Friday, 8 February 2013

BILA DAPAT HANDPHONE...


Salam sejahtera semua, terlebih dahulu aku nak ucap terima kasih banyak2 pada yang sudi baca blog tak berjenama popular ni. Ada macam2 komen dan idea yang aku dapat daripada followers kat FB.Tapi sorilah, aku sekarang memang bizi, takde masa sangat nak tulis kenangan untuk setiap kumpulan dan siri.

Hari ni aku nak imbas balik memori korang semua, hari dimana anda semua dapat handphone. Selalunya hari sabtu dan ahad barulah pelatih akan dapat merasa pegang handphone mereka kembali. Kalau hari isnin hingga jumaat, handphone akan diserahkan kepada pihak pengurusan untuk disimpan. Ramai yang pada mulanya tidak boleh terima kenyataan bila pihak pengurusan minta diserahkan handphone untuk disimpan semasa hari bekerja. Bukan apa, kan tengah buat latihan. Kalau ada yang hilang atau rosak siapa yang susah? Jurulatih juga yang kena jawab.....

Seronok kan bila dah dapat handphone, barulah terasa hubungan dengan dunia luar. Boleh tanya khabar family dan member2 kat luar. Kalau tak, tulah public phone sasaran pelatih. Nak call pakai public phone ni susah. Selalunya dah lah penuh, nak kena beratur tunggu giliran. Kadang2 bila sampai je giliran dah kena halau balik oleh jurulatih. Ni semua orang yang sebelumnya punya pasal, gayut lama2. Bagi mereka yang tiada kad, kena  ada syiling pula. Tambah parah bila talipon tu rosak...arghhh tensionnya!!!

Hari minggu juga, topup2 akan habis dijual bak goreng pisang panas. Kalau ada gerai jual goreng pisang panas dengan jual kad topup sebelah menyebelah sure kedai topup akan lebih laku dan lebih awal tutup kedai sebab kad2 topup dah habis dijual. Than barulah pelatih akan beli gorang pisang. Hehehe

Macam2 perangai aku tengok bila hari pelatih dah pegang handphone masing2 ditangan. Dari awal aku jadi jurulatih, sampailah hari ni..senarionya sama je. Bila dapat je handphone, maka akan penuhlah soket2 di dorm dengan charger handphone. Kadang2 siap bergaduh lagi pasal nak berebut tempat charge handphone.. Member baru charge, pergi bilik air kejap tak sampai 2 minit tengok2 dah ada orang lain tengah charge. mau tak hangin.

Tapi aku suka tengok mat2 kuntum la....kalau dah dapat handphone senyum je. Berpintal-pintal senyuman. Kena marah ke, kena apa sekalipun senyum je sebab dah dapat mesej dengan wirawati tercayang..aww!!. Hehe. (sarjan wira delta kumpulan 3 siri 11 sure senyum bace nih). Sorang2 baring atas katil, sambil tangan menekan keypad mengarang ayat terindah, bile dah send je sambung balik senyum sorang2. Sampaikan aku datang duduk depan katil pun tak perasan dah. Hahahaha. Selain dari katil dan berbentengkan bantal (sebab takut member dengar kalau awek call ) tepi2 longkang dan belakang bilik air adalah port2 yang privacy juga.

Ada juga kes tersilap hantar mesej. nak hantar kat wirawati tp terhantar mesej kat awek diluar tuh. Adoii parah. Tak pun tersilap hantar mesej kat wirawati lain. Dah jadi gaduh wirawati X dengan wirawati Y berebutkan wira ni. Yang peliknya, bila dah tamat latihan tak berebut pulak kan?

Bagi yang kaki game, tak lekanglah handphone dari tangan sebab sambung balik level minggu lepas. Ditambah lagi kalau ada kaki yang banyak game, maka bertambahlah koleksi game didalam handphone. Begitu juga dengan kaki collect lagu, layan lagu je. Masa nilah kita akan jumpa pelatih berbangsa cina dan india yang akan mintak lagu2 melayu. Kalau kem sri ledang, memang dah jadi perkara biasa bila pelatih berbangsa cina dan india ada simpan lagu BILA DIRI DISAYANGI, takpun lagu LEMAK MANIS.

Cuma yang tak bestnya bila ada kaki simpan video TUUUUTT. Kesalahan besar tau sebab didalam latihan pelatih tidak dibenarkan untuk menyimpan bahan2 pornografi. Samada dalam bentuk naskah atau video (elektronik). Kadang2 ada gaklah jumpa wira2 yang tengah duduk berkerumun penuh satu katil, mata semua tak berkelip, mulut pun dah tercopong, ingatkan buat apa, rupanya tengok blue! ceh! hampeh!! Apalagi....disiplin lah jawabnya. kaki2 porno ni pandai sorokkan video, susah nak kesan.

Paling malang kalau ada kes hilang handphone. Bukan korang yang penat tau, jurulatih yang jadi penat sebab nak mencari handphone. Selalunya kes2 macam ni sama je ceritanya untuk setiap kumpulan. Paling kerap hilang handphone adalah semasa waktu nak balik. Samada esok nak balik bercuti ataupun dah habis tamat latihan. Sure kejadian macam ni akan terjadi walaupun dah diberitahu untuk jaga handphone masing2. Bangun pagi, baru perasan handphone dah hilang. Aktiviti ni biasanya akan dibuat semasa pelatih tidur. Kalau badan dah penat, manalah perasan orang ambil handphone ditangan. Aku pernah jumpa satu kes ni, pelatih tu tidur sambil pegang handphone ditangan pun boleh hilang. Ada yang lagi best, letak bawah bantal pun boleh ghaib. Dahsyat....ilmu apalah dipakainya.Ada gak kes hilang masa tengah charge. Takpun bila handphone tu diletakkan didalam locker.

Kalau kena dengan jurulatih yang bertugas tu straight, memang jenohlah kena cari handphone. Selagi tak jumpa, kena cari sampai jumpa. Selalunya taktik ni berkesan. Ingat lagi kat telok sari, masa tu malam. Sampai dah dekat nak pukul 1 semua tak tidur sebab kena cari 5 biji handphone yang hilang. Setiap 10 minit, berbaris balik. Tak jumpa, keluar baris than cari balik. Fuhh mental. Mata dah mengantok, member pula boleh hilang handphone. Adoii rase nak starlight je member tu.

Pada akulah, bab2 hilang handphone atau wallet ni berpunca dari sikap kita sendiri yang mendedahkan kelemahan. Orang yang nak curi ni dia dah tahu dah kat mana kita letak barang2 berharga, mereka hanya tunggu masa saja. Senang cerita kita yang menjadi puncanya sendiri. Cuai juga adalah faktor utama selain dari sikap lupa. kalau nak selamat, bawa je handphone buruk..setel..takde sape nak.

Tetapi bukan setiap minggu pelatih akan dapat handphone. Kadang2 komandan tak bagi kebenaran sebab pelatih tidak menunjukkan komitmen yang baik sepanjang latihan. Selalunya kalau ada kes2 disiplin yang besar. Satu kumpulan akan tanggung. Kalau bernasib baik,pagi hari ahad je dapat handphone, petang tu dah nak pulang balik. Geram je tengok2 member2 yang buat onar..hehe. Tau kenapa kena macam tu, supaya korang bekerjasama dalam satu kumpulan, masing2 akan saling nasihat menasihati..bukan masing2 buat hal sendiri. Dan supaya melahirkan sikap " taknak menyusahkan orang lain". Tulah motifnya....

Anyway, bila dikenang balik cerita2 lama ni...aku jamin korang boleh tersengih sorang2 kat depan laptop. Oklah, lain kali kalau ada masa aku tulis cerita kompeni2 yang pernah aku duduk. Macam tak adillah pula bila hanya cerita pengalaman dengan alpha kumpulan 1 siri 6 je kan? Pada yang selalu follow blog ni, terima kasih sekali lagi diucapkan....

Dikesempatan ni juga aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru cina 2013. Cuti tu cuti juga, tapi jagalah keselamatan diri ok. Bye









No comments:

Post a Comment