Salam semua, sori lama tak update blog ni. Lagipun blog ni masih tiada followers lagi, malas nak tulis banyak2. haha. Oklah, seperti yang telah dijanjikan dari post yang lepas, kali ni sekali lagi tajuk yang akan menyingkap kembali memori korang. Tajuk ni sure ramai yang suka.
Aku percaya, mana2 kem pun pasti ada cerita mistiknya. Sudah 2 buah kem aku berkhidmat, pada aku kem pertama yang aku duduklah paling angker jika nak dibandingkan dengan kem yang sekarang ni. Kalau duduk sorang2 kat kem tu mau berpoluh kotiak den sobab ado macam2 sound efek akan den dongar. Dari suara macam Siti Nurhaliza sampailah ke suara Ramli Sarip. Semua ada. Tapi sebelum itu, ni reminder untuk bakal2 pelatih ya..tajuk post kali ni bukanlah bertujuan untuk aku memburukkan sesuatu tempat. Kita kena ingat, alam ni bukan hanya kita sahaja yang duduk, ada makhluk lain yang ghaib ( terlindung dari mata kasar manusia ) bersepah melata di muka bumi ni. Jadi jangan eksploitasi cerita aku kali ni ye. Hanya sekadar untuk mengungkit memori silam, yang dulu korang kecut nak berhadapan tapi la ni dah jadi bahan lawak dan tersimpan elok disebalik memori korang...
Berbalik pada kem pertama aku dulu, kem ni di tepi laut dan pemandangannya memang cantik. Tapi kalau malam, alamak....Bermacam2 pengalaman mistik aku dengar dan tak kurang juga yang aku sendiri lalui. Aku duduk sebilik dengan 2 lagi sahabat baik aku di L15, dorm ke-2 paling hujung sekali. Mula2 ok je, (selain dari peristiwa kena kacau daun pintu kat L3) tiada apa2 yang berlaku. Semasa pertengahan kumpulan 1 siri 6, ada satu hari tu aku tinggal seorang didalam bilik sebab 2 lagi buddy aku cuti. Maka bermulalah episod cerita misteri ni...jeng jeng jeng..Antara jam 2-3 pagi, aku tersedar dari tidur dan angin begitu kuat sekali pada masa itu, sampaikan habis jatuh barang2 sebab aku lupa nak tutup tingkap. So, masa tengah mamai2 tulah...aku terdengar bunyi kerusi yang terletak di tepi katil aku bergerak macam ditarik orang sampai ke tengah bilik. Pergh! elok2 sejuk bilik tu tapi badan aku dah berpeloh dah. Tapi aku cuba beranikan diri, bangun dari katil than aku pergi on suis lampu. Memang kerusi tu dah beralih dari tepi katil aku pergi ke tengah bilik. Sabooo je la. pagi tu aku bangun agak lewat iaitu dalam pukul 0645 pagi, nyaris2 jadi subuh gajah solat subuh pagi tu. Nasib baik hujung minggu. So, semasa sarapan pagi tu, aku pun pergilah cari imam kompeni aku sebab aku dah cakap kat dia, kalau aku lambat bangun ketuk je pintu bilik. Mula2 tu aku macam nak marah juga, tapi statement dari imam aku membuatkan aku tak jadi nak marah. Cerita dari imam aku, dia dah pergi bilik aku pukul 0530dan dia lihat bilik aku dah terang dah, tapi dia dengar dari tepi tingkap bilik aku suara aku berborak dengan cikgu khairol. Dari celah tingkap juga ( sebab tingkap bilik aku ada yang tak boleh tutup rapat ) dia nampak dengan jelas ada " tangan " tengah urut2 betis aku. Jadi, dia ingatkan aku dah jaga dah masa tu. Chais!! meremang bulu tengkuk aku. Bila masa pulak aku dah bangun? Bila masa pulak si Khairol ada kat dalam bilik?? Bila buddy aku berdua tu balik, barulah masing2 buka cerita....Rupanya masing2 dah kena kacau dah....haha.
Paling dahsyat semasa kumpulan 2 siri 6. Start dari seorang wira Bravo kena sampuk, benda tu semakin galak menyakat. Semasa kumpulan 2, dorm wira hanya sampai L14 sahaja. Dorm L15 dan 16 dibiarkan kosong tidak berpenghuni. Acai pernah tersampang dengan perempuan berpakaian putih sambil mengendong anak kecil di L16, lepas tu beberapa orang pelatih juga turut pernah melihat lembaga itu. Waktu feveret dia buat catwalk kat depan dorm aku adalah semasa remang2 senja sebelum maghrib. Pernah juga kami bertiga terkunci dari dalam bilik, ingatkan pelatih yang pedajal kami, tapi bila dipikirkan balik....memang mustahil...
Seorang pelatih india pernah jumpa aku..dia kata dia terjaga pada pukul 2 pagi bila dia terdengar bunyi orang mandi di bilik air. Dia ingatkan aku yang mandi sebab aku memang suka mandi tengah2 malam, panas beb. So dengan konfidentnya dia pun pergi bilik air. Dia masuk saja, dia tengok shower terbuka, tapi aku takde. . Dia pun cari aku area tu sebab dia ingat aku main nyorok2. Bila dia tak jumpa aku, dia masuk balik than matikan paip air tu sebelum balik bilik nak sambung tidur. Dia baring je atas katil, tiba2 dia dengar balik bunyi shower di buka. Dia bangun balik dan masuk kembali ke bilik air. Dia tengok shower je terbuka, tapi aku tiada. Dia tutup balik shower tu. Masa tulah baru dia perasan...kalau aku mandi, sure ada kesan tapak kaki aku kat lantai, or ada sabun dan berus gigi ti tepi kolah. Tapi semua tu takde. Dan2 lah dia teringat aku balik weekend. Apalagi, langkah seribulah lari masuk bilik. Dari atas katil tu dia dengar balik macam ada orang mandi, mengigil dia atas katil. Lepas peritiwa tu, kalau aku nak mandi tengah2 malam aku akan pastikan si Khairol atau Acai temankan aku! Tobatlah aku nak mandi sorang2.
Kumpulan 3, pun tak kurang hebatnya juga dengan cerita2 mistiknya. Buat pengetahuan korang, dihadapan kem tersebut ada sebuah pulau kecil dipanggil pulau kerengga. Dari cerita orang2 kampung, pulau tu adalah tempat orang buang ancak dan tempat orang melakukan ritual2 yang mendatangkan perkara khurafat. kalau dah tepi laut, paham2 jelah...Tapi ada juga pelatih yang ilmunya baru setakat secawan air kopi, nak menduga makhluk2 disitu. Elok2 dia tak kacau, korang pergi kacau. Apalagi, bengang lah member tu. Dahlah pandai panggil, tapi nak pulangkan balik tak tahu. Pernah sekali tu, ada pelatih ni cerita kat aku sewaktu mereka balik dari bilik aku untuk " ambil ubat ", semasa lalu di L10 ( dorm ni pun spooky gak) salah seorang dari mereka terperasan macam group mereka ni dah terlebih. Macam ada orang lain pula yang ikut mereka. Bila dia tengok betul2, tuuu diaaa...barulah dia perasan salah seorang dari mereka ni tak berkepala! apa lagi!!! cabutt!!!!
Ada banyak lagi pengalaman mistik aku semasa aku di kem yang mula2. nantilah, kalau ada masa aku cerita balik.
Masuk kem ke dua pula, kurang sikitlah gangguan. Cuma salam perkenalannya, aku kerap jumpa rambut yang panjang macam rambut perempuan bersepah di tepi katil atau tepi bantal bila bangun pagi. Takkanlah buddy aku bawa masuk perempuan dalam bilik? Mula2 aku tak ambik port sangat sebab aku ingatkan maybe rambut wirawati yang tertinggal celah2 sarung bantal. Tapi lama2 aku perasan rambut tu akarnya masih basah lagi, bermakna rambut tu baru lagilah. Aku pun tanya pada si Azmil, Fazrul dan Eddy pasal rambut tu. Rupanya.....oooo baru aku tau rambut siapakah yang tercicir tu. Makhluk ni memang tak pakai syampu dan menjadi identiti suku sakat mereka dengan fesyen rambut panjang mengurai ala2 macam zaman bapak kita sewaktu era rockers dahulu. Sampailah artikel ni ditulis, selalu gak aku jumpa rambut tu waktu pagi. Bagi mereka yang pernah jumpa rambut2 ni, sure korang pun pelik kan? Kalau nak senang jumpa, pergilah kat PL 6,7 dan 8. Sure jumpa punyalah.
