Wednesday, 6 February 2013

MEREKA YANG SUDAH PERGI.

Salam semua...
Asik cerita yang menjadi bahan gelak je kan? Dalam kita bergembira, kadang2 kita lupa pada sahabat2 kita yang sudah pergi. Bukan pergi jauh atau merantau, tetapi pergi yang takkan kembali, pergi dari alam fana ini. Sepanjang aku berkhidmat sebagai jurulatih dari tahun 2009, ramai juga bekas anak buah yang sudah meninggal dunia. Paling sedih bila ada yang betul2 rapat dengan aku.

Semalam ada seorang pelatih wirawati tanya, kenapa tak de cerita pasal kompeni Bravo. Aku sebenarnya cuba nak cerita sebab kalau duduk dalam Bravo memang sukses punyelah, bila dah separuh dari penulisan aku tak boleh teruskan lagi sebab masa nak upload satu pic ni, boleh terpandang wajah seorang pelatih yang pada aku cukup baik budi pekerti, tetapi apa boleh buat, Allah lebih sayangkan dia. beliau meninggal disebabkan kemalangan motosikal.  Al-fatihah buat Wira Noh.


Arwah Noh, berdiri sebelah kanan sekali.



Akhir tahun lepas, lagi seorang dari Kompeni Bravo juga meninggal dunia. Kali ni i/c skot wirawati Bravo Kump.3 siri 7/2010. Nabila. Arwah seorang yang cool je. Susah nak tengok dia down dan marah. Aku ingat lagi, dia cukup suka bila dia dapat tahu nama dia hampir sama dengan nama anak aku. Arwah nabila meninggal disebabkan jangkitan kuman dalam paru2 kalau tak silap. Didalam gambar di bawah adalah pic semasa upacara perlucutan pangkat bagi pemegang pangkat. Mej kamarudin ( Komandan kem sri ledang pada 2010 ) juga telah kembali ke rahmatullah kerana kemalangan morosikal dan selamat di kebumikan di Melaka. Arwah Komandan pada aku adalah seorang yang warak dan ramai yang segan dengan dia ni.


Al-fatihah buat mereka berdua, Arwah Mejar kamaruddin dan Arwah Nabila


Ada ramai lagi yang sudah meninggal dunia. Mendiang Winnie Eng (Sori kalau aku silap nama) dari kompeni Charlie kumpulan 1 siri 8/2011 turut terkorban kerana kemalangan di jalanraya sekitar Kulai pada tahun 2012. Aku tak rapat sangat dengan mendiang, cuma dia pernah join tim TTS dengan aku untuk persembahan penutup. Seorang yang happy go lucky dan senang bekerja dengan beliau.

Turut terkorban kerana kemalangan adalah seorang pelatih wira dari kompeni Delta kumpulan 1 siri 7/2010. Kalau tak silap nick arwah adalah kicap... Aku tak rapat dengan arwah, cuma kenal macam tu saja. Paling mengejutkan adalah pada akhir tahun 2012 kalau tak silap, pelatih yang paling di sayangi di kem sri ledang, iaitu Fitri @ Pening, Kumpulan 2 siri 8/2011 juga turut meninggal disebabkan kemalangan jalanraya. Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuan bapanya setelah basikal yang dinaiki dilanggar oleh kenderaan 4wd semasa beliau hendak pergi bekerja. Arwah Fitri sangat terkenal semasa di kem, siapa yang tak kenal beliau, Komandan, TKP, TKL, staf2 dan jurulatih semua kenal akan arwah ni. Sikap arwah yang tak reti duduk diam membuatkan kami dari rasa nak marah, tak jadi nak marah dibuatnya. Aku still ingat lagi ayat dia, rasanya tak ada lagi setakat ni mana2 pelatih yang berani jawab macam ni dengan aku.

AKU : KAU NI FITRI....PENING TAK HABIS2 LAH!! (MARAH NI)
PENING : SAYA BUKAN SEBARANG PENING CIKGU...SAYA PENINGKATAN!!! 
aku tak jadi nak marah....hehe


Boleh dikatakan semua jurulatih pada masa tu terkena dengan arwah ni. memang dah macam tu perangai beliau, kami pun tak boleh nak marah dah. Paling tak dapat aku lupa kalau ada senam robik, dia sorang saja yang joget lain dari yang lain. Kalau ditegur, kejap saja dia berubah. Adalah dalam 5 minit. 



nak cerita lebih panjang, hati makin sayu...Al-fatihah buat sahabat2 kita yang telah kembali ke rahmatullah...Al-fatihah















Monday, 4 February 2013

P.T OH P.T....LARI LARI, KITA LARI, BADAN BONGKOK, SEPARUH MATI..


TANJUNG PERAK...
TEPI LAUT...SIAPA SUKA...
BOLEH IKUT....
LARI LARI KITA LARI..
BADAN BONGKOK SEPARUH MATI...TANJUNG PERAK..
TEPI LAUT! TEPI LAUT!

Siapa ingat lagu ni lagi? hehe sure korang dah lupa punya. Tajuk post hari ni adalah P.T pagi. Takkan dah lupa kot p.t pagi? Rutin yang tak boleh tiada dalam jadual harian, celik je mata dah nak kena pakai baju p.t. lepas tu bersiap pula untuk turun p.t pagi. Bagi yang muslim, kena pergi solat subuh dahulu. Than baru turun p.t. ( non muslim akan curi masa, tidur kejap, dapat 15 minit pun ok)

Ramai pelatih yang tidak suka dengan p.t pagi. Aku masa cadet dulu pun menyampah dengan p.t pagi. Kena berlari sejauh 7km siap dengan pakai spike boot. Kalau buat statik p.t,tu dia....kena pikul balak. Baik berlari, tapi kadang2 kalau berlari datang p.t.i dah kena hayun lagi kat tepi jalan..azab..azab.. tu training cadet, PLKN taklah sampai macam tu pun. Lebih kepada kecergasan dan meningkatkan ketahanan fizikal serta mental mengikut standard biasa sahaja. Senang cerita, light p.t la.

Kalau aku yang conduct p.t pagi by kompani, aku lebih suka bawa berlari. Berlari dalam kumpulan melatih sikap kerjasama dan brotherhood. Pada aku tak guna lari berterabur macam anak ayam, lepas tu pelatih yang slow ditinggalkan belakang. Memang tak patut...kesian member2 yang BOB tu tertinggal sorang2 kat belakang. Tiba kat dewan makan pun kadang2 orang dah siap makan. Kawan2 yang fit dah jauh kehadapan, nampak wirawati lagi la laju dia lari. Tu namanya sikap pentingkan diri. So better kita lari dalam kumpulan, rentak kaki pun sama, bagi support, takda yang advance, takda yang tercicir. Nabi pun pernah cakap, berlari, memanah dan berenang adalah bagus untuk jasmani. Dalam modul PLKN, hanya berlari yang ada, so itulah cara terbaik yang boleh meningkatkan kecergasan jasmani..Tu pada akulah.

Dan kalau k.j suruh aku conduct p.t untuk semua company, ( static p.t di padang kawad) pun aku suka juga. Lagi best sebab dari situ kita boleh lihat siapa pelatih yang ada semangat dan sebaliknya. Ingat lagi game " DO THIS DO THAT" ? Tapi selalunya memang p.t yang mengeluarkan peluh la aku bagi. Takkan umur 18 tahun nak buat pushup 2 kali dan pt10 2 kali je kot...Bukan apa, untuk kebaikan pelatih juga. Barulah mantap!! Barulah badan yang berat 75kg bertukar menjadi 57kg.

