KEM PLKN REKREASI PERTANIAN TELOK SARI, ENDAU, MERSING.
Setakat Mersing tu, aku tau lah. Tapi kalau nama Telok Sari tu memang aku tak pernah dengar. So aku pun call pejabat kem tersebut. Memang aku dah agak dah, kem yang bakal aku bertugas tu memang cerok. Dari Pekan Endau je kena masuk dalam lagi..ada lah dalam belasan KM. Paling best, budak pejabat tu cakap tiada perkhidmatan bas dari Endau ke Telok Sari, just sampai Penyabong je. Mak aihhhh..Tapi takpa, aku ni memang jenis suka merantau, suka tengok tempat orang. Dapat pula kem tepi laut, aku ni memang dah rindu dengan laut. Aku call member2 aku masa TOT, ada lagi 2 orang member yang satu TOT dengan aku akan ditempatkan di kem yang sama dengan aku. Nita yang memang duduk satu kompeni dengan aku dulu dan kak Ekin dari kompeni delta. Baguslah, dah ada 2 orang yang aku kenal.
Nasib baik la, bapak saudara tunang aku sudi nak hantar aku ke kem tu. Kami bergerak dari Segamat dalam pukul 10 dan sampai ke Telok Sari lepas waktu asar. Aku drive dari Muadzam, slow je aku bawa. Tu yang sampai lambat tu. Tiba je di kem, aku ingat lagi Cikgu Suhaimi Muda dengan Cikgu Fauzi yang sambut aku.
Lepas memperkenalkan diri, aku pun tanye mana pejabat? korang tau ape si Pojie ni cakap?
" OO..NAK LAPOR DIRI YE? IKUT BELAKANG NI, AWAK TERUS JE. HAA KAT PINTU BELAKANG TU PEJABAT"
Hampeh la mamat ni, ingat aku bodoh ke ape? Dari tempat aku berdiri aku dah boleh agak bangunan depan aku tu pejabat pengurusan kem. Cikgu Suhaimi senyum je, lepas tu dia yang bawa aku masuk ke dalam pejabat. Rupenya si Nita dengan Kak Ekin dah sampai, dua2 pun kena lagi terok dengan budak si Pojie ni. Nita kena soal macam-macam soalan, mati2 dia ingat si Pojie tu unit disiplin sebab Pojie duduk di meja Ketua Unit Disiplin. Kak Ekin pula kena tawaf satu bangunan pengurusan sampai dewan makan naik teksi, ada ke Pojie kata pejabat kat belakang kem, kalau tak jumpa makcik cleaner sure dia dah gi lapor kat pejabat operator kem..haha.( sepanjang aku di kem, pojie adalah best friend aku walaupun mulut die ni memang laser...tapi hati baik..hehe) Pada aku, si Pojie ni sekadar nak usik2 manja je. Kami pun tak pernah ambik hati. Tapi ada part si Pojie ni kena balik dengan kami, nantilah aku ceritakan.
Lepas aku lapor, siapkan beberape proses dokumentasi, aku jumpa mak tunang aku sebab diorang dah nak balik. Hari pun dah nak malam, takut nanti lewat pula tiba Segamat. Lepas tu datang pula si Khairol, dia ni pun sama gak jurulatih baru sama macam aku. Cuma dia ni lain TOT dengan aku. Kami berdua ditempatkan buat sementara waktu di L3 dorm pelatih kerana bilik warden L15 ( bakal bilik aku) masih berkunci.
Malam pertama di kem....hampeh la aku tak boleh tidor dibuatnye. Dahlah bilik dorm tu besar, kami pula tidur berdua je. Dalam pukul 2 pagi tu, pintu depan dan pintu belakang macam kena hempas. Berdentam dentum samapi nak tidur pun tak boleh. Bising sangat. Peliknya.......angin takde pun bertiup. Takkanlah si Pojie masih nak dengki kami pukul 2 pagi macam ni???pergh seram beb! Khairol aku tengok rilek je nyenyak tidur. Ah lantak hang lah!! aku nak tido!!
Kejadian angker di malam pertama tu tak habis di situ sahaja. Malam ke-2 pun sama gak. Tapi aku dengan Khairol buat2 tak dengar je la. ( kisah angker ni aku akan ceritakan lain kali)
Kem ni kem lama. Bangunan pun banyak yang dah uzur. Tapi pemandangannya memang cantik sebab bersebelahan laut. Betul2 menghadap laut. Dari dalam bilik dorm je dah boleh dengar bunyi ombak nak2 bila waktu air pasang. Staf2 kat situ cakap, pantai kat depan kem tu port pancing ikan pari sebab keadaan pantainya yang landai. Depan pantai kem aku tu, ada sebuah pulau yang kecil. Pulau Kerengga...Lain macam je rasa kalau tengok pulau kecil tu. Walaupun kem tu uzur, aku tak kisah. Asalkan keperluan asas seperti air, elektrik, tempat makan tu semua ada, pada aku kira oklah. Nama pun tempat latihan kan? takkan tak boleh survive...
Kem ni memang cerok jauh ke pedalaman. Nak beli barang keperluan kena pergi ke Penyabong. Kalau nak ke Bandar Mersing, kena drive sejauh 20km dari kem. Tak kisah lah, aku pun happy duduk sini. Sebab aku bukan jenis suka duduk bandar macam kat Putrajaya tu. Nak2 duduk rumah flat, alahai...orang tumbuk lesong batu kat tingkat atas pun boleh dengar tau.
Aku dah tekad, baik atau buruk nilah kerja yang aku nak pertahankan walaupun aku tahu aku hanya berstatus jurulatih sambilan. Bekerja ikut hari. Tapi bayaran boleh tahan juga. So bolehlah aku kumpul duit belanja untuk buat hantaran kahwin nanti. Aku terpikir juga, sampai bila aku asik nak tukar2 kerja. Macam orang takde pendirian hidup je. Aku dah buat macam2 kerja dah, permasalahan yang sama juga aku jumpa. Bab kroni, membodek, pilih bulu tu..biasalah politik tempat kerja. Aku boleh jamin tidak mustahil aku pun akan jumpa situasi yang sama kat kem ni.
Kem aku ni ditadbir oleh Tentera Laut. Hah cantek lah. Timbalan Komandan Pengurusan @ TKP pula memang aku kenal...sekali junior aku daaa masa kat KTL. Berkerut muka dia sebab dia kata muka aku macam familiar je...hahaha. Komandan pula, Lt. Cdr Zulkifli kenal dengan bekas Training Officer aku, Lt. Cdr Badarudin Taha. What a small world. Tapi takkanlah aku nak menyinding jekat diaorang, aku sedar aku ni acai je..kang apa kata orang pulak.
Well...aku dah mula sayang kat kem tu walaupun baru kenal. Tarikh 28 Dis 2008 merupakan tarikh bersejarah dengan aku kerana secara rasminya aku dah jadi warga kem Telok Sari. Walaupun aku nyaris-nyaris kena starjump dengan Wak Jem..haha.
Lepas ni, pelatih kumpulan 1 siri 9 2010 akan masuk. Secara tidak langsung aku pun bermulalah proses belajar dan mengajar. Sambung lagi lepas ni la ek
AKU BOLEH MASUK DALAM PEROT SI POZIE TU...HEHE
cikgu still ada kat kem tu ke?
ReplyDeletecikgu still ada kat kem tu ke?
ReplyDelete