Sunday, 3 February 2013
L15...ROOM SWEET ROOM
Kalau dah jadi jurulatih ni, mestilah ada yang kena jadi warden untuk setiap dorm kan? Aku duduk di bilik warden dorm L15...betol2 hujung cerok. Kalau balik makan, tiba kat dorm dah lapor balik. Kalau tertinggal barang, baik tak payah balik, sure penat. Aku duduk bilik ni dengan Khairol dan Khuzairi. Dua2 ni orang lahabau..Melaka la. Best duduk dengan mamat dua orang ni. Cool je. Khairol ni jurulatih fizikal macam aku gak. Khuzairi @ Acai jurulatih multiskill.
Kalau aku nak cerita bilik ni lah, sure korang tak percaya. Aku berani cakap takde orang nak duduk bilik tu bertiga. Bilik ni unik sikit sebab ada line court bola takraw. Tak percaya kan? sebab bilik L15 didirikan dari tapak court takraw dan badminton. Huh sabooo je lah. Kipas bilik aku pun best, hanya 3 bulan je berpusing, tamat je kumpulan 1 siri 6 terus kipas tu pun turut tamat perkhidmatan. Tiap2 minggu buat laporan kat operator, tapi.......
Paling perit kalau time hujan lebat. Air boleh bertakung kat dalam bilik. Nasib baiklah si Khairol dan Acai sudi mendermakan sebahagian nafkah untuk beli tikar getah. Kalau tak sure kaki kiteorang kat dalam bilik tu kena ulat air. Bilik kiteorang pun special dari bilik2 warden yang lain sebab takde bilik air. Nak mandi kena share bilik air dengan pelatih. Hadoih seksanya. Tapi seronok gak mandi dengan pelatih ni. hahahaha
kalau bilik air tu, mula2 memanglah mereka bagi kita masuk dulu masa mereka baru melapor. Tapi bila dah lama2, pelatih pun dah biasa dengan kita.. situlah duduk belakang ambik turn..saboo je la.
Masa kumpulan 1 siri 6, pelatih penuh sampai L16. Memang ramai. Aku duduk dengan Delta Kompani. Best gak Delta ni, kepala sempoi dan senang dengar cakap. Aku ingat lagi, Sinyu, Montel, Sopi, Balau, Shawn....Paling kitaorang suka usik mestilah Sinyu dan Sopi. Mau pecah perot kalau buat sembang. Jawapan diberi memang jujur keluar dari mulut. Tapi Sinyu la paling best, nak tau kenapa dipanggil Sinyu? tanyalah delta yang menetap di L15 dan 16 khususnya. HAHAHAHAHAHAHA.
Aku paling tak dapat lupa bila kejadian kambing masuk kem. Haru dibuatnya. Kalau tak silap masa tu baru habis solat asar dan hari sabtu. Aktiviti memang takde, so ramai pelatih yang buat pentadbiran sendiri. Tengah aku syok tido, leh dengar kecoh2 dari bilik L15. Sekali kambing lompat atas katil da...Budak2 delta pula harap je ramai. Cerita nak jadi komando lah, nak masuk Para lah, Paskal lah, badan semua dah berketak-ketak, muka dah ganas macam geng 40 penyamun...tapi kambing sesat macam tu pun takut nak tangkap. Kalau kambing jantan kire ada logik gak takut kena tanduk, ni kambing betina bunting dah nak beranak. Kecoh semua, tangkapnya tak gak. Sampai kambing tu masuk dalam dorm. nasib baiklah ada si Sopi. Dia ni kat kampung duduk dengan atok dia dan atok dia memang penternak kambing berjaya. nak harap kan yang lain macam Sinyu dan Montel...KELAUT LA KAU!!!!
Masuk je kumpulan 2 dan 3, tiada lagi pelatih yang duduk dorm kami. Sunyilah dorm kami dari hiruk pikuk pelatih. Tiada lagi bunyi jam loceng Shawn dan tiada lagi dengar suara Sinyu halau kambing2 yang masuk ke dalam kawasan kem. Boring sikitlah. Tapi depan dorm aku tu selalu juga jadi port pelatih kiwi kasut, kadang2 jadi port untuk sesi temuduga kantoi rokok...hehehehe.