Pernah juga wira berbangsa cina ( aku lupa kumpulan berapa ) yang ternampak lembaga berpakaian putih turun melayang dari atas menara tali tinggi. Masa tu tengah azan maghrib. Sebab tulah kalau aku duty sebagai j.l bertugas dorm aku akan pastikan pelatih2 tak merayap keluar time2 maghrib. Bila dah meracau dan bertukar suara nanti menyusahkan orang je.
Mesti korang juga pernah terdengar bunyi locker korang dibuka tengah2 malam kan? Ataupun ada juga antara korang yang boleh tersampang dengan wirawati pakai loreng sedang lalu di depan katil anda sambil memakai pakaian loreng time orang lain tengah nyenyak tido. Atau pun korang ternampak seorang perempuan duduk di hujung katil anda tetapi mukanya tidak nampak, hanya kelihatan susuk tubuh dan rambut yang mengerbang tengah2 malam. Ada juga yang pernah nampak disebalik locker ada gulu2 bungkus sedang berdiri. ( pocong )...hihihhhiiii...Tu normallah. Aku berani jamin masa tu peluh ni dah macam shower kat bilik air keluar dah. pejamkan mata pun tak boleh tidur. Time tu jugalah rasa nak terkucil dan terberak semua ada. Kejutkan member hampeh je dia boleh bantai tidur.
Paling tak boleh tidur bila kita terjaga tengah2 malam. Toleh kiri dan kanan orang lain semuanya nyenyak tidor. Mata kita pula tak boleh lelap. Masa tulah macam2 bunyi kita boleh dengar. Takpun, kalau bernasib baik boleh nampak orang lalu lalang di tepi tingkap. Alahai....
Kena tindih tu, jangan ceritalah. Pasti ada yang pernah kena kan? Tapi paling top biasanya korang mesti selalu dengar cerita ada perempuan duduk di tepi birai katil waktu tengah2 malam.
Aku ingat lagi cikgu Faizah pernah cerita sewaktu dia bertugas sebagai pengawal malam besama dengan pelatih. Ada 2 orang wirawati ni cakap mereka ternampak kepala orang di salah satu dorm wirawati. Jadi untuk mendapatkan kepastian, mereka pergilah tengok sekali lagi. memang betul dari jauh dan samar2 memang ada kepala orang dengan rambut putih mengerbang sedang terapung2 paras2 tingkap. Rupa2 nya bukan kepala orang, tapi mop lantai yang disandarkan kat tepi dinding. Apolah....Aku rasa time tu cikgu Faiz ni lari lebih laju dari pelatih berdua tu. Hahahahahahaha Syabas Faizah, kalau ada cam aku sangup tengok 100 kali video kau lari pecut dan potong wirawati tu.
Dari segi saintifiknya, bila waktu malam/ bangun tidur minda kita time tu dipanggil minda bawah sedar. Mungkin disebabkan penat, kita boleh terpikir or bayangkan macam2. Yelah, orang tengah mamai...pokok pisang pun dia ingat hantu pocong. Bab kena tindih pun adalah mungkin kerana disebabkan urat2 dan otot2 di badan kita macam mengejang, so kita akan rasa macam badan kita jadi berat dan terasa macam ada makhluk sedang menindih badan kita. Kalau gabra time ni, boleh lemas dibuatnya. Tindakan paling baik adalah rilek, cuba bertenang dan try bernafas dengan betul, try gerakkan jari2 anda atau dagu. Insyallah nanti akan jadi normal balik.
Oklah, kalau diikitkan hati banyak lagi ni aku nak tulis. Kejap lagi aku nak menghadap TKL untuk persiapan latihan navigasi dan wirajaya. Lain kali aku akan tulis lagi post ni untuk episod ke-2. Eh...cuba korang tengok kat belakang ...HEEEEE HEEEEE HIIIIIIIIIIIIII
Hahahaha. pecah urat ketawa saya baca cerita cg. teringat geng2 dorm saya siapkan bahan prop pastu nampak hantu bungkus.
ReplyDelete