniti pada hari sabtu, hari ahad pula kena bertugas untuk lawatan keluarga. Jawabnya memang pewai. Kalau dihari-hari biasa pula, pagi2 sebelum ayam sempat berkokok dah kena buat p.t pagi. Pukul 0830H dah nak pergi kelas yang sure buat mata berat. Pukul 1230 makan dan rehat sampailah pukul 1430H, selalunya akan ada latihan yang melibatkan modul fizikal. Samada kawad kaki, tali tinggi, sukan kreativiti dan lain2 aktiviti yang menjamin kilang peluh anda bekerja pada tahap maksimum. Sampailah pukul 1630, latihan akan tamat. Adalah sedikit waktu rehat untuk anda sampai pukul 1730H. Siap ada masa lagi untuk pergi hantar baju ke dobi. Kemudian sambung lagi riadah, time riadah ni taklah teruk sangat. Nama pun riadah, duduk bersembang bawah pokok pun dikira riadah juga.  Pukul 1830, makan time...maka berduyunlah pelatih2 pergi ke dewan makan, siapa cepat dia dapat balik dulu dan mandi. Siapa yang lambat, kalau tak bernasib baik memang tak dapat mandilah jawabnya sebab air dah habis kat dalam tangki. 1730H sampailah jam 2100H waktu tu adalah masa untuk yang muslim mengisi masa di surau dengan kuliah dan tazkirah. Untuk non muslim pula ini adalah masa untuk mereka berehat di dorm masing2.
Jam 2100H - 2230H, selalunya ada tayangan c.b atau lain2 aktiviti yang dikelolakan oleh jurulatih multiskill. Bukan buat apa pun, duduk je sambil tengok kat skrin. Tak kena p.t pun. Mengantuk boleh pergi bilik air cuci muka. 2230H adalah waktu sapper ( makan ringan waktu malam ). Samada makan roti atau biskut, lepas tu jurulatih akan ambil masa sekejap untuk membacakan ringkasan aktiviti untuk hari esok. Begitulah jadual rutin harian pelatih PLKN.


Kesian...penat sampai tertido kat padang kawad

Pada pagi jumaat yang lepas, semasa saya conduct pt pagi untuk non muslim. Boleh pula saya terdengar seorang pelatih mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya dia ucapkan dan " word " itu memang ditujukan kepada saya. Kalau ikutkan hati memang nak bagi starlight je, tapi takpalah...nama pun PLKN, bukan latihan tentera. Baru kena buat light p.t macam tu dah mental down - istilah ni top masa saya cadet dulu yang merujuk kepada pelatih kalau mereka tak fit dari segi mental.
Baiklah, wahai bekas2 pelatih yang saya sayangi sekalian......Sebenarnya, apa yang anda alami pada saya tidaklah seteruk mana yang saya hadapi semasa saya menjalani latihan cadet navy dulu. Bukan saya nak samakan latihan PLKN dengan latihan ketenteraan, cuma maksud saya di sini, latihan anda yang begitu ringan dan penuh dengan pengisian...tetapi kenapa perlu dirungutkan seolah-olah setiap task yang diberi tu terlalu teruk.
Beritkut adalah jadual rutin harian saya semasa saya cadet dahulu

0500H -             BANGUN PAGI
0530H - 0630H PT PAGI -
0630H - 0645H BERBARIS UNTUK CEK PAKAIAN / SARAPAN PAGI
0700H - 0800H BARIS PAGI.
0800H - 1030H MASUK KELAS
1030H - 1100H STAND EASY
1100H - 1400H SAMBUNG KELAS
1400H - 1445H LUNCH HOUR
1500H - 1530H MUSTER (BERBARIS) UNTUK CEK PAKAIAN PT
1530H - 1800H PT PETANG
1800H - 1830H PERSEDIAAN UNTUK MAKAN MALAM
1830H - 1900H MUSTER DAN CEK PAKAIAN
1900H - 2000H DINNER
2000H - 2030H KEMAS BILIK / ARAS
2030H - 2230H ROUND BILIK / ARAS
2230H - 2300H SUPPER
2300H - XXXX BERGANTUNG PADA NASIB..HAHA, JANGAN HARAP NAK TIDO