Banyak kenangan di L15 tu, walaupun biliknya buruk, tapi aku happy duduk dengan kawan2 aku. Ada juga kejadian2 angker kat situ. Kena kacau tu adatlah, bukan setakat kena kacau je, kena pedajal dengan benda2 halus pun pernah. Seram tak usah cerita la. Siapa2 yang duduk di situ sure tahu cerita ni. Aku pun bukanlah nak suruh korang percaya benda2 tahyul ni. Tapi tulah hakikatnya. Nak2 dorm L16, dorm paling hujung dan jarang orang duduk. Paling kerap nampak Acai.
Dorm lain pun kerap ada gangguan. Semasa Kump.2 Siri 6, aku ingat lagi. Time tu aku baru je balik dari cuti kahwen, O.C Bravo berlari dapatkan aku dan kawan baik aku Cikgu Ali. Rupanya ada pelatih kena sampuk. Hampehlah, beg pun belum sampai kat bilik dah nak menghadap masalah. Tiba di L5, Bravo Kompeni punya bilik aku tengok pelatih aku ni dah meracau dah. Ada jugalah beberapa orang pelatih yang sedang bersilat, ada yang tengah azan, ada yang baca yasin dan ada juga yang tengah baca yasin tapi surat yasinnya terbalik. Maybe sebab semua takut. Kuat betul pelatih yang kena sampuk tu sampaikan 4 orang wira yang pegang tangan dia pun boleh terangkat dibuatnya.
Nasib baiklah si Ali ni tahu nak control situasi. Setelah proses "slow talk" dengan makhluk halus tersebut, barulah tahu punca masalah kenapa Wira tu kena sampuk. Rupa2nya dia dah ambik kulit siput mainan anak jin tu. Malam tu juga Ali pergi pulangkan ditemani R.S.M. Masa tengah duduk tunggu Ali tu, jin tu ada lagi dalam badan pelatih tersebut. Timbullah idea nakal aku nak pedajal budak2 ni.
"KAU MEMANG DUDUK SINI KE? "
Jin tu hanya anggukkan kepala dan tersenyum.
"KAU YANG SELALU MELILAU KAT DORM AKU TU KE? KAU ADA ANAK KAN?"
Lagi sekali dia hanya menggaukkan kepala sahaja dan tersenyum sambil matanya terpejam rapat.
"AKU RASA, KAU PUN SELALU MERAYAP MASUK DORM BUDAK2 NI KAN? KENAPA?"
"HMM..SEBAB AKU DAH SUKA BUDAK NI." jawab jin tu.
"BAGUSLAH KALAW MACAM TU, AKU NAK KAU BAGI TAHU KAT AKU SAPE BUDAK2 DALAM DORM NI YANG ISAP ROKOK DAN MAIN JUDI. BOLEH?
Tapi malangnya jin tu taknak baeri kerjasama yang baik. Taknak pulak dia cakap siapa. Asik senyum je. Lepas pelatih tu sedar, kami semua panggil pelatih tu dengan nama MAK NYUM..hehe
Kem pun tepi laut, surelah banyak jumpa benda yang pelik2. Tunggu episod akan datang, insyallah aku akan ceritakan kejadian2 angker di kem T.S.
Hobi kami bersama pulak, kalau perot dah lapar pada waktu malam mesti kami pakat2 masak maggie kat luar bilik. Walaupun duduk tepi laut dan angin menderu deru, waktu malam taklah sesejuk mana pun. kadang2 boleh bukak baju lagi. Sambil dilimpahi cahaya lampu jalan, dengan bulan dan bintang, dan angin laut...memang best lepak luar bilik sambil minum kopi atau nescafe. Aku rindu time2 macam ni. Dorm tu memang membawa sejarah dalam hidup aku. Rindu L15......dan suara Sinyu..haha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment