Monday, 4 February 2013

P.T OH P.T....LARI LARI, KITA LARI, BADAN BONGKOK, SEPARUH MATI..


TANJUNG PERAK...
TEPI LAUT...SIAPA SUKA...
BOLEH IKUT....
LARI LARI KITA LARI..
BADAN BONGKOK SEPARUH MATI...TANJUNG PERAK..
TEPI LAUT! TEPI LAUT!

Siapa ingat lagu ni lagi? hehe sure korang dah lupa punya. Tajuk post hari ni adalah P.T pagi. Takkan dah lupa kot p.t pagi? Rutin yang tak boleh tiada dalam jadual harian, celik je mata dah nak kena pakai baju p.t. lepas tu bersiap pula untuk turun p.t pagi. Bagi yang muslim, kena pergi solat subuh dahulu. Than baru turun p.t. ( non muslim akan curi masa, tidur kejap, dapat 15 minit pun ok)

Ramai pelatih yang tidak suka dengan p.t pagi. Aku masa cadet dulu pun menyampah dengan p.t pagi. Kena berlari sejauh 7km siap dengan pakai spike boot. Kalau buat statik p.t,tu dia....kena pikul balak. Baik berlari, tapi kadang2 kalau berlari datang p.t.i dah kena hayun lagi kat tepi jalan..azab..azab.. tu training cadet, PLKN taklah sampai macam tu pun. Lebih kepada kecergasan dan meningkatkan ketahanan fizikal serta mental mengikut standard biasa sahaja. Senang cerita, light p.t la.

Kalau aku yang conduct p.t pagi by kompani, aku lebih suka bawa berlari. Berlari dalam kumpulan melatih sikap kerjasama dan brotherhood. Pada aku tak guna lari berterabur macam anak ayam, lepas tu pelatih yang slow ditinggalkan belakang. Memang tak patut...kesian member2 yang BOB tu tertinggal sorang2 kat belakang. Tiba kat dewan makan pun kadang2 orang dah siap makan. Kawan2 yang fit dah jauh kehadapan, nampak wirawati lagi la laju dia lari. Tu namanya sikap pentingkan diri. So better kita lari dalam kumpulan, rentak kaki pun sama, bagi support, takda yang advance, takda yang tercicir. Nabi pun pernah cakap, berlari, memanah dan berenang adalah bagus untuk jasmani. Dalam modul PLKN, hanya berlari yang ada, so itulah cara terbaik yang boleh meningkatkan kecergasan jasmani..Tu pada akulah.

Dan kalau k.j suruh aku conduct p.t untuk semua company, ( static p.t di padang kawad) pun aku suka juga. Lagi best sebab dari situ kita boleh lihat siapa pelatih yang ada semangat dan sebaliknya. Ingat lagi game " DO THIS DO THAT" ? Tapi selalunya memang p.t yang mengeluarkan peluh la aku bagi. Takkan umur 18 tahun nak buat pushup 2 kali dan pt10 2 kali je kot...Bukan apa, untuk kebaikan pelatih juga. Barulah mantap!! Barulah badan yang berat 75kg bertukar menjadi 57kg.

Waktu p.t pagi juga bermacam2 perangai aku jumpa. Bagi yang malas nak buat p.t tu, sure akan mintak excuse taknak join p.t pagi walhal takdelah terok mana pun. Demamlah, selsema, batuk, sakit kaki, sakit perut adalah alasan biasa yang diberi. Yang peliknya, bila ada acara menyanyi atau joget, sihat pulak kau! haha...Tapi ada juga alasan tak masuk akal dan tak munasabah. Kelakar pun ada kalau dengar alasan ni.

Aku ingat lagi, ada seorang pelatih wirawati ni pernah cakap kat aku p.t tak elok dibuat pada waktu pagi dan tiada matahari. Sebabnya semasa kita melakukan p.t, kita memerlukan oksigen yang banyak, waktu pagi  tiada matahari, so pokok2 ni tidak bernafas (mengeluarkan oksigen ataupun dipanggil proses fotosintesis). Maksud dia, oksigen ni kurang time waktu pagi...ADOOOIIII..hmm intake mane lah tu kan? hehehe.

Ada juga yang dengan selamba memberi alasan baik punya. " cikgu saya mengantuk, di rumah saya bangun tidur pukul 11 pagi. Saya mahu balik tidur boleh?" wow!! memang hebat! ( Wirawati ni bagaimanapun berubah, nyaris2 jadi wirawati terbaik..). Kerap juga waktu p.t pagi Ketua Jurulatih yang ambil. Selalunya mesti ada kes atau permasalahan yang ditimbulkan oleh pelatih sendiri seperti datang lambat atau sebagainya. Sure berpeluh sampai berliter-liter buat p.t dengan k.j. Lepas tu penuhlah medik dengan pelatih yang kononnya jatuh sakit. Setakat sakit2 otot tu, normallah. 2 atau 3 hari memang otot kaki, peha dan tangan akan sakit2. Nanti lepas tu mesti ok punya. Badan pun jadi semakin ringan. Mana yang tak tahan mental boleh jadi gaduh dengan rakan2 yang lain. Walhal benda kecil je, pun nak diperbesarkan.