4 bulan pertama di panggil square bashing atau Alpha Routine. Nampak langit nampak tanah, kena berlari. PT pagi kena pakai spike boot. Selalunya ada 3 jenis routine yang kami kena pilih untuk pt pagi ni.
LOG PT - Yang ni perit sikit sebab kena pikul balak yang panjangnya 6 kaki dan kena pikul 2 orang.
BASE RUN - Kena berlari sejauh 7KM dalam kumpulan. Step tak sama kena taji.
STATIK PT - Pun perit juga sebab pt ni akan dibuat di padang kawad. PTI selalunya akan buat pergerakan
                       seperti pushup, seatup dan lain2. Tapi selalunya kami kena pt yang lebih berbentuk torture
                       macam kena nuckle, sideroll, fowardroll, jalan itik, kuku kambing, london bridge dll.
                       Selalunya kami kena paling sikit pun kiraan 20. Kalau jurulatih kata 1 set, maknanya                                    
                       kami kena 20 x pushup nuckle, 20 x pt 10 dan 20 x starjump. Tak main lah kiraan 5 beb..hihi
Nak makan pun kena berpakaian kemas. Mesti iron sampai nampak side. Kolar baju senior akan cek samada kotor atau tak. Kalau pakai baju Delta ( baju biru ) takpa lagi, tapi kalau pakai baju bravo ( putih ) alamatnya memang leceh la. Cerita pasal cek baju ni, baju p.t pun jurulatih dan senior akan cek. Korang bayangkan kalau baju p.t nak kena iron juga. Jika didapati ada black spot ( taik lalat @ kotoran ) dan iriesh pendant ( benang terkeluar ), nasib tak baik kena ambik 1 set iaitu 20 starjump, 20 push up dan 20 jumping jet. Kasut p.t kalau pakai kasut pallas jaz, kena kapur sampai tali kasut dan lidah kasut pun putih. Gila kan?  Tu baru nak pergi p.t petang, pukul 1830 pula kena berbaris untuk makan malam. Apa lagi, cek pakaian la. Kali ni kami akan pakai baju planters warna putih, bertali leher, seluar slack dan kasut hitam. Masing2 juga akan membawa sapu tangan yang bersih berwarna putih dan ada cara untuk lipat sapu tangan ni. Kasut tak kilat je, kena denda. baju tak iron proper je sampai ada 2 atau 3 side, kena juga. Seluar crumple pun kena juga. Tak shave misai dan janggut...hah lagi la kena. Azab betul nak makan. Tapi azab tu belum berakhir disitu.
Nak masuk dewan makan, kena request dulu
" assalamualaikum sir, excuse my rig sir, request permission to enter the mess sir!" kalau dapat permission baru boleh masuk. lepas masuk je, masing2 kena berdiri di belakang kerusi. Kemudian DCOD ( Duty Cadet Of the Day ) akan pergi ke hadapan dan request untuk makan.
" assalamualaikum sir, on behalf of our cadet intake 51 and ladies intake 9, request permission to have our seat sir! " kalau pegawai bertugas kata "ok, carry on.." barulah kami dapat duduk. Nak tarik kerusi kena senyap2. Lepas duduk kena request lagi
" request permission to say a prayer and have our dinner sir "
" yes please "
 fuhhh...baru dapat makan lepas selesai baca doa. Tu kalau kena dengan pegawai yang baik hati. Selalunya tu semua mimpi2 indah je. Kalau DCOD kena tanya soalan2 lazim dan wajib macam kiraan air pasang surut  ( high tide n low tide ), nama pegawai bertugas, nombor badan dia gagal nak jawab. Memang lambatlah kami makan. Kadang2 mereka saja dengki suruh DCOD nyanyi dulu, tak pun dia akan tanya soalan2 tak masuk akal macam nombor plat kereta dia, jenis tayar dia pakai, saiz kasut dia...adoiiii jenoh la.
Makan memang first class....macam hotel 5 bintang. Tapi mental dan fizikal dah penat siapa yang selera nak makan kan? Kami makan menggunakan sudu dan garfu. Siapa yang terlaga sahaja sudunya dan pinggan, kena declair awal2. Kalau ada yang tak mengaku komperm lepas je habis makan semua kena " hell " kat luar. Tak pun satu tabble ( 6 orang ) akan makan bawah meja. Hehehehe. Saya pernah terpelanting daging ayam semasa waktu makan. Apalagi, makan bawah meja la. Ialah, budak kampung...manalah terer makan macam orang putih ni.
Selesai sahaja makan, pun kena request juga. Seksa...seksa..
PT petang semasa first sem, selalunya kami akan berlari sejauh 10KM, buat beach run atau pergi swimming. Setakat lari 10KM lari individu tu memang semua suka sebab nanti boleh skip pergi ke kedai beli aiskrim..hahaha. Tapi bila kena sahaja beach run, iaitu berlari di tepi gigi pantai. Paling azab bila time tu kena pula pakai spike boot. Rasa macam ada besi 3 kilo kat kaki. Saya memang tak berapa minat aktiviti ni. Ingat lagi, pernah sekali tu sewaktu kami pergi beach run boleh pula jumpa balak hanyut. Pikul bawa balik beb!! Pergi swimming aku suka, tapi tengoklah siapa jurulatihnya. Swimming tu memang penat. Dengar macam best kan dapat pergi swimming pool. Tiba sahaja di kompleks, kena buat p.t dahulu untuk pemanasan badan. Bukan p.t ala2 plkn tau. Yang pasti memang akan berpeluh sampai berliter-liter. Than barulah boleh terjun ke kolam renang. Untuk navy, kalau anda tidak lulus ujian renang anda tidak boleh keluar dari base. Orang lain weekend kat luar, anda pula tercanggok kat dalam kem. Siapa nak kan? Alhamdulillah, saya batch ke dua yang lulus ujian renang. Semasa kami di semester ke dua barulah kami boleh memilih untuk sukan kegemaran masing2. Saya pernah try main rugby, tapi bila kena campak kat luar macam tu saja terus taubat taknak main. Kemudain saya main hoki pula. Oklah, setakat nak habiskan waktu p.t petang. Tapi takdalah sampai mewakili kolej. Ada juga saya terlibat dengan kayak dan sukan laser ( perahu layar kecil ) tapi main laser lah paling lawak. Pernah sekali tu saya secara tak sengaja tersilap tarik boom dan layar, orang lain meluncur ke hadapan, saya pla meluncur ke belakang. Pergh birat dahi kena starlight dengan subby c.o ( ketua pelajar berpangkat leftenan muda laut ). Main kayak syok sikit, tapi jarang dapat turun main.
Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa navy buat round bilik @ blok kediaman pada pukul 2030H iaitu pukul 830 malam. Gila kan? Saya pun tak tahu kenapa, cuma yang pasti memang itulah rutin dalam navy. Mana2 base pun macam tu. Waktu ini adalah peak hour bagi kami. Kalau lepas awal dari makan malam adalah banyak masa kami untuk kemas bilik dan kawasan persekitaran. Bilik hendaklah di lay out dengan sama. Satu bilik ada 2 orang cadet, bangunan blok cadet ada hampir 30 bilik kot. Dari bilik 1 sampailah bilik paling atas sekali lay out nya sama saja. Kalau bilik ni susun baju delta di sebelah kiri, bilik sebelah pun sama juga. Yang membezakan bilik kami adalah gambar awek2ss kami di meja tulis dan nama kami di pintu. Bilik air pun sama juga. Hendaklah wangi, kering, kepala paip semua berkilat, toilet bowl bersih putih, lantai pun berkilat...Bayangkan dalam masa 1/2 jam kami kena siapkan semua tu. Round akan berakhir pada jam 2230H untuk supper. Tapi kadang senior round satu bilik je, lepas tu akan dengar bosun mate panggil.
 PEEEEEEWWWWWUUUUWIIIIITTTTT!!!! ALL CADET!! 2 MINUTES P.T RATES!!
Maknanya kena taji la. Paling best masuk longkang beramai-ramai. Takpun berguling panjat bukit....hahahaha.
Aktiviti dalam kelas pula bukan macam kelas c.b atau k.n korang. Kami belajar asas taktik2 peperangan, pengetahuan mengenai kapal, etika tentera laut, ilmu pelayaran dan macam2 lagi. Bab ni rasanya saya tak boleh kupas dengan lebih lanjut. Subjek2 semua memang best, tapi mata tu....ya Rabbi, macam ada balak kat kelopak mata. Makin lama, pegawai yang mengajar tu makin mengecil...kecil...kecil...dan terus lenyap. Yang muncul adalah mak, atok, abah, kucing dan rumah..ohh indahnya.. Tiba2 je anda akan rasa sakit di ubun2. Rupa2nya jurulatih dah ketok kepala dengan pembaris atau tongkat. Adoiii!!!
" kau tidor cadet? aku penat mengajar kau tidor cadet?"
klekuk! klekuk! klekuk! bunyi kayu diketok atas kepala. Benjol kepala. Tapi rasa mengantuk tu kejap je ilang.....Penat lah. Dahlah tidur tak cukup. Kena pula kelas ada kipas dan aircond. Baru terlelap beberapa saat pun jurulatih @ lecturer akan perasan. Saya pernah kena rendam kepala kat kolam sebab tertidur. Tapi yang paling tak dapat lupa bila kena pegang shackle ( rantai kapal ) mak aih..dah lah besi padu berat nak mampos. Lepas tu kena pula position half stand dan shackle kena jinjing kat depan. Ada juga lecturer yang baik dan layan kami penuh gantleman..dia suruh pergi tandas basuh muka andai mengantuk.
Rokok? kalau kantoi memang azab. Mula2 kena taji dahulu dengan pegawai. Sukahati dialah nak bagi apa. Dari jalan itik, kena buat kerinchi dan hammer pushup ( korang silangkan jari tangan kanan dan kiri, gabungkan tangan than buat pushup.) kena sideroll dan fowardroll, jangan ceritalah. Nasib tak baik, kena hisap rokok sampai habis sekotak. Pergh hijau muka. Hahaha. Yang pasti hari esok tengahari sure ada nama terpampang untuk menjalani latihan kawad kaki sebagai hukuman. Selalunya dua hari sahaja. Tapi teruk jugalah. Kawad kaki kadang2 diselang seli dengan p.t balak. Dari jam 1430 sampailah jam 1630. Lepas tu kena pakai baju bravo sampai malam. Kadang2 pesalah kena kawad infiniti..haaaa ni lagi azab, tiada break. Kawad je sampai 2 jam lebih. Boleh dihadrasi tau.
jam 2300H selepas waktu supper, memang sengaja saya letak XXXX sebab selalunya kami kena sambung balik kena taji. Keluar masuk longkang, guling2 atas padang, pikul balak, tak pun change prade. ( tukar2 pakaian dalam masa 2 minit, mati oo sebab bilik aku aras 2 ).
So, saya rasa adalah sangat tidak " praktikal " jika ada yang berkata saya hanya pandai bagi arahan, tapi tak tahu buat. Saya rasa saya kena 50 kali ganda lebih teruk dari apa yang anda kena. Bersyukurlah corak latihan PLKN tidak seteruk apa yang saya kena atau seperti yang saudara/member2 anda di Singapura untuk program National Service mereka. Pada pendapat saya juga, tiada lagi proram khidmat negara @ national service didalam dunia ni yang " happening " seperti PLKN. Pengalaman kena denda, kena marah, kena  menghadap lembaga disiplin, kena hukuman dan pelbagai lagi tu, jadikan ianya sebagai pengajaran. Percayalah, setiap yang pahit akan menjadi kenangan manis untuk anda. Alasan tiada masa dan penat tu pada saya tak perlu dijadikan alasan yang selalu diucapkan. Ada lagi yang lebih penat.




