Wednesday, 6 February 2013

MEREKA YANG SUDAH PERGI.

Salam semua...
Asik cerita yang menjadi bahan gelak je kan? Dalam kita bergembira, kadang2 kita lupa pada sahabat2 kita yang sudah pergi. Bukan pergi jauh atau merantau, tetapi pergi yang takkan kembali, pergi dari alam fana ini. Sepanjang aku berkhidmat sebagai jurulatih dari tahun 2009, ramai juga bekas anak buah yang sudah meninggal dunia. Paling sedih bila ada yang betul2 rapat dengan aku.

Semalam ada seorang pelatih wirawati tanya, kenapa tak de cerita pasal kompeni Bravo. Aku sebenarnya cuba nak cerita sebab kalau duduk dalam Bravo memang sukses punyelah, bila dah separuh dari penulisan aku tak boleh teruskan lagi sebab masa nak upload satu pic ni, boleh terpandang wajah seorang pelatih yang pada aku cukup baik budi pekerti, tetapi apa boleh buat, Allah lebih sayangkan dia. beliau meninggal disebabkan kemalangan motosikal.  Al-fatihah buat Wira Noh.


Arwah Noh, berdiri sebelah kanan sekali.



Akhir tahun lepas, lagi seorang dari Kompeni Bravo juga meninggal dunia. Kali ni i/c skot wirawati Bravo Kump.3 siri 7/2010. Nabila. Arwah seorang yang cool je. Susah nak tengok dia down dan marah. Aku ingat lagi, dia cukup suka bila dia dapat tahu nama dia hampir sama dengan nama anak aku. Arwah nabila meninggal disebabkan jangkitan kuman dalam paru2 kalau tak silap. Didalam gambar di bawah adalah pic semasa upacara perlucutan pangkat bagi pemegang pangkat. Mej kamarudin ( Komandan kem sri ledang pada 2010 ) juga telah kembali ke rahmatullah kerana kemalangan morosikal dan selamat di kebumikan di Melaka. Arwah Komandan pada aku adalah seorang yang warak dan ramai yang segan dengan dia ni.


Al-fatihah buat mereka berdua, Arwah Mejar kamaruddin dan Arwah Nabila


Ada ramai lagi yang sudah meninggal dunia. Mendiang Winnie Eng (Sori kalau aku silap nama) dari kompeni Charlie kumpulan 1 siri 8/2011 turut terkorban kerana kemalangan di jalanraya sekitar Kulai pada tahun 2012. Aku tak rapat sangat dengan mendiang, cuma dia pernah join tim TTS dengan aku untuk persembahan penutup. Seorang yang happy go lucky dan senang bekerja dengan beliau.

Turut terkorban kerana kemalangan adalah seorang pelatih wira dari kompeni Delta kumpulan 1 siri 7/2010. Kalau tak silap nick arwah adalah kicap... Aku tak rapat dengan arwah, cuma kenal macam tu saja. Paling mengejutkan adalah pada akhir tahun 2012 kalau tak silap, pelatih yang paling di sayangi di kem sri ledang, iaitu Fitri @ Pening, Kumpulan 2 siri 8/2011 juga turut meninggal disebabkan kemalangan jalanraya. Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuan bapanya setelah basikal yang dinaiki dilanggar oleh kenderaan 4wd semasa beliau hendak pergi bekerja. Arwah Fitri sangat terkenal semasa di kem, siapa yang tak kenal beliau, Komandan, TKP, TKL, staf2 dan jurulatih semua kenal akan arwah ni. Sikap arwah yang tak reti duduk diam membuatkan kami dari rasa nak marah, tak jadi nak marah dibuatnya. Aku still ingat lagi ayat dia, rasanya tak ada lagi setakat ni mana2 pelatih yang berani jawab macam ni dengan aku.

AKU : KAU NI FITRI....PENING TAK HABIS2 LAH!! (MARAH NI)
PENING : SAYA BUKAN SEBARANG PENING CIKGU...SAYA PENINGKATAN!!! 
aku tak jadi nak marah....hehe


Boleh dikatakan semua jurulatih pada masa tu terkena dengan arwah ni. memang dah macam tu perangai beliau, kami pun tak boleh nak marah dah. Paling tak dapat aku lupa kalau ada senam robik, dia sorang saja yang joget lain dari yang lain. Kalau ditegur, kejap saja dia berubah. Adalah dalam 5 minit. 



nak cerita lebih panjang, hati makin sayu...Al-fatihah buat sahabat2 kita yang telah kembali ke rahmatullah...Al-fatihah















2 comments:

  1. encik..arwah mejar kamaruddin nie merupakan arwah suami kepada cikgu saya..pn salmah wahab..arwah arwah yang sulung classmate saya waktu skola rendah..alfatihah untuk arwah

    ReplyDelete