 Kebanyakan pelatih tidak berminat dengan p.t pagi semasa fasa awal latihan. Maklumlah, di rumah mana pernah nak buat exercise pagi2 buta ni. Yang macam kejutan budaya pun ada juga. Walaubagaimanapun, latihan tetap kena ikut. Nak tak nak mereka akan ikut juga walaupun dalam hati memang tak ikhlas. Waktu hujan adalah sangat2 diharapkan. Kalau hujan turun, tiadalah p.t. Cuma kadang2 buat p.t di dewan makan. Fuhh..selamat tak kena pergi joging..

Bila masuk sahaja pertengahan laihan, barulah ada yang suka ikut buat p.t pagi ni. Bukan setakat kena berlari, ada bermacam-macam permainan ataupun dipanggil r.t games. Rat n Rabbit ke, Sungai Acid, dan bermacam-macam lagi permainan yang menarik. Kadang2 ada sesetengah kem yang melakukan aktiviti Senam Seni Malaysia dan Senamrobik. Difasa petengahan latihan ada banyak aktiviti yang memerlukan ketahanan fizikal. Diperingkat ini kita boleh lihat, siapa yang belit p.t dia akan lembik dan tak agresif. Wira pula biasalah, sebab lelaki dijadikan mempunyai sifat ego. Bila kat dorm dia tengok member boleh buat pushup, mestilah dia pun nak try gak. Jatuh maruah kalau setakat pushup 2 kali pun dah pewai.  Kalau anda ingat kembali, wira time tu semua akan cuba membina muscle mereka. yelah, muka pun ada market, sure wirawati suka punya. Ceh..hehe. Masa kat PLKN boleh la berketak badan, bila keluar je...hmmm. KELAUTTT!!!

Sebenarnya, p.t pagi ni amatlah penting. Disebabkan aktiviti fizikal banyak menggunakan pergerakan fizikal, p,t pagi tidak boleh dipandang ringan. Contohnya untuk kembara halangan, kalau tak cukup fit, macamana nak menang pertandingan kan? Bila dah kalah tak boleh terima pula keputusan, ler...cam tu pulak dah. Fizikal tak fit, mental pun tak fit juga. Begitu juga dengan aktiviti menembak senjata M16. Kalau tak fit, macamana nak pegang senjata dengan kemas? Bila badan dah fit, barulah senjata tu tak melilau ke kiri dan kanan. Barulah boleh menjadi jaguh menembak. Ni bila dapat markah 0-0-0-0-0 habis semua disalahkan, senjata tak baiklah, papan target tak betul, peluru tiada kualiti, j.l salah kira markah dan sebagainya.

Ketahanan mental....ramai yang tak tahan mental bila p.t pagi. Bila buat pt 10 tak sama, maka ramailah yang mula menyalahkan rakan2 lain, macamlah dia dah bagus sangat. Bila dia yang buat silap tahu pula diam. Kan? Tambah mental bila kena pula push-up ( korang panggil pumping..apa punye term la..haha) tak banyak manapun. Cukuplah setakat lima pushup maka berkerut lah kening wira dan muncung wirawati akan jadi sedepa panjangnya. Bila dah berada di pertengahan fasa latihan, sure korAng akan rasa bangga bila dapat buat pt10 dengan serentak. Tak kiralah 3 kiraan 1 sebanyak 5 kali mahupun sebanyak 20 kali. Begitu juga dengan pushup, seatup dan yang lain2, cakap sahajalah berapa pasti kamu dengan confident boleh buat proper punya. Sebabnya? badan dah fit..Apa ada kisah. kacang je buat. Bleep test pun sure boleh atas 5.

Sebut latihan push up ni, aku ingat lagi. Bila aku tanya " o.k wira berapa push up kamu nak? " mesti jawapan dari pelatih.." 2 cukuplah cikgu."
" ok, latihan push up sebanyak 2 kali, hukuman dari saya, perbuatan dari anda.." maka kiraannya, selepas satu bukan 2, tapi 1.1, 1.2, 1.3, tiba 1.9 lepas tu bukan 2.0, tapi 1.10. " Adoiii cikgu ni bila nak abis kira macam ni!!"    hehehehe. mesti menyesal, baik mintak 10 terus. Gurau je, aku tahu korang boleh buat. Sebab korang memang MANTAP!

(Aku tak boleh lupa ada seorang wira tiba2 mengadu perutnya sudah pecah. So dia taknak buat latihan pushup. Tapi bab makan..kuih orang time minum petang pun dia sebat. haha.)

Sekarang semua tu tinggal kenangan. Kenangan manis yang disimpan didalam lipatan memori. Mungkin masih ada lagi pelatih yang terngiang-ngiang lagi suara jurulatih semasa p.t pagi. Rindu kan?
 Sekali seumur hidup. Anda telah membuktikan anda berjaya menempuh dugaan disepanjang latihan. Maka tidak mustahil juga untuk anda berjaya menempuh halangan hidup pada masa akan datang. Syabas kepada wira dan wirawati!

PT10!!   3 KIRAAN 1 SEBANYAK 10 KALI.....LATIHAN MULA!!!


No comments:

Post a Comment