On board kapal K.D Rahmat - Ingatkan best la dapat naik kapal name bapak..hampeh




THANA DIVISION INTAKE 51 




ON BOARD K.D GANAS




























                     



















   













Sunday, 24 February 2013

HANTU

Salam semua, sori lama tak update blog ni. Lagipun blog ni masih tiada followers lagi, malas nak tulis banyak2. haha. Oklah, seperti yang telah dijanjikan dari post yang lepas, kali ni sekali lagi tajuk yang akan menyingkap kembali memori korang. Tajuk ni sure ramai yang suka.

Aku percaya, mana2 kem pun pasti ada cerita mistiknya. Sudah 2 buah kem aku berkhidmat, pada aku kem pertama yang aku duduklah paling angker jika nak dibandingkan dengan kem yang sekarang ni. Kalau duduk sorang2 kat kem tu mau berpoluh kotiak den sobab ado macam2 sound efek akan den dongar. Dari suara macam Siti Nurhaliza sampailah ke suara Ramli Sarip. Semua ada. Tapi sebelum itu, ni reminder untuk bakal2 pelatih ya..tajuk post kali ni bukanlah bertujuan untuk aku memburukkan sesuatu tempat. Kita kena ingat, alam ni bukan hanya kita sahaja yang duduk, ada makhluk lain yang ghaib ( terlindung dari mata kasar manusia ) bersepah melata di muka bumi ni. Jadi jangan eksploitasi cerita aku kali ni ye. Hanya sekadar untuk mengungkit memori silam, yang dulu korang kecut nak berhadapan tapi la ni dah jadi bahan lawak dan tersimpan elok disebalik memori korang...

Berbalik pada kem pertama aku dulu, kem ni di tepi laut dan pemandangannya memang cantik. Tapi kalau malam, alamak....Bermacam2 pengalaman mistik aku dengar dan tak kurang juga yang aku sendiri lalui. Aku duduk sebilik dengan 2 lagi sahabat baik aku di L15, dorm ke-2 paling hujung sekali. Mula2 ok je, (selain dari peristiwa kena kacau daun pintu kat L3) tiada apa2 yang berlaku. Semasa pertengahan kumpulan 1 siri 6, ada satu hari tu aku tinggal seorang didalam bilik sebab 2 lagi buddy aku cuti. Maka bermulalah episod cerita misteri ni...jeng jeng jeng..Antara jam 2-3 pagi, aku tersedar dari tidur dan angin begitu kuat sekali pada masa itu, sampaikan habis jatuh barang2 sebab aku lupa nak tutup tingkap. So, masa tengah mamai2 tulah...aku terdengar bunyi kerusi yang terletak di tepi katil aku bergerak macam ditarik orang sampai ke tengah bilik. Pergh! elok2 sejuk bilik tu tapi badan aku dah berpeloh dah. Tapi aku cuba beranikan diri, bangun dari katil than aku pergi on suis lampu. Memang kerusi tu dah beralih dari tepi katil aku pergi ke tengah bilik. Sabooo je la. pagi tu aku bangun agak lewat iaitu dalam pukul 0645 pagi, nyaris2 jadi subuh gajah solat subuh pagi tu. Nasib baik hujung minggu. So, semasa sarapan pagi tu, aku pun pergilah cari imam kompeni aku sebab aku dah cakap kat dia, kalau aku lambat bangun ketuk je pintu bilik. Mula2 tu aku macam nak marah juga, tapi statement dari imam aku membuatkan aku tak jadi nak marah. Cerita dari imam aku, dia dah pergi bilik aku pukul 0530dan dia lihat bilik aku dah terang dah, tapi dia dengar dari tepi tingkap bilik aku suara aku berborak dengan cikgu khairol. Dari celah tingkap juga ( sebab tingkap bilik aku ada yang tak boleh tutup rapat ) dia nampak dengan jelas ada " tangan " tengah urut2 betis aku. Jadi, dia ingatkan aku dah jaga dah masa tu. Chais!! meremang bulu tengkuk aku. Bila masa pulak aku dah bangun? Bila masa pulak si Khairol ada kat dalam bilik?? Bila buddy aku berdua tu balik, barulah masing2 buka cerita....Rupanya masing2 dah kena kacau dah....haha.

Paling dahsyat semasa kumpulan 2 siri 6. Start dari seorang wira Bravo kena sampuk, benda tu semakin galak menyakat. Semasa kumpulan 2, dorm wira hanya sampai L14 sahaja. Dorm L15 dan 16 dibiarkan kosong tidak berpenghuni. Acai pernah tersampang dengan perempuan berpakaian putih sambil mengendong anak kecil di L16, lepas tu beberapa orang pelatih juga turut pernah melihat lembaga itu. Waktu feveret dia buat catwalk kat depan dorm aku adalah semasa remang2 senja sebelum maghrib. Pernah juga kami bertiga terkunci dari dalam bilik, ingatkan pelatih yang pedajal kami, tapi bila dipikirkan balik....memang mustahil...
Seorang pelatih india pernah jumpa aku..dia kata dia terjaga pada pukul 2 pagi bila dia terdengar bunyi orang mandi di bilik air. Dia ingatkan aku yang mandi sebab aku memang suka mandi tengah2 malam, panas beb. So dengan konfidentnya dia pun pergi bilik air. Dia masuk saja, dia tengok shower terbuka, tapi aku takde. . Dia pun cari aku area tu sebab dia ingat aku main nyorok2. Bila dia tak jumpa aku, dia masuk balik than matikan paip air tu sebelum balik bilik nak sambung tidur. Dia baring je atas katil, tiba2 dia dengar balik bunyi shower di buka. Dia bangun balik dan masuk kembali ke bilik air. Dia tengok shower je terbuka, tapi aku tiada. Dia tutup balik shower tu. Masa tulah baru dia perasan...kalau aku mandi, sure ada kesan tapak kaki aku kat lantai, or ada sabun dan berus gigi ti tepi kolah. Tapi semua tu takde. Dan2 lah dia teringat aku balik weekend. Apalagi, langkah seribulah lari masuk bilik. Dari atas katil tu dia dengar balik macam ada orang mandi, mengigil dia atas katil. Lepas peritiwa tu, kalau aku nak mandi tengah2 malam aku akan pastikan si Khairol atau Acai temankan aku! Tobatlah aku nak mandi sorang2.

Kumpulan 3, pun tak kurang hebatnya juga dengan cerita2 mistiknya. Buat pengetahuan korang, dihadapan kem tersebut ada sebuah pulau kecil dipanggil pulau kerengga. Dari cerita orang2 kampung, pulau tu adalah tempat orang buang ancak dan tempat orang melakukan ritual2 yang mendatangkan perkara khurafat. kalau dah tepi laut, paham2 jelah...Tapi ada juga pelatih yang ilmunya baru setakat secawan air kopi, nak menduga makhluk2 disitu. Elok2 dia tak kacau, korang pergi kacau. Apalagi, bengang lah member tu. Dahlah pandai panggil, tapi nak pulangkan balik tak tahu. Pernah sekali tu, ada pelatih ni cerita kat aku sewaktu mereka balik dari  bilik aku untuk " ambil ubat ", semasa lalu di L10 ( dorm ni pun spooky gak) salah seorang dari mereka terperasan macam group mereka ni dah terlebih. Macam ada orang lain pula yang ikut mereka. Bila dia tengok betul2, tuuu diaaa...barulah dia perasan salah seorang dari mereka ni tak berkepala! apa lagi!!! cabutt!!!!

Ada banyak lagi pengalaman mistik aku semasa aku di kem yang mula2. nantilah, kalau ada masa aku cerita balik.
Masuk kem ke dua pula, kurang sikitlah gangguan. Cuma salam perkenalannya, aku kerap jumpa rambut yang panjang macam rambut perempuan bersepah di tepi katil atau tepi bantal bila bangun pagi. Takkanlah buddy aku bawa masuk perempuan dalam bilik? Mula2 aku tak ambik port sangat sebab aku ingatkan maybe rambut wirawati yang tertinggal celah2 sarung bantal. Tapi lama2 aku perasan rambut tu akarnya masih basah lagi, bermakna rambut tu baru lagilah. Aku pun tanya pada si Azmil, Fazrul dan Eddy pasal rambut tu. Rupanya.....oooo baru aku tau rambut siapakah yang tercicir tu. Makhluk ni memang tak pakai syampu dan menjadi identiti suku sakat mereka dengan fesyen rambut panjang mengurai ala2 macam zaman bapak kita sewaktu era rockers dahulu. Sampailah artikel ni ditulis, selalu gak aku jumpa rambut tu waktu pagi. Bagi mereka yang pernah jumpa rambut2 ni, sure korang pun pelik kan? Kalau nak senang jumpa, pergilah kat PL 6,7 dan 8. Sure jumpa punyalah.

Pernah juga wira berbangsa cina ( aku lupa kumpulan berapa ) yang ternampak lembaga berpakaian putih turun melayang dari atas menara tali tinggi. Masa tu tengah azan maghrib. Sebab tulah kalau aku duty sebagai j.l bertugas dorm aku akan pastikan pelatih2 tak merayap keluar time2 maghrib. Bila dah meracau dan bertukar suara nanti menyusahkan orang je.

Mesti korang juga pernah terdengar bunyi locker korang dibuka tengah2 malam kan? Ataupun ada juga antara korang yang boleh tersampang dengan wirawati pakai loreng sedang lalu di depan katil anda sambil memakai pakaian loreng time orang lain tengah nyenyak tido. Atau pun korang ternampak seorang perempuan duduk di hujung katil anda tetapi mukanya tidak nampak, hanya kelihatan susuk tubuh dan rambut yang mengerbang tengah2 malam.  Ada juga yang pernah nampak disebalik locker ada gulu2 bungkus sedang berdiri. ( pocong )...hihihhhiiii...Tu normallah. Aku berani jamin masa tu peluh ni dah macam shower kat bilik air keluar dah. pejamkan mata pun tak boleh tidur. Time tu jugalah rasa nak terkucil dan terberak semua ada. Kejutkan member hampeh je dia boleh bantai tidur.

Paling tak boleh tidur bila kita terjaga tengah2 malam. Toleh kiri dan kanan orang lain semuanya nyenyak tidor. Mata kita pula tak boleh lelap. Masa tulah macam2 bunyi kita boleh dengar. Takpun, kalau bernasib baik boleh nampak orang lalu lalang di tepi tingkap. Alahai....
Kena tindih tu, jangan ceritalah. Pasti ada yang pernah kena kan? Tapi paling top biasanya korang mesti selalu dengar cerita ada perempuan duduk di tepi birai katil waktu tengah2 malam.