Waktu p.t pagi juga bermacam2 perangai aku jumpa. Bagi yang malas nak buat p.t tu, sure akan mintak excuse taknak join p.t pagi walhal takdelah terok mana pun. Demamlah, selsema, batuk, sakit kaki, sakit perut adalah alasan biasa yang diberi. Yang peliknya, bila ada acara menyanyi atau joget, sihat pulak kau! haha...Tapi ada juga alasan tak masuk akal dan tak munasabah. Kelakar pun ada kalau dengar alasan ni.

Aku ingat lagi, ada seorang pelatih wirawati ni pernah cakap kat aku p.t tak elok dibuat pada waktu pagi dan tiada matahari. Sebabnya semasa kita melakukan p.t, kita memerlukan oksigen yang banyak, waktu pagi  tiada matahari, so pokok2 ni tidak bernafas (mengeluarkan oksigen ataupun dipanggil proses fotosintesis). Maksud dia, oksigen ni kurang time waktu pagi...ADOOOIIII..hmm intake mane lah tu kan? hehehe.

Ada juga yang dengan selamba memberi alasan baik punya. " cikgu saya mengantuk, di rumah saya bangun tidur pukul 11 pagi. Saya mahu balik tidur boleh?" wow!! memang hebat! ( Wirawati ni bagaimanapun berubah, nyaris2 jadi wirawati terbaik..). Kerap juga waktu p.t pagi Ketua Jurulatih yang ambil. Selalunya mesti ada kes atau permasalahan yang ditimbulkan oleh pelatih sendiri seperti datang lambat atau sebagainya. Sure berpeluh sampai berliter-liter buat p.t dengan k.j. Lepas tu penuhlah medik dengan pelatih yang kononnya jatuh sakit. Setakat sakit2 otot tu, normallah. 2 atau 3 hari memang otot kaki, peha dan tangan akan sakit2. Nanti lepas tu mesti ok punya. Badan pun jadi semakin ringan. Mana yang tak tahan mental boleh jadi gaduh dengan rakan2 yang lain. Walhal benda kecil je, pun nak diperbesarkan.

 Kebanyakan pelatih tidak berminat dengan p.t pagi semasa fasa awal latihan. Maklumlah, di rumah mana pernah nak buat exercise pagi2 buta ni. Yang macam kejutan budaya pun ada juga. Walaubagaimanapun, latihan tetap kena ikut. Nak tak nak mereka akan ikut juga walaupun dalam hati memang tak ikhlas. Waktu hujan adalah sangat2 diharapkan. Kalau hujan turun, tiadalah p.t. Cuma kadang2 buat p.t di dewan makan. Fuhh..selamat tak kena pergi joging..

Bila masuk sahaja pertengahan laihan, barulah ada yang suka ikut buat p.t pagi ni. Bukan setakat kena berlari, ada bermacam-macam permainan ataupun dipanggil r.t games. Rat n Rabbit ke, Sungai Acid, dan bermacam-macam lagi permainan yang menarik. Kadang2 ada sesetengah kem yang melakukan aktiviti Senam Seni Malaysia dan Senamrobik. Difasa petengahan latihan ada banyak aktiviti yang memerlukan ketahanan fizikal. Diperingkat ini kita boleh lihat, siapa yang belit p.t dia akan lembik dan tak agresif. Wira pula biasalah, sebab lelaki dijadikan mempunyai sifat ego. Bila kat dorm dia tengok member boleh buat pushup, mestilah dia pun nak try gak. Jatuh maruah kalau setakat pushup 2 kali pun dah pewai.  Kalau anda ingat kembali, wira time tu semua akan cuba membina muscle mereka. yelah, muka pun ada market, sure wirawati suka punya. Ceh..hehe. Masa kat PLKN boleh la berketak badan, bila keluar je...hmmm. KELAUTTT!!!

Sebenarnya, p.t pagi ni amatlah penting. Disebabkan aktiviti fizikal banyak menggunakan pergerakan fizikal, p,t pagi tidak boleh dipandang ringan. Contohnya untuk kembara halangan, kalau tak cukup fit, macamana nak menang pertandingan kan? Bila dah kalah tak boleh terima pula keputusan, ler...cam tu pulak dah. Fizikal tak fit, mental pun tak fit juga. Begitu juga dengan aktiviti menembak senjata M16. Kalau tak fit, macamana nak pegang senjata dengan kemas? Bila badan dah fit, barulah senjata tu tak melilau ke kiri dan kanan. Barulah boleh menjadi jaguh menembak. Ni bila dapat markah 0-0-0-0-0 habis semua disalahkan, senjata tak baiklah, papan target tak betul, peluru tiada kualiti, j.l salah kira markah dan sebagainya.

Ketahanan mental....ramai yang tak tahan mental bila p.t pagi. Bila buat pt 10 tak sama, maka ramailah yang mula menyalahkan rakan2 lain, macamlah dia dah bagus sangat. Bila dia yang buat silap tahu pula diam. Kan? Tambah mental bila kena pula push-up ( korang panggil pumping..apa punye term la..haha) tak banyak manapun. Cukuplah setakat lima pushup maka berkerut lah kening wira dan muncung wirawati akan jadi sedepa panjangnya. Bila dah berada di pertengahan fasa latihan, sure korAng akan rasa bangga bila dapat buat pt10 dengan serentak. Tak kiralah 3 kiraan 1 sebanyak 5 kali mahupun sebanyak 20 kali. Begitu juga dengan pushup, seatup dan yang lain2, cakap sahajalah berapa pasti kamu dengan confident boleh buat proper punya. Sebabnya? badan dah fit..Apa ada kisah. kacang je buat. Bleep test pun sure boleh atas 5.

Sebut latihan push up ni, aku ingat lagi. Bila aku tanya " o.k wira berapa push up kamu nak? " mesti jawapan dari pelatih.." 2 cukuplah cikgu."
" ok, latihan push up sebanyak 2 kali, hukuman dari saya, perbuatan dari anda.." maka kiraannya, selepas satu bukan 2, tapi 1.1, 1.2, 1.3, tiba 1.9 lepas tu bukan 2.0, tapi 1.10. " Adoiii cikgu ni bila nak abis kira macam ni!!"    hehehehe. mesti menyesal, baik mintak 10 terus. Gurau je, aku tahu korang boleh buat. Sebab korang memang MANTAP!

(Aku tak boleh lupa ada seorang wira tiba2 mengadu perutnya sudah pecah. So dia taknak buat latihan pushup. Tapi bab makan..kuih orang time minum petang pun dia sebat. haha.)

Sekarang semua tu tinggal kenangan. Kenangan manis yang disimpan didalam lipatan memori. Mungkin masih ada lagi pelatih yang terngiang-ngiang lagi suara jurulatih semasa p.t pagi. Rindu kan?
 Sekali seumur hidup. Anda telah membuktikan anda berjaya menempuh dugaan disepanjang latihan. Maka tidak mustahil juga untuk anda berjaya menempuh halangan hidup pada masa akan datang. Syabas kepada wira dan wirawati!

PT10!!   3 KIRAAN 1 SEBANYAK 10 KALI.....LATIHAN MULA!!!


Sunday, 3 February 2013

CINTA KONTRAK

Siapa yang tak pernah jatuh cinta kan? Normal untuk manusia ingin rasa dicintai dan ada kehendak untuk mencintai seseorang.  Sepanjang aku kat PLKN, pun tak lekang dari kisah2 cinta pelatih2 ni. Aku tak halang kalau mereka nak ada hubungan tetapi biarlah berpada dan ada batas @ hadnya. Mana tak aku naik angin kalau jalan pun asik nak berkepit, duduk makan pun nak semeja, buku nota penoh dengan surat..Tetapi aku sedar Siapalah aku nak sekat naluri manusia yang indah ini. Macam aku taip tadi, biarlah ada batasannya.

Aku berani jamin, post aku kali ni pasti ramai yang akan baca. Ok berbalik pada tajuk, Program latihan tak sampai 3 bulan, tapi ada yang bercinta bagai nak rak. Kadang2 kami pun pelik macamana ada sesetengah pelatih ni yang sangup menyerahkan hati dan melahirkan rasa cinta ( cheewah ayat!! ) dalam masa yang singkat. Adakah cinta pandang pertama? Atau wira dan wirawati just sekadar nak isi kesunyian didalam hati. Sampaikan ada kes yang aku jumpa, awek dia kena histeria dia pun ikut kena histeria jugak!...adooooiiiiiii..Istilah cinta kontrak ni wujud sebab bila tamat sahaja latihan,  HOT COUPLE ni akan berpisah begitu sahaja dan membawa haluan masing2.

Setiap kali kumpulan baru masuk, fenomena cinta kontrak ni tetap akan berlaku. Cuma skrip dan watak sahaja yang berubah, jalan cerita tetap sama. Wira paling laku selalunya mestilah penghulu, tak pun ketua wira. Selalunya individu yang menyandang jawatan ini memang mempunyai kriteria yang hebat, ye lah..ketua segala ketua kan? selain dari pandai untuk control situasi, glamour sebab semua orang kenal, kerap jugalah wirawati akan cop wira yang berpangkat penghulu ni HOT dan MASKULIN. kan? kan?

Penghulu ni pun, surelah akan pilih wirawati yang top punya. Takkan nak cari yang...errr apa aku nak taip ye..hehe. Takut nanti ramai bekas wirawati yang kondem aku. Dah 13 kumpulan aku terlibat, dari 13 kumpulan ni hanya penghulu kumpulan 3 siri 7 je yang tak layan wirawati. Faktornya? korang tanyelah sendiri intake mereka.

Wirawati paling cun pula akan menjadi rebutan wira2. Yelah, orang cantik..semua orang pandang. Ada juga sesetengah wirawati yang cun ni tak layan wira2 sampailah tamat latihan. bagi wira yang berjaya menawan wirawati cun ni, mereka akan bangga, Best Man Win beb. Lepas tu karekter mereka akan berubah. Jadi cemburu tak tentu pasal. Sampaikan kalau awek dia bersembang dengan member wira yang satu kompani pun nak di belasahnya budak wira tu. Itu belum lagi dengar ada wira lain yang beri surat atau tuju lagu pada buah hatinya, sure leh jadi peperangan antara kompeni punyalah.

Ada gak kes kronik melibatkan pelatih yang mabuk bercinta ni. Sampai kan ada yang kena ugut nak disandingkan barulah slow aktiviti mereka yang nai asik berkepit. Kawan2 lain pun dah meluat. Aku pun naik pelik kadang2 dengan wira2 ni, pantang ada wirawati senyum....dah cair. Habis segala cerita taiko Kluang lah, pegang bandar J.B lah, pungut duit perlindungan, selalu masuk lokap...hancur semua cerita tu bila ada wirawati yang swwweeeetttt mengayat mereka. Terus tukar kaler, warna merah dah jadi pink!! kadang2 dalam locker siap ade bunga lagi. Muka ganas, badan berketak, main rugby, tapi jiwang daa... Tapi ada bagus juga, locker jadi kemas, baju selalu wau wangi, rajin turun surau, tak isap rokok..disebabkan menurut kehendak jantung hatinya..owh, cinta itu mampu merubah donia...hehe.

Pernah sekali tu, seorang wira didenda berlari 2 kali padang kawad sebab lambat, alih2 seorang wirawati ni menangis. Ler...siap teresak esak nangis, ingatkan dah kena histeria atau sawan. Rupanya tak tahan lihat orang kesayangan kena denda. Ada juga yang sangup berkongsi air atau sponser couple kalau beli barang kat koperasi. Paling gempak ada wirawati bergaduh berebut wira yang machuurrr ni walhal wira tu layan biasa je kedua-dua wirawati nih.

Paling untung, off course le posmen. Segala cerita siapa yang couple dengan siapa semua dia tahu.Kadang2 posmen ni hidup mewah sebab disponser makan cikedis dan air 100 plus oleh couple2 berkenaan.  Aku pernah dapat tangkap seorang posmen ni yang handle 3 orang couple sekaligus! Tapi kadang2 aku kesian gak posmen2 ni, macam penonton cerita winter sonata pun ada. Dia jadi posmen, tapi dia pulak yang takde siapa nak. Paling kelakar, kadang2 posmen2 ni pun turut kena tangkap, than kena siasat bila ada couple kantoi berdating. Yelah, selalunya posmen ni ikut gi teman mereka berdating.

Semasa hari lawatan keluarga, maka ramailah wira atau wirawati yang akan memperkenalkan pasangan masing2 pada keluarga mereka. Jurulatih dan pengurusan awal2 dah beritahu, keluarga hanya boleh melawat pelatih sahaja, bukan kawan2 pelatih yang lain. Eh ada juga yang gi bawa couple masing2 untuk sesi temuduga dengan mak ayah. J.L pun apa lagi, ketap bibir la menahan geram. Tu yang kadang2 bila selesai lawatan keluarga tu ada yang kena sanding. Bukan apa, bila ada yang buat macam tu, apa kata keluarga pelatih yang lain pula. Takut nanti PLKN ni dikatakan tidak tegas dan terlalu open dalam bab pergaulan. Bila kurang kawalan dan tidak ditegah dengan cepat, nanti takut ada yang panjat ke dorm pelatih wirawat. Tak pasal2 cikgu2 dapat cucu.


Sebelum terjadi perkara yang lebih lanjut kami akan membendungnya dari awal. kes macam ni bukan boleh dibawa main2. Pernah dulu aku tengok kes wirawati dan wira ni ditangkap semasa sedang berdua-dua an didalam surau. Dahlah kena tangkap dating, kat dalam surau pula tu...malunya...

Aku paling suka kalau terjumpa buku2 pelatih yang tertinggal. Komperm dalam tu ada surat cinta punya. Siap main pasing2 lagi ye? Buku yang kerajaan beri dibuatnya macam email. Surat dari awal perkenalan sampailah hari kantoi selalunya turut ada. Sepatutnya didalam buku nota itu penuh dicatit segala ilmu2 yang diberi. Bukannya luahan perasaan rindu dendam tu. Habis penuh buku nota dengan nota2 cinta. Mama cayang Papa lah, Hubby rindu Baby lah,..haaa pening! Paling kelakar ada gak ayat2 wira yang tulis minta simpati, cakap dia sakit dan tak berapa sihat. Walhal kat dalam dorm tak tidur, bersembang sampai pagi. Takpun isap rokok kat toilet. Sihat je terkinje kinje. Si wirawatinya dah risau, kadang2 aku perasan ada wirawati yang asik dok perhatikan wira semasa didalam kelas. Tak ke mengganggu...kita sibuk mengajar di depan, dia pula main2 mata.

Kelakar juga tengok couple2 ni menangis time nak balik cuti semester. Hehe, alahai, cuti baru 4 hari tapi macam dah nak berpisah lama. Wira balik ke J.B, Wirawatinya pula balik ke Melaka. Mau tak meleleh air mata.

Tamat sahaja latihan, dalam FB semua dah update status. Married la, engage lah. Tapi kebanyakannya hanya sementara. Siapa yang minta putus dahulu tak pula diketahui. Aku pernah tanye seorang wirawati ni, apa dah jadi cerita cinta mereka..jawab dia.." Dia dah mampos cikgu! kalau cikgu sebut lagi nama dia saya block cikgu!" mak aih...ari tu masa tamat latihan siap cakap kat aku lagi, jangan lupa datang majlis pertunangan mereka. Adoiiii. Ada juga yang sebenarnya sudah ada kekasih di luar. Yelah, kat dalam latihan mengaku single lagi. Bercouple semasa latihan hanya sekadar kontak 3 bulan. Tamat sahaja latihan, maka tamatlah hubungan cinta mereka. maka tertonggenglah pasangan yang ditinggalkan..hehehehe. (sure ada yang tersengih baca ni )

Tetapi ada juga pelatih yang mengakhiri hubungan cinta kontrak mereka dengan ikatan yang sah. Tahniahlah, sori kalau tak dapat datang ke majlis anda. Ni barulah cinta sejati kan? Macam yang saya taip diatas, saya tak menghalang kalau ingin bercinta, sebab saya tiada hak atau kuasa nak menghalang naluri manusia..cuma biarlah berpada dan ada batas. Ni kalau menyusahkan semua pihak, memang nak cari nahas. Sebenarnya adalah satu kesalahan jika ada pelatih yang bercinta semasa dalam latihan.

Rasanya post kali ni...memang panas. Owh Melletopp!! Apa2 hal, saya minta maaf terlebih dahulu andainya ada menyinggung perasaan anda. Tetapi percayalah, bukan anda seorang sahaja yang menghadapi situasi seperti di atas. Remaja, berdarah panas walaupun specis mamalia..normal la tu. Mana yang buruk, jadikan pengajaran dan simpan elok2 dalam memori untuk dibuat rujukan. Pengalaman mendewasakan kita. Bila korang dah tua nanti, sure korang tergelak balik bila ingat2 cerita cinta kontrak korang tu. Bak kata Siti Nurhaliza......PERCAYALAAAAHHHH>>>>>......

















L15...ROOM SWEET ROOM


Kalau dah jadi jurulatih ni, mestilah ada yang kena jadi warden untuk setiap dorm kan? Aku duduk di bilik warden dorm L15...betol2 hujung cerok. Kalau balik makan, tiba kat dorm dah lapor balik. Kalau tertinggal barang, baik tak payah balik, sure penat. Aku duduk bilik ni dengan Khairol dan Khuzairi. Dua2 ni orang lahabau..Melaka la. Best duduk dengan mamat dua orang ni. Cool je. Khairol ni jurulatih fizikal macam aku gak. Khuzairi @ Acai jurulatih multiskill.

Kalau aku nak cerita bilik ni lah, sure korang tak percaya. Aku berani cakap takde orang nak duduk bilik tu bertiga. Bilik ni unik sikit sebab ada line court bola takraw. Tak percaya kan? sebab bilik L15 didirikan dari tapak court takraw dan badminton. Huh sabooo je lah. Kipas bilik aku pun best, hanya 3 bulan je berpusing, tamat je kumpulan 1 siri 6 terus kipas tu pun turut tamat perkhidmatan. Tiap2 minggu buat laporan kat operator, tapi.......

Paling perit kalau time hujan lebat. Air boleh bertakung kat dalam bilik. Nasib baiklah si Khairol dan Acai  sudi mendermakan sebahagian nafkah untuk beli tikar getah. Kalau tak sure kaki kiteorang kat dalam bilik tu kena ulat air. Bilik kiteorang pun special dari bilik2 warden yang lain sebab takde bilik air. Nak mandi kena share bilik air dengan pelatih. Hadoih seksanya. Tapi seronok gak mandi dengan pelatih ni. hahahaha
kalau bilik air tu, mula2 memanglah mereka bagi kita masuk dulu masa mereka baru melapor. Tapi bila dah lama2, pelatih pun dah biasa dengan kita.. situlah duduk belakang ambik turn..saboo je la.

Masa kumpulan 1 siri 6, pelatih penuh sampai L16. Memang ramai. Aku duduk dengan Delta Kompani. Best gak Delta ni, kepala sempoi dan senang dengar cakap. Aku ingat lagi, Sinyu, Montel, Sopi, Balau, Shawn....Paling kitaorang suka usik mestilah Sinyu dan Sopi. Mau pecah perot kalau buat sembang. Jawapan diberi memang jujur keluar dari mulut. Tapi Sinyu la paling best, nak tau kenapa dipanggil Sinyu? tanyalah delta yang menetap di L15 dan 16 khususnya. HAHAHAHAHAHAHA.

Aku paling tak dapat lupa bila kejadian kambing masuk kem. Haru dibuatnya. Kalau tak silap masa tu baru habis solat asar dan hari sabtu. Aktiviti memang takde, so ramai pelatih yang buat pentadbiran sendiri. Tengah aku syok tido, leh dengar kecoh2 dari bilik L15. Sekali kambing lompat atas katil da...Budak2 delta pula harap je ramai. Cerita nak jadi komando lah, nak masuk Para lah, Paskal lah, badan semua dah berketak-ketak, muka dah ganas macam geng 40 penyamun...tapi kambing sesat macam tu pun takut nak tangkap. Kalau kambing jantan kire ada logik gak takut kena tanduk, ni kambing betina bunting dah nak beranak. Kecoh semua, tangkapnya tak gak. Sampai kambing tu masuk dalam dorm. nasib baiklah ada si Sopi. Dia ni kat kampung duduk dengan atok dia dan atok dia memang penternak kambing berjaya. nak harap kan yang lain macam Sinyu dan Montel...KELAUT LA KAU!!!!

Masuk je kumpulan 2 dan 3, tiada lagi pelatih yang duduk dorm kami. Sunyilah dorm kami dari hiruk pikuk pelatih. Tiada lagi bunyi jam loceng Shawn dan tiada lagi dengar suara Sinyu halau kambing2 yang masuk ke dalam kawasan kem. Boring sikitlah. Tapi depan dorm aku tu selalu juga jadi port pelatih kiwi kasut, kadang2 jadi port untuk sesi temuduga kantoi rokok...hehehehe.

Banyak kenangan di L15 tu, walaupun biliknya buruk, tapi aku happy duduk dengan kawan2 aku. Ada juga kejadian2 angker kat situ. Kena kacau tu adatlah, bukan setakat kena kacau je, kena pedajal dengan benda2 halus pun pernah. Seram tak usah cerita la. Siapa2 yang duduk di situ sure tahu cerita ni. Aku pun bukanlah nak suruh korang percaya benda2 tahyul ni. Tapi tulah hakikatnya. Nak2 dorm L16, dorm paling hujung dan jarang orang duduk. Paling kerap nampak Acai.
Dorm lain pun kerap ada gangguan. Semasa Kump.2 Siri 6, aku ingat lagi. Time tu  aku baru je balik dari cuti kahwen, O.C Bravo berlari dapatkan aku dan kawan baik aku Cikgu Ali. Rupanya ada pelatih kena sampuk. Hampehlah, beg pun belum sampai kat bilik dah nak menghadap masalah. Tiba di L5, Bravo Kompeni punya bilik aku tengok pelatih aku ni dah meracau dah. Ada jugalah beberapa orang pelatih yang sedang bersilat, ada yang tengah azan, ada yang baca yasin dan ada juga yang tengah baca yasin tapi surat yasinnya terbalik. Maybe sebab semua takut. Kuat betul pelatih yang kena sampuk tu sampaikan 4 orang wira yang pegang tangan dia pun boleh terangkat dibuatnya.

Nasib baiklah si Ali ni tahu nak control situasi. Setelah proses "slow talk" dengan makhluk halus tersebut, barulah tahu punca masalah kenapa Wira tu kena sampuk. Rupa2nya dia dah ambik kulit siput mainan anak jin tu. Malam tu juga Ali pergi pulangkan ditemani R.S.M. Masa tengah duduk tunggu Ali tu, jin tu ada lagi dalam badan pelatih tersebut. Timbullah idea nakal aku nak pedajal budak2 ni.

"KAU MEMANG DUDUK SINI KE? "

Jin tu hanya anggukkan kepala dan tersenyum.

"KAU YANG SELALU MELILAU KAT DORM AKU TU KE? KAU ADA ANAK KAN?"

Lagi sekali dia hanya menggaukkan kepala sahaja dan tersenyum sambil matanya terpejam rapat.

"AKU RASA, KAU PUN SELALU MERAYAP MASUK DORM BUDAK2 NI KAN? KENAPA?"

"HMM..SEBAB AKU DAH SUKA BUDAK NI." jawab jin tu.

"BAGUSLAH KALAW MACAM TU, AKU NAK KAU BAGI TAHU KAT AKU SAPE BUDAK2 DALAM DORM NI YANG ISAP ROKOK DAN MAIN JUDI. BOLEH?

Tapi malangnya jin tu taknak baeri kerjasama yang baik. Taknak pulak dia cakap siapa. Asik senyum je. Lepas pelatih tu sedar, kami semua panggil pelatih tu dengan nama MAK NYUM..hehe
 Kem pun tepi laut, surelah banyak jumpa benda yang pelik2. Tunggu episod akan datang, insyallah aku akan ceritakan kejadian2 angker di kem T.S.

Hobi kami bersama pulak, kalau perot dah lapar pada waktu malam mesti kami pakat2 masak maggie kat luar bilik. Walaupun duduk tepi laut dan angin menderu deru, waktu malam taklah sesejuk mana pun. kadang2 boleh bukak baju lagi. Sambil dilimpahi cahaya lampu jalan, dengan bulan dan bintang, dan angin laut...memang best lepak luar bilik sambil minum kopi atau nescafe. Aku rindu time2 macam ni. Dorm tu memang membawa sejarah dalam hidup aku. Rindu L15......dan suara Sinyu..haha


FIRST COMPANY....THE RED ALPHA.


Ok sambung balik cerita  pengalaman aku dengan first company aku, alpha company. Mula2 tu memang agak susah la nak train dieorang belajar kerjasama. Sebab ramai yang nak tunjuk pandai dan boleh memimpin. Sambil tu aku try juga selalu sedarkan pelatih yang berpangkat ni mengenai tanggungjawab dan tugasan mereka. Dari mulut jurulatih2 yang lain, ramai yang cakap aku ni " straight " sangat dengan pelatih. Tapi ada juga kalangan jurulatih yang beri support kat aku. Pada aku, setiap jurulatih tu ada cara mereka tersendiri untuk mencapai matlamat yang sama. Aku pula dengan cara aku. Straight bertempat lah, masa bergurau tu tetap ada. Nanti tension pula pelatih. Aku sedar ramai yang tak suka dengan cara aku pada peringkat awal. Bila dah masuk pertengahan latihan, masa itulah mereka akan tengok perbezaan antara mereka dengan kompani yang lain. Ada satu standard perbezaan yang ketara akan dilihat. Baik dari segi disiplin mahupun dari segi kerjasama.

Aku juga sedar mereka ni bukan askar nak train hard. Apalah, keras sikit semua dikatakan latihan macam askar. Terus terang aku cakap, apa yang pelatih kena tak sampai 20% macam aku kena masa aku cadet dulu. Jauh sangat levelnya. Wira Alpha kompeni ni pernah merungut dengan aku sebab aku kurang nak bergurau senda dengan mereka. Masa tu kalau tak silap aku, minggu ke dua mereka di kem dan waktu tu kami sedang take 5 ( rehat kejap) dari berlari ke jambatan. Kemudian lalu kompeni lain dihadapan budak2 wira ni. Aku pun tanya wira Alpha,

"KORANG NAMPAK TAK KOMPENI XXXXX TU LARI TADI? APA PERBEZAAN ANTARA KOMPENI KAMU DENGAN KOMPENI TU?"

Masing2 diam, aku tahu mereka ada jawapan mereka cuma mungkin takut nak bersuara.

KAMU, BOLEH BERLARI DALAM KUMPULAN SERENTAK SAMBIL BERTERIAK KIRI KANAN KIRI. MEMANG SAYA SENGAJA TAK AJAR KAMU BERLARI SAMBIL NYANYI. SEBAB NANTI KAMU AKAN BERTERABUR. STEP TAK SAMA, TU YANG NAMPAK BERSERABUT. TAPI PAGI NI KAMU PERASAN TAK KAMU BERLARI DENGAN CANTIK DALAM SATU KOMPENI. ITU TANDANYA DAH ADA KERJASAMA..

Perjalanan balik ke kem pagi tu, aku ajar mereka lagu " Tanjung Perak ". Lagu ni biasa budak2 cadet nyanyi sambil buat base run. Start dari hari tu, aku tengok pantang ada game, semua dieorang bolot. Semangat macam tulah kita nak kan? No pain no gain, no scar, no proud. Hehehehe

Paling best, apabila mereka menang pertandingan kawad kaki. Walaupun keputusan ni amat kontroversi, tetapi kalau dilihat dari video memang nampak perbezaannya. Saingan memang hebat, aku pun tak sangka Alpha boleh menang. Tambah pula i/c skot wiranya alahai....paling sihat. Si Acap. Aku mula-mula ingat Delta  yang menang. Sebenarnya, banyak kenangan manis aku dengan Alpha ni. Walaupun geng2 panjang ni nakal, selalu timbulkan masalah, tapi aku tak boleh lupa bila aku tanya dia.... "Ade hisap rokok tak? tak baik tipu aku..." Alih2 meleleh air mata, lepas tu merajuk dengan aku tak nak bersembang lagi dah. Mak aih...cerita kat Kluang kaulah taikonya..hahahahaha. Tu tandanya, blues gak kau walaupun gonjeng.

