Ok sambung balik cerita pengalaman aku dengan first company aku, alpha company. Mula2 tu memang agak susah la nak train dieorang belajar kerjasama. Sebab ramai yang nak tunjuk pandai dan boleh memimpin. Sambil tu aku try juga selalu sedarkan pelatih yang berpangkat ni mengenai tanggungjawab dan tugasan mereka. Dari mulut jurulatih2 yang lain, ramai yang cakap aku ni " straight " sangat dengan pelatih. Tapi ada juga kalangan jurulatih yang beri support kat aku. Pada aku, setiap jurulatih tu ada cara mereka tersendiri untuk mencapai matlamat yang sama. Aku pula dengan cara aku. Straight bertempat lah, masa bergurau tu tetap ada. Nanti tension pula pelatih. Aku sedar ramai yang tak suka dengan cara aku pada peringkat awal. Bila dah masuk pertengahan latihan, masa itulah mereka akan tengok perbezaan antara mereka dengan kompani yang lain. Ada satu standard perbezaan yang ketara akan dilihat. Baik dari segi disiplin mahupun dari segi kerjasama.
Aku juga sedar mereka ni bukan askar nak train hard. Apalah, keras sikit semua dikatakan latihan macam askar. Terus terang aku cakap, apa yang pelatih kena tak sampai 20% macam aku kena masa aku cadet dulu. Jauh sangat levelnya. Wira Alpha kompeni ni pernah merungut dengan aku sebab aku kurang nak bergurau senda dengan mereka. Masa tu kalau tak silap aku, minggu ke dua mereka di kem dan waktu tu kami sedang take 5 ( rehat kejap) dari berlari ke jambatan. Kemudian lalu kompeni lain dihadapan budak2 wira ni. Aku pun tanya wira Alpha,
"KORANG NAMPAK TAK KOMPENI XXXXX TU LARI TADI? APA PERBEZAAN ANTARA KOMPENI KAMU DENGAN KOMPENI TU?"
Masing2 diam, aku tahu mereka ada jawapan mereka cuma mungkin takut nak bersuara.
KAMU, BOLEH BERLARI DALAM KUMPULAN SERENTAK SAMBIL BERTERIAK KIRI KANAN KIRI. MEMANG SAYA SENGAJA TAK AJAR KAMU BERLARI SAMBIL NYANYI. SEBAB NANTI KAMU AKAN BERTERABUR. STEP TAK SAMA, TU YANG NAMPAK BERSERABUT. TAPI PAGI NI KAMU PERASAN TAK KAMU BERLARI DENGAN CANTIK DALAM SATU KOMPENI. ITU TANDANYA DAH ADA KERJASAMA..
Perjalanan balik ke kem pagi tu, aku ajar mereka lagu " Tanjung Perak ". Lagu ni biasa budak2 cadet nyanyi sambil buat base run. Start dari hari tu, aku tengok pantang ada game, semua dieorang bolot. Semangat macam tulah kita nak kan? No pain no gain, no scar, no proud. Hehehehe
Paling best, apabila mereka menang pertandingan kawad kaki. Walaupun keputusan ni amat kontroversi, tetapi kalau dilihat dari video memang nampak perbezaannya. Saingan memang hebat, aku pun tak sangka Alpha boleh menang. Tambah pula i/c skot wiranya alahai....paling sihat. Si Acap. Aku mula-mula ingat Delta yang menang. Sebenarnya, banyak kenangan manis aku dengan Alpha ni. Walaupun geng2 panjang ni nakal, selalu timbulkan masalah, tapi aku tak boleh lupa bila aku tanya dia.... "Ade hisap rokok tak? tak baik tipu aku..." Alih2 meleleh air mata, lepas tu merajuk dengan aku tak nak bersembang lagi dah. Mak aih...cerita kat Kluang kaulah taikonya..hahahahaha. Tu tandanya, blues gak kau walaupun gonjeng.
Birthday aku dengan Alpha...memang aku takkan lupa sampai bila2. Aku ni memang selalu lepak kat dorm L3 sebab aku rajin berborak dengan si Atok. Tiba2 datang si Acap kalau tak silap, dia mengadu kat aku si Tiger isap rokok kat toilet. Aku ape lagi..hangin la satu badan!! berani dia isap rokok time aku lepak dorm dia. Ni dah di kira kes pijak kepala ni. Aku masuk je bilik air......tu dia....tak boleh lari dah..kiri kanan dieorang attack aku. SRAWWWW!!! SRAWWWW!! happy birthday cikgu!!! lencun basah baju dengan kain pelikat. Tak cukup dengan tu, habis sabun, syampoo semua lumur kat kepala aku. Nak marah tak guna dah, redha je la....cerita tu tak habis disitu sahaja. Esoknya semasa program AADK diaorang boleh lambung aku atas pentas, sikit lagi nak kena bumbung. Malam kedua kena lagi dengan wirawati, putih muka aku ditepek bedak. Dieorang sayang aku...tu yang bagi bedak tu. Ni aku tau project Acap dengan si Acai ( Cikgu Khusairy) roomate aku.
Setelah berhempas pulas menaikkan nama kompani, akhirnya mereka dapat apa yang mereka nak. Gelaran best company jatuh ke tangan Alpha. Bak kata pepatah Melayu, kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya. Aku just tumpang bangga saja. Bukan aku yang buat mereka berjaya, tetapi diri mereka sendiri. Aku dengan rakan2 jurulatih yang lain hanya tunjukkan jalan sahaja. Menjadi kompeni terbaik hanyalah bonus pada mereka. Yang penting, sepanjang latihan mereka sudah menunjukkan peningkatan prestasi dari masa ke semasa dengan cemerlang. Hari ini lebih baik dari semalam dan sebelumnya. Mereka sudah belajar untuk mengenali potensi diri, kebolehan lain dan lebih berkeyakinan dari sebelumnya. Pada Alpha kompeni, diharapkan pengalaman kamu di kem menjadi bekal untuk kamu semua menempuh perjalanan hidup. Kamu pernah buktikan kamu mempunyai potensi yang hebat. NEVER SAY I'M GIVEUP!!!!
No comments:
Post a Comment