Aku ingat lagi cikgu Faizah pernah cerita sewaktu dia bertugas sebagai pengawal malam besama dengan pelatih. Ada 2 orang wirawati ni cakap mereka ternampak kepala orang di salah satu dorm wirawati. Jadi untuk mendapatkan kepastian, mereka pergilah tengok sekali lagi. memang betul dari jauh dan samar2 memang ada kepala orang dengan rambut putih mengerbang sedang terapung2 paras2 tingkap. Rupa2 nya bukan kepala orang, tapi mop lantai yang disandarkan kat tepi dinding. Apolah....Aku rasa time tu cikgu Faiz ni lari lebih laju dari pelatih berdua tu. Hahahahahahaha Syabas Faizah, kalau ada cam aku sangup tengok 100 kali video kau lari pecut dan potong wirawati tu.

Dari segi saintifiknya, bila waktu malam/ bangun tidur minda kita time tu dipanggil minda bawah sedar. Mungkin disebabkan penat, kita boleh terpikir or bayangkan macam2. Yelah, orang tengah mamai...pokok pisang pun dia ingat hantu pocong. Bab kena tindih pun adalah mungkin kerana disebabkan urat2 dan otot2 di badan kita macam mengejang, so kita akan rasa macam badan kita jadi berat dan terasa macam ada makhluk sedang menindih badan kita. Kalau gabra time ni, boleh lemas dibuatnya. Tindakan paling baik adalah rilek, cuba bertenang dan try bernafas dengan betul, try gerakkan jari2 anda atau dagu. Insyallah nanti akan jadi normal balik.

Oklah, kalau diikitkan hati banyak lagi ni aku nak tulis. Kejap lagi aku nak menghadap TKL untuk persiapan latihan navigasi dan wirajaya. Lain kali aku akan tulis lagi post ni untuk episod ke-2. Eh...cuba korang tengok kat belakang ...HEEEEE HEEEEE HIIIIIIIIIIIIII






























Saturday, 16 February 2013

KAWAD KAKI

Terlebih dahulu aku minta maaf kalau aku tak ceritakan pengalaman aku dengan kompeni2 yang lain. Ada juga yang komplen kenapa cerita Alpha kumpulan 1 siri 6 sahaja, jawapannya sebab tu adalah kompeni pertama aku ditugaskan. Banyak sangat kenangan yang berharga pada aku.

Oklah, kali ni aku nak ungkap balik kenangan korang bila ada aktiviti kawad kaki. Elimen ni adalah antara subjek paling penting dalam modul fizikal. Dari kawad kaki jugalah korang akan dapat belajar disiplin, kerjasama, ketahanan mental dan lain2 lagi. Terus terang aku katekan, masa aku cadet dulu pun aku bukanlah seorang individu yang superb dalam bab kawad. Bila jadi saja i/c skot harian, ambik kau...dah mengeletar dah lutut...

Ada macam2 ragam aku jumpa bila berkawad ni. Kalau dikenang kenang balik memang gelak sorang2 punya. Aku boleh bezakan antara kumpulan 1,2, dan 3 memang ada perbezaan walaupun dalam pelajaran kawad kaki. Kalau kumpulan 1, mereka ni memang senang diajar. Sebab rata2 dari mereka ni ada pengalaman berkawad semasa di sekolah dan ramai juga yang memegang jawatan dalam badan beruniform. Kalau nak pilih i/c skot atau parade komandan untuk pertandingan kawad tu senang sangat. Kadang2 aku yang pening nak pilih calon paling sesuai. Yang berebut untuk jawatan pun ada dengan alasan kawad mereka ni dah bagus. Cuma...bila bab mengajar ni..haha..ada kalenye ada pula yang nak mengajar aku balik. Adoii...dengan selamba aku kena pick-up, " cikgu, masa saya kat sekolah dulu saya belajar lain cikgu. pandang depan ada 2 cara." Lomah jiwo den. Pelajaran kawad yang kat dalam PLKN ni sama macam kawad ATM, ikut buku kod AT3101. Bukan kawad Bomba, Polis mahupun pandu puteri. So akan ada pelbagai mazhab yang kami jumpa. Yang tabik 3 jari la, hentak kaki sebelah tinggi sebelah rendah, yang kawad macam navy pun ada. Tapi apa2 hal korang memang senang diajar dan dibentuk. Paling aku tak dapat lupa bila ada seorang wira berbangsa cina ni dari kump 1 siri 9, kompeni bravo. Sampaikan cikgu Din pun panggil dia " robot" sebab dah 2 minggu belajar kawad, tapi keras ya rabbi. batu grenet tu pun tak keras macam dia ni. Bila diajar secara personal, mula2 ok. tapi bila masuk dalam kumpulan kelaut la dia. Pening kepala nak layan. Cuma kami respect sangat kat dia ni sebab dia akan usaha lebih dan lebih lagi. Balik bilik dia sangup kawad sorang2. Takpun dia akan suruh mana2 wira yang pandai kawad jadi tok guru dia. Bila dah nak masuk pertandingan kawad, cikgu din tak masukkan nama dia. Merajuk si robot ni sebab dia dah boleh kawad dengan baik masa tu. Last2 sekali ada seorang wira ni yang secara sukarela tarik diri dan beri tempat untuk si robot masuk pertandingan kawad. Kalau tak silap aku dieorang johan kawad. Individu macam ni pada aku patut dicontohi. Untuk robot..hormat! hormat kehadapan hormat!

Kumpulan 2 pula berbeza sikit. Group ni pada aku 50-50 la. Ada yang boleh berkawad dengan baik dan ada yang tidak. Group macam ni aku suka ajar sebab dieorang tak ajar aku balik. Hehe. Senang cerita middle class la. Tapi tak susah nak ajar mereka ni

Terlebih dahulu aku minta maaf kalau aku tak ceritakan pengalaman aku dengan kompeni2 yang lain. Ada juga yang komplen kenapa cerita Alpha kumpulan 1 siri 6 sahaja, jawapannya sebab tu adalah kompeni pertama aku ditugaskan. Banyak sangat kenangan yang berharga pada aku.

Oklah, kali ni aku nak ungkap balik kenangan korang bila ada aktiviti kawad kaki. Elimen ni adalah antara subjek paling penting dalam modul fizikal. Dari kawad kaki jugalah korang akan dapat belajar disiplin, kerjasama, ketahanan mental dan lain2 lagi. Terus terang aku katekan, masa aku cadet dulu pun aku bukanlah seorang individu yang superb dalam bab kawad.  Bila jadi saja i/c skot harian, ambik kau...dah mengeletar dah lutut...kat dalam baris pandai komplen orang tak betol, tibe time kita jadi i/c skot tuuu dia...40 orang tu rasa macam 400 orang.