Birthday aku dengan Alpha...memang aku takkan lupa sampai bila2. Aku ni memang selalu lepak kat dorm L3 sebab aku rajin berborak dengan si Atok. Tiba2 datang si Acap kalau tak silap, dia mengadu kat aku si Tiger isap rokok kat toilet. Aku ape lagi..hangin la satu badan!! berani dia isap rokok time aku lepak dorm dia. Ni dah di kira kes pijak kepala ni. Aku masuk je bilik air......tu dia....tak boleh lari dah..kiri kanan dieorang attack aku. SRAWWWW!!! SRAWWWW!! happy birthday cikgu!!! lencun basah baju dengan kain pelikat. Tak cukup dengan tu, habis sabun, syampoo semua lumur kat kepala aku. Nak marah tak guna dah, redha je la....cerita tu tak habis disitu sahaja. Esoknya semasa program AADK diaorang boleh lambung aku atas pentas, sikit lagi nak kena bumbung. Malam kedua kena lagi dengan wirawati, putih muka aku ditepek bedak. Dieorang sayang aku...tu yang bagi bedak tu. Ni aku tau project Acap dengan si Acai ( Cikgu Khusairy) roomate aku.







Setelah berhempas pulas menaikkan nama kompani, akhirnya mereka dapat apa yang mereka nak. Gelaran best company jatuh ke tangan Alpha. Bak kata pepatah Melayu, kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya. Aku just tumpang bangga saja. Bukan aku yang buat mereka berjaya, tetapi diri mereka sendiri. Aku dengan rakan2 jurulatih yang lain hanya tunjukkan jalan sahaja. Menjadi kompeni terbaik hanyalah bonus pada mereka. Yang penting, sepanjang latihan mereka sudah menunjukkan peningkatan prestasi dari masa ke semasa dengan cemerlang. Hari ini lebih baik dari semalam dan sebelumnya. Mereka sudah belajar untuk mengenali potensi diri, kebolehan lain dan lebih berkeyakinan dari sebelumnya. Pada Alpha kompeni, diharapkan pengalaman kamu di kem menjadi bekal untuk kamu semua menempuh perjalanan hidup. Kamu pernah buktikan kamu mempunyai potensi yang hebat. NEVER SAY I'M GIVEUP!!!!








Saturday, 2 February 2013

KUMPULAN 1 SIRI 6/2009..BERMULANYA SATU ERA



Banyak kenangan aku dengan budak2 pelatih kumpulan ni. Aku ditempatkan didalam kompeni Alpha. Yes! dapat same kompeni macam aku kat KTL dulu. Ketua jurulatih Kompeni pula adalah Cikgu Sohaini. Tapi kami kat kem sana kadang2 panggil dia orang tua Soh je..haha. Pencen PW2 kalau tak silap dan unit sebelum ni adalah KKD ( Kor Kesihatan Diraja ) atau dalam askar kami panggil medik je. Orangnya suka berseloroh, paling best pandai saiko orang lain, sampaikan aku pun jadi bengong dan kompius dengan idealogi dia ni. Tapi memang seronok berkawan dengan Cikgu Soh, orang banyak pengalaman katakan....

Cerita pasal Orang Tua Soh ni, aku ingat lagi dia kenakan beberapa orang pelatih yang KEREK sikit walaupun level jahil yaaa amat. Lebih kurang beginilah soalan maut yang buat budak2 ni terpinga.

CIKGU SOH : OK WIRA, SAYA NAK TANYA KAMU SEMUA...BABI HARAM TAK?
WIRA PERASAN BAGUS : EH HARAM LAH CIKGU, TAKKAN LA TAK TAU LAGI.
CIKGU SOH : TAPI KALAU SAYA CAKAP ADA PART BABI TU YANG TAK HARAM?
WIRA BUDGET PANDAI : HUISH CIKGU NI, CIKGU MACAM DAH SESAT JE?
CIKGU SOH : HAA TU LA KORANG TAK TAU, SEBENARNYA ADA PART @ ANGGOTA BABI YANG BOLEH KITA MAKAN SEBAB DAH JADI HALAL. KORANG TAU TAK DOMOI BABI? ALAA IDONG DIA TU LA...
WIRA PERASAN BAGUS : HAH? MACAMANA PULA CIKGU KATA IDONG DIA TU BOLEH DIMAKAN PULA? KAN SEMUA PART BABI HARAM DIMAKAN. MENGARUT LAH CIKGU NI.
WIRA BUDGET PANDAI : CUBA CIKGU EXPLAIN KAT KITEORANG DENGAN DETAIL.
CIKGU SOH : OK MACAM NI...BABI NI DIA MAKAN CACING. KALAU NAK MUDAH CARI CACING, BABI TU KENA CARI KAT YANG ADA LOPAK AIR. SEBAB TANAH SITU SURE LEMBUT. LEPAS TU, DIA KENALAH ASINGKAN ANTARA CACING DENGAN TANAH, SO BABI TU KENA PERGI KAT AIR BERSIH PULA UNTUK RENDAM IDONG DIA YANG PENUH DENGAN TANAH DAN CACING TU. HAAA KAN BABI TU DAH KENA AIR TANAH SEKALI, DAN KALAU DIA CELOR HIDONG DIA KAT AIR BERSIH 6 KALI, MAKSUDNYA SECARA AUTOMATIK HIDUNG DIA DAH DISAMAK. KAN? KAN?
MASA NILAH KITA BOLEH POTONG HIDUNG DIA, LEPAS TU BOLEH MAKAN!

Aku tengok muka2 pelatih semua dah berkerut...hahahaha. Ada juga yang mengangguk angguk macam setuju. Tiada sorang pun yang berani nak lawan fakta sesat tu.

PELATIH LALANG : EH BETOLLAH...ADA LOGIK TU. CUBA KORANG PIKIR BALIK..
CIKGU SOH : HAH KAU WIRA, MACAMANA? ADA LOGIK TAK FAKTA SAYA?
WIRA BUDGET PANDAI : YE... KOT...(sambil menggaru kepala botaknya)

Kelihatan muka masing2 bertambah kompius. Tak lama lepas tu Cikgu Soh pun memulakan sesi penggulungan, siap ada pakej tazkirah lagi.

