Siapa yang tak pernah jatuh cinta kan? Normal untuk manusia ingin rasa dicintai dan ada kehendak untuk mencintai seseorang. Sepanjang aku kat PLKN, pun tak lekang dari kisah2 cinta pelatih2 ni. Aku tak halang kalau mereka nak ada hubungan tetapi biarlah berpada dan ada batas @ hadnya. Mana tak aku naik angin kalau jalan pun asik nak berkepit, duduk makan pun nak semeja, buku nota penoh dengan surat..Tetapi aku sedar Siapalah aku nak sekat naluri manusia yang indah ini. Macam aku taip tadi, biarlah ada batasannya.
Aku berani jamin, post aku kali ni pasti ramai yang akan baca. Ok berbalik pada tajuk, Program latihan tak sampai 3 bulan, tapi ada yang bercinta bagai nak rak. Kadang2 kami pun pelik macamana ada sesetengah pelatih ni yang sangup menyerahkan hati dan melahirkan rasa cinta ( cheewah ayat!! ) dalam masa yang singkat. Adakah cinta pandang pertama? Atau wira dan wirawati just sekadar nak isi kesunyian didalam hati. Sampaikan ada kes yang aku jumpa, awek dia kena histeria dia pun ikut kena histeria jugak!...adooooiiiiiii..Istilah cinta kontrak ni wujud sebab bila tamat sahaja latihan, HOT COUPLE ni akan berpisah begitu sahaja dan membawa haluan masing2.
Setiap kali kumpulan baru masuk, fenomena cinta kontrak ni tetap akan berlaku. Cuma skrip dan watak sahaja yang berubah, jalan cerita tetap sama. Wira paling laku selalunya mestilah penghulu, tak pun ketua wira. Selalunya individu yang menyandang jawatan ini memang mempunyai kriteria yang hebat, ye lah..ketua segala ketua kan? selain dari pandai untuk control situasi, glamour sebab semua orang kenal, kerap jugalah wirawati akan cop wira yang berpangkat penghulu ni HOT dan MASKULIN. kan? kan?
Penghulu ni pun, surelah akan pilih wirawati yang top punya. Takkan nak cari yang...errr apa aku nak taip ye..hehe. Takut nanti ramai bekas wirawati yang kondem aku. Dah 13 kumpulan aku terlibat, dari 13 kumpulan ni hanya penghulu kumpulan 3 siri 7 je yang tak layan wirawati. Faktornya? korang tanyelah sendiri intake mereka.
Wirawati paling cun pula akan menjadi rebutan wira2. Yelah, orang cantik..semua orang pandang. Ada juga sesetengah wirawati yang cun ni tak layan wira2 sampailah tamat latihan. bagi wira yang berjaya menawan wirawati cun ni, mereka akan bangga, Best Man Win beb. Lepas tu karekter mereka akan berubah. Jadi cemburu tak tentu pasal. Sampaikan kalau awek dia bersembang dengan member wira yang satu kompani pun nak di belasahnya budak wira tu. Itu belum lagi dengar ada wira lain yang beri surat atau tuju lagu pada buah hatinya, sure leh jadi peperangan antara kompeni punyalah.
Ada gak kes kronik melibatkan pelatih yang mabuk bercinta ni. Sampai kan ada yang kena ugut nak disandingkan barulah slow aktiviti mereka yang nai asik berkepit. Kawan2 lain pun dah meluat. Aku pun naik pelik kadang2 dengan wira2 ni, pantang ada wirawati senyum....dah cair. Habis segala cerita taiko Kluang lah, pegang bandar J.B lah, pungut duit perlindungan, selalu masuk lokap...hancur semua cerita tu bila ada wirawati yang swwweeeetttt mengayat mereka. Terus tukar kaler, warna merah dah jadi pink!! kadang2 dalam locker siap ade bunga lagi. Muka ganas, badan berketak, main rugby, tapi jiwang daa... Tapi ada bagus juga, locker jadi kemas, baju selalu wau wangi, rajin turun surau, tak isap rokok..disebabkan menurut kehendak jantung hatinya..owh, cinta itu mampu merubah donia...hehe.
Pernah sekali tu, seorang wira didenda berlari 2 kali padang kawad sebab lambat, alih2 seorang wirawati ni menangis. Ler...siap teresak esak nangis, ingatkan dah kena histeria atau sawan. Rupanya tak tahan lihat orang kesayangan kena denda. Ada juga yang sangup berkongsi air atau sponser couple kalau beli barang kat koperasi. Paling gempak ada wirawati bergaduh berebut wira yang machuurrr ni walhal wira tu layan biasa je kedua-dua wirawati nih.
Paling untung, off course le posmen. Segala cerita siapa yang couple dengan siapa semua dia tahu.Kadang2 posmen ni hidup mewah sebab disponser makan cikedis dan air 100 plus oleh couple2 berkenaan. Aku pernah dapat tangkap seorang posmen ni yang handle 3 orang couple sekaligus! Tapi kadang2 aku kesian gak posmen2 ni, macam penonton cerita winter sonata pun ada. Dia jadi posmen, tapi dia pulak yang takde siapa nak. Paling kelakar, kadang2 posmen2 ni pun turut kena tangkap, than kena siasat bila ada couple kantoi berdating. Yelah, selalunya posmen ni ikut gi teman mereka berdating.