Ada macam2 ragam aku jumpa bila berkawad ni. Kalau dikenang kenang balik memang gelak sorang2 punya. Aku boleh bezakan antara kumpulan 1,2, dan 3 memang ada perbezaan walaupun dalam pelajaran kawad kaki. Kalau kumpulan 1, mereka ni memang senang diajar. Sebab rata2 dari mereka ni ada pengalaman berkawad semasa di sekolah dan ramai juga yang memegang jawatan dalam badan beruniform. Kalau nak pilih i/c skot atau parade komandan untuk pertandingan kawad tu senang sangat. Kadang2 aku yang pening nak pilih calon paling sesuai. Yang berebut untuk jawatan pun ada dengan alasan kawad mereka ni dah bagus. Cuma...bila bab mengajar ni..haha..ada kalenye ada pula pelatih yang nak mengajar aku balik. Adoii...dengan selamba aku kena pick-up, " cikgu, masa saya kat sekolah dulu saya belajar lain cikgu. pandang depan ada 2 cara." Lomah jiwo den. Pelajaran kawad yang kat dalam PLKN ni sama macam kawad ATM, ikut buku kod AT3101. Bukan kawad Bomba, Polis mahupun pandu puteri. So akan ada pelbagai mazhab yang kami jumpa. Yang tabik 3 jari la, hentak kaki sebelah tinggi sebelah rendah, yang kawad macam navy pun ada. Tapi apa2 hal korang memang senang diajar dan dibentuk. Paling aku tak dapat lupa bila ada seorang wira berbangsa cina ni dari kump 1 siri 8, kompeni bravo. Sampaikan cikgu Din pun panggil dia " robot" sebab dah 2 minggu belajar kawad, tapi keras ya rabbi. batu grenet tu pun tak keras macam dia ni. Bila diajar secara personal, mula2 ok. tapi bila masuk dalam kumpulan kelaut la dia. Pening kepala nak layan. Cuma kami respect sangat kat dia ni sebab dia akan usaha lebih dan lebih lagi. Balik bilik dia sangup kawad sorang2. Takpun dia akan suruh mana2 wira yang pandai kawad jadi tok guru dia. Bila dah nak masuk pertandingan kawad, cikgu din tak masukkan nama dia. Merajuk si robot ni sebab dia dah boleh kawad dengan baik masa tu. Last2 sekali ada seorang wira ni yang secara sukarela tarik diri dan beri tempat untuk si robot masuk pertandingan kawad. Kalau tak silap aku dieorang johan kawad. Individu macam ni pada aku patut dicontohi. Untuk robot..hormat! hormat kehadapan hormat!

Kumpulan 2 pula berbeza sikit. Group ni pada aku 50-50 la. Ada yang boleh berkawad dengan baik dan ada yang tidak. Group macam ni aku suka ajar sebab dieorang tak ajar aku balik. Hehe. Senang cerita middle class la. Tapi tak susah nak ajar mereka ni. Cuma kalau ada masalah tu mungkin pada awal permulaan. Bila dah dekat dengan pertandingan, mulalah semua jadi hantu jepun, malam2 pun rajin berkawad. hehe. Selalunya aku tengok group ni, mereka pandai dalam bab kerjasama. Aku tak banyak ajar pun, sebab mana2 yang dah tahu berkawad mereka akan kongsi ilmu mereka dengan rakan2 yang lain. Member dari yang tak tahu apa2 dah boleh jadi penanda, pada aku aku lah, itu dah dikira sangat baik. Kalau dapat berjalan ikut step pun aku dah puas hati.

kumpulan 3 pula.....yang ni memang special. Terus terang untuk permulaan pelajaran adalah 5% sahaja yang tahu basic berkawad. Yang lain memang zero tak tahu apa2. Tetapi, aku memang respek dengan budak2 kumpulan 3 sebab mereka sedar mereka tak pandai, tapi mereka akan cuba buat juga walaupun secara terpaksa. Pelajaran kawad pun memang sedia maklum dibuat waktu pans, jarang lah ada yang nak duduk luar atau cari alasan untuk elak kan diri.  Senang cerita mereka ni tahan lasak dan terima sahaja corak latihan dengan seadanya.

Tiba time kawad sahaja, maka fenomena yang biasa kita akan lihat adalah yang jenis puteri lilin. Tak tahan panas, so nak request duduk bawah garage, member yang buat kawad pun panas gak, ditambah pulak dengan rasa panas hati dan sakit hati bila tengok orang2 lilin ni rilek je duduk bawah garage siap minum air lagi. Selalunya fenomena ni kita akan lihat diawal fasa latihan. Bila dah masuk fasa pertengahan, hilanglah semua tu. Masing2 sibok nak berkawad sebab malu ooo kalau kawad gagal. Tengok kompeni lain cantik je jalan. Buat malu kompeni je.

Ada juga yang cari alasan sakit, demam dan sebagainya. Walhal dalam dorm elok je siap boleh main lompat2 dari katil nombor 1 ke katil nombor 25. Masuk je padang kawad eh tetiba demam? hmm...penuh lah medik.

Masihkah anda ingat lagi, bila jurulatih bagi je take 5, atau rehat selama 10 minti, maka semua akan berebut nak pergi dapatkan air. Time nilah ada yang tak pedulik member kiri kanan, walaupun member baik. janji tekak sendiri dapat basah dulu. Yang tak dapat cawan pula tertungu tunggu giliran nak dapat cawan..sure korang hangin je kan bila ade pulak yang lepas minum satu cawan, eh die selambe je isi satu cawan, dan lagi dan lagi. Macam nak habis satu tong dia minum sorang2. Itu yang kadang2 bertumbuk tu. haha. Yang akal panjang pula, solution paling dekat mereka akan pergi toilet, ngagah air paip. Ambik kau, masuk seminggu dah macam Ramli Sarip dah suara. Lepas tu demam. Ada juga pelatih yang sanggup berjuang hingga titisan peloh terakhir, walaupun demam dia sangup berdiri terpacak di padang kawad. Tu yang jadi kayu balak tombang, habis gigi retak kena tar. Kalau patah lagi naye dibuatnya. Sure kurang harga hantaran sebab gigi dah lompong...hehehehehe. Time kawad juga kita akan lihat fenomena pelatih kena berlari keliling padang sebab masuk baris lewat. Biaselah, aku time cadet dulu selalu kena juga. Kadang2 atas kesalahan yang tak munasabah lagi. Anggaplah tu sebagai senda gurauan dari jurulatih. Pasti juga ada antara kamu yang pernah kena lapor pada tiang kan? aku dulu pun tertanye tanye kenape lah aku kena lapor kat pokok dengan tiang, pokok, signboard, loceng, kucing pun ada dan lain2 makhluk oleh jurulatih aku. Rupanya bila tiba hari jadi samada perbarisan or semasa kita duty barulah kita boleh lapor dengan penuh keyakinan, takde gagap2. Sure Farah bravo kump2 siri 8 sengih bace ni sebab aku rasa dialah paling banyak lapor kat pokok n tiang. Bukan membuli tau, tapi untuk praktikkan keyakinan diri. Nampak macam tak logik kan? tapi itulah hakikatnya. Berbaloi kan Farah jadi parade commandant wirawati terbaik?