CIKGU SOH : HAA INILAH ANAK MUDA SEKARANG, SAYA PUTAR AYAT SIKIT SEMUA DAH TERPENGARUH. KORANG NI CAKAP JE GAH MENGALAHKAN ORANG ADA MASTER, ADA PHD, KALAU BENDA TU HARAM, MAKA HARAMLAH SAMPAI KIAMAT. TAPI KORANG, BAB HUKUM HAKAM SEMUANYA DINILAI PAKAI OTAK, BUKAN PAKAI ILMU. BILA ADA ORANG PANDAI PUTAR AYAT, TERUS KORANG PERCAYA. NI TAK SAMAPI 5 MINIT SAYA CERITA DAH ANGGOK KEPALA, DAH PERCAYA HABIS. TU PENTINGNYA KAMU PERGI TUNTUT ILMU. BLA BLA BLA BLA..(aku tak ingat lagi apa orang tua soh bebelkan, tapi pelatih2 budget pandai ni memang teroklah kena basuh. Sampai tertunduk dan merah telinga. Moral of the storynya, jangan cepat terpengaruh, cari ilmu, kenal hukum hakam..hehe)

Sebelum aku cerita lanjut mengenai kompeni aku. Aku ceritakan sikit mengenai organisasi pelatih Kem Telok Sari. Kalau di kem2 lain, ketua pelatih dipanggil penghulu. Tetapi di kem tersebut tak dipanggil penghulu, tetapi dipanggil C.O (comanding officer), bawah dia ada 2i/c, adjutant, 2 orang Q.M dan R.S.M. Ada 6 orang untuk markas tech. Untuk kompeni pula, kalau kem lain ketua kompeni ( O.C ) adalah jurulatih dan pelatih yang menjadi ketua dipanggil i/c skot . Telok Sari berbeza sikit, penjawatan bagi O.C adalah pelatih sendiri, than 2O.C, Ketua platun, Penolong Ketua platun, K.S.M, Q, Sarjan, Koperal dan lans koperal. Jurulatih setiap kompeni ada, tetapi bukan O.C kompeni. Tujuan komandan berbuat sedemikian adalah untuk melatih pelatih supaya belajar tentang organisasi. Lagi satu, supaya yang berpangkat dapat belajar tentang tanggungjawab. Aku mula2 pening gak....tapi lama2 aku jadi seronok, sebab senang aku nak cungkil  nama pelatih yang tak buat tugasan..hehehe.

Kalau kompeni lain memilih O.C berdasarkan kriteria seperti boleh berkawad, ada suara yang kuat dan aku tengok semua kompeni memilih pelatih berbangsa melayu untuk diketengahkan. Cikgu Soh pula aku tengok main petik je. Dia tengok muka je terus dia pilih budak tu untuk yang pemegang pangkat. Takde dah dia nak tanya boleh kawad ke tak? ada masuk badan beruniform ke tak? pelik...pelik... O.C dia bagi pelatih wira berbangsa cina, Lim Chee King. Dah lah pelat, muka pun tak hensem, muka nerd je..haha (sori King, kalau u terbaca jangan ambil hati.) . Kompeni lain aku tengok O.C yang dipilih semua mantap2. Lagi satu jawatan penting...K.S.M. Ada ke dia boleh bagi pelatih wirawati pegang jawatan tu. pelatih tu berbangsa Singh, memang cun macam juhi chawla. Nama dia Melvinder Kaur. Kawad pun tak tahu langsung. Lepas tu Cikgu Soh pandang aku dan cakap camni..

" OK MAN...NANTI KAU PANDAI2 LAH TRAIN BUDAK2 NI."

Hampeh punya orang tua Soh!! Aku satu hapah pun tak tau la dey!

Start dari hari tu, aku memang sentiasa dengan pelatih kompeni Alpha. Ramai jugalah, adalah dalam 80 semua sekali sebab dibahagikan kepada 4 platun. Aku tekankan kepada rank holder. Task pertama mereka iaitu KKJ. O.C aku tengok cuba buat yang terbaik, begitu juga dengan yang lain. Mungkin nasib mereka tidak baik, hanya sekadar mendapat tempat ke empat dari empat kompeni yang ada. Senang cerita ..COROT..Untuk KKJ ni, memang aku tak kisah pun mereka menang ke tak dalam pertanding tu. Apa yang aku nak tahu ialah apa yang mereka janjikan @ manifesto mereka sepanjang latihan dijalankan. Aku siap tulis kat dalam buku nota aku apa janji2 mereka ni.

Mungkin disebabkan aku bekas cadet, cara training aku agak lasak dan memang mementingkan sikap kepimpinan. Aku maybe agak over dalam men "train" Alpha Kompeni. Kadang2 ada gak ala2 cadet train. P.T pagi memang aku suka bawa mereka berlari jarak jauh. Kalau tak berlari aku buat statik P.T. Awal mula pertama mula, aku dah boleh nampak siapa yang boleh buat dan tak boleh buat. Untuk permulaan, aku cuba latih mereka berlari didalam kumpulan. Sama macam aku cadet dulu, jangan tinggalkan orang yang tidak larat. Aku takkan marah kalau mereka slow berlari tetapi still berlari dalam kumpulan. So dari situ mereka belajar bekerjasama, belajar beri semangat @ support mereka yang dah ' down '. Untuk 2 minggu pertama, dari pemerhatian aku ramai yang macam nak mengalah. Bila habis P.T aku buat refleksi, siap huraian kenapa aku buat P.T macam ni dan macam ni. Pada akulah, mereka semua berumur 18 tahun. Takkanlah aku nak train mereka sekadar boleh buat push up 2 kali!! kata nak melatih mereka semangat jati diri kan?

Alhamdulillah, masuk minggu ke-3, hasilnya aku lihat mereka boleh ikut rentak aku. Memang ada perbezaan dari minggu awal dan pertengahan ni. Yang tak suka P.T pagi pn dah tak cari alasan bodoh lagi untuk elak buat P.T pagi. Ditambah lagi dengan elimen sukan kreativiti, hubungan mereka bertambah erat. Tapi bohonglah kalau tiada yang pemalas dan ada juga yang masih buat hal sendiri.

Untuk rank holder, memang banyak perbezaan. Selain Ujian2 saiko oleh K.J Kompeni iaitu cikgu Soh, aku try terapkan apa yang aku belajar semasa di KTL dulu. Aku selalu bertanya mengenai task mereka, macamana dengan anak2 buah, dorm, disiplin, kebajikan. Paling ketara pada O.C, nampak lebih yakin dan bertanggungjawab. KSM pun sama juga,  walaupun kurang mahir berkawad tetapi aku salute bab2 menjaga kawan2 dia yang lain. Kalau jurulatih tanya dia awal2 dah siapkan jawapan terlebih dahulu dan tahu macamana nak handle situasi. Rank Holder yang lain pun mantap juga. Peningkatan dari hari ke hari amat ketara.

Aku memang tegas dengan budak2 ni, tetapi aku ada cara aku sendiri macamana nak tarik hati mereka balik. Kalau hari sabtu dan ahad tu, kadang2 aku kumpulkan Alpha kompeni dan ajar cara2 nak kilatkan kasut, iron baju. Tak rugi pun aku ajar semua ni, lagipun buat apa aku simpan. Takpun aku join dia orang duduk kat dalam dorm sembang2.

Ramai yang bagus2 aku tengok dan aku rasa mereka ada potensi untuk berjaya di luar nanti. Intan, panjang, petak, erin, farah, king, montel, acap, gek leng, q, atok, emy, tiger, bengkok, kadok, muiz, danramai lagi yang aku yakin mereka boleh berjaya di luar nanti..cuma potensi kena dicungkil dan digilap. Aku tak boleh ubah dieorang, aku cuma tunjukkan jalan je. Kompeni lain pun begitu juga, aku agak rapat dengan Delta kompeni sebab meraka (wira) duduk satu dorm dengan aku iaitu L15 dan L16.