Semasa hari lawatan keluarga, maka ramailah wira atau wirawati yang akan memperkenalkan pasangan masing2 pada keluarga mereka. Jurulatih dan pengurusan awal2 dah beritahu, keluarga hanya boleh melawat pelatih sahaja, bukan kawan2 pelatih yang lain. Eh ada juga yang gi bawa couple masing2 untuk sesi temuduga dengan mak ayah. J.L pun apa lagi, ketap bibir la menahan geram. Tu yang kadang2 bila selesai lawatan keluarga tu ada yang kena sanding. Bukan apa, bila ada yang buat macam tu, apa kata keluarga pelatih yang lain pula. Takut nanti PLKN ni dikatakan tidak tegas dan terlalu open dalam bab pergaulan. Bila kurang kawalan dan tidak ditegah dengan cepat, nanti takut ada yang panjat ke dorm pelatih wirawat. Tak pasal2 cikgu2 dapat cucu.
Sebelum terjadi perkara yang lebih lanjut kami akan membendungnya dari awal. kes macam ni bukan boleh dibawa main2. Pernah dulu aku tengok kes wirawati dan wira ni ditangkap semasa sedang berdua-dua an didalam surau. Dahlah kena tangkap dating, kat dalam surau pula tu...malunya...
Aku paling suka kalau terjumpa buku2 pelatih yang tertinggal. Komperm dalam tu ada surat cinta punya. Siap main pasing2 lagi ye? Buku yang kerajaan beri dibuatnya macam email. Surat dari awal perkenalan sampailah hari kantoi selalunya turut ada. Sepatutnya didalam buku nota itu penuh dicatit segala ilmu2 yang diberi. Bukannya luahan perasaan rindu dendam tu. Habis penuh buku nota dengan nota2 cinta. Mama cayang Papa lah, Hubby rindu Baby lah,..haaa pening! Paling kelakar ada gak ayat2 wira yang tulis minta simpati, cakap dia sakit dan tak berapa sihat. Walhal kat dalam dorm tak tidur, bersembang sampai pagi. Takpun isap rokok kat toilet. Sihat je terkinje kinje. Si wirawatinya dah risau, kadang2 aku perasan ada wirawati yang asik dok perhatikan wira semasa didalam kelas. Tak ke mengganggu...kita sibuk mengajar di depan, dia pula main2 mata.
Kelakar juga tengok couple2 ni menangis time nak balik cuti semester. Hehe, alahai, cuti baru 4 hari tapi macam dah nak berpisah lama. Wira balik ke J.B, Wirawatinya pula balik ke Melaka. Mau tak meleleh air mata.
Tamat sahaja latihan, dalam FB semua dah update status. Married la, engage lah. Tapi kebanyakannya hanya sementara. Siapa yang minta putus dahulu tak pula diketahui. Aku pernah tanye seorang wirawati ni, apa dah jadi cerita cinta mereka..jawab dia.." Dia dah mampos cikgu! kalau cikgu sebut lagi nama dia saya block cikgu!" mak aih...ari tu masa tamat latihan siap cakap kat aku lagi, jangan lupa datang majlis pertunangan mereka. Adoiiii. Ada juga yang sebenarnya sudah ada kekasih di luar. Yelah, kat dalam latihan mengaku single lagi. Bercouple semasa latihan hanya sekadar kontak 3 bulan. Tamat sahaja latihan, maka tamatlah hubungan cinta mereka. maka tertonggenglah pasangan yang ditinggalkan..hehehehe. (sure ada yang tersengih baca ni )
Tetapi ada juga pelatih yang mengakhiri hubungan cinta kontrak mereka dengan ikatan yang sah. Tahniahlah, sori kalau tak dapat datang ke majlis anda. Ni barulah cinta sejati kan? Macam yang saya taip diatas, saya tak menghalang kalau ingin bercinta, sebab saya tiada hak atau kuasa nak menghalang naluri manusia..cuma biarlah berpada dan ada batas. Ni kalau menyusahkan semua pihak, memang nak cari nahas. Sebenarnya adalah satu kesalahan jika ada pelatih yang bercinta semasa dalam latihan.
Rasanya post kali ni...memang panas. Owh Melletopp!! Apa2 hal, saya minta maaf terlebih dahulu andainya ada menyinggung perasaan anda. Tetapi percayalah, bukan anda seorang sahaja yang menghadapi situasi seperti di atas. Remaja, berdarah panas walaupun specis mamalia..normal la tu. Mana yang buruk, jadikan pengajaran dan simpan elok2 dalam memori untuk dibuat rujukan. Pengalaman mendewasakan kita. Bila korang dah tua nanti, sure korang tergelak balik bila ingat2 cerita cinta kontrak korang tu. Bak kata Siti Nurhaliza......PERCAYALAAAAHHHH>>>>>......
haha, betul2 memerli saye, tp kami cume suke sama suke, and kwn baik je.. tade la smpai b baby bagai.. sume tinggal memory terindah.
ReplyDeleteaik? ada orang terasa lah.....tak sebut name die pun...hihihihihihihi
ReplyDeletesye suke cite ni..hahaha..pecah perut dibuatnya
ReplyDeleteye la...kau kan terhangat di pasaran...mau tak suke tajuk ni
DeleteHaha taw sorg2 bca post ckgu ni. Yg pasal penghulu x suke k.wirawati sbb dy ske wirawati yg len member bek k.wirawati.
ReplyDeleteBab couple kena tangkap kt surau 2 biarla rahsia
Cinta kontrak ae haha tp member sy group delta dua2 da tunang, couple sejak kt kem lg hehe thn dpn kawen.
Tq ckgu
Yg pasal pnghulu x ska k.wirawati sbb dy ske member k.wirawati tu hehe
ReplyDeleteHaha, terbaik lahh cikgu ! :)
ReplyDeleteKisah cinta saya di plkn,,sampai sekarang masih kekal dan in sha Allah kalau jodoh,,akn bersama hingga akhirnya
ReplyDelete