Bila badan dah letih, mental pun dah letih. Balik je dorm, mood semua tak ceria sangat. Waktu inilah, kalau terlanggar bahu sikit je dah boleh jadi gaduh. Aku dulu macam korang juga...same je..korang kat PLKN kira untung air yang diberi dah sejuk. Aku dulu tak dapat la air sejuk, tu dia air panas mengelegak lagi tau, siap ada asap berkepol kepol keluar. Dah lah panas, air pula ditambah garam. Minum pun sorang secawan je. Habis secawan, passing cawan kat orang belakang. Takde masanya nak pi basuh cawan tu, kalaw terer pergila try, sure kene baling dengan tongkat. Habis je minum, nanti bibir aku rase macam dah kene suntik botok, tebal je rase ala2 bibir Ning Baizura.

Aku jamin korang mesti rindu dengan kasut kawad korang jugak kan?
Sebenarnya kasut tu tak perlu dikilatkan pun, cukup dihitamkan dengan kiwi. Bila dah mula sorang yang kilatkan kasut, lepas tu siap nampak gigi lagi. nanti adalah pengikutnya. maka akan terciptalah geng kilat kasut sampai pukul 2 pagi duduk menenyeh kasut. Habis inner loreng yang terbiar di ampaian kene sebat untuk dijadikan kain pengelap. Tak pun kalau ade yang jenis kaki sapu, seluar dalam member yang besar pun boleh dijadikan kain penggilap. Adoyai ...wira..oh wira..Begitu juga dengan berus gigi yang bersepah di lantai bilik air, alamatnya akan jadi berus berenda kasut.

Menjelang hari pertandingan kawad pula, semua yang terlibat akan sibuk menyiapkan baju, kasut, belt dan beret masing2. Maruah pasti akan dipertahankan, tidak ada makna jika kompeni tu menang semua event tapi pertandingan kawad dapat nombor 4. Hari sabtu pun ada yang request nak praktis kawad. Aku suka tengok time2 macam nilah. Nanti sure ada wira yang tolong kilatkan kasut wirawati kesayangannya. Wirawati pula akan ironkan baju wira Tercintanya. Ewah2 kau....Aku pernha jumpe seorang wira ni, dok menenyeh kasut kat tepi pintu dorm pukul 2 pagi, aku tanya kasut siapa, dia kate kasut dialah..Mula2 aku tak perasan sangat, tapi bila aku perasan..."apesal kasut kau ni kecik bebenor wira". Dia boleh sengeh2 manja, rupanya kasut buah hati dia da.....atttoooyai.

Cerita pasal bab kilatkan kasut ni banyak kenangannya. Aku ingt lagi Bravo Kump. 2 siri 8, i/c skot wirawati  n konco2nya sangup pergi ketok pintu bilik cikgu Mahani semata-mata nak belajar kilatkan kasut. Siap bawa air nescafe dalam tin lagi sebagai tanda bodek dan penyelamat jika cikgu mahani time tu tengah bad mood. hahaha. Berapa ramai wirawati yang sanggup pergi ketuk bilik cikgu mahani pada hari minggu? hehehe. Pada akulah, j.l ni manusia juga, kalau kamu tak kenal mereka...sampai bila2 lah kamu akan beranggapan negatif terhadap mereka. kalau selalu bergaul dengan mereka, sure ada juga ilmu2 yang akan kamu dapat.

Tiba sahaja hari kemuncak untuk kawad, iaitu pertandingan kawad kaki. Waktu inilah kita akan lihat prestasi kompeni2. Ada anak buah yang mantap, tapi i/c skot pula gelabah puyuh. Kadang2 i/c skot dah superb, anak buah pula melantong hangit. So far, aku puas hatilah dengan anak didik aku. Cuma yang tak bestnya kalau yang kalah tu, boleh masam muka pula sebab tak puas hati. Tak habis di kem, tamat latihan habsi dia attack kompeni yang menang kat dalam FB. Rilek la...kalah dan menang adat pertandingan. Siapa yang berusaha lebih sure dia akan menang. Kalau kalah, anggaplah ianya sebagai takdir, kalau menang pula anggaplah sebagai bonus atas kerja keras anda. Bukan dapat pingat PGB pun kalau menang...hehe. Dah boleh berkawad tu kira oklah....

Oklah, setakat disini sahaja post untuk kali ni. Banyak lagi yang nak diceritakan. Masa tak berapa mengizinkan sangat. Insyallah post lepas ni aku try cari topik2 yang pasti menggugat memori korang.
















Friday, 8 February 2013

BILA DAPAT HANDPHONE...


Salam sejahtera semua, terlebih dahulu aku nak ucap terima kasih banyak2 pada yang sudi baca blog tak berjenama popular ni. Ada macam2 komen dan idea yang aku dapat daripada followers kat FB.Tapi sorilah, aku sekarang memang bizi, takde masa sangat nak tulis kenangan untuk setiap kumpulan dan siri.

Hari ni aku nak imbas balik memori korang semua, hari dimana anda semua dapat handphone. Selalunya hari sabtu dan ahad barulah pelatih akan dapat merasa pegang handphone mereka kembali. Kalau hari isnin hingga jumaat, handphone akan diserahkan kepada pihak pengurusan untuk disimpan. Ramai yang pada mulanya tidak boleh terima kenyataan bila pihak pengurusan minta diserahkan handphone untuk disimpan semasa hari bekerja. Bukan apa, kan tengah buat latihan. Kalau ada yang hilang atau rosak siapa yang susah? Jurulatih juga yang kena jawab.....

Seronok kan bila dah dapat handphone, barulah terasa hubungan dengan dunia luar. Boleh tanya khabar family dan member2 kat luar. Kalau tak, tulah public phone sasaran pelatih. Nak call pakai public phone ni susah. Selalunya dah lah penuh, nak kena beratur tunggu giliran. Kadang2 bila sampai je giliran dah kena halau balik oleh jurulatih. Ni semua orang yang sebelumnya punya pasal, gayut lama2. Bagi mereka yang tiada kad, kena  ada syiling pula. Tambah parah bila talipon tu rosak...arghhh tensionnya!!!