Lain kali aku akan tulis lagi pengalaman aku dengan dieorang dan macamana aku kena semasa birthday aku...hehehe







Friday, 1 February 2013

KEM PERTAMA



KEM PLKN REKREASI PERTANIAN TELOK SARI, ENDAU, MERSING.
Setakat Mersing tu, aku tau lah. Tapi kalau nama Telok Sari tu memang aku tak pernah dengar. So aku pun call pejabat kem tersebut. Memang aku dah agak dah, kem yang bakal aku bertugas tu memang cerok. Dari Pekan Endau je kena masuk dalam lagi..ada lah dalam belasan KM. Paling best, budak pejabat tu cakap tiada perkhidmatan bas dari Endau ke Telok Sari, just sampai Penyabong je. Mak aihhhh..Tapi takpa, aku ni memang jenis suka merantau, suka tengok tempat orang. Dapat pula kem tepi laut, aku ni memang dah rindu dengan laut. Aku call member2 aku masa TOT, ada lagi 2 orang member yang satu TOT dengan aku akan ditempatkan di kem yang sama dengan aku. Nita yang memang duduk satu kompeni dengan aku dulu dan kak Ekin dari kompeni delta. Baguslah, dah ada 2 orang yang aku kenal.

Nasib baik la, bapak saudara tunang aku sudi nak hantar aku ke kem tu. Kami bergerak dari Segamat dalam pukul 10 dan sampai ke Telok Sari lepas waktu asar. Aku drive dari Muadzam, slow je aku bawa. Tu yang sampai lambat tu. Tiba je di kem, aku ingat lagi Cikgu Suhaimi Muda dengan Cikgu Fauzi yang sambut aku.
Lepas memperkenalkan diri, aku pun tanye mana pejabat? korang tau ape si Pojie ni cakap?

" OO..NAK LAPOR DIRI YE? IKUT BELAKANG NI, AWAK TERUS JE. HAA KAT PINTU BELAKANG TU PEJABAT"

Hampeh la mamat ni, ingat aku bodoh ke ape? Dari tempat aku berdiri aku dah boleh agak bangunan depan aku tu pejabat pengurusan kem. Cikgu Suhaimi  senyum je, lepas tu dia yang bawa aku masuk ke dalam pejabat. Rupenya si Nita dengan Kak Ekin dah sampai, dua2 pun kena lagi terok dengan budak si Pojie ni. Nita kena soal macam-macam soalan, mati2 dia ingat si Pojie tu unit disiplin sebab Pojie duduk di meja Ketua Unit Disiplin. Kak Ekin pula kena tawaf satu bangunan pengurusan sampai dewan makan naik teksi, ada ke Pojie kata pejabat kat belakang kem, kalau tak jumpa makcik cleaner sure dia dah gi lapor kat pejabat operator kem..haha.( sepanjang aku di kem, pojie adalah best friend aku walaupun mulut die ni memang laser...tapi hati baik..hehe) Pada aku, si Pojie ni sekadar nak usik2 manja je. Kami pun tak pernah ambik hati. Tapi ada part si Pojie ni kena balik dengan kami, nantilah aku ceritakan.

Lepas aku lapor, siapkan beberape proses dokumentasi, aku jumpa mak tunang aku sebab diorang dah nak balik. Hari pun dah nak malam, takut nanti lewat pula tiba Segamat. Lepas tu datang pula si Khairol, dia ni pun sama gak jurulatih baru sama macam aku. Cuma dia ni lain TOT dengan aku. Kami berdua ditempatkan buat sementara waktu di L3 dorm pelatih kerana bilik warden L15 ( bakal bilik aku) masih berkunci.
Malam pertama di kem....hampeh la aku tak boleh tidor dibuatnye. Dahlah bilik dorm tu besar, kami pula tidur berdua je. Dalam pukul 2 pagi tu, pintu depan dan pintu belakang macam kena hempas. Berdentam dentum samapi nak tidur pun tak boleh. Bising sangat. Peliknya.......angin takde pun bertiup. Takkanlah si Pojie masih nak dengki kami pukul 2 pagi macam ni???pergh seram beb! Khairol aku tengok rilek je nyenyak tidur. Ah lantak hang lah!! aku nak tido!!

Kejadian angker di malam pertama tu tak habis di situ sahaja. Malam ke-2 pun sama gak. Tapi aku dengan Khairol buat2 tak dengar je la. ( kisah angker ni aku akan ceritakan lain kali)

Kem ni kem lama. Bangunan pun banyak yang dah uzur. Tapi pemandangannya memang cantik sebab bersebelahan laut. Betul2 menghadap laut. Dari dalam bilik dorm je dah boleh dengar bunyi ombak nak2 bila waktu air pasang. Staf2 kat situ cakap, pantai kat depan kem tu port pancing  ikan pari sebab keadaan pantainya yang landai. Depan pantai kem aku tu, ada sebuah pulau yang kecil. Pulau Kerengga...Lain macam je rasa kalau tengok pulau kecil tu. Walaupun kem tu uzur, aku tak kisah. Asalkan keperluan asas seperti air, elektrik, tempat makan tu semua ada, pada aku kira oklah. Nama pun tempat latihan kan? takkan tak boleh survive...

Kem ni memang cerok jauh ke pedalaman. Nak beli barang keperluan kena pergi ke Penyabong. Kalau nak ke Bandar Mersing, kena drive sejauh 20km dari kem. Tak kisah lah, aku pun happy duduk sini. Sebab aku bukan jenis suka duduk bandar macam kat Putrajaya tu. Nak2 duduk rumah flat, alahai...orang tumbuk lesong batu kat tingkat atas pun boleh dengar tau.

Aku dah tekad, baik atau buruk nilah kerja yang aku nak pertahankan walaupun aku tahu aku hanya berstatus jurulatih sambilan. Bekerja ikut hari. Tapi bayaran boleh tahan juga. So bolehlah aku kumpul duit belanja untuk buat hantaran kahwin nanti. Aku terpikir juga, sampai bila aku asik nak tukar2 kerja. Macam orang takde pendirian hidup je. Aku dah buat macam2 kerja dah, permasalahan yang sama juga aku jumpa. Bab kroni, membodek, pilih bulu tu..biasalah politik tempat kerja. Aku boleh jamin tidak mustahil aku pun akan jumpa situasi yang sama kat kem ni.

Kem aku ni ditadbir oleh Tentera Laut. Hah cantek lah. Timbalan Komandan Pengurusan @ TKP pula memang aku kenal...sekali junior aku daaa masa kat KTL. Berkerut muka dia sebab dia kata muka aku macam familiar je...hahaha. Komandan pula, Lt. Cdr Zulkifli kenal dengan bekas Training Officer aku, Lt. Cdr Badarudin Taha. What a small world. Tapi takkanlah aku nak menyinding jekat diaorang, aku sedar aku ni acai je..kang apa kata orang pulak.

Well...aku dah mula sayang kat kem tu walaupun baru kenal. Tarikh 28 Dis 2008 merupakan tarikh bersejarah dengan aku kerana secara rasminya aku dah jadi warga kem Telok Sari. Walaupun aku nyaris-nyaris kena starjump dengan Wak Jem..haha.

Lepas ni, pelatih kumpulan 1 siri 9 2010 akan masuk. Secara tidak langsung aku pun bermulalah proses belajar dan mengajar. Sambung lagi lepas ni la ek

AKU BOLEH MASUK DALAM PEROT SI POZIE TU...HEHE