Hari minggu juga, topup2 akan habis dijual bak goreng pisang panas. Kalau ada gerai jual goreng pisang panas dengan jual kad topup sebelah menyebelah sure kedai topup akan lebih laku dan lebih awal tutup kedai sebab kad2 topup dah habis dijual. Than barulah pelatih akan beli gorang pisang. Hehehe

Macam2 perangai aku tengok bila hari pelatih dah pegang handphone masing2 ditangan. Dari awal aku jadi jurulatih, sampailah hari ni..senarionya sama je. Bila dapat je handphone, maka akan penuhlah soket2 di dorm dengan charger handphone. Kadang2 siap bergaduh lagi pasal nak berebut tempat charge handphone.. Member baru charge, pergi bilik air kejap tak sampai 2 minit tengok2 dah ada orang lain tengah charge. mau tak hangin.

Tapi aku suka tengok mat2 kuntum la....kalau dah dapat handphone senyum je. Berpintal-pintal senyuman. Kena marah ke, kena apa sekalipun senyum je sebab dah dapat mesej dengan wirawati tercayang..aww!!. Hehe. (sarjan wira delta kumpulan 3 siri 11 sure senyum bace nih). Sorang2 baring atas katil, sambil tangan menekan keypad mengarang ayat terindah, bile dah send je sambung balik senyum sorang2. Sampaikan aku datang duduk depan katil pun tak perasan dah. Hahahaha. Selain dari katil dan berbentengkan bantal (sebab takut member dengar kalau awek call ) tepi2 longkang dan belakang bilik air adalah port2 yang privacy juga.

Ada juga kes tersilap hantar mesej. nak hantar kat wirawati tp terhantar mesej kat awek diluar tuh. Adoii parah. Tak pun tersilap hantar mesej kat wirawati lain. Dah jadi gaduh wirawati X dengan wirawati Y berebutkan wira ni. Yang peliknya, bila dah tamat latihan tak berebut pulak kan?

Bagi yang kaki game, tak lekanglah handphone dari tangan sebab sambung balik level minggu lepas. Ditambah lagi kalau ada kaki yang banyak game, maka bertambahlah koleksi game didalam handphone. Begitu juga dengan kaki collect lagu, layan lagu je. Masa nilah kita akan jumpa pelatih berbangsa cina dan india yang akan mintak lagu2 melayu. Kalau kem sri ledang, memang dah jadi perkara biasa bila pelatih berbangsa cina dan india ada simpan lagu BILA DIRI DISAYANGI, takpun lagu LEMAK MANIS.

Cuma yang tak bestnya bila ada kaki simpan video TUUUUTT. Kesalahan besar tau sebab didalam latihan pelatih tidak dibenarkan untuk menyimpan bahan2 pornografi. Samada dalam bentuk naskah atau video (elektronik). Kadang2 ada gaklah jumpa wira2 yang tengah duduk berkerumun penuh satu katil, mata semua tak berkelip, mulut pun dah tercopong, ingatkan buat apa, rupanya tengok blue! ceh! hampeh!! Apalagi....disiplin lah jawabnya. kaki2 porno ni pandai sorokkan video, susah nak kesan.

Paling malang kalau ada kes hilang handphone. Bukan korang yang penat tau, jurulatih yang jadi penat sebab nak mencari handphone. Selalunya kes2 macam ni sama je ceritanya untuk setiap kumpulan. Paling kerap hilang handphone adalah semasa waktu nak balik. Samada esok nak balik bercuti ataupun dah habis tamat latihan. Sure kejadian macam ni akan terjadi walaupun dah diberitahu untuk jaga handphone masing2. Bangun pagi, baru perasan handphone dah hilang. Aktiviti ni biasanya akan dibuat semasa pelatih tidur. Kalau badan dah penat, manalah perasan orang ambil handphone ditangan. Aku pernah jumpa satu kes ni, pelatih tu tidur sambil pegang handphone ditangan pun boleh hilang. Ada yang lagi best, letak bawah bantal pun boleh ghaib. Dahsyat....ilmu apalah dipakainya.Ada gak kes hilang masa tengah charge. Takpun bila handphone tu diletakkan didalam locker.

Kalau kena dengan jurulatih yang bertugas tu straight, memang jenohlah kena cari handphone. Selagi tak jumpa, kena cari sampai jumpa. Selalunya taktik ni berkesan. Ingat lagi kat telok sari, masa tu malam. Sampai dah dekat nak pukul 1 semua tak tidur sebab kena cari 5 biji handphone yang hilang. Setiap 10 minit, berbaris balik. Tak jumpa, keluar baris than cari balik. Fuhh mental. Mata dah mengantok, member pula boleh hilang handphone. Adoii rase nak starlight je member tu.

Pada akulah, bab2 hilang handphone atau wallet ni berpunca dari sikap kita sendiri yang mendedahkan kelemahan. Orang yang nak curi ni dia dah tahu dah kat mana kita letak barang2 berharga, mereka hanya tunggu masa saja. Senang cerita kita yang menjadi puncanya sendiri. Cuai juga adalah faktor utama selain dari sikap lupa. kalau nak selamat, bawa je handphone buruk..setel..takde sape nak.

Tetapi bukan setiap minggu pelatih akan dapat handphone. Kadang2 komandan tak bagi kebenaran sebab pelatih tidak menunjukkan komitmen yang baik sepanjang latihan. Selalunya kalau ada kes2 disiplin yang besar. Satu kumpulan akan tanggung. Kalau bernasib baik,pagi hari ahad je dapat handphone, petang tu dah nak pulang balik. Geram je tengok2 member2 yang buat onar..hehe. Tau kenapa kena macam tu, supaya korang bekerjasama dalam satu kumpulan, masing2 akan saling nasihat menasihati..bukan masing2 buat hal sendiri. Dan supaya melahirkan sikap " taknak menyusahkan orang lain". Tulah motifnya....

Anyway, bila dikenang balik cerita2 lama ni...aku jamin korang boleh tersengih sorang2 kat depan laptop. Oklah, lain kali kalau ada masa aku tulis cerita kompeni2 yang pernah aku duduk. Macam tak adillah pula bila hanya cerita pengalaman dengan alpha kumpulan 1 siri 6 je kan? Pada yang selalu follow blog ni, terima kasih sekali lagi diucapkan....

Dikesempatan ni juga aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru cina 2013. Cuti tu cuti juga, tapi jagalah keselamatan diri ok. Bye